Pages

Wednesday, May 23, 2012

Last Night duduk hostel.. =(

Hari terakhir duduk di hostel.

- Penat packing..
-Tp, best gak layan lagu UNIC..
-Rupa2nya UNIC ne best gak yer..hee
-da penat packing, tetiba terjumpa milkybar..haha
- Ap lagi, berehat la untk makan terlebih dahulu.
- perasaan nak balik, macam biasa ja.huhu.
-Rindu nak jumpa mak..
-Erm.. esok packing pakaian plk. 
-Td, buku2 ja da ambik ms satu malam. adeh..huhu.
- Ap2 pun, mlm ne pasti akan pergi.
- Next sem, xtw la mcm mn.huhu.. 
- Erm... cuti ne, mesti....erm....
- xpa..hehe. 
- k la. salam. nyte. ^_*


Monday, May 21, 2012

Penghujug Sem 1 P

Bismillahirahmanirrohim..
"Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang, serta selawat dan salam buat nabi junjungan kita Muhammad s.a.w", adalah sebaik-baik pembuka bicara..


Sebenarnya, hajat dihati nak tulis blog pagi2 buta ne, adalah nak ceritakn serba sedikit tntang sem ini, memandangkan da nak menamatkan sem 1. Rasa syng, kalo tak coretkan apa2, memandangkan ini adalah pertama kalinya melangkah ke dunia ijazah.

Pertama sekalinya, sem ini memang terasa lagi padat berbanding sem yang lalu. Pelajaran sangat bnyk yang kena menghafal. Bab menghafal falsafah ne, memang sy tak minat sgt la. Matematik pun, da tak sama macam dahulu, bnyk kena faham dan hafal, cuma ada 1 paper shj yg mengira, itupun tahapnya, lebih ringan dari sem2 yg lalu. Oleh itu, sy rasa agak mencabarlah bila matematikpun nak kena hafal. Sebelum ne, matematik la yg sy paling nnt2 kn tym exam. skrg, risau ada la. Tinggal satu lagi paper math yang tinggal.

Ok, bab study da tulis. Bab kawan2 mesti tulis gak.hehe..
Sem ne, alhamdulillah.. kawan2 masih sm mcm dulu. ana ne bab kwn2, semua ok ja. Semuanya dilayan sama rata shj, kemesraan dlm hubungan itu adalah utama, tpi, xsemua kawan adalah tempat ana mengadu masalah. Hny seorg shj shbt yng ana lebihkan dripada yg lain. Sebab, seorg itu adalah shbt karib ana. Dialah, shbt kepercayaan yg boleh ana kongsi masalah. Tp, tak la semua masalah. Bnyk benda yg adakala kita kena rasiahkan.

Erm, bab perasaan.. mcm sem2 lalu, ana ne seorg yg tak suka layan perasaan dan rasa sngt benda tu tak penting untuk difikirkan. Tp, untuk sem ini.. perasaan rasa mcm jiwa kacau pun ad.haha, ada ja benda yg boleh mengganggu perasaan. Setelah dikaji, rupa2nya usia 20 tahun ne, memang macam tu kot. semua org rasa mcm tu. Tp, alhamdulillah, hati ini masih ALLAH nak jaga. Nak kata tak minat sesiapa, itu mustahil la. Cuma yg pastinya, sebnrnya sy sendiri da tak fhm yg saya sebenarnya minat dkt siapa.. haha..

Erm..
Untuk akan datang ne, sy kena duduk kat luar. huhu. Bnyk benda yg nak kena prepair.
Bab duduk luar dan masalah akan dtng, kalo nak cerita rasanya memang xkan tamat la post sy ne.hehe.
Bab agama, alhamdulillah. Sem ini, adalah sem yng dipenuhi dgn pertemuan dgn para ulama juga org2 yg berilmu. Nasiblah duduk kedah, dapat juga menghadiri bnyk mjlis ilmu..hehe

Nnt balik, nak try minta izin lagi dkt bapa. Minta izin kahwin dgn org semenanjng.haha..
Mn tw dapat.hehe..
Dpt p majlis ilmu selalu. ^_*
Tpi, duduk kat sbh pun ok gak.hehe. K la. cukup setakat ini dulu kot. Doakn paper terakir sy, selamat dgn berjayanya.

Thursday, May 17, 2012

Islam bagiku.......

Islam mengajarku, bahawa ia bukan agama yang sekadar tertulis di IC,
Islam adalah agama yang diturunkan dari langit,
Islam membawa ajaran Tuhan yang menciptakan aku,
Islam mengutuskan para rasul sebagai pemberi peringatan dan ikutan seluruh umat..
Islam itu sangat indah, andai syariatnya terjaga,
Islam itu meberikan satu nilai dan makna kepada kehidupan manusia di dunia,
Islam memberikan matlamat yang jelas dalam hidup seorang mu'min,
Islam itu dalamnya dipenuhi dengan kedamaian dan ketenangan,
Islam tidak pernah membebankan umatnya dengan tanggungjawab yang menyukarkan,
Islam menyediakan peraturan-peraturan yang memberi ketenganan jika kita melaksanakannya,
Islam itu adalah agama yang sangat mementingkan permasalahn ummahnya,
Islam sangat memelihara perhubungan sesama makhluk apakan lagi pada penciptanya,
Islam menggunakan medium hubungan yang terlalu akrab dengan pencipta,
Walau jauh di mata, ia sangat dekat di hati,
Allah penciptaku, yang sentiasa dekat dngn ku,
mendengar setiap bait-bait doa-doaku,

Islam itu, adalah nikmat yang tidak terhingga buat diriku,
Insan yang daif di muka bumi ini,
Allah, Allah, Allah,

xsabar nak jdi vokalis Qasidah muslimat.haha
X



Insan yang daif.

Tuesday, May 15, 2012

ERM...

Study PKK....
selalu buat sy terpesong..
Teringat dkt arwah mak..
herm.. mcm mn nak fokus ne. huhu......

Friday, May 11, 2012

Maaf anda bukan sahabat yg di cari..

ketahui lah sahabatku,
Yg sy bukan budak sekolah agama,
bukan berlatar belakangkan agama,
sy mencari, dan terus mencari,
ilmu yg ada hanya sedikit cuma,

Tolong,
Jgn menjatuhkan diri yg sememangnya da terjatuh,
Jgn berbangga melihat diri yg lemah ini tejatuh di khlayk ramai,

Akhir sekali,
Jangan mengaku sahabat, jika tidak mampu menjadi sahabat yg mendukung sahabatnya untuk berubah menjadi lebih baik..

sentiasa ingin menjatuhkan sahabat dan mecungkil kelemahannya dan berbangga membongkar keaibannya, itu bukan sahabat yg ana cari.

Sahabat ana
adalah insan, yg sentiasa menasihati demi kebaikan,
Mendokong ketika shbt sedang berasa lemah,
membantu ketika shbt dlm kesusahan,
sentiasa memberi galakan yg positif..
dan jauh sekali dari bersifat iri hati.

Segala kesilapan, ana balik kan dlm diri ana sendiri yg sememangnya terlalu bnyk kekurangan, tpi, setelah pelbagai kejadian dlm perhubungan ini, ana dpt melihat apa yg sebenarnya terbuku dihati anda. Kemaafan dan pertanyaan telah ana hulurkan. Hinggalah ke saat ini, dgn sikap yg anda pamerkan.. maaf, anda bukan shbt yg ana cari.. cukuplah untuk hari itu, ana menangis untuk anda. mungkin selepas ini, ana akn lebih berhati-hati dgn diri anda. sbb anda terlalu Hipokrit brshbt dgn ana.



Wednesday, May 9, 2012

Personaliti masih menjadi persoalan...

Salam..
memandangkan diri ini belajar tentang PKK, dapat la juga membaca tentang persoalan-persoalan yg bersangkut paut dgn personaliti. Mengikut beberapa kajian, personaliti seseorang adalah berpunca daripada faktor baka dan persekitaran. Meskipun, ada sesetengah kajian yg menyatakan bahawa personaliti seseorang adalah dipengaruhi 20%-60% faktor baka. Namun, kebanyakan daripadanya bersetuju bahawa personaliti seseorang dibentuk daripada persekitaran berdasarkan pengalaman.

Saya tergerak untuk membincangkan bab personaliti ini, adalah kerana sya merasakan bahawa andai personaliti seseorang dibentuk melalui baka dan persekitaran, kenapa masih wujud jurang sikap yg sangat berbeza diantara adik-beradik. Biasanya, setiap orang dalam adik beradik itu memiliki sikap yg berbeza-beza meskipun mendapat didikan yg sama dan baka yang sama.

Perbezaan daripada gabungan gen-gen hnyla membezakan dripada sudut fizikal. Manakala, personaliti adalah berbentuk abstrak. Ianya perlu dicorakkan. Bak kata pepatah, Bayi itu ibarat kain putih dan kitalah yg mencorakkannya. 

Herm. pening memikirkan bab ini. Jika mengikut pengalaman sya sendiri, berdasarkan daripada ujian personaliti berdasarkan warna kegemaran, tarikh lahir, kedudukan dalam adik beradik, bulan lahir dan setiap yg berkaitan dengan identiti diri juga kecenderungan diri, semuanya  memberi hasil yg positif. Hampir 70% yg disenaraikan adalah sikap kita. 

Personaliti juga boleh berubah-ubah. Ianya tidak bersifat statik. seseorang mampu untuk mengubah personalitinya mengikut kemahuannya. Bab ini, rasanya personaliti seseorang adalah hasil daripada tindak balas antara neuron-neuron dlm membuat sesuatu penilaian dan terbentuk setelah berlakunya konsep peneguhan dlm diri. huhu.. ini hanyala ap yg sy fhm. sebab tu la, manusia yg dahulunya hidup dlm maksiat mampu berubah menjadi seorg yg alim jika terdapat kesedaran dalam pemikiran. Kesedaran untuk melakukan perubahan akan membentuk satu personaliti baru dalam hidupnya.

Erm, jika begitu. kita tak boleh la berputus asa untuk mengubah diri ke arah yg lebih baik. begitu juga dlm mengajak org lain. Perkara yg utama hanyalah perlu memberikan kesedaran dan kefahaman. 
Analisis ini, berjaya membuatkan sy bersemangat untuk bangun semula untuk mencorak diri dan beberapa individu yg sy sayangi untuk berubah menjadi jauh lebih baik dan meningglkn masa lalu mereka.

huhu.. semoga Allah permudahkan segalanya.. amin..

Monday, May 7, 2012

The End

Jika kamu menyukai seseorang,usahlah kau pamerkan kasih sayangmu, 
kelak kamu ak
an kecewa...

Jika kamu meminati seseorang, usahlah menunjukkan kepada si dia,
kelak kamu akan derita...

Jika kamu berkenankan seseorang, usahlah kau luahkan pada si dia,
sebaliknya luahkanlah hanya pada Dia...

Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,
marilah meminta daripada Allah S.W.T, kerana Dia Maha Mendengar....

Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah S.W.T,
siapa tahu Dia menggerakkan hati kamu berdua & menjOdOhkan kalian didunia serta disyurga....





.............................................................................................................................................................................................

Erm... 
Yg muktamat tetap da muktamat..
mula kn hidup baru..
semoga setiap langkah baru yg dipilih, adalah satu langkah yg digerakkan oleh hati nurani.




Saturday, May 5, 2012

Sahabat

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum,
Kepada sahabat yg sudi menziarah blog sy demi menambah pahala, sy hadiahkan penulisan ini buat anda. Please teke note ok. ^_*




Sahabat yang jauh di mata, selalu dekat di hati,
^_^
Ukhuwah ini bagaikan untaian seutas tasbih
Ada awal tapi tiada penghujungnya
Dicipta Untuk mengingatinya
Dibahagikan untuk cintanya
Diratib untuk redhanya

Engkau lahSahabat
Memberi senyuman ketika hati berduka
Mengingatkan ketika terlupa
Penawar ketika duka
dan
Engkaulah teman, yang sudi berteman

Ayuh.. 
Ikatkan hatimu pada Maha Pencipta
Labuhkan cintamu pada yang Esa
Jauhilah dunia yang penuh tipu daya
Alihkan arah tujumu
Menuju akhirat yang abadi di syurga

Bangkitlah wahai sahabat yang berjiwa muda
Jadikan Al-Fateh, sebagai tauladan
Pemuda hebat, penggoncang dunia
Memuji Tuhan, siang dan malam

Jangan biarkan, usiamu di mamah dunia,
Yang tidak pernah menyumbang kepada ummah
Sama-samalah kita berusaha
Menjadi pemuda, peneraju ummah
 ^_^ 








Friday, May 4, 2012

Keluarga saya... ^_^

Assalamualaikum, jom sy kenalkan dgn family sy.. nak activate semangat balik bercuti dan belajar untuk exam.

Pertama sekali, ini la bapa saya..... =)


bapa sy ne seorang yg peramah, ceria, lawak, suka kanak2, sgt penyayang, sabar, tabah dan banyak lagi la. sporting dan hensem. tyme dya muda, ramai peminat. tpi, dya xlayan.haha.. bapa sy ne pandai mengaji, dya la yg ajar sy mengaji dgn bertaranum. selain tu, dya pndai masak dan menjahit langsir. pendek kata, bapa sy memang serba boleh.hehe.. jom kenal mak sy pula.. ^_*

ini la mak saya.. cantik kan.. mak sy org Papar. mak sy ne orgnya sgt penyabar, tabah, penyayang, dan banyk lagi, yg sy xmampu nak katakan di sini. tpi, kalo nak tahu, inilah org yg sgt sy sayang dlm hidup sy. mak sy buat kami mcm kawan2, sy dan mak sy macam kwn2, tpi hormat tetap ada. buktinya, sy xpernah meninggikan suara bila bercakap dgnnya dan xpernah melawan katanya, dan sekarang mak dah kembali ke rahmatullah untuk berjumpa dgn yang Maha Pencipta. semoga mak bahagia selalu di sana. sy sayangkan mak dan akan selalu mendoakan mak. 

herm, ini pula adik beradik sy.. ^_^

erm, gambar mereka sy xdpt nak uploud, coz semua masih bujang dan semuanya perempuan. haha.. 
sy anak ke dua dari 5 org. kami semua mcm kwn2, tinggi pun semua macm sama.haha. bila dgn adik beradik, sy rasa mcm dgn kwn2. sy share byk cerita dgn dorg. tpi, bab agama. solat dan ikhtlat, memang sy la org yg sngt garang dan tak kn berhenti bgi ceramah.haha. benar la kata org. bila kita sayang dekat org, kita akan marah dya. heehee. balik ne, memang nak marah la ne.haha..

ap2 pun, ini lah family sy, yg sy sngt cintai dan rindui selalu.


Dalam gambar ne, sy sorg ja tiada. tyme tu sambung belajar da dkt UiTM Puncak Alam, kalo xsalah la. Semoga keluarga sy, masih mapu bahagia seperti dahulu, meskipun mak da tiada bersama-sama dengan kami. mudah-mudahan kami juga dipertemukan di syurga nanti. amin...

lastly, ini la keluarga saya... ^_^









Wednesday, May 2, 2012

Sebaik-baik Tempat mengadu

Mengadulah kepada Allah, sesungguhnya, dya lagi maha pendengar dan pengasihani.
sebaik-baik tempat mengadu hanya la kepadanya. sy adalah seorg hamba Allah yg tidak lari dari berbuat dosa.
semoga Allah masih sudi memberi keampunan dan kemaafannya buat sy.