Pages

Thursday, October 16, 2014

ISTERI KONTRAK 1

Perubahan ekspresi muka syazana, dapat dibaca dengan mudah oleh rakan baik sekuliahnya Mira yang sudah selalu menjadi tempat mengadunya. Mira tahu yang syazana pasti sedang bergelut dengan masaalah ibu tirinya itu.
            “Ana pening dengan permintaan ibu sejak dari semalam lagi. Ana tidak tahu apa sebenarnya kemahuan ibu.” Keluh Ana tanpa disoal Mira. Jauh disudut hati, Ana sama sekali tidak bersetuju dengan permintaan ibu tirinya yang hendak menjodohkannya dengan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Malah, berat sekali untuk menerimanya memandangkan dia masih sedang belajar di Universiti.
            Mira yang sejak tadi memberikan telinga kepada setiap keluhan sahabatnya, berasa sangat bersimpati dengan kerungsingan yang Ana alami. “ Sabarlah Ana, banyakkan berdoa dan mengadu kepadaNya. Lagipun, apa yang berlaku sekarang ini, semuanya atas kehendakNya juga. Yakinlah yang pasti akan ada hikmahnya,” lembut kata Mira untuk cuba menyenangkan dan meringankan bebanan hati yang ditanggung sahabat baiknya. Tambah lagi, dia sangat faham diri Ana yang sangat bercita-cita besar dalam hidupnya. Ana seorang yang komited terhadap pelajaran dan sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan di Universiti.

            “ Ana, cepat balik kampung hari ini juga. Ibu ada nak bincangkan dengan Ana. Semua ahli keluarga sudah setuju. Cepat balik ya.” Telefon dimatikan serta merta dari jauh. Ana masih terkesima seperti dalam mimpi mendapat panggilan kecemasan itu. Tanpa banya soal,  dia mengemas sedikit keperluan untuk dibawa pulang ke kampung.
            Perjalanan dari Kota Bharu ke Pendang yang mengambil masa 5 jam membawa fikiran Ana terbang jauh. Sepanjang dalam bas, Ana tidak dapat melelapkan mata kerana masih berfikir sekiranya Ibu memanggilnya balik untuk meneruskan hajat ibunya untuk jodohkannya dengan Tengku Aizat. Walaupun gelaran Tengku sudah cukup menunjukkan keberadaan manusia itu. Namun, Ana tetap tidak dapat menerima lelaki itu kerana setahunya lelaki itulah yang pernah dilihatnya suatu masa dulu sedang bermesraan dengan wanita lain.
            “Aku tidak memandang dan ingin dipandang, aku bukanlah wanita yang cepat memberikan cinta kepada insan bernama lelaki, dan aku juga bukan wanita yang murah dengan mudah untuk disentuh. Tapi, kenapa mesti aku dijodohkan dengan lelaki sebegitu, yang awal-awal lagi bermesra dengan wanita lain?? .” Monolog hati Ana yang meronta-ronta ingin dikeluarkan dari kerongkong. Tapi berat untuk dilepaskan setiap kali tertembung mata dengan Ibu tirinya. Terpaksa ditelah semula kata-kata yang hampir terluah.
            Kepulangan Ana ke kampung halaman pada petang itu, hakikatnya bukanlah untuk meminta persetujuannya. Tetapi, semua keluarga sudah berkumpul dan hanya menunggu pengantin perempuan untuk akad nikah secara ringkas. Pihak sebelah lelaki juga yang hanya dihadiri oleh pengantin lelaki dan dua orang lelaki muda. Manakala, sebelah perempuan pula hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput.
            “Ana, tak kan da sampai Kelantan. Jauhnya berkhayal,mentang-mentang nak jadi isteri orang da,” seloroh sepupunya Anis yang tiba-tiba datang duduk disebelahnya. Ana hanya mampu tersenyum. Tiada sebutir pun bicara yang keluar dari mulutnya sejak tiba tadi. Manakan tidaknya, semua yang berlaku didepan matanya terlalu jauh dari jangkaannya. Sehingga, belum sempat dapat dihadam oleh fikiran.

            Hanya dengan sekali lafaz, Syazana binti Ismail sah menjadi isteri Tengku Aizat bin Tengku Hj Ariffin. Menitis air mata Ana tanpa disedarinya kerana sebak memikirkan nasib diri yang menjadi patung tanpa mampu membelah diri. Haknya sebagai pengantin perempuan diabaikan sama sekali oleh ibunya. Mengenangkan ibu kandungnya yang da lama pergi, bertambah banyak air mata yang jatuh. Ayah pula, sejak jadi bisu dan duduk di kerusi roda, kewujudannya sebagai ketua keluarga juga makin diabaikan. Kini, Ana sedar yang dia sudahpun sah menjadi isteri orang. Mungkinkah selepas ini aku lebih bahagia?

No comments:

Post a Comment