Pages

Sunday, April 12, 2015

ISTERI KONTRAK 3

"Pagi ini, Ana bangun lewat sangat, semalam tidur lewat ya?," usik Mak Jah iaitu pembantu rumah Tengku Aizat. Ana hanya mampu tersenyum dengan usikan Mak Jah itu, sebabnya Ana memang tidur lewat semalam kerana memikirkan nasib dirinya pada masa hadapan. Ana hendak sambung belajar lagi dan berjaya menggapai cita-citanya. Semalaman Ana memikirkan bagaimana caranya untuk menyampaikan hasrat hati itu kepada suaminya Tengku Aizat.

" Abang, Ana sebenarnya ingin meneruskan lagi pelajaran dan Ana mahu tinggal dekat asrama sahaja seperti sebelum ini". Petang itu, Ana berjaya memberanikan diri menyatakan kehendaknya di hadapan suaminya. Tengku Aizat, ternyata tidak menghalang hasrat Aina, malah berlapang dada dengan kehendak isterinya itu sebab Aizat memiliki agenda lain dan sememangnya belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Perasaan Aizat terhadap Aina juga hanyalah seperti orang asing, tidak lebih dari itu.

Hari ini, Ana pulang ke asrama untuk meneruskan pelajarannya. Walaupun, bak kata orang inai masih warna merah, tetapi Ana sudahpun pergi meninggalkan suaminya. Ana gembira kerana selepas ini Ana akan berjumpa dengan rakan-rakannya. Meskipun, Tengku Aizat tidak menghantarnya pulang, Ana langsung tidak berkecil hati. Malah, lebih mudah untuk Ana merahsiahkan perkahwinannya daripada pengetahuan rakan-rakannya di Universiti. Ana malu jika rakan-rakannya tahu yang dia sudah berkahwin di usia itu dan pasti akan menjadi ejekan kelak.

Di fakulti Sains , Ana meyertai persatuan islam & Sains yang agak aktif berbanding persatuan lain. Ana melibatkan diri secara aktif dalam persatuan dan tidak pernah mengabaikan pelajarannya. Pada masa yang sama, Ana juga mencari duit tambahan dengan membuat perniagaan online. Hasil daripada perniagaan itu lah, yang Ana gunakan  sebagai duit belanjanya di Universiti. Walaupun Ana begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti, namun itulah cara yang berjaya membuatkan Ana lupa kepada masalah hidupnya yang kurang kasih sayang keluarga serta suami yang seperti tiada kewujudannya.

Melalui silibus-silibus harinya di kampus, Ana sangat bersyukur dan gembira dengan pencapaian-pencapaiannya. Tanpa sedar, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Akhirnya, Ana sudahpun sampai ke bulan terakhir pengajiannya di Universiti. Bulan hadapan Ana akan balik ke rumah sesorang yang bernama suami, kerana terlalu lama tidak balik, Ana serba salah untuk bertanyakan pada Tengku Aizat. Adakah Ana dijemput balik ke rumah ataupun balik sahaja ke kampung tempat ibu tirinya. 

Kring...Kring...
Assalamualaikum.. Siapa bercakap?

Wa'alaikumsalam.. saya Aizat,,, Siapa itu?

" Saya Syazana, isteri abang .. masih ingat lagi?"

2 comments:

  1. Sya bru bca karya sis..besttt.....x ade n3 ke...
    Ke dah nvel ni dah kluar

    ReplyDelete
  2. blm lg. msi bljr untuk bkrya. trm kasih ats komen positif ini ;-)

    ReplyDelete