Pages

Sunday, April 5, 2015

My Facebook Update 2015

Salam :') Saja nak buat koleksi Entry 2015...heheh

a) Penulis itu ialah seorang pemikir.
Jangan berhenti menulis..Kerana latihan menulis ialah dengan menulis. smile emoticon
Apa yang kita tulis kenalah dekat dengan diri kita. Paling kurang kita sedang bermujahadah ke arahnya.

b) Kita sedar betapa seseorang itu menyayangi kita, ialah dengan melihat sejauh mana ia berusaha melarikan diri dari kita.
‪#‎Cinta‬ terlarang.. Ibarat melawan arus magnet. :')

c) 
Dalam silibus kehidupan,Allah bagi kita rasa bahagia dalam banyak cara..Antaranya dengan memberi kejutan-kejutan yang tidak disangka..Adakala kita hanya mampu berkongsi kebahagiaan orang lain dan ada masa kita hanya mampu melihat mereka yang berbahagia..
‪#‎dan‬ pastinya mereka yang beriman adalah mereka yang bahagia hatinya. :')

d)
5 syarat menjadi penulis.
1.Membaca 2.Membaca 3.Membaca 4.Membaca 5.Menulis
‪#‎Pak‬ Samad # Penulis ialah seorang pemikir
‪#‎Jejak‬ Tarbiah#Penulisan 
‪#‎Dr‬.Zahiruddin Zabidi 

e) Kadang2 orang marah bila kita diam.
Tapi..sebenarnya diam itulah yang menyelamatkan keadaan. 

f) Andai kehidupan kita, seumpama drama ataupun movie. Kita boleh "cut" bahagian2 movie yang kita tidak mahu tonton kerana sebab-sebab tertentu. Tapi dalam dunia realiti kita sendiri, ada masa kita ingin "cut" situasi yang pahit kita rasakan dan tidak ingin untuk dihadapi. Tapi, Allah tidak bagi. Sebab cerita kita adalah cerita yang Allah aturkan bukan rekaan manusia semata. 
smile emoticon
Dalam plot cerita ini, Allah ajar kita banyak perkara... Antaranya Sabar, Bersyukur dan Berfikir.

g) Bila kita rasa dunia terlalu sempit dan menghimpit kita. Kerana dosa yang kita lakukan.Sehingga semua manusia memandang jelek dengan kita. Segera lah bertaubat kepada Allah, kerana Allah Maha Pengasih dan Pengampun.

h) Kenapa bila sayang orang, kita rasa macam nak luah dekat semua orang??
I don't know why always love you and happy for you

i) Badan menggemuk kita sedar dan risau,
Hati membatu kita tidak sedar dan hirau...

j) Kita pilih kawan..kena lah pilih kawan yang taat pada agama. Sebabnya tiada agama yang menyuruh penganutnya berbuat jahat.

k) Hakikatnya.. Yang sayang kita dengan ikhlas cumalah ibu dan ayah kita. 
smile emoticon
Dan mudah2an dapat pasangan hidup yang ikhlas menyayangi :')
‪#‎Benarlah‬..ukhuwah kerana Allah itu lebih manis berbanding hubungan selain itu.

l) ‪#‎Kadang2‬ kita tidak tahu apa yang perlu kita buat 
untuk balas kebaikan orang kepada kita yang sampai bila2 tdk mampu dibalas.. Kita tanya Allah..kenapa baik sangat? Sedangkan kita belum cukup baik menjadi 
HambaNya. 

m) Setiap malam tidur dalam libry. Ratusan buku memerhati, tapi yang dibelek tidak sampai sepuluh buku. Tengok baucer buku, nak beli ke tak buku? Mana tidaknya, yang depan mata pun tidak tersentuh lagi.huhu..

‪#‎Sejak‬ Ada smartphone ne, buku makin jarang disentuh

n) Situasi bila si lelaki mengurat seorang muslimah. Hehe
Si Lelaki : Saya suka kamu sebab kamu baik, dan saya yakin kamu boleh bimbing saya nanti menjadi lelaki soleh. smile emoticon
Si wanita : Maaf, saya perlukan seorang imam, bukan seorang ma'mum.

o) Sahabat.. Mereka tidak akan pernah sempurna.
Dan sahabat ialah mereka yang saling menerima kekurangan kita dan juga saling top up kebaikan dalam hidup kita.
5 tahun hidup jauh dari keluarga, sahabat lah sebagai ganti. Mungkin tidak mampu membuat kita tersenyum sampai telinga tapi cukup membuat hati kita berbunga.

p) Flash Back Tazkirah Pagi Tadi :
Dunia akhir zaman terdapat 73 golongan yang hanya 1 golongan sahaja yang berjaya masuk syurga..
Adakah kamu kira 73 golongan itu semuanya kafir.
Tidak, di dalam 73 golongan itu ada yang cakap saya perjuangkan islam, saya seorang pejuang, saya pendakwah.. namun, hakikatnya Allah shj tahu.
Kerana dunia akhir zaman itu penuh fitnah sehingga golongan ulama sendiri ada yang ikut dajjal. Sebab tu kita kena doa supaya tidak hidup dalam dunia akhir zaman, kerana takut kita tidak mampu berhadapan dengan fitnah yang besar dan sangat hebat, mahupun jagalah solat..kerana solat menjadi benteng yang kuat. 

q) Dapat Tarbiyah sentap dari pensyarah pembimbing.
Kita kerja kena ingat Allah..barulah kita tidak kecewa. kita kena gembira kan Allah.. Bagitahu murid2 supaya ikut Rasulullah s.a.w.
Jadikan Rasulullah sebagai teladan. Ingatlah, manusia yang bijak ialah manusia yang ingat mati dan berusaha membuat persiapan kearah kematian.

r) Kata kawan ku..
Banyak yang akan dipertimbangkan, Bila ada seseorang yang dapat menerima kita seadanya. Namun, pepatah jodoh itu cerminan diri yang akan membuatkan pertimbangan itu hilang..smile emoticon
‪#‎Jaga‬ Akhlak Kita kerana itu Cerminan Jodoh kita

s) Kita beli kereta, tapi kita tidak tahu selama mana kereta itu mampu membawa kita ke mana2, begitu juga dengan tubuh badan kita..Kita tidak tahu sampai bila, tubuh ini mampu bergerak bersama kita. :')

‪#‎Bersyukur‬ atas pinjaman ini.
‪#‎Aku‬ sedar semua ini HANYA PINJAMAN (T.T)

t) Adakah penantian itu satu penyeksaan??
Jawapannya Tidak..
Penantian itu ujian kesabaran. 

u) Hari ini..Tarbiyah sentap yang menyentapkan.
Ramai ibu bapa yg izinkan anak mereka "berkawan-kawan" supaya anak mereka dapat memilih jodoh yang terbaik.
Jawapan :
Allah da kata jodoh, rezeki, ajal sudah ditetapkan. Ibaratnya..ajal.kita tidak mencari ajal kita.. Tetapi Allah suruh kita mempersiapkan diri..baik persiapannya..maka baiklah cara kita menemui ajal. Begitu lah dengan jodoh..tidak perlu cari..tapi perlu persiapan yang baik.

v) Kawan A :Erm..kalau aku jadi dia si kaya(....) mesti macam2 barang aku beli..
Kawan B : Nafsu dia terdidik, nafsu kita buas..
Kawan A : Patutpun Allah tdk bagi aku jadi kaya.. smile emoticon
# Mendidik nafsu, xmudah ..

w) Jangan pernah berhenti mengejar cinta Nya..
Kasih sayang Nya yang luas..smile emoticon
# Hari ini aku cuma mampu belajar dan melihat kehidupan mereka yang disayangiNya..

x) Ramai yang kata cikgu orng sarawak dan indon..itu cikgu tak hairan.. Yang pelik bila ada budak tegur..
Cikgu..cikgu ne orang perak, tapi cakap macam orang pahang. (konfeden plk tu)
*Erm..Bila masa pula cikgu ne orang perak.orang pahang lagi la bukan..cakap pahang mcm mn pun xtw-.-

y) 
Mungkinkah tahun ne..tahun kena berhijrah lebih baik
Jumpa guru besar .dapat dengar tazkirah.
Dan jumpa pensyarah pembimbing pun kena tazkirah juga.. smile emoticon
Menumpang rumah keluarga yg soleh..
‪#‎dikelilingi‬ orang soleh.. Alhamdulillah.. Road to be solehah..hehe

z) Post orng muda dan orng dewasa@tua.. Sangat berbeza..hakikatnya pandangan hidup kita berubah seiring bersama usia.. Jangan salahkn orang tua marah kita, Sbb mereka xfaham pemikiran kita..dan jangan tdk marahkn orang muda yang marah orang tua..keran sudah pasti orng muda xpernah merasai tua..
‪#‎Mendidik‬ jangan sampai mengherdik.. Baby pun ad perasaan..apakan lagi budak 23 tahun. Hehe

Alamak... Nampak sangat kaki fb.. status da sampai z.. hahahah

1) Tidak mudah untuk memberi
... Semakin dewasa..semakin sukar difahami.. Masa kecil...mereka sngt memahami...

2) Alhamdulillah.. Sekolah yang baik. Semoga terus kekal mendapat kebaikan..

‪#‎Ya‬ Allah..Engkaulah permudahkan lah urusan praktikum, AR ,Temuduga, posting hamba mu ini..

3) Mengimbas kembali kata Umi, " Nak kahwin bukan benda yang mudah.. Berdoalah dapat suami yang soleh, sama matlamat dan perjuangan. Jika tersalah pilih, mungkin syurga yang diimpi xdiperolehi, tapi api neraka pula yang dapat"..
Seorang wanita yang kahwin, hidupnya sudah menjadi milik suaminya.. Bercintalah dengan agama, bercintalah dengan Allah.. InsyaAllah, Allah bagi orang yang cinta padaNya untuk mencintaiNya..

4) Hasil belajar TMK zaman ppismp dulu..wujudlah blog peribadi yang mencatatkan kisah2 ku sbg pelajar Ipda. 
smile emoticon masuk tahun ke 5..sampai juga la 5000 pageview..tapi follower tdk pandai bertambah..27 orng ja..haha.. 
.‪#‎Apa2pun‬..my blog becaming my dear..

5)  Tiba2 terfikir.. Kalau nak cantik..ramai sangat wanita yang dapat pujian cantik..pendek kata..mudah sangat untuk menjadi cantik kerana fitrah wanita itu sahaja sudah memang cantik dan indah..
Melihat dari sudut lain, menjadi wanita yang dihormati dan dimuliakn itu jauh lebih susah dan sukar untuk mendapatkannya..
nak cantik dan dihormati.. wink emoticon
 barulah maruah wanita terpelihara. 

6) Tiba masa untuk format fb..singkir kn virus2..lari dri group2 yg suka sangat share benda2 pelik dan gosip2 artis..huhu
‪#‎Remaja‬ dan pemuda sangat diperlukan dalam ummah.

7) Cinta pada Allah..Membawa kepada Cinta pada Manusia..dan seterusnya..Cinta pada seluruh alam.. 
smile emoticon
‪#‎Cinta‬ itu anugerah..yang mampu mengubah seseorang menjadi lebih baik atau pun disebaliknya..
‪#‎Kita‬ akan dibangkitkan bersama orang2 yang kita cintai.
‪#‎Love‬ Allah..Love Rasullulah..Love family..friends..and love you wink emoticon
‪#‎Ada‬ yang tanya aku sedang bercinta? Jawabnya..aku sedang rasa dicintai..terasa seprti ramai sgt orng sayang aku..hehehe..alhamdulillah.

8) "Jangan engkau percaya dengan melihat kegagahan seorang lelaki.Tetapi, jika engkau melihat lelaki yang teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiaya sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya."
(Saidina Umar al-Khattab r.a)

9) Menimba pengalaman bekerja di restauran sup pak lang, Meru Selangor.. 
wink emoticon
Siapa2 yg nak makan sup smpai berpeluh-peluh kesedapan..apa lagi..jom3.

wink emoticosmile emoticon

No comments:

Post a Comment