Awan yang
mendung seperti mengerti bicara hati Ana di sebalik tabir bilik pengantin yang
indah terhias. Sayangnya, keindahan itu tidak mampu menghiburkan hati Ana yang
seakan—akan dirobek Sang Singa yang kelaparan. Bagi Ana, menjadi seorang isteri
dalam usia muda bukanlah sesuatu yang pernah diimpi-impikannya sebelum ini.
Tambahan pula, Putera idaman yang menjadi peneman hidupnya kini bukanlah orang
yang benar-benar Ana cintai.
“Assalamualaikum,
boleh saya masuk?”, Suara garau Tengku Aizat benar-benar mengejutkan Ana dari
lamunannya. Ana hanya mampu mengangguk tanda mengizinkan. Pertama kali Ana bertentang
mata dengan Tengku Aizat. Setiap kali mereka bertentang mata, Tengku Aizat akan
menghulurkan senyuman nipis yang membuatkan Ana jadi serba salah. Seperti
disambar kilat, Ana hanya kaku berdiri tanpa sebutir bicara dan hanya melihat
kelibat Tengku Aizat yang kelihatan kehulu kehilir mengemas pakaian dan
persiapan untuk mandi. Terlalu janggal bagi Ana tinggal sebilik dengan seorang
lelaki yang tidak dikenali, meski hakikatnya lelaki itu sudah bergelar suami.
Suasana hari
perkahwinan masih terasa, memandangkan masih ramai sanak saudara yang
berkunjung dan mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, tidak kurang
juga yang mendoakan kebahagiaan rumahtangga yang terbina. “ Ana, rumahtangga ini satu anugerah
yang Allah berikan kepada hamba Nya. Selain kebahagiaan, yang paling utama
ialah tanggungjawab. Sebagai seorang isteri, makcik mendoakan Ana menjadi
seorang isteri yang solehah dan taat kepada suami ya”, pesanan Makcik Zaleha
menyentuh hati lembut Ana sebagai seorang wanita. Namun, jauh didasar hati, Ana
tidak yakin mampu menjadi seorang isteri yang solehah dan taat. Mampukah aku???
Malam
semakin beransur pergi, orang ramai juga beransur balik ke rumah masing-masing
dan orang rumah pula, hampir kesemuanya sudah terbaring kepenatan. Aku pula,
hanya mampu memandang katil yang cukup indah dan empuk. Bukan tidak ingin
melepaskan keletihan di atasnya, tetapi memikirkan ada orang kedua yang turut
berkongsi katil yang sama membuatkan hajat untuk baring terpaksa dikawal. Melihat
Tengku Aizat masuk ke bilik, Ana memberanikan diri dengan menukar panggilan
Abang sebagai tanda hormat dan taat seorang isteri. Walaupun Ana sendiri tidak
yakin akan itu. “ Abang, Ana hendak tidur di lantai sahaja malam ini ya”.
Tengku
Aizat yang masih berdiri di muka pintu, terkebil-kebil melihat Ana. Bukan sebab permintaannya untuk tidur di
atas lantai, tetapi disebabkan panggilan yang baru sahaja bertukar. Tengku
Aizat hanya berlalu masuk ke tandas dan membiarkan Ana pula yang terkebil
menantikan jawapan. “ Erm, dia pergi macam tu saja?? Dia ingat aku ne tonggol
kayu agaknya,” rungutan hati Ana yang hanya dia saja mampu mendengarnya. Malam
itu, Ana tidur di lantai yang sejuk beralaskan toto nipis, manakala Tengku
Aizat pula tidur di atas katil yang empuk dan begitulah hari-hari seterusnya.
Setelah
seminggu menjalani kehidupan sebagai suami isteri di sebuah kampung yang cukup
indah pemandangannya. Di hadapan, terhampar sawah bendang yang luas dan dari
jauh kelihatan gunung jerai serta pokok-pokok yang rendang. Persekitaran ini,
sangat digemari oleh golongan tua yang sukakan ketenangan dan keistirehatan.
Ana menarik nafas dalam-dalam selepas membaca surat yang telah ditanda tangani
oleh suaminya Tengku Aizat. Mungkin kah ini pengakhirnya???
No comments:
Post a Comment