Pages

Sunday, January 27, 2013

"Ya Rabb...KIRIMLAH SATU UNTUKKU ..."




Bismillahirrahmanirrahim,,,

Jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh dengan orang yang kita SUKAI...
Maka berdoalah suatu hari nanti Allah mengirimkan seseorang yang MENYUKAI kita.

Jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh dengan orang yang kita CINTAI,
Maka berdoalah suatu hari nanti Allah mengirimkan seseorang yang MENCINTAI kita.

Jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh dengan orang yang kita DAMBAKAN...
Maka berdoalah suatu hari nanti Allah mengirimkan seseorang yang MENDAMBAKAN kita.

Jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh dengan orang yang kita RINDUKAN..
Maka berdoalah suatu hari nanti Allah mengirimkan seseorang yang MERINDUKAN kita.

Dan jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh dengan orang yang kita SAYANGI..
Maka berdoalah semoga Allah mengirimkan seseorang yang dengan tulusnya MENYAYANGI kita.

Maka bersabarlah,,,
Bukankah urusan jodoh adalah Hak Allah semata? Dan kita hanya sebatas berikhtiar? Dan terus berusaha tanpa mengenal putus asa? Yang pada akhirnya Dia jugalah penentu segalanya.

Semoga kita tetap tersenyum dalam sebuah penantian...InsyaAllah...

Jom Ubah Sekarang.. =D

Assalamualaikum...
Copy je tw.. =)
..................................................................................................................
Ya Allah, masih terasa hangatnya bahang cinta sepi ini.  Meski tidak layak diri ini untuk bermimpi, kerana tidak sempurnanya diri untuk memiliki.
Ya Allah, serba tidak layak diri ini, namun tetap ikhlas mencintai.
Wahai pemilik hati, kenapa kah di curi hati ini??
Kenapa tidak ingin berganjak rasa cinta ini??
Sedang ia terlalu misteri.
Ya Allah,
betapa ia terpelihara bak rembulan di angkasa,
Meski jauh, sinarnya selalu menyinari hati ini,
Ya Allah, 
Sampai bila rasa ini harus ku titip dalam peti,
Peti yang menghijab kan aku pada dunia cinta yang tak pasti.
Ya Allah,
kepada Mu pena ini sedang berbicara mengadu rasa hati,
Sungguh, betapa utuhnya rasa ini, sentiasa mekar di sanubari,
Ya Allah,
Pinta hati ini cuma ingin memiliki,
Seorang insang yang pasti tidak sesempurna rasulullah s.a.w,
Namun, andai taqdir jodoh ia pemimpin diri,
Moga akhlak dan ajaran Rasulullah sebagai penyuluh,
Ya Allah,
Andai ada yg tidak sempurna lagi pada diri ini untuk memiliki,
Berilah jalan untuk menutupi,
Menambah ilmu dalam memperbaiki diri,
Ya Allah,
jaga lah hati dan iman dalam dada ini,
Ingin diri ini, lena dan asyik Menggapai Cinta Mu Ya Rabbi,
Belum masanya untuk bermimpi..
Amanah masih banyak nak kena buat dan fikir..
Jom Ubah Sekarang. !!!

Friday, January 25, 2013

Soal Hati No 1

Bismillahirrohmanirrohim...
Ya Allah,
bukan mudah untuk melangkah dan terus melangkah dengan kekuatan iman yang Gah,
Bukan mudah untuk melawan kejolak nafsu yang tumbuh di jiwa,
Bukan mudah menutup mata dari keasyikan dunia,
Melainkan adanya cahaya iman mu yang terus terpelihara di sanubari.
Ya Allah,
Hati ini serba lalai dari mengingatimu,
Hati ini serba malas dalam melaksanakan perintahmu,
Hati ini serba tak malu melakukan dosa di hadapan mu,

Ya Allah.
Hati yang tidak layak ini,
begitu cemburu pada insan yang memiliki iman yang jitu kepada Mu,
Hati ini ingin memiliki iman seperti insan itu,
ingin memiliki akhlak sepertinya,
Ingin terus kuat dan tidak bermalas-malasan dalam beribadat kepada Mu,
memiliki hati yang ikhlas mencintai seluruh makhluk Mu,
Memiliki rasa kasih dan sayang kepada sesama makhluk,
memiliki hati yang selalu dekat dengan Mu...

Ya Allah,
Perbaharuilah hati ini,
Corakkan lah melalui akhlak yg terpuji,
diri ini serba kosong,
ilmu yang sedikit, kelihatan terlalu sedikit,
ilmu sungguh tanpa amal,
adalah satu kerugian yang besar..
Ya Allah,
engkau hadirkan di sekelilingku,
orang2 yang soleh solehah,
sedang diriku serba kosong,
dan betapa ruginya aku,
andai tidak mampu mencontohi mereka sebagai suri teladan yang indah..
Sungguh, aku ingin berubah menjadi insan yang lebih baik...

Sunday, January 20, 2013

Silaturrahim....O_o

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.... 
Gembira sangat... sebab.. kita dapat hadiah..
Hadiah tu berupa buku..
Buku tentang ap??
Tentang Tok Guru..
hehe..
Nak tahu dari siapa??
dari adik2 kita la..
hehe...
Alhamdulillah... berjaya melalui hari2 yg 'wow'.
dan alhamdulillah juga, terselamat dri satu perkara..
dan alhamdulillah juga..
sebab masih bernafas di bumi Allah yang super indah ini..
=)

Andai anda memiliki seorang sahabat yg anda betul2 sayang sebgai sahabat.
Tapi, anda tinggalkn dya..
kerana merasakn sebuah pershbtn itu sudah anda slh tafsirkn..
huhu.. agak berbelit ayat ini kn..
xpela... staright to the point..
kepada seorng shbt ku..
yg ak da anggap mcm xkwn lagi..
hehe..
sebenarnya.. aku bukan nak memutuskn silaturrahim..
walaupun da lama kita kawan..
Tapi, aku segan..
itu jak..
dan aku ingin hidup tanpa rasa segan itu..
that's why i remove u from freind list..
dan itu menunjukkan aku tidak pernah lupakan kamu..
=)
Huh..
Walaupun, aku da takda teman mengadu sangat..
Tapi, aku jadi semakin kuat..
dan tak manja sangat..
Cuma, aku selalu rindu mak ak je la..
haha..
ok.. anyway hidup la dgn gembira berada dijalanNya..
=)

Friday, January 18, 2013

Aku Rindu Lagi..

Start to miss my mom again..huhu..
Rindu sangat dekat mak.. huhu..'
Malam ne fokus.. siapkn semua task...
Kerana masih bnyk benda nak kena buat...
Maaakkkk... i miss u....
if mak ada... mesti best..
but... don't use if in ur life...
coz.. if menunjukkn kita tidak redha dengan sesuatu yg terjadi..
hoho..
Tarik balik..
walaupun mak da xdak..
aku cuma mampu merindu..
Aku rindu..
Just it..
=(

Wednesday, January 16, 2013

CinTa Biar Ku PendaM

Setiap lelaki yang ikhlas menyimpan perasaan terhadap seseorang..
Pasti dia pelihara hubungannya dengan Allah..
Agar hatinya tidak kabur dan terjatuh akibat panahan rindu pada wanita itu.
Saat cinta menyapa hati..
perasaan itu diketepikan, agar tidak menghanyutkan diri dari angan2 kosong,
Hati selalu merefleksi..
sudah ka mampu untuk aku memilikinya,
sudah cukupkah ilmu ku untuk memeliharannya,
sudah cukup kah pendapatanku untuk menyarahnya,
Mampukan aku menjadi imam yang baik buatnya...

Aku tahu, bahawa aku belum mampu untuk memilikinya,
maka, aku memilih diam... dan sembunyikan perasaan,,
aku tidak ingin membalas senyumannya,
kerana aku takut ia terluka andai aku tidak mampu untuk melamarnya,
aku tidak ingin mengambil hatinya saat aku tidak mampu,
aku menahan jiwa ku dari menghantar mesej yg lagho buatnya,
cukuplah sekadar aku menjwab pertanyaan dan benda yg penting pada masanya,
aku diam, aku bisu,
itu tidak bererti aku tidak ingin memilikinya,
lalu membiarkan ia pergi dengan insan lain,
Tapi,
aku diam, aku bisu,
sebab aku masih lemah untuk menjadi imam nya,
aku tidak sanggup menyakiti hati orang yg ku cintai..
Dari itu, aku memilih diam..
andai ada insan lain yg lebih baik dariku melamarnya,
aku redha, aku ikhlaskan,,
jika memang insan itu terbaik buatnya,
aku lebih khuatir, andai yg tertulis buatku,
bukan dirinya..
maafkn aku wahai bakal zaujahku,
tidak kira siapa kamu,
aku cuma mencinta dalam diam,
aku menjaga cintaku buatmu..
maafkan aku... kerana mencintainya..
kerana lintasan hatiku..
selalu menyebut namanya...
andai nama itu adalah kamu..
Ya Rabbul Izati...
segala puji buat Mu..
Engkau yg Maha Mengetahui..
Maha Mensyukuri..
Segalanya, yng terbaik, hanya lah dariMu..
Cinta ku, Pada mu..
Hanya mampu berkata di hati..

Sunday, January 13, 2013

Kenapa Masih Mengalir??

Assalamualaikum..
Ya Allah.. peningnya... 
mata ne kenapa??
dari tadi tak berhenti mengalirkan air mata..
huuhuu..
ap benda yang masuk ne..
kenapa xnak keluar..
satu badan da rasa rimas..
huhu..
mata pun da bengkak..
tak pernah nangis lama macam ne..
hidung pun turut sama mengalirkn cecaiir..
macam sedang menangis teresak-esak je..

Ya Allah..
rimasnya...
huhu...
sampai bila nak berhenti nangis ne..
huu...
baru di uji sedikit da mengeluh panjang..
orang lain di uji sakit yg berpanjangan.. boleh bersabar..
ne baru kerana mata..
da merayu2 dekat Allah, mcm kena penyakit bertahun2..
ish2...
Ya Allah.. ap2 pun.. mudah2an cepat sembuh..
rasa xlrat.. =(

Wednesday, January 9, 2013

Hanya 30 Saat

Assalamualaikum...
=)
Sedang stress?? mengalami masaalah emosi??
Why??
Masalah emosi adalah masalah peribadi..
kita sendiri kena pandai mengendali..
don't stress yourself..
Rehatkn minda, peruntukkan 30 saat sahaja..
Tarikh nafas dalam2 dan fikirkan satu kenangan yg membuatkn anda sangat gembira..
Then, u can smile again..
=)


''''''''''''''''''' 


Tuesday, January 8, 2013

Pening ... @_@

Assalamualaikum..
Adakah rasa bersalah untuk mencoret di blog sendiri??
Ya..
itu la yg aku rasa.. tapi, kadang2 je la.
bila da boring, rasanya blog ne la sebagai peneman yg selalu di jadikan tempat mencoret..

wahai rakan blog yang di kasihi..
jom singkap iman kita saat ini..
iman ceq xla sehebat antum semua.. huhu.. ceq masih sibuk dan ingin memperbaiki diri..
dalam masa yg sama banyak pula perancangan masa hadapan yang mengganggu..

kalo la, blog ne bole berkata-kata tanpa ada sesiapa yg ceq segan,
pastinya akan diceritakan segalanya..
tapi, banyak benda yg tak boleh lgi nak diceritakan secara umum..
huhu..
yg pastinya... hidup ini perlu diteruskan..
terapi hati dengan banyak bermuhasabah dan membaca ayat Al-Quran..
ye dok??
kita hidup di dunia ne cuma sementara..
xlama lagi mati la.. kot tak sempat pun menggapai segala impian..
nak di katakan.. yg ceq sebenarnya..
sedang buntu... mungkin ya tersalah langkah..
dan tersalah jalan..
 tapi.. xsesat lagi..
dan nak kembali semula ke jalan yg benar..
rasa hati ne tak tenang bila meneruskan benda yg salah.
meskipun.. masih dipermulaan..
but... in win2 situation..
banyak benda yg harus dipertinbangkan..
dan sampai sekarang.. masih tak tahu nak lakukan macam mn..
adakah.. apa yg dilakukan adalah benar ataupun salah..
hohoho..


Friday, January 4, 2013

Selamat Tiba =)

Assalamualaikum...
aLHamdulillah, akhirnya bertapak lagi di bumi Kedah...
Baru sedar dari tidur yg xberapa nak lena..
hehe..
Rupa2nya aku dah rindu Sabah..
hoho..
Rindunya dengan depa semua..
rindu bapa, adik2, kambing2 dan budak2..
huhu....
lama lagi nak balik..
tpi, syukurlah masih bole balik..
hehe...
ok... t smbung cerita la yar..
salam..
=)