Khai fa ha lu ki ya Blog?? ^ ^
Alhamdulillah, selesai mengisi.. tinggal nak send je lagi...
sebelum send.. Nak tulis sesuatu, khas buat diri ini...
..............................................................................................................................................................
Adakah diri ku hari ini dan yang semalam adalah sama?
Pasti penampilan ku sentiasa berubah,
dan fikiran ku semakin matang,
Ya, Aku jauh berubah,
Namun, hati aku yang dulu dan hari ini,
Tetap sama, tidak pernah berubah..
Mereka, Takut untuk mendekati,
kerana seriusnya wajah ku,
Mereka, Takut bergurau senda dengan ku,
Kerana, lembut dan tegasnya bicara ku,
Mereka, tidak berani mendekati dan menyentuh ku,
Kerana pakaian yang tersarung di badan ku,
Mereka, takut untuk menyapa ku,
Kerana, gusar mengganggu ku,
Mereka, berbeza bicara ketika berbicara dengan ku,
Kerana, aku sendiri tidak tahu..
Mungkin, takut, mungkin hormat, mungkin aku sombong.
Mereka, hanya mampu ku balas dengan senyuman saat bertemu..
Kerana, aku juga tidak biasa dengan mereka, dan aku takut mendekati mereka..
dan aku juga takut untuk didekati..
Sebenarnya, Aku juga sama dengan wanita lain..
Namun, ..
Aku,
Ingin mereka menghormati ku sebagai wanita,
Aku, tidak ingin dipandang kerana kecantikan, kemanjaan dan kemesraan dengan mereka,
Aku, sangat takut mempermainkan hati mereka,I am so serious.
Aku, tak suka menjadi perhatian dan sebutan,
selebihnya, itu lah karakter ku...
Disebaliknya,
Sahabat perempuan, jauh lebih mengenal siapa ak..
Namun, jauh disudut hati,,,
Aku ingin si dia mengenali ku, aku ingin dia sedia menerima segala kelemahan dan kekurangan ku..
Aku manusia serba biasa.. berurusan dengan ku sangat mudah...
Aku melihat, gerbang perkahwinan, seumpama gerbang syurga..
AKu takut, andai tersalah masuk pintunya..
Lalu, tidak menemui jalan menuju ke syurga yg di impi..
Aku juga tidak mengenal, siapa yg terbaik untuk ku pilih,,,
Sepenuh penyerahan, aku serah kn kepada Nya..
Andai ada Jodoh, Pasti tak Kan Ke mana,,,
Aku, tidak ingin menjadi wanita yang ketandusan,
mencari lelaki, seolah-olah perkahwinan adalah kehidupan..
Tidak..
Aku melihat perkahwinan sebagai fitrah dan destinasi impian..
Tidak semua mampu tiba, namun ia pasti..
Tidak di dunia, di syurga pasti..
Aku, tidak ingin terhimpit dengan ujian perasaan,
Aku ingin setia..
Aku tidak pernah bercinta..
dan, aku takut...
aku takut tersalah meletakkan dan memberikan cinta..
Aku... ingin diterima seadanya..
Bersama ku, ada keluarga ku, masyarakat kampung ku..
siapa kah yg mampu menerima segala kekurangn mereka?
siapakah yg mampu, memandang kebajikan Ayah ku??
aku berasa payah, saat memilih jarak...
Lalu aku biarkan, kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat ku..
sesungguhnya, aku tidak ingin tersalah langkah...
Perkahwinan itu, terlalu berat dan besar amanahnya..
I am so serious..