Pages

Wednesday, February 12, 2014

Pelihara Cinta Hingga ke Pintu Syurga

Ingin pena ini menuturkan bait-bait cinta yang indah dan mekar,
bersama Cinta yang Unggul dan segar..
Menyatakan segala cinta dan rindu pada Maha Pencipta dan Rasul junjungan,
Inginku petk kalam-kalam puitis yang menggamit jiwa,
menyatakan hasrat dan fitrah..

Cinta..
Terlalu subjektif untuk dibicara maknanya,
Namun, setiap daripada kita, mendefinisikan cinta dalam luar lingkup hidupnya,
Dari lahirnya kita dari rahim seorang ibu yang pengasih,
dari merdunya laungan azan seorang ayah di cuping telinga yang kecil,
lalu merangkak dan belajar apa itu ABC, 1,2 dan 3,
Sehinggalah kita dewasa, dan bersedia menyebarkan erti cinta yang kita faham.

Ingin dirobek hati yang keliru pada cinta dan penindasan,
kecelaruan makna cinta, setelah berkenalan dengan Maha Pencinta,
kerana Cinta Nya, kita belajar erti cinta yang mulia dan agung itu..
Sedaya upaya kita berusaha mencontohi cinta Rasul kepada Umatnya, kepada keluarganya dan para sahabat Baginda.
Begitu la kita dan cinta..

Berkenalan dengan cinta, perjalanannya tiada henti sehinggalah ke syurga Allah,
segala cinta, bertemu pada titik matlamat yang sama.
Iaitu pengakhir destinasi kehidupan makhluk Allah yang bernama manusia.
Manusia yang buta pada cinta duniawi semata, perjalanan cintanya hanya bernoktah di dunia,

kesinambungannya berakhir dengan kehancuran dan kebinasaan.
Sehingga segala angan-angan yang pernah diukir dalam cinta fantasi,
akhirnya tenggelam dek rakusnya mengejar duniawi..
Maka, makna cinta yang diagungkan akhirnya menjadi kotor dan kembali ke tempat yang terhina.
Lalu, apakah nilai pada cinta yang bakal kita cipta? ataupun cinta yang sedang kita cipta?

Ku ukir nama cinta, pada pasir yang terbentang dilautan yang indah,
bersaksikan pohonan rimbun, lalu di sana, aku menodai cinta, dengan mengagungkan cinta manusia melebihi Pencipta. Lalu, nama yang terukir akhirnya terpadam oleh pasir2 yang ditiup angin..
Apakah makna cinta ku terlalu mudah untuk dilesapkan sehingga yang tinggal hanyalah kenangan yang sia-sia?
Maka, apakah cinta yang sepatutnya untuk ku ukir?

Aku melihat cinta, terlalu mulia tingkatanya..
Namun, di manakah tempatnya untuk aku meletakkan kemuliaan cinta itu..
Lalu ku ukir nama mu dalam munajat ku..
Meraih redha orang tua ku, serta Allah Tuhan yang menciptakan ku dengan sebaik-baik kejadian,
Tuhan yang memberikan ku perlindungan dan kebaikan.
Maka, kepadaNya.. aku meminta sebaik-baik jalan untuk menunjukkan jalan cinta yang diredhaiNya.

Kerana cinta itu kadang2 buta, hanya hati yang celik sahaja mampu berjalan dengannya,
aku khuatir pada hati yang berdosa dan kotor, maka di manakah tongkat cinta yang harus ku cari,
terlalu banyak nukilan cinta para Murabbi yang dekat pada Illahi, maka di sana, aku mencari kalam-kalam penyuluh jalan, sebagai tongkat untuk ku berjalan dengan cinta.

Berbekalkan tongkat, aku tiada yakin sampai ke matlamat yang sebenar.. melainkan dengan Doa.
Kerana Allah lebih tahu, di mana jalan Cinta yang sebenar...

Ya Allah, tiada kuasa dan upaya untuk ku untuk meletakkan cinta ini dalam peliharaanmu,  melainkan segalanya dalam kuasa Mu..

SesungguhNya, Engkaulah yang Maha Pendengar dan Maha Pemberi.

Friday, February 7, 2014

Realiti Aku hari Ini ( Muhasabah)

Pertamanya..
Aku minta maaf pada diri ku, yang semakin kejam, nakal, jahat dan pentingkan diri..
aku rindu pada diri ku yang dulu...
Aku kejam, kerana membiarkan semua kehendak nafsu ku,
aku jahat kerana membiarkan diri ku terus ikut arus kelekaan,
aku pentingkan diri kerana degil mendengar ajakan yang baik..
Aku rindu, aku yang rajin membaca buku..
Aku rindu, pada aku yang dulu tidak suka main game..
tidak suka buang masa dengan benda sia2..

Tapi,
skrg aku lebih matang..
cuma, aku lebih bersifat terbuka dengan kawan2 kelas..
kadang2 aku lebih suka dengan sifat tertutup..
adakah aku makin hilang rasa segan pada mereka..
aku rindu aku yang dulu...

Aku..
aku tetap xsuka..
benda yang aku tak suka dahulu..
jangan ingat aku akan suka sesuatu yang aku pernah benci..
dan aku tetap seseorang yang berpendirian tegas..

Aku..
boleh tahan degilnya..
dan kejamnya...
aku pernah meninggalkan orng yang aku sayang,
dan aku pernah ditinggalkan oleh seorang yang aku sngt syang..iaitu arwah ibu ku..
nampak tak? hati ini sngt kejam dan jahat..
seprttinya aku ingin mengulangi semua itu..

Aku..
ingin agama...
aku ingin kan itu...

aku tahu bila aku rasa jauh dari semua itu..
dan aku sedar hati aku sedang sakit...
aku tak tahan dengan semua ini..
aku sedih dan pilu..
Ya Allah, aku pinta hati baru..
aku da besar..
aku da bakal 22 tahun..
aku ingin melihat kehidupan dengan lebih jauh dan matang..

aku sudah puas bermain..
bagi la aku ladang taqwa..
hati yang celik..
dan iman yang utuh...

aku xtemui kebahagiaan dalam kelalaian..
jangan biarkan aku menjadi orang yang rugi...

hari ini...
aku bahagia... mungkin esok tidak...
aku xnak leka....
aku xnak salahkan sesiapa..
melainkan diri ku sendiri...

Kalau aku xjaga hati dan iman, bagaimana kah dengan jodoh ku nanti.. yang bakal menjadi pemimpin ku kelak.. aku khuatir.. andai ia juga leka seperti ku...
Mencari syurga, pasti xmudah... :'(

Munirah.. please wake up....
it's not too late yet...
maafkan aku sahabat..
maafkan aku jasad ku,
maafkan aku rohaniku...
maafkan aku keluarga ku...
aku belum mampu untuk jadi soleha..
aku sedang berusaha, dan kerap kali terjatuh...
apa nak jadi dengan diri ku ini????
aku xsanggup lagi hidup dalam memikirkan kerja duniawi semata2...
Allah......................