Pages

Thursday, August 11, 2022

Belajar Untuk Menerima

 Bismillah...

Episod suka duka sebagai seorang isteri, ibu dan juga seorang guru, tidak banyak dapat dirakamkan dalam penulisan blog ini. Melalui dunia sebenar sebagai seorang insan yang dipenuhi pelbagai kehendak hidup, keperluan yang perlu dilengkapkan.. Jujur ianya satu kejutan dan penghijrahan yang mendewasakan.

Hari ini aku banyak belajar untuk mengenal lebih ramai orang yang hadir dengan pelbagai ragam. Hidup di dunia sememangnya penuh corak dan warna. Tapi bagaimana kita melihat setiap corak dan warna itu dari perspektif yang indah ataupun disebaliknya itu terpulang dengan diri sendiri. 

Hari ku sebagai seorang isteri dan ibu, merupakan hari-hari yang penuh nikmat dilalui.. meski cabarannya sama namun manisnya sangat terasa. Mempunya anugerah yang tidak terhingga kadang membuatkan diri lalai dan tidak mampu mengimbangi masa dari sudut yang lain. Perlahan masa berlalu, setiap kesukaran pasti ada jalannya.. jika jalan yang sukar ditempuh dengan sabar. Hari ini, aku belajar untuk mengenal dan bermasyarakat dengan lebih baik kerana aku seorang introvert. Menjadi diri sendiri itu lah aku. Namun, dalam menjadi diri sendiri aku juga perlu belajar untuk lebih menghargai orang sekeliling. Kerana hakikat hidup adalah untuk memberi pada yang lain. Bukan soal sendiri, kerana hadir insan2 lain membantu kita menjadi manusia yang lebih baik.

Harus aku menerima setiap apa yang hadir. Baik ataupun buruk ia pasti baik andai dilihat dari sudut yang baik. Kerana masa akan membawa semuanya pergi dan kita hanya perlu belajar menghargai pada waktu itu sahaja. Jika aku tewas mengendali emosi disaat yang sukar, pasti akan menyesal disaat sesudahnya.

Hidup ini bukan untuk memenuhi kehendak diri. Hakikatnya hidup ini adalah perjuangan untuk mencapai kehidupan yang indah ditempat abadi. Dunia selalu mengaburi ku, sehingga aku lupa hakikat hidup. Lalu aku menulis agar mampu mengingatkan diri sendiri. Usah terlalu merungut akan apa yang terjadi, tapi sentiasalah menerima dengan berlapang dada.

Coretan ringkas hari ini.. Setelah sekian lama tidak menulis ..

Sekian. :)