Wednesday, October 19, 2011
Everything Start From Zero...
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerna atas segala-galanya.. hari ne tak tw tersentuh kenapa..
Ya Allah, perasaan ap ka ini??huhu.. ana rasa, selama ini blog ana hanya berkongsi perihal diri ana sendiri.. tak pernah ana terfikir untuk memberi..
ana x terfikir yang blog boleh di jadikan medan dakwah buat ana.. ana, hanya memikirkan bahawa ianya milik ana sendiri.. hakikatnya, ana boleh berkongsi..
Ya Allah, ana ingin hati yang baru.. hati dan jiwa yang bersih dan dekat padamu.. ana sedang mencari, ap kesilapan ana selama ini?? semalam ana mimpi, yg ana bercakap arab.. ana sangat gembira.. coz that, hari ne,teringin nak guna ganti nama ana..hehe..^_^.. ana rasa tenang dan lega..hidup ana terasa indah.. tp, sayang.. ana masih tercari-cari.. ap erti hidup ana yang sebenar.. hari ini dan selamanya.. ana bercita-cita untuk memberi sesuatu kpd org, tp, ana sendiri kurang bijak dalam mencari setiap peluang yg ana ad..mungkin ana perlu bnyk belajar..
Semalam, ana mendapat buku baru,yg sangat menyentuh hati ana.. penulisnya, seorg anak muda yang seakan seusia dengaan, meski tua beberapa tahun.. tp, ana sngt mengaguminya. Bagi ana, dia insan yang istimewa. memiliki ilmu dan pengikhtirafan dari bnyk para ulama. ana, pernah berjumpa dgn nya.. ana, kagum dengannya.. dalam penulisannya, ana melihat satu kehidupan yang baru.. hati yang bersih dan jiwa yang lapang.. menjawab pertanyaan dan persoalan ana, dalam mencari cinta yang Maha Esa..
Selain itu, ana juga sedang membaca buku tujuan hidup ahli sufi.atas tujuan yg sama.. ana sedang mencari erti cinta yang abadi.. selama ini, ana tidak sedar ap salah ana, rupa2nya ana lalai pada aspek yang rutin dlm hidup ana.. ana tidak mampu mengawal pemakanan ana, sebenarnya makanan adalah sngt penting dalam kehidupan.. ana fikir benda ini agak remeh..hakikatnya,ianya sngt mengganggu kehidupan ana dalam mencari erti hidup dan cinta yg sebenar..
Ya Allah, ana ingin penulisan yg baru.. yang mampu untuk ana kongsikan, setiap ap yg ana pelajari.. selain kesedaran ana sendiri, org lain juga bole tumpang sekaki.. hidup ana perlu berubah.. ana ingin kehidupan yg bermakna.. usia ana, bakal menjangkau angka 2 pada thun depan.. tp, ana masih terasa terlalu sedikitnya pengorbanan ana dlm agama.. ana, x mampu mencontohi Al-Fateh, Dr.Yusuf,Imam Syaid Hassan al-Banna, apa kn lagi pemuda2 pada zaman rasulullah.. ana tersa sngt lemah dan kerdil..hingga terasa tidak layak untuk berjalan di medan dakwah yang merintis perjuangan para pejuang terkemuka..
Erm, sebanarnya ana nak bagi tips dalam penyucian jiwa. moga, siapa yg ada membaca blog ana, boleh la kita sm2 berusaha untuk mencuba..moga usaha kita mendapat pertolongan dripada Allah S.W.T..amin..
1.Membaca Al-Quran sambil meneliti maknanya, cuba menghafaz dan fahami maknanya.
2.Mengosongkan perut iaitu berpuasa atau makan secara tidak berlebihan.
3.Qiamulail iaitu beribadah di keheningan malam.
4.Berdoa atau bermunajat dengan penuh rasa rendah diri pada waktu sahur atau sebelum subuh.
5.sentiasa mendampingi para ulama yg soleh dan mulia serta menghadiri majlis ilmunya.
Manakala, sebahagian ulama syorkan supaya..
6.Pastikan makan makanan yg halal..
7.ber'uzla,iaitu mengasingkan diri dri org,atau berdiam dan tidak berbual kosong..
huhu.. ini la yg sedikit ana dpt kongsikan. Tp, jgn lupa untuk kita jauhi perkara2 ini:-
1.Sombong
2.Bakhil
3.Pemarah
4.Munafik
5.Khianat
dan sifat2 mazmumah yg lain..
mungkin kita tak sedar, tp pandai2lah kita mencari ke celaan pada diri kita sendiri.. dan jauhilah daripada mencela org lain..sebnarnya, setiap org yg kita lihat baik, pasti pernah melakukan kesilapan.. dan hanya Rasulullah sahajalah yg sebaik2 akhlak.. oleh itu, tak layak lah andai ana mengatakan yg ana baik, kerna terlalu banyaknya dosa ana.. hanya Allah shj tahu dan selalu mengasihi ana.. dan sentiasa ada untuk menutup keaiban diri ana..
Ya Allah, sejak beberapa hari ini.. ana selalu merasa perasaan rindu.. tp, ana tak tahu, ap sebenarnya yg ana rindu..tp, kerinduan itu sepertinya diubati dengan satu perasaan yg wujud apabila memikirkan tentangmu.. adakah ana,..............no word to describe this feeling...huhu..
Erm..k la..lastly,,nak bgtw siapa penulis tu..hehe..
namanya,Muhammad Afif Bin Yahya Al-Berlisi..
Ana, tak kata ana fanatik nya.
Tp, jujur ana jatuh cinta pada ilmunya..
ana, jatuh cinta pada kecintaanya pada ilmu agama..
usianya yang masih muda bagi ana, sudah bnyk mendekatkan diri pada para ulama.
ana, impikan kehidupan sepertinya..
tp,ana terlewat..
ana terkilan dengan diri ana..
,, sebab ana tinggal di era yang sama dengan nya..
satu negara dengannya, satu bidang pendidikan dengannya..
namun, ilmu ana,tidak sehebat ilmunya..
ceteknya ilmu ana..
Ya Allah, ana jatuh cinta padanya..
bukan dirinya, tapi hati dan jiwanya..
ana ingin merasai apa yg di rasainya..
meskipun, ana pasti tidak akan menjadi sepertinya...
Monday, October 17, 2011
Speaking Muet Dah Habis...^_^..^_^
Alhamdulillah, hanya itu ungkapan yang mampu ku unkapkan..
huhu.. akhirnya lepas juga.. Nak tahu cerita lebih lanjut??hehe
Hari ne, jam 7.15 pagi, saya dan Ena da bertolak g bilik muet.. Semangat!!
Tapi x study ap pun.. haha.. malam tu, tgk The arrival la kunu, nak tingkatkan vocoubolary la kn..
selaps tu,maen game cri benda dlm bhs English..haha.. membantu tak??
tak de nye..haha
Tapi, sepanjang kat bilik kurungan, sy syok gak.coz ad kwn Ena, tuk bercerita.. kitorang speaking..
saja ja,nak saiko org sebelah..haha... sebenarnya kitarong pun bkn tw ap.. haha
Ingatkan sekumpulan dgn Ena, tp akibat 3 org tak hadir, kami pun berpecah kumpulan.
Nak tw siap ahli kump sy??hehe
Budak poli namanya Ayyub dan Syed Razi..
Kira lawak la juga kita org..haha
kami dpt tajuk pasal relationship.. ap yg dpt membantu meningkatkn nya..
sy dapat kualiti perhubungan dr sudut murah hati..
x bnyk point,melalut ja lebih..haha
Tp, tetap rs syok, sebab ada bnda yg tersa lwak..
xtw nak cita cmn..
Tp, thanks la kat ahli kump. yg memang cukup besederhana..hehe
Apa2 pun,speaking test da berakhir.. petang ne nak g lunch dengan semua classmate.
kira majlis penutup sem la..huhu..
Nak ckp tntang sem ne, x leh la..bnyk sngt benda yg terjadi..
Kn buat tajuk baru lah jwbnya.hehe..
k..la... da rasa lega mcm ne, smpi rasa cam x wujud plk exam lg..haha
k..la mun.. teruskan berusaha..k!!^_^... erm lupa plk..da nak cuti da..hehe..
Monday, October 10, 2011
MISI Setelah Merdeka..hehe
Alhamdulillah... perjuangan tidak akan terhenti di sini.. sy akan berjuang dalam mengkhatamkan buku2 yang sngt2 tak sabar untuk di habiskan.. Ya Allah ku pohon cintamu untuk menggantikan cinta ibuku.. mungkin selama ini aku lebih mencintai ibu ku yang zahir berbandingmu.. Walau ku tahun,cintamu adalah lebih utama.tp, x dpt ku nafikan betapa mahalnya sekelumit cintamu.. inginku kejar dijaga malamku.sebagaimanaulama-ulama pilihanmu.. agar ak dpt ku merasai cintamu..sebagaimana cinta Ainul Mardhia kepadamu.. melepasi ketakutan api nerakamu dan nikmat syurgamu..
Ya Allah..bersyukur kehadratmu,kerna menemukan ak dengan ibuku.meskipun hanya didalam mimpi.. sedar tak sedar..ak tahu erti cinta sebenar.. ibu membawaku melihat tempatnya di sana.... meskipun kesemua tempat itu sudah hilang dr ingatku..ap yg jelas ianya nampak kusam dimataku..walaupun hakikatnya ia lebih nikmat dari dunia..mungkin kerna ap yg ak fikirkan pd saat itu,hanya lah untuk membawa ibu ku pulang..kerna ak cintai ibuku.. dan kini,ap yg masih jelas dipendengaranku,,ibu mengatakan bahawa dia baik di sana..
Esoknya,ibu datangi lagi mimpiku.. di saat ak sangat merinduinya.. kali ini..ak lihat ibu bertelkung dan memegang tafsir dan tasbih jika tidak silap.. ibu kelihatan sngt cantik.. ak,ibu,dan baba seronok bercerita..walau ibu hanya tersenyum.. ak sempat bersenda.." baba, mama bukan hidup lagi, x nak la duduk sebelah mama..haha.. tp, kalo mama, hantu pun ak tak takut" lalu ak pergi kepada ibuku..dan berkata mak sngt cantik..mak x rindu ak?? mak kata tak..tp,wajahnya seperti menyembunyikan kegusaran..mungkin sbb mak xnak kami rindu dia sngt.. Tp, ak x kisah..ak anggap nikmat di sana jauh lebih baik dr dunia.. lalu ak katakan pada mak..yg ak sngt merinduinya..sangat2 merinduinya.. lalu menciumnya beberapa kali.. dan mak pun mencium muka ku berkali2.. dari mimpi ini, ak rasa sangat gembira dan bersyukur.. ak rasa puas.. kerna mak mendatangi tidurku lalu menciumku... walau sekian lama ak menanti mak dlm tidurku..akhirnya ia hadir dlm 3 hari berturut2.. alhamdulillah..
Kini, ap yang ak ingin..hanya cinta Allah yg boleh gantikan cinta ibuku.. ak rasa seronok dpt melihat contoh2 wanita2 islam yang berjuang pada zaman rasulullah dahulu.. rasa cinta mereka sngt kuat.ak ingin jadi seperti mereka.. dan kini ak sedang berusaha..insyaAllah.. mudah2an Allah sudi menjadikan ak hambanya yang dpt mencintainya.. Ya Allah saban ketika ak merindui ibu ku..ko sahaja yang mampu mengubati hatiku.. ko hadirkan sahabat2 yang seakidah dgn ku..agar dpt berkongsi ilmu tentangmu..
Malam ne..misiku ialah mencari kisah hidup imam syaid Hassan al-Banna dan Yussuf Al-Qardhawi.. ak sngt ingin mengenali tokoh2 ini.. juga Ahmad Deedats..ak hanya mendengar nama mereka..tp,xtahu ap sebenar yg mereka buat..ak rasa sngt ingin tahu dan ingin untuk menaladani mereka.. juga Sallahuddin al-Ayyubi yg menawan jerusalem.ak ingin melihat latar belakangnya.. setelah membaca buku langit illahi dan bidadari syurga, ak rasa bersemangat dan cemburu serta kagum dengan mereka.. sebenarnya, ad satu lagi novel yg x sabar untukku baca,iaitu hero..karangan Hillal Asyraf..bagiku,penulisannya sngt jelas menekankan konsep keimanan.. ak suka karya pertamanya..tp,ak bukan fanatiknya.. sebab ak suka apa sahaja asal ianya dpt menyentuh hatiku..pendek kata, ak sngt suka membaca buku agama.. tp, mengamalkannya x semudah membacanya..huhu
Walaupun dah merdeka dari assagnment, sbnarnya ia seperti kemerdekaan buat ilmu tentang dunia..kini ak ingin menambah ilmu untuk akhirat.. dan sebenarnya,ak memang suka buku2 agama dan ceramah agama.. sebab di sana ada ketenangan.. tp,ak bukan pelajar agama sejak dahulu.. mungkin semua ini ad hikmahnya..ak perlu tekun dalam ke dua2 bidang yg ku ceburi.. Moga misi ku tercapai..amin Ya Allah...dan cintamu la yg ingin ku gapai..amin ya rabbal alamin....
Friday, October 7, 2011
Hakikat kehidupan.........
Segala puji kupanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerna atas kurnianya ak masih dapat berfikir waras dan berjalan dalam fikrahnya.. meskipun, bnyk dosa kecil yang masih ku lakukan, mahupun tanpa kusedari..ak ingin bermohon maaf.. sememangnya terlalu sukar untuk mendidik hati sendiri apakan lagi mendidik hati org lain.. Ya Allah, ak hambamu yang sentiasa bermohon kepadamu atas segala kebaikan.. kerna hanya ko sahaja yang mampu memberi kebaikan dalam kehidupan ku..
Ak insan biasa, dan remaja yang sering diperkotak-katik kan dengan banyak isu dunia. Jenayah, Cinta dan lain2.. sebab itu, ak bersyukur kerna engkau telah memeliharaku sehingga ke hari ini.. ak bukan tidak memiliki rasa cinta, kepada insan.. Aku sangat mencinta.. Bila ak cinta, ak pasti snggup melakukan apa jua demi cinta.. sebagaimana post2 ku sebelum ini.. kerna cinta, memberikan semangat yang luar biasa, kerna cinta membuatkan hati berbunga, kerna cinta kita sanggup bersusah payah.. dan kerna cinta,kita saling ingat-mengingat.. Ya Allah, mungkin inilah cinta.. Andai cinta kepada insan telah engkau berikan kepadaku.. maka, ak selalu berdoa untuk mendapatkan kemanisan cintamu.. namun, cinta yg agung itu, ternyata tidak semudah cinta insani yang mudah digapai.. tp, ak akan terus mencuba.. agar dpt merasai seperti mana wanita2 bidadari syurgamu merasai.. InsyaAllah ya Allah.
Cinta bukan suatu yang biasa, tetapi ianya luar biasa.. alhamdulillah kerna cinta yg kurasai selama ini, hanyalah daripada keluarga.. Mereka lah yg mengajarku erti cinta... hingga kini, hadirnya rasa cinta pada keluarga dan sahabat2, sudah cukup untuk membuatku terasa sangat bahagia.. Kalo, anda mengenalku, pasti anda akan melihat diriku sebagai org yang agak ceria.. mungkinlah.. sebab ak sendiri tdk tahu nak ckp mcm mn.. coz, ak memang selalu rasa bahagia.. hehe.. insyaAllah, dan semestinya rasa kebahagiaan dan ketenangan itu dtng nya dari Allah s.w.t.
Bagi cinta remaja pula, ya.. ak selalu berdoa..sejak mendengar cerama ustz nor ba'ya..hehe..xtw nak eja cmn.. tp,dlm ceramah ne..ustz tersebut suruh anak muda berdoa agar dipertemukan jodoh dikalangan hamba yg soleh..Maka, sejak dri ting.3 itu lah.. ak mula berdoa..agar mendapat jodoh dikalangan hamba yg soleh dan mampu memberi jalan yg lurus dalam hidupku.. mungkin di sebabkan itu, hatiku seperti tidak terbuka kepada mn2 muslimin.. meskipun, ak selalu bergurau dgn kawan2.. tp, sungguh ak yakin bahawa, ap yg ak rasa bukanlah cinta.. dan ak juga, tidak suka melayan perasaan yang pastinya mainan syaitan semata-mata.. wahai kawan2, tidak mustahil untuk kita jatuh cinta pada sesiapa.. namun, kita kena bijak untuk mengawalnya.. sekali kita berfikir ttentangnya, syaitan pasti akn menghasut kita untuk berfikir seribu kali terhadapnya.. maka, daripada hasutan2 itulah, kita berani untuk meng smsnya, berjumpa dan berkenalan dgn nya..
Mungkin sy dapat berkata begini, sebab hari ini sy rasa seperti mampu..dan mungkin hari esok sy x mampu.. dan pada hari itu,sy berharap agar ada insan2 yg hadir untuk membimbing..sehingga ke hari ini,sy bersyukur kerana bertemu dgn sahabat2 yang soleha dan mampu menjaga diri sy dr kanca ini.. Ya Allah, ko pelihara la diri kami.. bukan, sy tidak memiliki perasaan kepada mn kaum muslimin.. mungkin iya, tp,hakikatnya itu cuma mainan syaitan. dan sy yakin,.selagi belum saatnya tiba.. hati saya tidak akan membenarkan perasaan ini menguasai diri.. bagi kaum muslimin, yg mungkin pernah memikirkan tentang saya.. sy mohon maaf.. sy tak berniat untuk melukakan hati sesiapa...tp, sejujurnya..hati sy memang tidak ingin di isi dengan mn2 insan lagi..sy sngt suka hidup begini..
Mungkin, sebab hari ini,terlalu banyak agenda yg saya perlu fikirkan.. hari ini, sy perlu memikirkan keluarga sy.. bapa sy..yg sngt memerlukan sy.. dan semestinya agama saya..sy sngt perlu dalam agama. bnyak yang sy masih tidak tahu.. pendek kata... belum masa cinta dari seorang muslimin untuk hadir buat sy.. dan seandainya suatu hari nnt iya hadir.. hadirlah sebagai sesuatu yg halal buat saya. kerna, sy takut zuriat yg lahir adalah pada dasar yg tidak baik.. mungkin sy x mampu melahirkan seorang muslimin yn berani memegang panji islam ke medan perang...tp,sy sngt berharap agar zuriat sy nanti mampu menjadi pahlawan perang islam yg berani turun berjuang demi menegakkan islam.. amin ya Allah... peliharalah diri ini serta sahabat2 muslimah yg lain.. kerna muslimah lah yg bakal melahirkan pemimpin2 islam yg bakal menegakkan panji islam pada ms hadapan.. wahai wanita, jgn ko sngka tanggungjawabmu tidak ada.. tp, engkau adalh lambang seluruh ummah... peliharalah akhlakmu, agar engkau mampu melahirkan lagi ramai generasi yg berakhlak mulia.. iaitu akhlatul karim.. amin3 ya Allah... pimpin lah kami di jalanmu.. moga terpelihara dan istiqomah di jalanmu...bukan hany melayan rasa cinta yng lahir di hati, tp, memikirkan kecintaan kepadamu yg perlu digapai sebelum marai cinta insani...
Hakikat Persiapan Perkahwinan | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Saya merasakan kita perlu wujudkan post mortem dengan apa kita lakukan dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun, kita perlu mengelak dari menjadi kebiasaan diri kita yang selalunya mencari alasan untuk membenarkan cara, walhal kita perlu mencari kebenaran untuk mengetahui cara.
Di musim perkahwinan yang lalu, rata-rata seronok sekali berkenduri kendara dengan pelbagai tema dan mengharungi pelbagai rintangan dalam persiapan. Rata-rata majalah dan ceramah agama menyentuh aspek larangan dalam kebiasaan menganjurkan walimatulurus seperti pakaian, kelalaian masa, pertembungan antara budaya dan agama, dan pembaziran wang. Namun, aspek persiapan dicanang-canang seawal 3 hingga 4 bulan, sehingga dianjurkan Wedding Festival dan Pameran Kerja Kahwin.
Secara umumnya, kita melihat bahawa kaum hawa lebih fokus dan komited dalam melakukan persiapan perkahwinan, dari persiapan jemputan, ketibaan, hiburan, bersanding dan makan beradap serta fotografi. Di pihak lelaki, rata-rata kita menyaksikan lelaki lebih cenderung bersiap sedia menghadapi saat akad nikah. Terutamanya berkenaan soalan-soalan cepu emas.
Tidak terlepas pandang, dikalangan lelaki yang mempersiapkan diri untuk malam pertama. Baju bersanding, keadaan dewan, jemputan dan berbagai lagi kebiasaannya menjadi pak turut sahaja. Kerenah manusia, ada juga lelaki begitu cerewet berkenaan persediaan begitu, kadang lebih cerewet dari perempuan pula.
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, sekali pandang telah mula nampak kesedaran di kalangan bakal pengantin kerana ada mula membuat persiapan yang hakiki, persiapan untuk menjadi seorang pemimpin keluarga, pendidik keluarga dan seorang yang melengkapi imannya.
Begitulah perkahwinan yang mengubah dengan mengangkat martabat seseorang. Alangkah ruginya jika kita tiada kesedaran ini dan beranggapan bahawa perkahwinan adalah semata-mata untuk berumah tangga dan untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Menyedari hakikat perkahwinan ini mengangkat martabat seseorang, maka persiapan perlu dibuat. Bagaikan kita akan ditabal menjadi seorang raja. Kita tidak mahu menjadi seorang raja yang bodoh dan dibonekakan. Oleh itu, ilmu itu perlu.
Bagi seorang lelaki, perlu dia mempelajari sebanyak mungkin ilmu agama terutamanya fiqh dan tasawuf. Tidak hanya ilmu itu berkaitan perkahwinan, ini kerana, dia akan menjadi ketua keluarga bagaikan kapten kapal yang akan mengarah arah tuju kemudi kapal. Seorang kapten kapal tidak hanya perlu tahu perihal kapalnya, tetapi juga berkenaan geografi, petunjuk bintang, lautan, pemakanan serta pertahanan.
Jika kamu pembaca ini adalah seorang wanita, mintalah dia bawa kamu atau dia menghadiri kuliah-kuliah agama atau kelas pengajian dewasa di masjid-masjid berdekatan. Insya-Allah dengan usaha yang sedikit, akan membawa keberkatan dan ilmu itu datang kepada kita tanpa kita duga.
Ilmu berumahtangga, terutamanya kaedah-kaedah menghadapi konflik juga penting. Perkahwinan akan menggabungkan 2 keluarga dan seorang suami itu mengetuai jalingan antara dua keluarga ini. Tidak semudah dijangka, konflik dalaman yakni di dalam rumah kita sendiri juga boleh berlaku. Memadai jika bersenang-senang membaca buku-buku motivasi dan hadir ke perbincangan mengenai isu ini.
Ilmu ekonomi rumahtangga antara yang penting dan memainkan peranan besar dalam mengemudi kapal perkahwinan. Sebagai seorang ketua, kita menetapkan bajet dan memastikan anak-anak dan isteri berada dalam keadaan terbaik dalam mencari hala tuju masa hadapan mereka. Buatlah bajet untuk perbelanjaan harian, perbelanjaan ke arah ibadah, zakat dan nafkah.
Ilmu terakhir adalah ilmu menghadapi masalah. Meskipun kita miliki ilmu berumahtangga, ekonomi dan agama sekalipun tetapi kita kurang arif dalam menghadapi masalah, kemungkinan besar kita akan terjerumus ke dalam permasalahan yang lebih besar. Sabar dan bertolak ansur serta menyiasat sebelum bertindak antara kaedah-kaedah dalam menghadapi masalah.
Suka saya menyingkap kata-kata Imam Al-Ghazali, "ilmu semata-mata tidak akan dapat menyelamatkan orang", yang bermaksud, ilmu yang disimpan tetapi tidak diguna pakai akan menjadi sia-sia. Dan orang yang tiada ilmu pula ibarat kapal yang terapung, selamat, tetapi tidak dikemudikan kemana-mana dan mengikut sahaja kemana air membawanya. Carilah ilmu yang bermanfaat.
Dahulunya kita mampu memperlajari ilmu-ilmu di universiti, melepasi segala peperiksaan dan menggenggam ijazah, tidak mustahil untuk kita mempelajari ilmu agama pula. Yang penting, langkah pertama! Mencari ilmu tidak kenal usia, apa dimalukan untuk belajar meskipun usia sudah lanjut, sedangkan doktor-doktor falsafah umurnya menjangkau 40-50an masih belajar mencari PhD?
Saya amat menyeru agar bakal-bakal suami, juga mereka begelar suami kini dan saya sendiri melukis langkah-langkah untuk menjadi suami yang baik dan pemimpin keluarga yang cemerlang dengan merangka langkah-langkah yang bijak. Terimalah hakikat bahawa persiapan perkahwinan bukan hanya persiapan majlis perkahwinan tetapi persiapan menghadapi seakhir hayat usia gelombang perkahwinan. Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. Sedangkan majlis perkahwinan hanyalah bertujuan mewar-warkan pernikahan yang telah sah untuk mengelak fitnah dan sekadar memori indah untuk kita kenang-kenangkan ketika cabaran mendatang.

Thursday, October 6, 2011
Aku.. dan PerjuanganKu..
Erm... xtw nak kt ap.. but, at least ad yang ak nak tulis untuk kali ne.. coz x selalu ak dpt peluang untuk mencoret..
Biar simple,asal terisi.. huhu... Semalam dan hari ne,,bnyk mengajarku sesuatu amali iaitu ujian perasaan..
Ujian ne, nmpk ringan tp berat.. rupa2nya, ak masih telalu bnyk kelemahan.. huhu.. sekarang ne,ak ad misi dan matlamat..
banyak benda yg ak perlu buat.. Ya Allah.. berikan ak kekuatan.. agar terus berjalan diatas landasanmu.. ak ingin menjadi seorg yang dekat dgnmu..
amin.. moga2 berjaya... 21 hari tanpa mu..ak mula terasa..tp,ak kuat..insyaAllah...ak xnak dilihat lemah oleh dirimu.. sbb ak yakin, di sn jauh lebih baik dr di cne..
Subscribe to:
Posts (Atom)