Pages

Friday, November 9, 2012

Alangkah Indahnya Hidup Bersahabat...

Sahabat,

Alangkah indahnya hidup bersahabat,
Tidak mampu untuk dihurai dengan kata-kata,
Hanya senyuman yang mampu menjelaskan,
Keindahan sebuah persahabatan,
Yang saling ingat mengingatkan,
dan saling pesan berpesan ke arah kebenaran..

Ku kira, hidup ini akan penuh pertelingkahan,
Andai persahabatan sering di dustakan,
Ku kira hidup ini akan penuh kekosongan,
Andai tiada sahabat yang sudi mengisi ruangnya,
Ku kira hidup ini penuh kebosanan,
Andai tiada sahabat yang menghiburkannya..

Sahabat,
Dulu, kini dan selamanya,
Sentiasa hadir di sisi buat menemani hati yang sepi,
Mengisi rohani yang kotor dek duniawi,
Mengajar erti hidup dalam dunia yang islami,
Membawa hati dekat pada ukhrawi,

Sahabat,
Tanpamu, ku pasti sepi..
Tanpamu, hati ini pasti dinodai cinta yang tak pasti,
Tanpamu, diri ini pasti terpesong dek rakusnya nafsu duniawi,
Tanpamu, aku tidak pasti hidup dalam nafas iman sebegini,

Sahabat,
Moga engkau terus kuat,
Menjalani kehidupan yang menghimpit,
Moga engkau terus kuat dalam menyemai benih iman di sanubari,
Ya Allah, hanya pada mu tempat kami mengadu,
Hanya pada Mu kami bermohon kekuatan,
Dan kepadamu lah kami memohon harapan,
Kepada engkaulah kami berpaut untuk mendapat kekuatan..
Terimalah kami sebagai hambamu yang bertaqwa,
Terimalah taubat kami Ya Allah..
Sungguh lemahnya kami tanpa Cinta Mu....



Friday, November 2, 2012

Exam...

Salam..
Alhamdulillah..
Exam kali ne, xtw kenapa la tenang semacam.. xtw nak kata ap.. exam jwb teruk ke tak, tapi perasaan sebelum dan selepas tetap sama.. Dua2nya mcm xda perasaan.. rasa mcm ok ja..
Kali ne, belajar mcm bukan untk exam.. tpi, memng nak belajar..
Seminggu sebelum peperiksaan memang risau sangat..
Oleh itu, sy study giler2 gak la yg mula2 minggu study..
dan alhamdulillah sekarang da rasa tenang walaupun exam berturut-turut..
sy tak mengharapkan yang terbaik, cuma sy harap usaha sy memberi yg terbaik..
Sebenarnya sy bersyukur sgt Allah permudahkan segalanya..
Contohnya, Edu tadi.. Yang keluar bhgian B dan C, memang antara yg sy beri perhtian..
Cuma tw2 ja la, cara jwb xpasti la betul.. cuma, sekurg2nya, sy rasa lega..
Sy study suka scr persendirian dan diam...
tpi, sy nak belajar dgn seronok.. Oleh itu, bnyk la post2 sy kat FB.. sampai ramai yg menyampah.. haha..
Sebenarnya, itu lah cara sy nak hinurkn hati..
Sy tak suka study stres dan berckp2 macam2.. mengeluh dan sebagainya..
Sy study suka dengar muzik ja.. haha..
pelik kn.. tapi... begitula kisahnya... sy dan exam kali ne.. result tak tw la..
yg penting sy lega dan tenang memanjang.. ish3... haha...
K.. nak tido dulu.. salam.. =)
Doakan exam sy.. =)

Wednesday, October 31, 2012

Jauhi Riak

Sy benci menyatakan sesuatu yang bolehh membuatkan hati saya memuji diri sendiri..
Sy benci fikiran yang mengatakan bahawa sy la yg betul..
Sy cuma ada pendirian sendiri.. dan sy cuma nak ikut dan yakin dengan pendirian sendiri..
=)

Jauhilah benda2 yg boleh mendatangkan rasa riak dalam diri..
Sembunyikanlah amalan dan ibadah diri.. tak perlu untuk disebut2..
Sembunyikan lah segala pengorbanan dan jasa baik yang pernah di beri..
Semua itu akan menjadi tidak bernilai, jika terselit rasa riak dalam hati..
Syaitan memang bijak..
saat kita, betul2 dekat dengan pencipta kita..
Dia hadirkan perasaan halus, untuk memuji-muji diri kita..

Selalu la ingat Rasulullah..
Sekalipun, syurga menjadi jaminan..
Solat tetap sampai kaki bengkak2..
Bersyukurlah atas segala nikmat yg diberi..
Perasaan itu luarbiasa bila hadir sesuatu nikmat pada diri..
seperti seluruh dunia hendak diberitahu..
Tpi, berjaga-jagalah.. khuatir ada hasutan halus..
yang boleh membunuh kembali segala nikmat yang diberi..

Jaga Hati.. Jaga Iman..
Kita nak Pandangan Allah, bukan Pandangan Manusia...

Tuesday, October 30, 2012

Nak Main, Main Juga.. Tapi Allah Jgn Lupa!!

Boringnya...........
Tpi, ada shbt kata, tidak ada istilah boring dlm hidup seorng daie..
Erm...
Sebenarnya da lama nak main2.. dan inilah masanya..
da hilang teman bermain..
Bukan benci.. tapi sayang..
sebab sayang, ak lepaskan teman sepermainan..haha..
Mun2...
sedih bila sahabat menjauh.. Tpi, aku jg pandai menjauh..
kadang2, aku mcm nak menghukum. agar dya lebih  fhm..
ap matlmt hidup seorng muslim..
ak nak dya fhm, menjadi muslim, itu tiket ke syurga..
tapi, masuk islam itu tanda tunduk pada pencipta..
Tapi, untuk menjadi seorang muslim yang mu'min kenalah ada iman di dalamnya..

Apalagi menjadi umat islam di akhir zaman.. memang banyak benda yang kita kena jaga dan harus lebih kuat..
Kita kena ajak lebih ramai orang yang sama2 memperjuangkan islam..
Jika nak diikutkan, sebenarnya, kita sudah tidak ada masa untuk bermain..
Kita sepatutnya lebih serius dan sibuk meningkatkan ilmu agama dan dunia seiring,,
Tanggungjawab itu adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak..
Dan apakan lagi diri kita, yang belum tentu terus ke syurga..
Tiada jaminan yang mampu menjamin kita bebas dari azab api neraka..

Semakin aku menyayangi sahabatku itu, semakin aku ingin menjaga dirinya..
Aku ingin dya faham..
mengharap bimbingan, bukan hanya sekadar pengharapan..
Hidayah adalah sumber yang perlu di cari sendiri..
Jika, kita tidak mampu untuk menggerakkan diri kita untuk mencari hidayah,
Sampai bila2 pun, hidayah tidak akan dtng pada kita..
Contohnya, bila orang suapkan makanan untuk kita..
selagi kita tidak buka mulut, selagi itulah makanan tidak akan masuk..
Senang bukan??
sebab tu la, cara yg sy gunakan, ialah sekadar mengajak..
Ajak 2, 3 kali... jika jawapannya tidak.. Ok.. biarkan sahaja..
Dan lain kali ajak lagi..
Sekaligus, sy berlepas diri daripadanya atas ketidakmahuannya..
Dan sekaligus, saya mencuba untuk memberi ruang kepadanya untuk berfikir sejenak..
Saya faham, bukan mudah, tapi indah setelah fhm..


























JOm BerPesan

Mata yang celik, seperti buta.
Telinga pula seperti pekak,
Mulut pula seperti bisu,
Hanya hati yang mampu menangis..
Saat melihat anak-anak bangsa hari ini..
Yang tidak mengenal pada agamanya,
Lupa pada penciptanya, Lupa pada negeri yang abadi..

Cukupkah hanya dengan rintihan hati semata?
Wahai golongan yang celik hatinya,
Marilah kita berusaha mengatur langkah bersama,
Mengajak anak bangsa, untuk kembali pada ajaran agama,
Tidak Mudah, Tapi indah..
Saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan saling-ingat mengingatkan..

Mampukah kita gembira, andai sanak saudara kita menangis di baham api neraka?
Sedang kita di ulit nikmat syurga..
Wajarkah untuk kita bersenang lenang, sedang di dunia kita membiarkan mereka terkontang-kanting..
Sebab itulah, Allah menyuruh kita menyampaikan ayatnya,   
walaupun sepatah ayat ..



Saturday, October 27, 2012

Pendirianku.. ada sebabnya..

Kenapa saya lebih memilih untuk mendengar muzik berbanding mendengar orang bercakap??

- Pertama sekali, saya memang selalu kena tegur oleh kwn2 sebab suka pakai earfon.. sebenarnya.. saya pakai earfon masa buat kerja atau tengah lapang n tgh study.. Sebabnya, mungkin saya tak berminat dengan apa yang sedang dibincangkan, sebab saya rasa mengantuk dan perlu segar untuk mendengar sesuatu terutama masa kuliah.. dan ketika masa lapang pula, saya lebih suka dengar muzik sebab saya tak suka dengar perckpn org sekeling yg kadang2 suka mengeluh tak tentu pasal, ketawa tgk movie n lain-lain.. Maafkan saya.. Tpi, itulah sebabnya... Jadi, selapas ne jgn tegur atau marah sy lagi sebab pakai alat pendegr.. Lagipun, muzik yg sy dgr.. bukan yg tak baik.. semuanya nasyid, qasidah ataupun radio Ikim.. bukan nak kata yg saya bak dgr benda2 mcm tu.. Tpi, itu lagi bermanfaat berbanding mendengar rungutan dan lain2 yg bagi sy, xpenting..

Saya hormat cara orang lain, saya tak tegur orang yg lebih memilih untuk apa yg dia minat.. Jadi, tolong hormat cara saya berfikir.. mcm sebelum2 ne,, sy org yang ada cara sendiri dan pendirian sendiri.. pendirian sy boleh di ubah, jika berdasarkn pandangan agama.. tpi, selain itu.. memang tak mudah.. sbb tu, sy bukan jenis yg mudah ikut cara org atau minat orang..

Maafkan saya.. sebab cakap macam ne.. Cuma, sy tak suka org tegur benda yg sy buat berkali-kali dgn cara yg saya tak suka..  Kalo nak tegur, tegur cara yg baik.. tanya la ap sebabnya terlebih dahulu.. sy hargai teguran itu.. cuma, caranya mungkin salah..

Biar saya pekak pada masa akan datang.. asal sy tahu, yg telinga saya pekak disebabkan mendengar benda2 yang baik..

Huh...
Saya marah bukan tanda benci.. cuma, sy nak tegaskan...
Saya kalo nak tegur, memang bnyk benda yg sy tak setuju dgn masyrkt sekeling hari ne.. contohnya, meletakkan gambar di FB.. sy tak fhm, untuk ap dan kenapa.. dulu sy pernah buat.. tpi, sekadar untk org kenal sy.. masa tu, mula2 buat fb.. tpi, setelah sy fhm, fb terlalu terbuka dan muka terdedah.. sy rasa lagi teruk.. Tpi, orang, lebih kpd wanita..sy tak fhm untuk ap wajah yg da cantik nak kena pamer.. nak bagi org Like?? untuk Ap??
Huh..
Saya seperti yg sudah dijelaskan.. mungkins suka menilai.. tapi, sy hormat cara org berfikir.. dan sy juga ada cara sy berfikir.. jdi, hormat lah pendirian sy..

Sy memang agak tegas dengan prinsip sy..
Prinsip sy lebih kepada pendirian dan cara hidup sy skrg..
sy tak kesah sgt ap org fikir tentang sy.. yg saya kesah ialah pandangan Allah terhadap saya..
Nak tundukkan sy, tak susah.. sangat senang..
Cuma gunakan prinsip dan hujah agama yg tepat..
sy mudah menerima pandangan org dan teguran..
Cuma, itulah syaratnya...
Maaf sekali lagi, andai ada kata mengguris..

Friday, October 26, 2012

Indah di Hari Raya

Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah Ya Allah..
Hari ini merupakan Hari Raya AidilAdha yang disambut oleh seluruh umat islam.
Dan, alhamduilillah walaupun hari ini tidak dpt balik rumah dan tak da pun makan2 macam hari raya selalu..
Tapi, cukuplah dengan Allah memilih diri ini untuk datang beraya ke rumah seorang ulama yang tersohor di negeri Kedah.. Syeikh Ust. Zainol Asri..
Alhamdulillah..

Ya Allah, rasa malunya bila duduk bersama-sama dengan seorang ulama yang sangat hebat..
Seorang yang dicintai Rasulullah.. Huhu... Hampir seluruh rumahnya pernah dimasuki baginda s.a.w..
Ya Allah.. betapa rasa tak layaknya diri ini..
Mungkin, ramai yang mengharap untuk di tegur dan di sayangi ulama itu, apakan lagi untuk dijadikan ayah angkat..
Ya Allah.. aku tidak perlukan itu.. Bagi aku, aku sudah sangat beruntung dan bersyukur sangat bila dapat dan berpeluang untuk masuk ke rumahnya dan berkenalan dengan keluarganya.. Ust. Zainol dan isterinya memang sangat hebat.. Isterinya sangat baik dan memuliakan kami..
Pada asalnya, aku rasa seperti malu untuk memperkenalkan diri dan menyembunyikan diri.. Tapi, bila isteri ust, bercakap dan bertanya serba serbi tentang aku.. aku rasa sangat terharu dan malu.. Aku rasa tak layak untuk berkenalan dengan isterinya.. Isterinya siap menyuruh aku untuk datang kembali ke rumah itu.. Pandangan dan harapannya yang penuh kasih sayang, membuatkan aku rasa seperti dihargai dan ingin untuk datang kembali.. =)

Senyuman Pak Long yang tak lekang dan ada sekali sekala singgah ke arah ku, membuatkan aku rasa sangat tenang dan malu sangat.. Aku rasa segan berdepan dengan Ulama tersebut... Pak Long sangat baik.. walaupun sibuk, dia tetap berusaha menegur dan melayan kami sebagai tetamunya.. Senyuman Pak Long, memang sangat mengharukan, lagi menengkan...

Ya Allah..
Buka setakat Pak Long.. Ust. Nazrul sekali datang beraya ke rumah Pak Long.. dan kami terserempak dengannya..
Huhu.. Rasa sangat tak sangka.. Ust. Nazrul yang juga sangat saya kagumi..
Ust Nazrul mungkin pelik melihat kami di pekerangan rumah Pak Long.. Lama dia berdiri memerhati kami.. Saya yang melihat, terus tundu dan senyum tanda hormat.. dan saya tak sangka ust. Nazrul pun tunduk dan tersenyum dengan senyuman yang bagi saya sangat dalam dan ikhlas... fuh.. rasa sangat mengharukan, bila seorang ulama yang sangat kita segani sedang berdiri dan duduk bersama-sama kita dalam satu rumah..

Ya Allah..
Indahnya di pagi raya...
dan adakah akan ada hari lagi untuk bertemu dengan Pak Long, Isterinya dan anak-anaknya ?