Hati ini akan mati.. kalau terus-terus melakukan dosa.
tidak kira lah dosa itu kecil mahupun besar.
Hati ini akan terseksa sendiri bila buat dosa..
itu pun kalau Allah masih sayang, sebab tandanya hati masih ada iman.
Jangan lari jauh dari Allah.. Nanti Allah lupakan kita..
Bila Allah sudah tidak sayang kita lagi..
Maka... Apa lagi makna hidup kita??
Allah akan kunci syurgaNya untuk kita...
sedih...
kadang2 hidup ini terlalu seronok..
mencari cinta yang dicipta ..
mencari kepuasan nafsu yang sementara..
wahai hati...
insaflah...
Wednesday, February 18, 2015
Bulan Febuari
Salam...
wah,,, dah 18 feb..
pantasnya bulan feb bergerak... memang masuk praktikum..
terus jadi sibuk..
ok.
cerita pasal praktikum.. sekolah memang bebang ok..
guru2 ok.. budaya seklah ok..
yang xok nya.. dapat kelas yg murid dia sngat nakal..huhuh
itu sahaja yg dapat dikatakan..
setakat ini.. masih tdk mampu mengawal kelas.. :(
doa kn saya :D

Tuesday, February 3, 2015
Musim Praktikum
Assalamualaikum my dear.. ;)
sedih sangat sekarang ne,,... tpi, terus berusaha yakin yang semua ne ada hikmahnya... Allah pasti ingin menunjukkan sesuatu kepada ku..:)
Mesti tertanya-tanya ne kan, apa yang sedih sangat ne..hehe
sebenarnya, praktikum kali ne ajar dua subjek selama 3 bulan.. dan dapat dua pensyarah yang strick2... sebelum ne, cuma tahu pensyarah bm yang strick.. dan baru juga tahu.. pensyarah pembimbing math bertukar dan juga dapat yg sgt strick.. :( :(
rasa tidak mampu sangat sebenarnya.. dua2 pensyarah jenis yang suka benda kreatif dan berfikir luar kotak..
Ya Allah.. mampu kah aku.. :( :( :(.. aku yang sebelum ne asyik kena kata tidak kreatif... wuwuwuwuaaa....
Sedangkan praktikum kali ini lah yang sangat penting dan sangat memberi kesan kepada pointer... huhuhuu...
dan juga penentu masa depan untuk posting nanti...:(
Dear2... kamu yakin kan dengan aku.. Allah pun tahu aku mampu..sebab tu Allah bagi ini semua.. mungkin dengan cara ini aku dapat menjadi guru yang lebih cemerlang pada masa hadapan.. doakan aku ya. ;)

Thursday, January 22, 2015
Pelangi Ku...Puas Ku cari
Assalamualaikum Dear ;)
My dearest blog.. how hard to explain every moment i spent with my beautiful family, friends and everyone whose enter my llife. They comes to me with some lesson for me to keep as long as i can breath in this world.. There kindness make me feel that Allah is always protect and love me always.. Just me the one..who is not appreciate it enough..huhu..
Ok.. untuk hari ini..cukuplah speaking takat tu ya.hehe..
Hari ini minggu ke 2 di IPG sebagai semester 7.. hari2 di sini..semakin ingin di hargai..dan yang merisaukan ialah tajuk AR yang belum ditemui.. :( Di mana kah untuk ku mendapatkan ilham mencari mu wahai tajuk AR ku...
Ok.. AR merupakan kajian Tindakan yang wajib dilaksanakan oleh pelajar tahun akhir ijazah.. Tajuk AR kenalah berbeza dengan orang lain.. Tajuk AR kena lah berkaitan dengan kemahiran dalam matematik.. Orait.. anda ada idea? how about u my dear?? hehe.. ok.. kalo jumpa.. jangan lupa habaq na.. sekaligus anda menjadi pelangiku.. hehe...
Ok la.. semakin tua ne..makin malas pula maw menaip..hehe..
selamat malam. :D

Saturday, January 17, 2015
ISTERI KONTRAK 2
Awan yang
mendung seperti mengerti bicara hati Ana di sebalik tabir bilik pengantin yang
indah terhias. Sayangnya, keindahan itu tidak mampu menghiburkan hati Ana yang
seakan—akan dirobek Sang Singa yang kelaparan. Bagi Ana, menjadi seorang isteri
dalam usia muda bukanlah sesuatu yang pernah diimpi-impikannya sebelum ini.
Tambahan pula, Putera idaman yang menjadi peneman hidupnya kini bukanlah orang
yang benar-benar Ana cintai.
“Assalamualaikum,
boleh saya masuk?”, Suara garau Tengku Aizat benar-benar mengejutkan Ana dari
lamunannya. Ana hanya mampu mengangguk tanda mengizinkan. Pertama kali Ana bertentang
mata dengan Tengku Aizat. Setiap kali mereka bertentang mata, Tengku Aizat akan
menghulurkan senyuman nipis yang membuatkan Ana jadi serba salah. Seperti
disambar kilat, Ana hanya kaku berdiri tanpa sebutir bicara dan hanya melihat
kelibat Tengku Aizat yang kelihatan kehulu kehilir mengemas pakaian dan
persiapan untuk mandi. Terlalu janggal bagi Ana tinggal sebilik dengan seorang
lelaki yang tidak dikenali, meski hakikatnya lelaki itu sudah bergelar suami.
Suasana hari
perkahwinan masih terasa, memandangkan masih ramai sanak saudara yang
berkunjung dan mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, tidak kurang
juga yang mendoakan kebahagiaan rumahtangga yang terbina. “ Ana, rumahtangga ini satu anugerah
yang Allah berikan kepada hamba Nya. Selain kebahagiaan, yang paling utama
ialah tanggungjawab. Sebagai seorang isteri, makcik mendoakan Ana menjadi
seorang isteri yang solehah dan taat kepada suami ya”, pesanan Makcik Zaleha
menyentuh hati lembut Ana sebagai seorang wanita. Namun, jauh didasar hati, Ana
tidak yakin mampu menjadi seorang isteri yang solehah dan taat. Mampukah aku???
Malam
semakin beransur pergi, orang ramai juga beransur balik ke rumah masing-masing
dan orang rumah pula, hampir kesemuanya sudah terbaring kepenatan. Aku pula,
hanya mampu memandang katil yang cukup indah dan empuk. Bukan tidak ingin
melepaskan keletihan di atasnya, tetapi memikirkan ada orang kedua yang turut
berkongsi katil yang sama membuatkan hajat untuk baring terpaksa dikawal. Melihat
Tengku Aizat masuk ke bilik, Ana memberanikan diri dengan menukar panggilan
Abang sebagai tanda hormat dan taat seorang isteri. Walaupun Ana sendiri tidak
yakin akan itu. “ Abang, Ana hendak tidur di lantai sahaja malam ini ya”.
Tengku
Aizat yang masih berdiri di muka pintu, terkebil-kebil melihat Ana. Bukan sebab permintaannya untuk tidur di
atas lantai, tetapi disebabkan panggilan yang baru sahaja bertukar. Tengku
Aizat hanya berlalu masuk ke tandas dan membiarkan Ana pula yang terkebil
menantikan jawapan. “ Erm, dia pergi macam tu saja?? Dia ingat aku ne tonggol
kayu agaknya,” rungutan hati Ana yang hanya dia saja mampu mendengarnya. Malam
itu, Ana tidur di lantai yang sejuk beralaskan toto nipis, manakala Tengku
Aizat pula tidur di atas katil yang empuk dan begitulah hari-hari seterusnya.
Setelah
seminggu menjalani kehidupan sebagai suami isteri di sebuah kampung yang cukup
indah pemandangannya. Di hadapan, terhampar sawah bendang yang luas dan dari
jauh kelihatan gunung jerai serta pokok-pokok yang rendang. Persekitaran ini,
sangat digemari oleh golongan tua yang sukakan ketenangan dan keistirehatan.
Ana menarik nafas dalam-dalam selepas membaca surat yang telah ditanda tangani
oleh suaminya Tengku Aizat. Mungkin kah ini pengakhirnya???
Friday, January 16, 2015
Assalamualaikum 2015 ^_*
Hye dear.. :)
Maaf lama tidak berkunjung... huhu
tidak sangka sudah tahun 2015 kn...
Tahun yang dinanti-nanti..
Tahun yang memberi seribu makna sebagai seorang pelajar..
Tahun yang mengakhiri episod anak perantauan..hehe
Tahun yang mungkin berakhir dengan kesedihan perpisahan..
Tahun yang akan sentiasa dikenang..
Tahun yang letih dengan AR.. hehe
Tahun 2014, seperti satu Malaysia sedih mengenangnya..
memandangkan banyak episod2 sedih yang dilalui rakyat Malaysia..
Pasti dan pasti semuanya berharap ada sirna cahaya dan harapan di Tahun 2015 ini...
Aku Juga..
Tahun 2015 terlalu banyak impian, cita dan cinta yang diimpikan..
Semoga tercapai segala impian. :)

Thursday, October 16, 2014
ISTERI KONTRAK 1
Perubahan
ekspresi muka syazana, dapat dibaca dengan mudah oleh rakan baik sekuliahnya
Mira yang sudah selalu menjadi tempat mengadunya. Mira tahu yang syazana pasti
sedang bergelut dengan masaalah ibu tirinya itu.
“Ana pening dengan permintaan ibu
sejak dari semalam lagi. Ana tidak tahu apa sebenarnya kemahuan ibu.” Keluh Ana
tanpa disoal Mira. Jauh disudut hati, Ana sama sekali tidak bersetuju dengan
permintaan ibu tirinya yang hendak menjodohkannya dengan seorang lelaki yang
tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Malah, berat sekali untuk menerimanya
memandangkan dia masih sedang belajar di Universiti.
Mira yang sejak tadi memberikan
telinga kepada setiap keluhan sahabatnya, berasa sangat bersimpati dengan kerungsingan
yang Ana alami. “ Sabarlah Ana, banyakkan berdoa dan mengadu kepadaNya.
Lagipun, apa yang berlaku sekarang ini, semuanya atas kehendakNya juga. Yakinlah
yang pasti akan ada hikmahnya,” lembut kata Mira untuk cuba menyenangkan dan meringankan
bebanan hati yang ditanggung sahabat baiknya. Tambah lagi, dia sangat faham
diri Ana yang sangat bercita-cita besar dalam hidupnya. Ana seorang yang
komited terhadap pelajaran dan sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti
sukarelawan di Universiti.
“ Ana, cepat balik kampung hari ini
juga. Ibu ada nak bincangkan dengan Ana. Semua ahli keluarga sudah setuju.
Cepat balik ya.” Telefon dimatikan serta merta dari jauh. Ana masih terkesima
seperti dalam mimpi mendapat panggilan kecemasan itu. Tanpa banya soal, dia mengemas sedikit keperluan untuk dibawa
pulang ke kampung.
Perjalanan dari Kota Bharu ke
Pendang yang mengambil masa 5 jam membawa fikiran Ana terbang jauh. Sepanjang
dalam bas, Ana tidak dapat melelapkan mata kerana masih berfikir sekiranya Ibu
memanggilnya balik untuk meneruskan hajat ibunya untuk jodohkannya dengan Tengku
Aizat. Walaupun gelaran Tengku sudah cukup menunjukkan keberadaan manusia itu. Namun,
Ana tetap tidak dapat menerima lelaki itu kerana setahunya lelaki itulah yang
pernah dilihatnya suatu masa dulu sedang bermesraan dengan wanita lain.
“Aku tidak memandang dan ingin
dipandang, aku bukanlah wanita yang cepat memberikan cinta kepada insan bernama
lelaki, dan aku juga bukan wanita yang murah dengan mudah untuk disentuh. Tapi,
kenapa mesti aku dijodohkan dengan lelaki sebegitu, yang awal-awal lagi
bermesra dengan wanita lain?? .” Monolog hati Ana yang meronta-ronta ingin
dikeluarkan dari kerongkong. Tapi berat untuk dilepaskan setiap kali tertembung
mata dengan Ibu tirinya. Terpaksa ditelah semula kata-kata yang hampir terluah.
Kepulangan Ana ke kampung halaman
pada petang itu, hakikatnya bukanlah untuk meminta persetujuannya. Tetapi,
semua keluarga sudah berkumpul dan hanya menunggu pengantin perempuan untuk
akad nikah secara ringkas. Pihak sebelah lelaki juga yang hanya dihadiri oleh
pengantin lelaki dan dua orang lelaki muda. Manakala, sebelah perempuan pula hanya
keluarga terdekat sahaja yang dijemput.
“Ana, tak kan da sampai Kelantan.
Jauhnya berkhayal,mentang-mentang nak jadi isteri orang da,” seloroh sepupunya
Anis yang tiba-tiba datang duduk disebelahnya. Ana hanya mampu tersenyum. Tiada
sebutir pun bicara yang keluar dari mulutnya sejak tiba tadi. Manakan tidaknya,
semua yang berlaku didepan matanya terlalu jauh dari jangkaannya. Sehingga,
belum sempat dapat dihadam oleh fikiran.
Hanya dengan sekali lafaz, Syazana
binti Ismail sah menjadi isteri Tengku Aizat bin Tengku Hj Ariffin. Menitis air
mata Ana tanpa disedarinya kerana sebak memikirkan nasib diri yang menjadi
patung tanpa mampu membelah diri. Haknya sebagai pengantin perempuan diabaikan
sama sekali oleh ibunya. Mengenangkan ibu kandungnya yang da lama pergi,
bertambah banyak air mata yang jatuh. Ayah pula, sejak jadi bisu dan duduk di
kerusi roda, kewujudannya sebagai ketua keluarga juga makin diabaikan. Kini,
Ana sedar yang dia sudahpun sah menjadi isteri orang. Mungkinkah selepas ini
aku lebih bahagia?
Subscribe to:
Posts (Atom)