Pages

Friday, March 20, 2015

My Last Day, 22 Years

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah.. Allah berikan umur ini sampai ke penghujung angka 22, dan sekejap lagi melangkah masuk ke usia 23 secara officialnya.hehe
alhamdulillah.. :)

Selama hidup di muka bumi Allah ini, sememangnya jasad ini belum cukup menabur bakti dan menanam benih untuk dituai di negeri yang abadi. Jasad ini masih bermain-main di dasar muka bumi Allah yang sangat indah. Namun, hari ini keindahan itu semakin pudar disebabkan dosa-dosa manusia yang makin tidak malu melakukan dosa. Termasuklah jari yang sedang menaip saat ini. Jari yang kecil dan mulus ini juga sukar dijaga dan dikawal oleh tuannya. Jari ini yang mudah menekan dan menyentuh sesuatu yang tidak disukai penciptaNya.

Di kesempatan sisa hidup yang Allah masih izinkan, sehinggalah ke satu saat yang bila-bila sahaja Allah akan menjemput peminjam jari ini kepada Nya, saya memohon seribu kemaafan kepada semua yang membaca blog ini. Jika kita kenal, pasti ada kesilapan yang saya lakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Mohon maafkan dan doakan keberkatan di usia mendatang saya. :)

Saya rasa sangat bersyukur dengan anugerah Allah kepada saya sehingga ke saat ini. Apa yang Allah telah berikan sebenarnya sangat besar dan tidak mampu dihitung. Saya tahu yang Allah ingin hambaNya bertaqwa kepadaNya dan menjadi seorang hamba yang taat. Mungkin sebab itu Allah berikan saya kebaikan, agar saya ingat kepada Nya. Namun, jika dengan kebaikan yang diberikan ini saya tidak mampu membalasnya. Maka, saya tidak hairan akan suatu hari nanti Allah memberikan sesuatu keburukan agar saya mengingatiNya. Semoga Allah masih mengasihi diri ini. Amiin. :)

Kadang2, kita tidak sedar hati kita sedang rindu kepadaNya. :'(

Ya Allah, terima kasih atas segala pinjaman Mu. Sungguh aku menyayangi mereka2 yang hadir dalam hidup ku. :)

welcome 23 :)

Wednesday, March 18, 2015

Entry Bulan 3

Assalamualaikum. :)
Alhamdulillah... masih bernafas di bumi Allah yang indah..
tidak dapat dinafikan kesibukan bulan ini.
Pun begitu, ada sahaja masa yang dibazirkan.
huhu

Sekarang ne, rasa murah rezeki sangat sebab, Allah bagi diri ini menumpang banyak benda dengan orang.
Dan nak tahu, ummi nak sponsor ikut kursus penulisan 4 Mac nanti. In Shaa Allah.. Belajar menulis dengan Ust.Pahrol kot..heheh

Tidak tahu la, kalo betul2 dapat pergi.. boleh tidak jadi penulis selepas tu.hehe
Tapi kata orang peluang keemasan, jangan ditolak. :)
ok la beberapa hari lagi naik la usia ne pergi 23 tahun.hehe
tua da kan.haha

oh ya.. to my beloved one.. Love u owez.. mhuaaaa..heheh
Bye my dear. jumpa lagi nanti. :D

Wednesday, February 18, 2015

Hati

Hati ini akan mati.. kalau terus-terus melakukan dosa.
tidak kira lah dosa itu kecil mahupun besar.
Hati ini akan terseksa sendiri bila buat dosa..
itu pun kalau Allah masih sayang, sebab tandanya hati masih ada iman.
Jangan lari jauh dari Allah.. Nanti Allah lupakan kita..
Bila Allah sudah tidak sayang kita lagi..
Maka... Apa lagi makna hidup kita??

Allah akan kunci syurgaNya untuk kita...
sedih...

kadang2 hidup ini terlalu seronok..
mencari cinta yang dicipta ..
mencari kepuasan nafsu yang sementara..

wahai hati...
insaflah...

Bulan Febuari

Salam...
wah,,, dah 18 feb..
pantasnya bulan feb bergerak... memang masuk praktikum..
terus jadi sibuk..
ok.
cerita pasal praktikum.. sekolah memang bebang ok..
guru2 ok.. budaya seklah ok..
yang xok nya.. dapat kelas yg murid dia sngat nakal..huhuh

itu sahaja yg dapat dikatakan..
setakat ini.. masih tdk mampu mengawal kelas.. :(
doa kn saya :D

Tuesday, February 3, 2015

Musim Praktikum

Assalamualaikum my dear.. ;)

sedih sangat sekarang ne,,... tpi, terus berusaha yakin yang semua ne ada hikmahnya... Allah pasti ingin menunjukkan sesuatu kepada ku..:)
Mesti tertanya-tanya ne kan, apa yang sedih sangat ne..hehe
sebenarnya, praktikum kali ne ajar dua subjek selama 3 bulan.. dan dapat dua pensyarah yang strick2... sebelum ne, cuma tahu pensyarah bm yang strick.. dan baru juga tahu.. pensyarah pembimbing math bertukar dan juga dapat yg sgt strick.. :( :(

rasa tidak mampu sangat sebenarnya.. dua2 pensyarah jenis yang suka benda kreatif dan berfikir luar kotak..
Ya Allah.. mampu kah aku.. :( :( :(.. aku yang sebelum ne asyik kena kata tidak kreatif... wuwuwuwuaaa....
Sedangkan praktikum kali ini lah yang sangat penting dan sangat memberi kesan kepada pointer... huhuhuu...
dan juga penentu masa depan untuk posting nanti...:(

Dear2... kamu yakin kan dengan aku.. Allah pun tahu aku mampu..sebab tu Allah bagi ini semua.. mungkin dengan cara ini aku dapat menjadi guru yang lebih cemerlang pada masa hadapan.. doakan aku ya. ;)

Thursday, January 22, 2015

Pelangi Ku...Puas Ku cari

Assalamualaikum Dear ;)

My dearest blog.. how hard to explain every moment i spent with my beautiful family, friends and everyone whose enter my llife. They comes to me with some lesson for me to keep as long as i can breath in this world.. There kindness make me feel that Allah is always protect and love me always.. Just me the one..who is not appreciate it enough..huhu..

Ok.. untuk hari ini..cukuplah speaking takat tu ya.hehe..
Hari ini minggu ke 2 di IPG sebagai semester 7.. hari2 di sini..semakin ingin di hargai..dan yang merisaukan ialah tajuk AR yang belum ditemui.. :( Di mana kah untuk ku mendapatkan ilham mencari mu wahai tajuk AR ku...

Ok.. AR merupakan kajian Tindakan yang wajib dilaksanakan oleh pelajar tahun akhir ijazah.. Tajuk AR kenalah berbeza dengan orang lain.. Tajuk AR kena lah berkaitan dengan kemahiran dalam matematik.. Orait.. anda ada idea? how about u my dear?? hehe.. ok.. kalo jumpa.. jangan lupa habaq na.. sekaligus anda menjadi pelangiku.. hehe...

Ok la.. semakin tua ne..makin malas pula maw menaip..hehe..
selamat malam. :D

Saturday, January 17, 2015

ISTERI KONTRAK 2


Awan yang mendung seperti mengerti bicara hati Ana di sebalik tabir bilik pengantin yang indah terhias. Sayangnya, keindahan itu tidak mampu menghiburkan hati Ana yang seakan—akan dirobek Sang Singa yang kelaparan. Bagi Ana, menjadi seorang isteri dalam usia muda bukanlah sesuatu yang pernah diimpi-impikannya sebelum ini. Tambahan pula, Putera idaman yang menjadi peneman hidupnya kini bukanlah orang yang benar-benar Ana cintai.

“Assalamualaikum, boleh saya masuk?”, Suara garau Tengku Aizat benar-benar mengejutkan Ana dari lamunannya. Ana hanya mampu mengangguk tanda mengizinkan. Pertama kali Ana bertentang mata dengan Tengku Aizat. Setiap kali mereka bertentang mata, Tengku Aizat akan menghulurkan senyuman nipis yang membuatkan Ana jadi serba salah. Seperti disambar kilat, Ana hanya kaku berdiri tanpa sebutir bicara dan hanya melihat kelibat Tengku Aizat yang kelihatan kehulu kehilir mengemas pakaian dan persiapan untuk mandi. Terlalu janggal bagi Ana tinggal sebilik dengan seorang lelaki yang tidak dikenali, meski hakikatnya lelaki itu sudah bergelar suami.

Suasana hari perkahwinan masih terasa, memandangkan masih ramai sanak saudara yang berkunjung dan mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, tidak kurang juga yang mendoakan kebahagiaan rumahtangga yang terbina.           “ Ana, rumahtangga ini satu anugerah yang Allah berikan kepada hamba Nya. Selain kebahagiaan, yang paling utama ialah tanggungjawab. Sebagai seorang isteri, makcik mendoakan Ana menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada suami ya”, pesanan Makcik Zaleha menyentuh hati lembut Ana sebagai seorang wanita. Namun, jauh didasar hati, Ana tidak yakin mampu menjadi seorang isteri yang solehah dan taat. Mampukah aku???

Malam semakin beransur pergi, orang ramai juga beransur balik ke rumah masing-masing dan orang rumah pula, hampir kesemuanya sudah terbaring kepenatan. Aku pula, hanya mampu memandang katil yang cukup indah dan empuk. Bukan tidak ingin melepaskan keletihan di atasnya, tetapi memikirkan ada orang kedua yang turut berkongsi katil yang sama membuatkan hajat untuk baring terpaksa dikawal. Melihat Tengku Aizat masuk ke bilik, Ana memberanikan diri dengan menukar panggilan Abang sebagai tanda hormat dan taat seorang isteri. Walaupun Ana sendiri tidak yakin akan itu. “ Abang, Ana hendak tidur di lantai sahaja malam ini ya”.

Tengku Aizat yang masih berdiri di muka pintu, terkebil-kebil melihat  Ana. Bukan sebab permintaannya untuk tidur di atas lantai, tetapi disebabkan panggilan yang baru sahaja bertukar. Tengku Aizat hanya berlalu masuk ke tandas dan membiarkan Ana pula yang terkebil menantikan jawapan. “ Erm, dia pergi macam tu saja?? Dia ingat aku ne tonggol kayu agaknya,” rungutan hati Ana yang hanya dia saja mampu mendengarnya. Malam itu, Ana tidur di lantai yang sejuk beralaskan toto nipis, manakala Tengku Aizat pula tidur di atas katil yang empuk dan begitulah hari-hari seterusnya.


Setelah seminggu menjalani kehidupan sebagai suami isteri di sebuah kampung yang cukup indah pemandangannya. Di hadapan, terhampar sawah bendang yang luas dan dari jauh kelihatan gunung jerai serta pokok-pokok yang rendang. Persekitaran ini, sangat digemari oleh golongan tua yang sukakan ketenangan dan keistirehatan. Ana menarik nafas dalam-dalam selepas membaca surat yang telah ditanda tangani oleh suaminya Tengku Aizat. Mungkin kah ini pengakhirnya???