Pages

Sunday, August 16, 2015

Sikap Malas

Bismillah...
lama aku tenung screen lap top ne,
tapi tak da apa pun yang bergerak.. last2, aku taip ja tajuk soalan tugasan..
dan biarkan ia begitu.. at least nampak jugalah ada tulisan dalam satu muka surat.hehe

kadang2, kita rasa malasnya la nak berfikir.. malasnya la nak buat kerja yang berfaedah.
at the end nya, kita nak juga melihat hasil yang baik walaupun sedikit.
Kita sebenarnya mahu berjaya, tapi kita malas.. berfikir pun malas.. jangan kan berfikir, kadang2 makan pun malas. Kalau bole makan pun nak kena suap.

waktu macam ne pun, sempat juga lah muhasabah. Teringat kisah musuh islam yang menghantar perisik ke negara islam sebelum menyerak. Kali pertama perisik tu datang, ia bertemu dengan seorang pemuda yang sedang menangis. Perisik bertanyakan perihal pemuda yang menangis itu. Pemuda itu menangis sebab merasakan mad'u nya makin malas untuk berusrah dengannya.. Dia sedih sebab risau dakwahnya makin lemah dan tidak disukai. Perisik berasa kecewa dengan berita itu.. Memandangkan pemuda islam begitu gigih dalam dakwah, mereka takut untuk menyerang negara islam.

Kali ke 2, perisik datang lagi untuk melihat keadaan negara islam. Kali ini, perisik melihat seorang pemuda sedang menangis teresak-esak. Lalu dia bertanyakan perihal pemuda itu, dan pemuda itu sedang menangis kerana cintanya ditolak. Waktu ini, perisik tersenyum gembira kerana keadaan pemuda islam yang sibuk memikirkan cinta. Berita ini membuatkan musuh islam tadi, menyerang negara islam tersebut.

Kisah ne, pernah terbaca dekat satu buku..tapi tak ingat da buka apa. yang penting kisah ne menunjukkan kekuatan umat islam itu sebenarnya adalah kekuatan pemuda2 islam. Jadi, siapakah pemuda islam itu? ya, jawapanya saya..

saya yang malas, saya yang sibuk dengan dunia, saya yang sibuk dengan cinta dan saya yang sibuk dengan kelalaian..itulah saya yang menjadi pelemah kepada umat islam. huhu

ok la.. sampai sini ja dapat tulis..
sebab sedih sangat..
sedih dengan diri sendiri...


QOMEL

Nama kucing pertama yg aku pernah ada. Qomel lain dari yang lain.. Qomel panggilan yg paling mesra, dan Qomel tahu itu nama dia.

Qomel kami ambik sejak dia kecil lg..dia lahir dkt sawah padi.Masa mula2, Qomel memijakkn kaki ke rumah, dia terus hilang..macam kilat Qomel berlari.. mungkin sebab takut sangat. Kami 5 beradik berusaha cari Qomel yg sangat kecil masa itu, tapi tetap tidak jumpa.

keesokan harinya, aku bangun pagi dan terkejut tengok ada lipan dekat atas katil. Tapi, masa tu aku baru darjah 2 dan tidak pernah kena gigit lipan.. jadi, bila nampak lipan, tak la takut sangat tapi geli ja.hehe

pagi tu, ak kemas katil aku.. katil aku katil single, muat2 je untuk ak tidur.. masa kemas tu, aku terkejut sangat sebab Qomel ada dekat bawah tilam aku.. dalam hati masa tu, bersyukur sangat sbb Qomel masih hidup dan tak kena hempap oleh aku.

sejak itu, Qomel jadi kucing aku dan aku yg berikan dia nama Qomel. :)

Qomel sangat istimewa bagi aku dan dalam hidup aku.. sebab kenapa? sebab Qomel kucing luar biasa dan yg pertama kali aku jaga. Qomel buang najis dekat tandas, walaupun tak kena ajar..mungkin sebab dia perhatikan. Bila Qomel berak, senang sikit kena cuci sebab da dalam tandas.hehe

Qomel sangat memahami.. bila kena panggil dia mesti sahut. Qomel ada 3 warna, hitam, oren, putih. Qomel sangat comel. selalu main dan tidur dengan Qomel. Bila malam, Qomel tak mahu tidur luar. dia akan memanggil untuk masuk bilik..nak tidur sama2.hhehe

Qomel juga sangat memahami.. dulu, masa menangis Qomel akan pujuk.. dia lap air mata guna tangan dia. macam xpercaya kn? tapi Qomel buat semua tu.  pandangan Qomel masa tu. sangat empati..  rindu Qomel sangat2.

sampai la satu masa, Qomel mengandung dan masa nak melahirkn anak, Qomel mundar mandir..kesian dia. akhirnya, mak jadi bidan terjun tolong Qomel lahirkn anak dia. :) Qomel daa jadi ibu.

episod baru dalam hidup Qomel.. kini, aku da ada anak buah.hehe.. rutin pun berubah, kerja lebih berat sebab kena ajar anak Qomel pula supaya x berak merata.. aku sediakan tempat buang najis. setiap petang kena ganti tanah.. waktu tu, tak geli sangat.. sebab sayang kn. :)

bila fikir balik.. masa tu aku budak lagi..mulia tul hati jaga haiwan.. dorang kencing merata, aku sanggup ja cuci dengan sabar.. huhu.. kalo skrg ne.. habis lah kucing tu kena bebel..

Qomel makin tua.. tapi..Qomel ttetap manja.. kadang2,kesian dengan Qomel.. sbb anak bersalah..Qomel pun kena marah. ,:(

Kami pindah rumah.. Qomel xkena bawa.. xtw sebab apa.. tapi. sedih sangat.. sekarg.. mungkin Qomel da lama pergi.. tapi..keterunan Qomel mesti masih ada.

sayang Qomel :)

Friday, August 14, 2015

kadang2 kita berpura2 gembira untuk menyembunyikan kegusaran hati..

kita tipu diri kita..
demi ego kita ..
ego...
kita sendiri sakit dgn perasaan sendiri..
berhentilah dengan prasangka mu..
turunkan lah ego mu.

Thursday, August 6, 2015

Perbezaan Individu

Salam.
Salam jumaat semua. :)

Hari ne nak share sikit tentang satu perumpamaan. 3 ekor rusa lawan dengan satu ekor harimau, agak2 siapa menang?
Pasti la harimau kn.
Jadi bilangan yang banyak sekalipun, belum tentu menjanjikan kenangan.
Dalam peperangan.contohnya perang uhud. Kemenangan berpihak kepada orang islam.walaupun bilangan orang islam jauh lebih sedikit berbanding pihak musuh. Boleh jadi nisbah kekuatan satu tentera islam, sama dengan 1:100 .
Maknanya. Kekuatan jiwa tentera islam mampu mengalahkn pihak lawan.

Ap yg ak nak kongsikn sebenarnya ialah tentang kekuatan jiwa atau hati bagi setiap individu itu tidak sama dan dengan siapa ia sedang berhadapan juga tidak sama.

Sesetengah orang lebih memilih diam, kerana tiada kekuatan untuk meluahkan. Dan mungkin itu jauh lebih baik. Sekiranya diluahkn mungkin diluahkan mungkin menyebabkan verlaku masalah yg lebih besar.
Namun ada jg segelintir orang yg lebih mudah meluahkan daripada berdiam. Golongan ne lebih konfiden dan berani untuk berhujah.mempertahankan dan menjelaskan.

Bagaimana kalau dua golongan ne bertemu?
1 vs 1
Agak2 siapa yang akan lebih bercakap dan siapa yg akan lebih banyak diam

Hasilnya. Pasti yg berani bercakap, berjaya melepaskan semua yg dimahukan. Manakala yg memilih diam, mungkin hanya mampu menerima dan tidak mampu meluahkn semuanya. Dab lebih sakit lagi, kalo terpaksa menerima kenyataan2 yg lebih menyakitkan.

Inilah yg dinamakn perbezaan individu. Kita kena meletakkn situasi kita di tempat individu itu. Penyelesaian sesuatu masalah, bukan ikut satu cara sahaja. Tapi.. Mungkin perlu mencari jalan yg jauh lebih baik untuk memastikan hasilnya mendapat keadilan. Then. Tiadalah istilah pendam2. Hehe.

Wednesday, August 5, 2015

Lonely

Lonely.
Mungkin itu yg paling tepat untuk aku.
Kadang2 aku rasa betul jg ap kata kawan aku masa mula2 aku pindah block asrama.

Ok mun.bye. ko tinggal la lepas ne

Walaupun benda tu mungkin sekadar gurauan..tapi ada juga terkesan..kalo tak terkesan..mungkin da lama aku lupa ayat tu.

Aku.. Sendirian..itu hakikat.
Kalo tak sendirian mungkin aku perlu bettiga atau berempat. Dan sudah jauh sekali untuk berdua. Sebab bnyk sngt hati kena jaga.

For honest.  Aku memang xpandai berkawan ramai2. Aku suka kalo berdua. Senang dan tak banyak masaalah. Sejak aku sedar aku lonely.. Ak tak pernah fikir, dengan siapa aku nak keluar.. Aku rasa orng tak perlu terasa hati.sebb aku memang kesorangan. Dan adakala aku perlu kn sorng sahabat. Xnak la buy 1 free1 atau free 2.. Bukan benci..tpi..ak lagi suka 2.

Aku sedar.. Susahnya menjaga perhubungan..sebab tu aku selalu jarak kn diri dgn orang..aku takut rapat.. Sbb..makin rapat..makin susah nak jaga hati.

Kata roomate aku..ko ne mun..setia sangat. Aku xtahu knp mesti setia. Kalo suami aku direbut orng..aku memang xsanggup.. Sebab tu..kdg2 aku rasa..apa guna setia. Kalo di dua atau tiga kn.

Tpi. Aku selesa. Dan aku sayang. Sebb sayang..aku sudi. Mungkin sudi dimadukan.haha. tpi..tolong pleasee jgn madukn aku. :(

Ramai ormg malu mengaku dia lonely..tp..aku pula..perlu sedarkn diri aku..yg sebenarnya aku lonely.

You lonely..
Tapi.. Xmudah mencari ganti.. Sebab tu aku setia.. Setia dimadukan.hahah

Aku sensetif sangat kalau ormg tegur post aku.hahah. sebab tu.. Ak sedikit terkilan dgn sikap ak sendiri.. Yg terlalu percaya dan tak fikir dulu seblum post. Sbb tu la bapa aku selalu tegur sikap aku yg careless selalu. :( sedih tapi sedar diri.haha

Lepas ne.. Ak xnak da post2 berbaur sindiran. Ak nak taubat da. :( mungkin teguran tu buat ramai yg terasa.. Bukan niat nak memalukan..tp..sekadar nak menyedarkan. Huhu

Thursday, July 30, 2015

Berita Gembira Hari Gembira

Salam
Hari ne.. Aku dapat berita gembira.. Mudah2an khabr gembira ne menjadi kebenaran.
Aku ada kawan..yg aku kira dia lah kawan karib selama aku di ipda. Kalau ada kawan susah senang..aku rasa dia lah orng nya..hari2 akhir dkt ipda ne..cepat sikit rasa touching2.hehe.. Aku, ena dan ana.. Aku kira kami ne lama da geng sekepala. Banyak benda kami buat bertiga..bukan setakat kumpulan esaimen setiap sem..tapi benda2 gila selalunya kami 3 la berani buat. Kalo kegiatan senyap2 ne, memang xajak orng lain da.hehe.

Cerita tentang kawan ne memang susah sikit, banyak pahit manis nak cerita. Tipu lah kalau x pernah gaduh, atau terasa dengan kawan. Tapi style kami ne lebib kurg sama ja. Merajuk, diam. Yg rasa bersalah tu pula senyap..tapi xlama mana pun..xsampai satu hari da sembuh da.hehe

Kalo kita fikir kawan ne orang yg sentiasa disisi kita, layan kita sentiasa, dan sentiasa setuju dgn kita. Maksudnya kita kawan yg selfish. Memang xkekal la persahabatn. Kawan bukan hamba kita, xsama mcm mak dan adik beradik kita. Kalo adik beradik, gaduh mcm mn pun, tetap bertegur. Kawan pula, kena berpada2..gurau jgn la smpai melukakan hati..xkira la bertahun persahabatn. Hati kawan kena jaga, gurauan kena elok2.


Kalau kita cepat kecewa dgn sikap kawan kita, maksudnya kita mahu kawan kita jdi seperti apa yg kita mahu. Tapi, sebenarnya kawan kita bukan la sempurna..kita pun xmampu untuk jdi kawan yg sempurna.

Cerita tentang kawan jg, memang xsemua orng yg kita kenal kita anggap sebagai kawan rapat.. Tapi hanya satu ataupun dua. Memiliki kawan rapat memang xmudah. Sebab orng yg ada kawan rapat, maksudnya dia mampu menerima kekurangan dan kelebihan kawannya selama berkawan. Xla asyik dia ja nak menang, asyik dia ja betul dan asyik dia ja yg nak kena pujuk.hehe

Pendek kata..kawan tu anugerah..ia ibarat hadiah yg Allah berikan untuk kita. Kita pergi jauh dri keluarga.. Merantau di tempat yg asing..tp.. Di sana Allah temukan kita dgn rakan2 yang mampu membantu kita saat susah dan menggembirakan.

Selama di ipda, classmate sy adalah kwn yg sngt sy rapat. Semuanya selalu hadir dlm episod hidup sy. Saat susah dan senang. Mereka sentiasa membantu. Kira geng sngt la.hehe. agie ibarat kakak yg nasihatnya selalu bernas dan matang, zati pula kawan cerita, selalu masuk ja dgn dia
Ana pula geng sekepala, xbest kalo xda dia. Ena lagi la.. Memang xsah la..kalo ada ak, dia mesti ada..sbb ak xboleh kalo xda budak ne. MIchelle pun kawan gila2 jg..selalu ja ajak imagine benda yg lawak2 yg xtercapai akal. Sherin pula kawan yg sporting bab2 exam dan jalan2 makan..sharry pun sama juga. Gee, kawan cerita..makin lama makin satu kepala da. Koo dan rita budak cina yg baik dan mesra.. Xsombong pun ..dorng pandai bawa diri.hehe

Kami semua 11 orng. Selalu apa2 dengan dorang la. Pasti rindu semua nanti..rindu zaman belajar.hehe

Friday, July 24, 2015

Jom share gambar :D

Sempena Hari Raya Tahun ne.. Ada banyak gambar yg comel2.mungkim sebab, da remaja ne..makin comel la.hehe

Tapi sebenarnya, sebab semua kamera da canggih.. Kamera skrg ne, tlng edit siap2 muka lagi.hehe..dari xberseri jdi berseri.hehehe

             Yg ne gambr raya pertama. Semua pic..hehe..

 Yg ne maim selfie2.hehe
 Raya dekat keningau.hehe
Sebelum balik..sempat main bowling.. Sebenarnya sambut befday jg..tp..tiada gambar.huhu
 Photoshoot bersambung semula bila balik kedah.hehe..jumpa geng suka bergambar ne.haha
 Pilih gambar yg nampak kurus ja.haha
 Yg ne gambar family math1.hehe
Last gambr
.tgk kawan tu.
Suka la tu dikelilingi bunga2 .hahaha

K .. Tu saja.hehe