Suka kah seseorang itu untuk menjadi JAHIL??... agar mereka dapat lari dari segala perintah dan kewajipan yang telah di gariskan dalam syariat. Islam kah mereka..??hanya atas dasar agama yang diperturunkan mengikut generasi ibu dan ayahnya,semata-mata..
Tidakkah mereka sedar!!! islam itu nikmat serta pembuka kunci keimanan.. sedarkah mereka bukan mudah untuk mandapat nikmat islam..ISLAM merupakan nikmat yang paling besar.. tapi sayang..ramai sekali yang masih lalai dan lupa.. mereka tidak faham apa sebenarnya islam.. dan hanya mampu berbangga terhadapnya tanpa sedar akan apa yang dibanggakan.. kerana tiada setitik pun perjuangannya dalam mensyariatkan ajaran islam.. dan tidak habis-habis menyatakan kejahilannya terhadap agama yang dianutinya dengan harapan agar Allah mengampunkan dirinya kerana tidak tahu.
Ohh Alasan apakah ini????
bukankah Al-Quran dan Al-Sunnah sudah diturunkan kepada mereka.. untuk apakah itu??
adakah sekadar disebut?? tidak sahabat seagamaku.. ianya adalah untuk dipelajari,dilihat ,dihayati,difahami dan diamalkan...
kejahilan apakah yang sungguh pelik ini.. KENAPA PELIK??
mestilah pelik..sebab kemajuan ICT dan media semasa begitu celik sekali dimata anak mudi hari ini, namun masalah dan ilmu agama yang sejak zaman berzaman masih tidak celik-celik lagi. bukankah pelik tu??
siapalah saya untuk menyatakan kejahilan kita hari ini.. namun kesedaran terhadap benda inilah yang membuatkan hati ini tergerak untuk mengajak sahabat-sahabat lain untuk bersama-sama menghayati setiap bait-bait ajaran rasulullah dan berpandukan Al-Quran sebagai pendamping sejati...
Jadikanlah iman dan ilmu sebagai taman-taman syurga kita... semoga harumnya menhimpunkan kita dimahligai Allah yakni syurga al-firdaus.. marilah kita berlumba-lumba mengejar ilmunya serta saling menyayangi kerananya... ukhuwah itu manis andai dasarnya adalah iman... Nahnu Jindullah....
No comments:
Post a Comment