Pages

Friday, February 18, 2011

Cuti ku bermakna...

Alhamdulillah.. atas takdir Allah saya dan rakan-rakan sekelas yang lain dipertemukan dengan seorang insan yang berhati mulia.. insan tersebut saya panggil kak Salina.
kak Salina pada awalnya mengenali kami ketika satu program berselawat di dataran darulaman. pada masa itu dia sudi nak menghantar kami kat IPDA. selepas itu dia jemput kami ke rumahnya. kami di diraikan dengan makanan yang enak-enak dari yaman. kami juga di bawa ke kebun itik dan ayam.. rasa seronok buat kali pertama. dia ada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.. kedua-duanya masih kecil. anak perempuannya yang baru darjah 3 begitu manja dengan kami. itu yang membuatkan saya selesa untuk duduk di rumah itu. disamping kak Salina yang begitu baik hati. dirumahnya ada bilik bacaan yang penuh buku agama. saya suka bilik itu dan berharap agar dapat menelaah buku-buku tersebut. semalam saya dan rakan-rakan datang sekali lagi ke rumahnya.. Alhamdulillah kami dapat menyelesaikan satu tugasan pada waktu pagi, dan berjalan ke tasik pada waktu petang dan merasa makanan cina pada waktu malam. tanpa dijangka-jangka kami bermalam di rumahnya. kami balik asrama pagi tadi. say doakan kak Salina sekeluarga murah rezeki. dia telah banyak memberi benda kepada kami seperti makanan, pakaian dan kasih sayang yang terlalu berharga buat kami.

Thursday, February 10, 2011

Buat Mama dan Baba yang tersayang.......

daripada anakmu yang tercinta..
inginku layarkan surat ini dikala hati begitu merindui kalian berdua,
setiap masa hati ini merindui kalian,
berfikir tentang bagaimana penat dan tabahnya kalian disana..
hati ini selalu khuathir akan kalian,
terlalu sarat merindui kalian,,
tidak terungkap rasa hati ini, bila melihat dan mendengar perkhabaran kalian yang begitu sabar dan tabah mengahadapi dugaan..
mama yang tak habis diuji dan baba yang sentiasa bersabar..
tapi bukan itu yang ku banggakan sangat, namun ada yang lebih dari itu,,
nak tahu ap?
keimanan korang.. betapa bersemangat nya mama dan baba mendekatkan diri dengan tuhan.. tak tercakap hati ini kerana rasa begitu terharu dan bangga dengan mama dan baba..
ma, ba,, saya sangat sayang korang, saya sangat berharap kalau kita sekeluarga bersama-sama bertemu di syurga nanti.. saya nak kita bahagia di sana.
tanpa korang saya pasti tak berjaya dimuka bumi ne.. ma..ba.. i want to share my love with u to others.. sebab sy terlalu kasih akan kalian.. i love u so much.. sy sangat berterima kasih dengan tuhan kerana dikurniakan orang tua seperti korang.. semoga mama cepat sembuh dan baba sentiasa sihat.. sama2 lah kita berjuang.. kasih Allah semoga sentiasa bersama kita.. last but not less.. i love u ma,ma,ma, ba....

Friday, February 4, 2011

Buat Sahabat tercinta....

TeMan ku….
Indahnya berkenalan dengan mu..
Mencipta kasih yang penuh onak dan duri..
Berteleku di sejadah nur kasih..
Mengingatkan diri tentang cinta sejati..
Sahabat ku..
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit
Cintakan kebenaran sanggup bersakit..
Sahabat..
Ketahuilah, indahnya persahabatan ini andai disusuri dengan iman
Berpegang dan bergerak atas satu matlamat yang sama
Atas panji agama ISLAM yang mulia
Ukhuwahfillah menjadi qudratul hasanah
Wahai sahabatku..
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituangkan air,
Molekul udara memenuhuinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan nya..barulah hati kita tenang bahagia..