Alhamdulillah.. atas takdir Allah saya dan rakan-rakan sekelas yang lain dipertemukan dengan seorang insan yang berhati mulia.. insan tersebut saya panggil kak Salina.
kak Salina pada awalnya mengenali kami ketika satu program berselawat di dataran darulaman. pada masa itu dia sudi nak menghantar kami kat IPDA. selepas itu dia jemput kami ke rumahnya. kami di diraikan dengan makanan yang enak-enak dari yaman. kami juga di bawa ke kebun itik dan ayam.. rasa seronok buat kali pertama. dia ada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.. kedua-duanya masih kecil. anak perempuannya yang baru darjah 3 begitu manja dengan kami. itu yang membuatkan saya selesa untuk duduk di rumah itu. disamping kak Salina yang begitu baik hati. dirumahnya ada bilik bacaan yang penuh buku agama. saya suka bilik itu dan berharap agar dapat menelaah buku-buku tersebut. semalam saya dan rakan-rakan datang sekali lagi ke rumahnya.. Alhamdulillah kami dapat menyelesaikan satu tugasan pada waktu pagi, dan berjalan ke tasik pada waktu petang dan merasa makanan cina pada waktu malam. tanpa dijangka-jangka kami bermalam di rumahnya. kami balik asrama pagi tadi. say doakan kak Salina sekeluarga murah rezeki. dia telah banyak memberi benda kepada kami seperti makanan, pakaian dan kasih sayang yang terlalu berharga buat kami.
No comments:
Post a Comment