Pages

Wednesday, June 29, 2011

Bicara Soal hati...

Assalammualaikum...
hari ne nak bicara sikit soal hati.. bukan nak kata reti, tp ad yg nak dikongsi..
sebenarnya kita selalu mengaitkan perasaan kita dengan hati.. bila kita seronok kita kata yg kita senang hati n bila kita sedih, kita kata hati kita terluka dan bila ad org ckp pasal kita, kita kecik hati la dan sakit hatilah..macam2 lagi la.. tp, syangnya kita tak tahu hati kita sebenarnya perlukan perhatian bukan memberi perhatian kpd kita semata-mata. Kita selalu memenatkan hati dgn pelbagai gejolak jiwa yg berpunca daripada diri kita sendiri.. sepatutnya, kepentingan hati dlm soal perasaan sudah cukup disedari oleh kita. Oleh itu, kita hendaklah selalu menjaganya. Bukankah Allah sendiri telah menyatakan kpd kt bahawa, hanya dengan mengingatinya hati kita akan menjadi tenteram. jika kita tidak mampu, Allah juga telah menurunkan ayat-ayatnya dalam kitab al-Quran untuk kita membaca dan memahaminya. sesungguhnya setiap titik-titik hitam yang ad pada hati kita, InsyaAllah dapat dibersihkan dgn membaca kitab suci tersbut.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah, antara sakit hati yang zahir dan batin, yang mana satu kita pilih? contoh penyakit hati yg zahir, seperti cancer hati. Manakala, yg batin, seprti hati kita yg gersang dan rasanya tak tenteram la..erm.. secara realitinya, mesti yg zahir lebih jelaskan.. tp, cuba kita fikir, bila hati kita di jangkiti penyakit yg berbahaya seperti cancer, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengubatnya, kadangkala menjadi satu advantage kpd pesakit2 ini, krana mereka sekaligus dapat kesedaran untuk membersihkan hati nurani mereka sekali yg perlukan makanan rohani. BUT, bagaimana dgn orag yg memiliki penyakit hati yg tak nampak dr mata kita. Bukankah Allah telah menjelaskan bahawa hati kita boleh tumbuh titik2 hitam apabila kita melakukan dosa. Namun, setebal apakah titik2 hitam itu? adakah sudah menutup seluruh hati?? jika Ya.. mungkin iyanya sudah di tahap ke 4, yg sukar untuk diubati. Tp, perkara inilah yg kita tidak dpt lihat. Sayangkan?? cuba kita fikir sejenak, berapa bnyk da dosa yg telah kita buat.. then, letak setompok dakwat hitam dkt sehelai kertas mengikut seberapa jumlah dosa yg kita rasa kita telah lakukan. Mungkin, bru kita tahu, bahawa hati kita sebenarnya sedang sakit.
kawan-kawan, bila kita rasa hati kt tak tenang, mungkin sebab diri kita sendiri,walau sekalipun bukan kita, tp, kita tetap boleh tenangkan hati kita bukan? erm.. cuma kita lihat peribadi Rasulullah s.a.w, baginda merupakan pesuruh Allah yang ujian yang dihadapinya lebih besar daripada kita, namun baginda juga merupak hamba Allah yang paling tenteram jiwanya. sesiapa yg dapat melihat wajahnya, pasti akan berasa tenang kerana ketenangan dan sinar pada wajahnya yg memancar daripada hatinya yg bersih. Hal ini, semestinya kerana dihati baginda hanya ada Allah S.W.T.. sebagaimana yg di firman kn Allah, hanya dgn mengingatinya hati menjadi tenteram.. kawan2.. jom muhasabah diri.. kita perlu bersyukur atas nikmat sihat namun kita juga jangan menjadi khilaf sehingga buta dgn nikmat yg diberi semata-mata. Kadang2 nikmat sihat juga merupakan ujian buat kita. Maka, beruntung lah orang yang merasa dirinya diuji terutama apabila ditimpa sakit yg merbahaya. sesungguhnya, sakit itu adalah ujian dan boleh mengikis dosa2 kecil. Oleh itu, sebagai hamba Allah dimuka bumi ini, seharusnya walau bagaimana sekalipun ujian yg melanda diri kita, selalulah kita berprasangka baik terhadap Allah, kerana pasti tidak ada perkataan sengaja dalam setiap takdirnya dan pasti setiapnya memberi satu hikmah yang baik buat kehidupan kita. Sesungguhnya Allah itu lg maha penyayang dan maha pengasihani..

No comments:

Post a Comment