Pages

Thursday, October 27, 2011

Jom berCInTa


"
JADILAH ORANG YANG DI CINTAI OLEH ALLAH S.W.T, INSYAALLAH.
ALLAH AKAN MEMBERI SESEORANG YANG MENCINTAINYA UNTUK
BERDAMPING DENGAN ANDA, AGAR MUDAH UNTUK MENUJU KE SYURGANYA"
"Carilah Cinta ALLAH, Sebelum Mencari Cinta MANUSIA,
Menjumpai Cinta Allah, Anda pasti akan Mengenal Cinta MANUSIA"

" DI MANA MANUSIA DI SAAT ANDA BERDUKA??,
SEDANGKAN, ALLAH SETIAP SAAT ADA BERSAMA ANDA,
DI MANA TEMAN, YANG SANGGUP BERSUSAH PAYAH?
DI SAAT ANDA TERASA BUNTU DENGAN MASALAH.
SEDANGKAN, ALLAH LAH YANG MERUNGKAI SETIAP MASALAH..



So, Layakkah anda mendahulukan cinta MANUSIA, berbanding dengan cinta ALLAH.. sedangkan ALLAH lah yang
sentiasa bersama-sama dengan anda.di saat susah dan senang.. sm2 kita fikir2 kn.. dan bermuhasabah.. nasihat ana cuma 1,
kejarlah cinta Allah, selagi nyawa di kandung badan. kerna, hanya dengan cintanya, seluruh makhluk Allah, akan mencintai anda dan mendoakan anda,
selama anda berjalan di atas muka buminya.INSYAALLAH..


Erm tipsnya.

"Hamba-Ku adalah dia yang banyak mengerjakan amalan sunat, yang mana dia mengerjakannya sehingga Aku menyintainya.
Dan apabila Aku menyintainya, Akulah matanya semasa dia melihat, Akulah telinganya semasa dia mendengar,
Akulah tangannya ketika dia memukul. Apabila dia meminta nescaya Aku akan memperkenankannya,
apabila dia memohon perlindungannya nescaya Aku akan melindunginya."

Moga2, Allah memberi cintanya, kepada kita semua.. amin.. ingat kawan2.. di saat org lain,berlumba-lumba mencari dan mengejar cinta manusia, sedangkan hanya sebilangan kecil manusia yang mencari cinta Allah semata-mata.. maka, beruntunglah yang sebilangan kecil itu.. nasihat ini, ana tujukan kepada kawan2 sebaya ana, yang cenderung mencari cinta remaja, jangan di tunggu usia emas, untuk kembali kepada Allah S.W.T, sedangkan usia kita belum pasti sampai kehujung dunia yang di pinta.

Sunday, October 23, 2011

Sesungguhnya Masa lapang itu membunuhku.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, ana bersyukur kerana masih di beri kelapangan untuk menulis blog ana lagi..rasanya, bulan ne paling bnyk ana post benda..hehe
mungkin, ana betul2 rasa sunyi..huhu..
Hari ne, ana nak cipta satu sajak.. ana minx maaf kalo ada yg membaca blog ana.. coz, ana cuma nak mencoret untuk diri ana.. ana x tw nak meluah kat mn..
skrg rasa sunyi sangt.. huhu.. tp, ana kira nak buat blog baru untuk perkongsian ilmu.. tp, yg ini.. khas untuk ana la yer..hehe..

Step 1.........

huhu, ana tak reti nak buat sajak mcm mn..erm.ana sebenarnya rasa sunyi sangat..skrg..kwan2 semua balik kg. ana yg dok jauh, stay la kat asrama..hehe.. ana bkan sengaja nak stay.tp, ana segan nak stay rumah kak na.. walaupun kak na dah anggap keluarga, tp, ana prefer untuk stay kat hostel. bagi ana, keluarga kak na dah terlalu bnyk berjasa buat ana. ana takut tak dpt nak bls budi mereka dan ana lebih takut andai ana tidak mampu hidup berdikari.

Ana nak pastikan, pilihan ana tepat. ana nak pastikan yg ana duk kat asrama betul2 bermanfaat.. buat masa ne, alhamdulillah.. ana bersyukur sngt.. tp, ana tercari2 kerja yang perlu ana isikan untuk setiap masa yang terluang. ana takut, andai masa yng lapang ini, mampu membunuh ana.. ana nak, masa ini betul2 bermanfaat.. bukan selalu Allah beri masa sebegini untuk hambanya. sepatutnya ana bersyukur.. dan nikmat inilah yang sangat bahaya.. antum, tw tak, yang masa itu sngt berharga.. ana takut masa yang lapang ini, membuatkn ana cuai untuk menggunakannya.erm..... cuba try analogi.. antum tiba2 mendapat wang sebanyak RM 1 juta.. hadiah dari keluarga ataupun mn2 pihak.. antum rasa sngt gembira.. tp, antum tak tahu nak buat ap dengan duit tu...dan antum pun mula membuat perancangan.

1. rancangan pertama.antum nak sedekah kat rumah anak yatim.
2.nak beli buku2 agama.
3.nak bayar zakat
4.nak buat haji

dalam masa yg sama, antum juga teringin membeli kemewahan dalam kehidupan,antum terasa nak hidup senang lenang.. oleh itu, bgimana antum hendak memastikan yg antum betul2 nak gunakan untuk akhirat.

Erm,ini lah yg ana rasakan saat ini.. ana takut, kelemahan ana sebagai manusia yg mudah tertarik kepada kehidupan yg sntai, akhirnya melupakan matlamat ana yang sebenar..huhu..Then, ana juga takut dengan kesunyian ini.. adakalanya ana teringat akan arwah ibu ana.. bukan ana ingin lari dari kenyataan.. tp, ana takut andai ana, terlalu melayan perasaan ana.. ana, perlu yakin dan percaya akan ketentuan Allah S.W.T. Bgi ana, ibu ana hanya perlukan doa dan kiriman bacaan Yassin buatnya..bukan tangisan yg tiada penghujungnya. ana yakin, ibu ana gembira di sna. ana sentiasa menghadiahkan ibu ana doa dan bacaan Yassin. ana nak ibu ana, gembira di sana..dan ana tahu, yg ana jg akan kembali ke tempat yg ibu ana berada skrg.. erm.. analoginya macam pelajar2 AF.. kalo antum perasan, setiap kali pembuangan AF, pelajar2 AF akan menangisi pemergian sahabat mereka. seolah2 mereka lupa, yg suatu hari nanti, mereka pasti akan kembali berjumpa di luar sana. sebenarnya, begitulah perumpamaan yg ana dapat gambarkan.suatu hari nanti,ana pasti akan berjumpa dengan ibu ana. skrg ana masih beryukur kerana, ana ada Allah S.W.T yang sentiasa bersama ana.mendengar luahan ana.. ana ada bapa, yg masih sanggup menyara hidup ana, memberi kasih kepada ana, ana ada sahabat2, yg sudi menemani ana.. ana ada keluarga yang sanggup bersusah senang dengan ana. ana masih terlalu beruntung.

Ana memang terasa teruji, hidup ana tidak sepi dari ujian. tp, ana bersyukur. kerna Allah lagi mengetahui kemampuan ana. dan ana yakin, setiap ujian yang ana hadapi, kesemuanya memberi kehidupan yang baru buat ana. Thats why, ana selalu rasa, Allah cinta akan diri ana. ana sangat bersyukur.. ana harap hidup ana, akan sentiasa di bawah naungannya. ana ingin berjalan di paksinya. ana takut, ana tergolong sebagai hambanya yang jahil.. ana khuatir andai ana terjatuh..

Lastly, ana harap, ana dapat istiqomah di jalannya. ana ingin hati ana ditetapkan dan di tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadanya.. sesunggynya, ana sangat merinduinya. ana, ingin bertemu dengannya selalu.. itu la yg ana selalu rasa akhir2 ini.. ana, xpernah rasa sebegini.dan perasaan ini, terlalu manis ana rasakan. dan ana takut,andai ana, kehilangannya suatu hari nnt..ana harap, antum semua ada untuk menarik ana semula..andai suatu hari nnt, ana jatuh dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara. Moga Allah, sentiasa mengasihi ana dan antum semua..amin..

Saturday, October 22, 2011

10 Wasiat Imam syahid Hassan Al-Banna

Assalammualaikum...hari ne ana nak post 10 wasiat imam syahid Hassan Al-Banna.. Moga2 sahabat semua sudi membaca.. bagi ana, wasiat ne sngt mendalam maknanya.. dan menusuk kalbu.. moga2 perkongsian ini, boleh di sebar2kan.. coz, ini merupkan wasiat yg boleh di warisi oleh sesiapa jua..INGAT!! perjuangan kita, milik kita..dan sama2 lah kita berusaha dan berjihad di jalannya...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat.Juga di medan perang. Walaupun.Di saat genting dan cemas. (so, ap lgi?? ingt, azan adalah satu seruan kepada semua umat islam untuk menunaikan perintah Allah s.w.t...di kala org lain berpusu-pusu hendak solat di saat azan berkumandang.. di manakah kita?? adakah kita juga sama??.P.)

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman .
( erm... Al-Quran, ilmu dan zikir...jika nak dpt ketiga2 nya.. Al-Quran adalah 3 dlm 1.. dan sebaik2 zikir adalah dgn mmbaca Al-Quran.., kawan2 jom belajar Al-Quran, jgn smpai hayat kita hny di habiskan dgn belajar iqra shj!! )


3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari .Sebut dulu walaupun tak faham.Antara mala petaka pertama menimpa umat kita.Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
( ana sendiri sedang mencuba, jom usaha sm2,,moga Allah beserta kita...amin)


4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
( erm... elakkan pertengkaran, dan membantah.. tetapi berkata lah dgn sopan santun.. sesungguhnya Allah menyukai hambanya yg ber lemah lembut )


5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!! ( nampaknya, pemikir barat juga setuju dengan ideologi dan saranan agama kita, so, bagamana dgn kita?? fikir2kan.. mungkin slm ne kita hny nak hidup dgn gembira dan ketawa yg tak putus2, nak tunjukkan yg kita tak da masalah..-__-...)

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.( gurau elok, tp, jgn selalu dan berlebihan, coz, hati boleh lalai dgn bnyknya bergurau..huhu... ana pulangkn kepada diri ana sendiri..sm2 lah kita muhasabah k..)

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita.Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
( erm..rasanya inilah penyakit umat manusia skrg.. dok hidup berpuak2.. sesungguhnya Rasululullah menyatakan bhw, bukan golongannya yg bersifat assabiyah.. so, kawan2..mcm mn dgn kita?? x takut ka, andai nabi x memngaku kt umatnya??huhu.. sm2 kita beringat k..)


9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.


10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.


a'ha... begitula pesanan seorg pejuang islam yg sngt bercita-cita untuk menegakkan negara islam.. kawan2, kita hidup dalam satu kumpulan, kita UMAT ISLAM.. jdi, kita juga adalah bertanggungjawab dalam menegakkan agama islam.. Tp, DI MANAKAH KITA???.... mungkin kita cuma sedar akan tnggungjawab terhadap hasrat wawasan 2020, tp, wujudkah tahun 2020?? persolannya... sedangkan syurga dan neraka, sudah pasti menjadi tempat persemadian kita untuk selamnya.. terpulanglah dgn diri kita dlm memilihnya.. ana, x tahu nak kata ap lagi.. mgkin belum cukup untuk memberi kesedaran dan impak bersama, tp, ana harap agar dpt membuka sedikit mata kita terhadap hasrat umat islam sedunia.. andai anda org islam, anda juga adalah pejuang yang bertanggungjawab dalam merialisasikan hasrat ini.. nahnu ansarullah...

Wednesday, October 19, 2011

Everything Start From Zero...

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerna atas segala-galanya.. hari ne tak tw tersentuh kenapa.. Ya Allah, perasaan ap ka ini??huhu.. ana rasa, selama ini blog ana hanya berkongsi perihal diri ana sendiri.. tak pernah ana terfikir untuk memberi.. ana x terfikir yang blog boleh di jadikan medan dakwah buat ana.. ana, hanya memikirkan bahawa ianya milik ana sendiri.. hakikatnya, ana boleh berkongsi.. Ya Allah, ana ingin hati yang baru.. hati dan jiwa yang bersih dan dekat padamu.. ana sedang mencari, ap kesilapan ana selama ini?? semalam ana mimpi, yg ana bercakap arab.. ana sangat gembira.. coz that, hari ne,teringin nak guna ganti nama ana..hehe..^_^.. ana rasa tenang dan lega..hidup ana terasa indah.. tp, sayang.. ana masih tercari-cari.. ap erti hidup ana yang sebenar.. hari ini dan selamanya.. ana bercita-cita untuk memberi sesuatu kpd org, tp, ana sendiri kurang bijak dalam mencari setiap peluang yg ana ad..mungkin ana perlu bnyk belajar.. Semalam, ana mendapat buku baru,yg sangat menyentuh hati ana.. penulisnya, seorg anak muda yang seakan seusia dengaan, meski tua beberapa tahun.. tp, ana sngt mengaguminya. Bagi ana, dia insan yang istimewa. memiliki ilmu dan pengikhtirafan dari bnyk para ulama. ana, pernah berjumpa dgn nya.. ana, kagum dengannya.. dalam penulisannya, ana melihat satu kehidupan yang baru.. hati yang bersih dan jiwa yang lapang.. menjawab pertanyaan dan persoalan ana, dalam mencari cinta yang Maha Esa.. Selain itu, ana juga sedang membaca buku tujuan hidup ahli sufi.atas tujuan yg sama.. ana sedang mencari erti cinta yang abadi.. selama ini, ana tidak sedar ap salah ana, rupa2nya ana lalai pada aspek yang rutin dlm hidup ana.. ana tidak mampu mengawal pemakanan ana, sebenarnya makanan adalah sngt penting dalam kehidupan.. ana fikir benda ini agak remeh..hakikatnya,ianya sngt mengganggu kehidupan ana dalam mencari erti hidup dan cinta yg sebenar.. Ya Allah, ana ingin penulisan yg baru.. yang mampu untuk ana kongsikan, setiap ap yg ana pelajari.. selain kesedaran ana sendiri, org lain juga bole tumpang sekaki.. hidup ana perlu berubah.. ana ingin kehidupan yg bermakna.. usia ana, bakal menjangkau angka 2 pada thun depan.. tp, ana masih terasa terlalu sedikitnya pengorbanan ana dlm agama.. ana, x mampu mencontohi Al-Fateh, Dr.Yusuf,Imam Syaid Hassan al-Banna, apa kn lagi pemuda2 pada zaman rasulullah.. ana tersa sngt lemah dan kerdil..hingga terasa tidak layak untuk berjalan di medan dakwah yang merintis perjuangan para pejuang terkemuka.. Erm, sebanarnya ana nak bagi tips dalam penyucian jiwa. moga, siapa yg ada membaca blog ana, boleh la kita sm2 berusaha untuk mencuba..moga usaha kita mendapat pertolongan dripada Allah S.W.T..amin.. 1.Membaca Al-Quran sambil meneliti maknanya, cuba menghafaz dan fahami maknanya. 2.Mengosongkan perut iaitu berpuasa atau makan secara tidak berlebihan. 3.Qiamulail iaitu beribadah di keheningan malam. 4.Berdoa atau bermunajat dengan penuh rasa rendah diri pada waktu sahur atau sebelum subuh. 5.sentiasa mendampingi para ulama yg soleh dan mulia serta menghadiri majlis ilmunya. Manakala, sebahagian ulama syorkan supaya.. 6.Pastikan makan makanan yg halal.. 7.ber'uzla,iaitu mengasingkan diri dri org,atau berdiam dan tidak berbual kosong.. huhu.. ini la yg sedikit ana dpt kongsikan. Tp, jgn lupa untuk kita jauhi perkara2 ini:- 1.Sombong 2.Bakhil 3.Pemarah 4.Munafik 5.Khianat dan sifat2 mazmumah yg lain.. mungkin kita tak sedar, tp pandai2lah kita mencari ke celaan pada diri kita sendiri.. dan jauhilah daripada mencela org lain..sebnarnya, setiap org yg kita lihat baik, pasti pernah melakukan kesilapan.. dan hanya Rasulullah sahajalah yg sebaik2 akhlak.. oleh itu, tak layak lah andai ana mengatakan yg ana baik, kerna terlalu banyaknya dosa ana.. hanya Allah shj tahu dan selalu mengasihi ana.. dan sentiasa ada untuk menutup keaiban diri ana.. Ya Allah, sejak beberapa hari ini.. ana selalu merasa perasaan rindu.. tp, ana tak tahu, ap sebenarnya yg ana rindu..tp, kerinduan itu sepertinya diubati dengan satu perasaan yg wujud apabila memikirkan tentangmu.. adakah ana,..............no word to describe this feeling...huhu.. Erm..k la..lastly,,nak bgtw siapa penulis tu..hehe.. namanya,Muhammad Afif Bin Yahya Al-Berlisi.. Ana, tak kata ana fanatik nya. Tp, jujur ana jatuh cinta pada ilmunya.. ana, jatuh cinta pada kecintaanya pada ilmu agama.. usianya yang masih muda bagi ana, sudah bnyk mendekatkan diri pada para ulama. ana, impikan kehidupan sepertinya.. tp,ana terlewat.. ana terkilan dengan diri ana.. ,, sebab ana tinggal di era yang sama dengan nya.. satu negara dengannya, satu bidang pendidikan dengannya.. namun, ilmu ana,tidak sehebat ilmunya.. ceteknya ilmu ana.. Ya Allah, ana jatuh cinta padanya.. bukan dirinya, tapi hati dan jiwanya.. ana ingin merasai apa yg di rasainya.. meskipun, ana pasti tidak akan menjadi sepertinya...

Monday, October 17, 2011

Speaking Muet Dah Habis...^_^..^_^

Alhamdulillah, hanya itu ungkapan yang mampu ku unkapkan.. huhu.. akhirnya lepas juga.. Nak tahu cerita lebih lanjut??hehe Hari ne, jam 7.15 pagi, saya dan Ena da bertolak g bilik muet.. Semangat!! Tapi x study ap pun.. haha.. malam tu, tgk The arrival la kunu, nak tingkatkan vocoubolary la kn.. selaps tu,maen game cri benda dlm bhs English..haha.. membantu tak?? tak de nye..haha Tapi, sepanjang kat bilik kurungan, sy syok gak.coz ad kwn Ena, tuk bercerita.. kitorang speaking.. saja ja,nak saiko org sebelah..haha... sebenarnya kitarong pun bkn tw ap.. haha Ingatkan sekumpulan dgn Ena, tp akibat 3 org tak hadir, kami pun berpecah kumpulan. Nak tw siap ahli kump sy??hehe Budak poli namanya Ayyub dan Syed Razi.. Kira lawak la juga kita org..haha kami dpt tajuk pasal relationship.. ap yg dpt membantu meningkatkn nya.. sy dapat kualiti perhubungan dr sudut murah hati.. x bnyk point,melalut ja lebih..haha Tp, tetap rs syok, sebab ada bnda yg tersa lwak.. xtw nak cita cmn.. Tp, thanks la kat ahli kump. yg memang cukup besederhana..hehe Apa2 pun,speaking test da berakhir.. petang ne nak g lunch dengan semua classmate. kira majlis penutup sem la..huhu.. Nak ckp tntang sem ne, x leh la..bnyk sngt benda yg terjadi.. Kn buat tajuk baru lah jwbnya.hehe.. k..la... da rasa lega mcm ne, smpi rasa cam x wujud plk exam lg..haha k..la mun.. teruskan berusaha..k!!^_^... erm lupa plk..da nak cuti da..hehe..

Monday, October 10, 2011

Sholahuddin Al Ayyubi (532 – 589 H)

Sholahuddin Al Ayyubi (532 – 589 H)

MISI Setelah Merdeka..hehe

Alhamdulillah... perjuangan tidak akan terhenti di sini.. sy akan berjuang dalam mengkhatamkan buku2 yang sngt2 tak sabar untuk di habiskan.. Ya Allah ku pohon cintamu untuk menggantikan cinta ibuku.. mungkin selama ini aku lebih mencintai ibu ku yang zahir berbandingmu.. Walau ku tahun,cintamu adalah lebih utama.tp, x dpt ku nafikan betapa mahalnya sekelumit cintamu.. inginku kejar dijaga malamku.sebagaimanaulama-ulama pilihanmu.. agar ak dpt ku merasai cintamu..sebagaimana cinta Ainul Mardhia kepadamu.. melepasi ketakutan api nerakamu dan nikmat syurgamu.. Ya Allah..bersyukur kehadratmu,kerna menemukan ak dengan ibuku.meskipun hanya didalam mimpi.. sedar tak sedar..ak tahu erti cinta sebenar.. ibu membawaku melihat tempatnya di sana.... meskipun kesemua tempat itu sudah hilang dr ingatku..ap yg jelas ianya nampak kusam dimataku..walaupun hakikatnya ia lebih nikmat dari dunia..mungkin kerna ap yg ak fikirkan pd saat itu,hanya lah untuk membawa ibu ku pulang..kerna ak cintai ibuku.. dan kini,ap yg masih jelas dipendengaranku,,ibu mengatakan bahawa dia baik di sana.. Esoknya,ibu datangi lagi mimpiku.. di saat ak sangat merinduinya.. kali ini..ak lihat ibu bertelkung dan memegang tafsir dan tasbih jika tidak silap.. ibu kelihatan sngt cantik.. ak,ibu,dan baba seronok bercerita..walau ibu hanya tersenyum.. ak sempat bersenda.." baba, mama bukan hidup lagi, x nak la duduk sebelah mama..haha.. tp, kalo mama, hantu pun ak tak takut" lalu ak pergi kepada ibuku..dan berkata mak sngt cantik..mak x rindu ak?? mak kata tak..tp,wajahnya seperti menyembunyikan kegusaran..mungkin sbb mak xnak kami rindu dia sngt.. Tp, ak x kisah..ak anggap nikmat di sana jauh lebih baik dr dunia.. lalu ak katakan pada mak..yg ak sngt merinduinya..sangat2 merinduinya.. lalu menciumnya beberapa kali.. dan mak pun mencium muka ku berkali2.. dari mimpi ini, ak rasa sangat gembira dan bersyukur.. ak rasa puas.. kerna mak mendatangi tidurku lalu menciumku... walau sekian lama ak menanti mak dlm tidurku..akhirnya ia hadir dlm 3 hari berturut2.. alhamdulillah.. Kini, ap yang ak ingin..hanya cinta Allah yg boleh gantikan cinta ibuku.. ak rasa seronok dpt melihat contoh2 wanita2 islam yang berjuang pada zaman rasulullah dahulu.. rasa cinta mereka sngt kuat.ak ingin jadi seperti mereka.. dan kini ak sedang berusaha..insyaAllah.. mudah2an Allah sudi menjadikan ak hambanya yang dpt mencintainya.. Ya Allah saban ketika ak merindui ibu ku..ko sahaja yang mampu mengubati hatiku.. ko hadirkan sahabat2 yang seakidah dgn ku..agar dpt berkongsi ilmu tentangmu.. Malam ne..misiku ialah mencari kisah hidup imam syaid Hassan al-Banna dan Yussuf Al-Qardhawi.. ak sngt ingin mengenali tokoh2 ini.. juga Ahmad Deedats..ak hanya mendengar nama mereka..tp,xtahu ap sebenar yg mereka buat..ak rasa sngt ingin tahu dan ingin untuk menaladani mereka.. juga Sallahuddin al-Ayyubi yg menawan jerusalem.ak ingin melihat latar belakangnya.. setelah membaca buku langit illahi dan bidadari syurga, ak rasa bersemangat dan cemburu serta kagum dengan mereka.. sebenarnya, ad satu lagi novel yg x sabar untukku baca,iaitu hero..karangan Hillal Asyraf..bagiku,penulisannya sngt jelas menekankan konsep keimanan.. ak suka karya pertamanya..tp,ak bukan fanatiknya.. sebab ak suka apa sahaja asal ianya dpt menyentuh hatiku..pendek kata, ak sngt suka membaca buku agama.. tp, mengamalkannya x semudah membacanya..huhu Walaupun dah merdeka dari assagnment, sbnarnya ia seperti kemerdekaan buat ilmu tentang dunia..kini ak ingin menambah ilmu untuk akhirat.. dan sebenarnya,ak memang suka buku2 agama dan ceramah agama.. sebab di sana ada ketenangan.. tp,ak bukan pelajar agama sejak dahulu.. mungkin semua ini ad hikmahnya..ak perlu tekun dalam ke dua2 bidang yg ku ceburi.. Moga misi ku tercapai..amin Ya Allah...dan cintamu la yg ingin ku gapai..amin ya rabbal alamin....

Friday, October 7, 2011

Hakikat kehidupan.........

Segala puji kupanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerna atas kurnianya ak masih dapat berfikir waras dan berjalan dalam fikrahnya.. meskipun, bnyk dosa kecil yang masih ku lakukan, mahupun tanpa kusedari..ak ingin bermohon maaf.. sememangnya terlalu sukar untuk mendidik hati sendiri apakan lagi mendidik hati org lain.. Ya Allah, ak hambamu yang sentiasa bermohon kepadamu atas segala kebaikan.. kerna hanya ko sahaja yang mampu memberi kebaikan dalam kehidupan ku.. Ak insan biasa, dan remaja yang sering diperkotak-katik kan dengan banyak isu dunia. Jenayah, Cinta dan lain2.. sebab itu, ak bersyukur kerna engkau telah memeliharaku sehingga ke hari ini.. ak bukan tidak memiliki rasa cinta, kepada insan.. Aku sangat mencinta.. Bila ak cinta, ak pasti snggup melakukan apa jua demi cinta.. sebagaimana post2 ku sebelum ini.. kerna cinta, memberikan semangat yang luar biasa, kerna cinta membuatkan hati berbunga, kerna cinta kita sanggup bersusah payah.. dan kerna cinta,kita saling ingat-mengingat.. Ya Allah, mungkin inilah cinta.. Andai cinta kepada insan telah engkau berikan kepadaku.. maka, ak selalu berdoa untuk mendapatkan kemanisan cintamu.. namun, cinta yg agung itu, ternyata tidak semudah cinta insani yang mudah digapai.. tp, ak akan terus mencuba.. agar dpt merasai seperti mana wanita2 bidadari syurgamu merasai.. InsyaAllah ya Allah. Cinta bukan suatu yang biasa, tetapi ianya luar biasa.. alhamdulillah kerna cinta yg kurasai selama ini, hanyalah daripada keluarga.. Mereka lah yg mengajarku erti cinta... hingga kini, hadirnya rasa cinta pada keluarga dan sahabat2, sudah cukup untuk membuatku terasa sangat bahagia.. Kalo, anda mengenalku, pasti anda akan melihat diriku sebagai org yang agak ceria.. mungkinlah.. sebab ak sendiri tdk tahu nak ckp mcm mn.. coz, ak memang selalu rasa bahagia.. hehe.. insyaAllah, dan semestinya rasa kebahagiaan dan ketenangan itu dtng nya dari Allah s.w.t. Bagi cinta remaja pula, ya.. ak selalu berdoa..sejak mendengar cerama ustz nor ba'ya..hehe..xtw nak eja cmn.. tp,dlm ceramah ne..ustz tersebut suruh anak muda berdoa agar dipertemukan jodoh dikalangan hamba yg soleh..Maka, sejak dri ting.3 itu lah.. ak mula berdoa..agar mendapat jodoh dikalangan hamba yg soleh dan mampu memberi jalan yg lurus dalam hidupku.. mungkin di sebabkan itu, hatiku seperti tidak terbuka kepada mn2 muslimin.. meskipun, ak selalu bergurau dgn kawan2.. tp, sungguh ak yakin bahawa, ap yg ak rasa bukanlah cinta.. dan ak juga, tidak suka melayan perasaan yang pastinya mainan syaitan semata-mata.. wahai kawan2, tidak mustahil untuk kita jatuh cinta pada sesiapa.. namun, kita kena bijak untuk mengawalnya.. sekali kita berfikir ttentangnya, syaitan pasti akn menghasut kita untuk berfikir seribu kali terhadapnya.. maka, daripada hasutan2 itulah, kita berani untuk meng smsnya, berjumpa dan berkenalan dgn nya.. Mungkin sy dapat berkata begini, sebab hari ini sy rasa seperti mampu..dan mungkin hari esok sy x mampu.. dan pada hari itu,sy berharap agar ada insan2 yg hadir untuk membimbing..sehingga ke hari ini,sy bersyukur kerana bertemu dgn sahabat2 yang soleha dan mampu menjaga diri sy dr kanca ini.. Ya Allah, ko pelihara la diri kami.. bukan, sy tidak memiliki perasaan kepada mn kaum muslimin.. mungkin iya, tp,hakikatnya itu cuma mainan syaitan. dan sy yakin,.selagi belum saatnya tiba.. hati saya tidak akan membenarkan perasaan ini menguasai diri.. bagi kaum muslimin, yg mungkin pernah memikirkan tentang saya.. sy mohon maaf.. sy tak berniat untuk melukakan hati sesiapa...tp, sejujurnya..hati sy memang tidak ingin di isi dengan mn2 insan lagi..sy sngt suka hidup begini.. Mungkin, sebab hari ini,terlalu banyak agenda yg saya perlu fikirkan.. hari ini, sy perlu memikirkan keluarga sy.. bapa sy..yg sngt memerlukan sy.. dan semestinya agama saya..sy sngt perlu dalam agama. bnyak yang sy masih tidak tahu.. pendek kata... belum masa cinta dari seorang muslimin untuk hadir buat sy.. dan seandainya suatu hari nnt iya hadir.. hadirlah sebagai sesuatu yg halal buat saya. kerna, sy takut zuriat yg lahir adalah pada dasar yg tidak baik.. mungkin sy x mampu melahirkan seorang muslimin yn berani memegang panji islam ke medan perang...tp,sy sngt berharap agar zuriat sy nanti mampu menjadi pahlawan perang islam yg berani turun berjuang demi menegakkan islam.. amin ya Allah... peliharalah diri ini serta sahabat2 muslimah yg lain.. kerna muslimah lah yg bakal melahirkan pemimpin2 islam yg bakal menegakkan panji islam pada ms hadapan.. wahai wanita, jgn ko sngka tanggungjawabmu tidak ada.. tp, engkau adalh lambang seluruh ummah... peliharalah akhlakmu, agar engkau mampu melahirkan lagi ramai generasi yg berakhlak mulia.. iaitu akhlatul karim.. amin3 ya Allah... pimpin lah kami di jalanmu.. moga terpelihara dan istiqomah di jalanmu...bukan hany melayan rasa cinta yng lahir di hati, tp, memikirkan kecintaan kepadamu yg perlu digapai sebelum marai cinta insani...

Hakikat Persiapan Perkahwinan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saya merasakan kita perlu wujudkan post mortem dengan apa kita lakukan dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun, kita perlu mengelak dari menjadi kebiasaan diri kita yang selalunya mencari alasan untuk membenarkan cara, walhal kita perlu mencari kebenaran untuk mengetahui cara.

Di musim perkahwinan yang lalu, rata-rata seronok sekali berkenduri kendara dengan pelbagai tema dan mengharungi pelbagai rintangan dalam persiapan. Rata-rata majalah dan ceramah agama menyentuh aspek larangan dalam kebiasaan menganjurkan walimatulurus seperti pakaian, kelalaian masa, pertembungan antara budaya dan agama, dan pembaziran wang. Namun, aspek persiapan dicanang-canang seawal 3 hingga 4 bulan, sehingga dianjurkan Wedding Festival dan Pameran Kerja Kahwin.

Secara umumnya, kita melihat bahawa kaum hawa lebih fokus dan komited dalam melakukan persiapan perkahwinan, dari persiapan jemputan, ketibaan, hiburan, bersanding dan makan beradap serta fotografi. Di pihak lelaki, rata-rata kita menyaksikan lelaki lebih cenderung bersiap sedia menghadapi saat akad nikah. Terutamanya berkenaan soalan-soalan cepu emas.

Tidak terlepas pandang, dikalangan lelaki yang mempersiapkan diri untuk malam pertama. Baju bersanding, keadaan dewan, jemputan dan berbagai lagi kebiasaannya menjadi pak turut sahaja. Kerenah manusia, ada juga lelaki begitu cerewet berkenaan persediaan begitu, kadang lebih cerewet dari perempuan pula.

Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, sekali pandang telah mula nampak kesedaran di kalangan bakal pengantin kerana ada mula membuat persiapan yang hakiki, persiapan untuk menjadi seorang pemimpin keluarga, pendidik keluarga dan seorang yang melengkapi imannya.

Begitulah perkahwinan yang mengubah dengan mengangkat martabat seseorang. Alangkah ruginya jika kita tiada kesedaran ini dan beranggapan bahawa perkahwinan adalah semata-mata untuk berumah tangga dan untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Menyedari hakikat perkahwinan ini mengangkat martabat seseorang, maka persiapan perlu dibuat. Bagaikan kita akan ditabal menjadi seorang raja. Kita tidak mahu menjadi seorang raja yang bodoh dan dibonekakan. Oleh itu, ilmu itu perlu.

Bagi seorang lelaki, perlu dia mempelajari sebanyak mungkin ilmu agama terutamanya fiqh dan tasawuf. Tidak hanya ilmu itu berkaitan perkahwinan, ini kerana, dia akan menjadi ketua keluarga bagaikan kapten kapal yang akan mengarah arah tuju kemudi kapal. Seorang kapten kapal tidak hanya perlu tahu perihal kapalnya, tetapi juga berkenaan geografi, petunjuk bintang, lautan, pemakanan serta pertahanan.

Jika kamu pembaca ini adalah seorang wanita, mintalah dia bawa kamu atau dia menghadiri kuliah-kuliah agama atau kelas pengajian dewasa di masjid-masjid berdekatan. Insya-Allah dengan usaha yang sedikit, akan membawa keberkatan dan ilmu itu datang kepada kita tanpa kita duga.

Ilmu berumahtangga, terutamanya kaedah-kaedah menghadapi konflik juga penting. Perkahwinan akan menggabungkan 2 keluarga dan seorang suami itu mengetuai jalingan antara dua keluarga ini. Tidak semudah dijangka, konflik dalaman yakni di dalam rumah kita sendiri juga boleh berlaku. Memadai jika bersenang-senang membaca buku-buku motivasi dan hadir ke perbincangan mengenai isu ini.

Ilmu ekonomi rumahtangga antara yang penting dan memainkan peranan besar dalam mengemudi kapal perkahwinan. Sebagai seorang ketua, kita menetapkan bajet dan memastikan anak-anak dan isteri berada dalam keadaan terbaik dalam mencari hala tuju masa hadapan mereka. Buatlah bajet untuk perbelanjaan harian, perbelanjaan ke arah ibadah, zakat dan nafkah.

Ilmu terakhir adalah ilmu menghadapi masalah. Meskipun kita miliki ilmu berumahtangga, ekonomi dan agama sekalipun tetapi kita kurang arif dalam menghadapi masalah, kemungkinan besar kita akan terjerumus ke dalam permasalahan yang lebih besar. Sabar dan bertolak ansur serta menyiasat sebelum bertindak antara kaedah-kaedah dalam menghadapi masalah.

Suka saya menyingkap kata-kata Imam Al-Ghazali, "ilmu semata-mata tidak akan dapat menyelamatkan orang", yang bermaksud, ilmu yang disimpan tetapi tidak diguna pakai akan menjadi sia-sia. Dan orang yang tiada ilmu pula ibarat kapal yang terapung, selamat, tetapi tidak dikemudikan kemana-mana dan mengikut sahaja kemana air membawanya. Carilah ilmu yang bermanfaat.

Dahulunya kita mampu memperlajari ilmu-ilmu di universiti, melepasi segala peperiksaan dan menggenggam ijazah, tidak mustahil untuk kita mempelajari ilmu agama pula. Yang penting, langkah pertama! Mencari ilmu tidak kenal usia, apa dimalukan untuk belajar meskipun usia sudah lanjut, sedangkan doktor-doktor falsafah umurnya menjangkau 40-50an masih belajar mencari PhD?

Saya amat menyeru agar bakal-bakal suami, juga mereka begelar suami kini dan saya sendiri melukis langkah-langkah untuk menjadi suami yang baik dan pemimpin keluarga yang cemerlang dengan merangka langkah-langkah yang bijak. Terimalah hakikat bahawa persiapan perkahwinan bukan hanya persiapan majlis perkahwinan tetapi persiapan menghadapi seakhir hayat usia gelombang perkahwinan. Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. Sedangkan majlis perkahwinan hanyalah bertujuan mewar-warkan pernikahan yang telah sah untuk mengelak fitnah dan sekadar memori indah untuk kita kenang-kenangkan ketika cabaran mendatang.

Thursday, October 6, 2011

Aku.. dan PerjuanganKu..

Erm... xtw nak kt ap.. but, at least ad yang ak nak tulis untuk kali ne.. coz x selalu ak dpt peluang untuk mencoret.. Biar simple,asal terisi.. huhu... Semalam dan hari ne,,bnyk mengajarku sesuatu amali iaitu ujian perasaan.. Ujian ne, nmpk ringan tp berat.. rupa2nya, ak masih telalu bnyk kelemahan.. huhu.. sekarang ne,ak ad misi dan matlamat.. banyak benda yg ak perlu buat.. Ya Allah.. berikan ak kekuatan.. agar terus berjalan diatas landasanmu.. ak ingin menjadi seorg yang dekat dgnmu.. amin.. moga2 berjaya... 21 hari tanpa mu..ak mula terasa..tp,ak kuat..insyaAllah...ak xnak dilihat lemah oleh dirimu.. sbb ak yakin, di sn jauh lebih baik dr di cne..