Pages

Saturday, October 22, 2011

10 Wasiat Imam syahid Hassan Al-Banna

Assalammualaikum...hari ne ana nak post 10 wasiat imam syahid Hassan Al-Banna.. Moga2 sahabat semua sudi membaca.. bagi ana, wasiat ne sngt mendalam maknanya.. dan menusuk kalbu.. moga2 perkongsian ini, boleh di sebar2kan.. coz, ini merupkan wasiat yg boleh di warisi oleh sesiapa jua..INGAT!! perjuangan kita, milik kita..dan sama2 lah kita berusaha dan berjihad di jalannya...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat.Juga di medan perang. Walaupun.Di saat genting dan cemas. (so, ap lgi?? ingt, azan adalah satu seruan kepada semua umat islam untuk menunaikan perintah Allah s.w.t...di kala org lain berpusu-pusu hendak solat di saat azan berkumandang.. di manakah kita?? adakah kita juga sama??.P.)

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman .
( erm... Al-Quran, ilmu dan zikir...jika nak dpt ketiga2 nya.. Al-Quran adalah 3 dlm 1.. dan sebaik2 zikir adalah dgn mmbaca Al-Quran.., kawan2 jom belajar Al-Quran, jgn smpai hayat kita hny di habiskan dgn belajar iqra shj!! )


3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari .Sebut dulu walaupun tak faham.Antara mala petaka pertama menimpa umat kita.Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
( ana sendiri sedang mencuba, jom usaha sm2,,moga Allah beserta kita...amin)


4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
( erm... elakkan pertengkaran, dan membantah.. tetapi berkata lah dgn sopan santun.. sesungguhnya Allah menyukai hambanya yg ber lemah lembut )


5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!! ( nampaknya, pemikir barat juga setuju dengan ideologi dan saranan agama kita, so, bagamana dgn kita?? fikir2kan.. mungkin slm ne kita hny nak hidup dgn gembira dan ketawa yg tak putus2, nak tunjukkan yg kita tak da masalah..-__-...)

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.( gurau elok, tp, jgn selalu dan berlebihan, coz, hati boleh lalai dgn bnyknya bergurau..huhu... ana pulangkn kepada diri ana sendiri..sm2 lah kita muhasabah k..)

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita.Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
( erm..rasanya inilah penyakit umat manusia skrg.. dok hidup berpuak2.. sesungguhnya Rasululullah menyatakan bhw, bukan golongannya yg bersifat assabiyah.. so, kawan2..mcm mn dgn kita?? x takut ka, andai nabi x memngaku kt umatnya??huhu.. sm2 kita beringat k..)


9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.


10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.


a'ha... begitula pesanan seorg pejuang islam yg sngt bercita-cita untuk menegakkan negara islam.. kawan2, kita hidup dalam satu kumpulan, kita UMAT ISLAM.. jdi, kita juga adalah bertanggungjawab dalam menegakkan agama islam.. Tp, DI MANAKAH KITA???.... mungkin kita cuma sedar akan tnggungjawab terhadap hasrat wawasan 2020, tp, wujudkah tahun 2020?? persolannya... sedangkan syurga dan neraka, sudah pasti menjadi tempat persemadian kita untuk selamnya.. terpulanglah dgn diri kita dlm memilihnya.. ana, x tahu nak kata ap lagi.. mgkin belum cukup untuk memberi kesedaran dan impak bersama, tp, ana harap agar dpt membuka sedikit mata kita terhadap hasrat umat islam sedunia.. andai anda org islam, anda juga adalah pejuang yang bertanggungjawab dalam merialisasikan hasrat ini.. nahnu ansarullah...

No comments:

Post a Comment