Tiap bayi dilahirkan dalam
keadaan suci(fitrah-islami). Ayah dan ibunyalah kelak yang menjadikannya
Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). Hadis Riwayat Bukhari.
Berdasarkan daripada hadis
di atas, agama islam melihat setiap manusia memiliki fitrah islam ketika mereka
bayi lagi. Lalu, ayah dan ibu merekalah yang menjadikan mereka penganut agama
lain selain islam.
Justeru, fitrah manusia
dalam perspektif agama juga melihat kepada potensi diri dan perkembangan
intelek setiap individu. Di mana, potensi pertama yang Allah berikan adalah
“al-gharizah” yang berupa tangisan. Tangisan merupakan hidayah pertama Allah
kepada kita. Ketika seorang bayi itu tidak lahir dalam keadaan menangis, maka
itu merupakan tanda bahawa tidak ada kehidupan buatnya. Oleh itu, “al-gahzirah
adalah satu tanda kehidupan bagi bayi tersebut.
Di samping itu, Allah
memberikan indera kepada manusia sejak dari lahir. Terdapat lima indera manusia
yang boleh diperkembangkan potensinya. Seterusnya, Allah menganugerahkan akal
kepada manusia sebagai makhluk yang termulia di alam semesta yang dapat membezakan manusia dengan
makhluk-makhluk lain. Sebagaimana Rasulullah S.A.W telah bersabda, “…Dan alat
bagi orang mukmin adalah akal.. dan tiang agama adalah islam. Dan tujuan Allah
ialah akal. Dan yang menyeruh orang-orang beribadat ialah akal.
Allah juga mencipta manusia
dengan adanya hati. Hati merupakan sebuah institusi yang ada dalam diri manusia
dan tidak pernah berbohong. Oleh sebab itulah, orang beriman harus dengan hati,
kerana indera sering berbohong. Sebagaimana Rasulullah menyatakan bahawa Allah
tidak melihat mukamu, bukan melihat bentuk tubuhmu, tetapi yang dilihat adalah
hatimu.
Akhir sekali, Allah
menyediakan agama sebagai ad-din atau jalan hidup bagi manusia dan menjadikan
Al-Quran sebagai panduan. Lalu, agama lah yang menjadi hakim kepada manusia di
akhirat kelak dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman.
Sehubungan dengan itu, islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah kejadian
manusia. Berbekalkan lima potensi diri ataupun hidayah yang Allah kurniakan
kepada kita, maka menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk mencorak
potensi-potensi tersebut.
Manakala, perkembangan
intelek dari sudut agama juga adalah sangat penting sebagaimana yang di
sabdakan oleh Rasulullah s.a.w iaitu “ilmu
tanpa iman bencana, iman tanpa ilmu gelap”. Begitulah gambaran ataupun
perumpamaan yang melihat hubungan iman dan ilmu sangat akrab dan tidak boleh
dipisahkan.
Menurut perspektif agama islam sendiri,
daya intelek yang dipunyai oleh individu adalah saling berkait dengan
sifat-sifat Allah yang diberi kepada manusia dalam bentuk yang amat terbatas.
Dari sudut perkembangan pula, daya intelek boleh dibahagikan kepada tiga tahap
iaitu potensi intelek, skim ilmu dan amal yang soleh. Walaubagaimanapun, daya
intelek hakikatnya bukan hak individu secara mutlak tetapi ianya adalah hak
milik Allah. Setiap individu diamanahkan dengan daya intelek sebagai ujian
daripada Allah dan individu yang Berjaya menggunakan daya tersebut mengikut
peranturan, dia akan mendapat kebahagiaan.
Setiap manusia juga memiliki potensi kekuatan
semula jadi untuk bertambah dan berkembang menjadi insan yang mulia.potensi
kekuatan dikenali sebagai intelek bahan yang mengandungi bahan tulin iaitu pelbagai
bentuk keintelektualan mengikut keupayaan terpendam yang ada padanya. Keupayaan
terpendam ini berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.
Oleh itu, wajar untuk setiap individu
menggunakan nikmat kemahiran berfikir sesuai dengan petunjuk Allah. Malahan,
agama Buddha juga memberi penghormatan yang tinggi terhadap keintelektualan
ataupun kebijaksanaan manusia. Di samping, menggalakkan penganutnya untuk
memperkembangkan potensi dengan memiliki keyakinan pada kebolehan diri sendiri.
Individu yang dapat mengalami, memahami, menyedari dan menyucikan mindanya,
kebijaksanaan akan diperoleh. Tahap ini ialah penyempurnaan yang tertinggi.
Kesimpulannya, perkembangan intelek dan
potensi diri individu dalam perspektif agama merupakan satu nikmat yang
dikurniakan Tuhan kepada hamba-hambanya. Sebagaimana Allah berfirman dalam
surah An-Nahl 16:97 .
“ sesiapa yang beramal soleh
baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya kami akan
menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas
mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan”.
No comments:
Post a Comment