Pages

Wednesday, June 27, 2012

Sahabat maafkan aku

Sahabat yang selalu ku salah erti.
Maafkan aku, 
Mungkin engkau tidak memerlukan sahabat sepertiku,
Sedangkan aku sentiasa memerlukan sahabat sepertimu,

Kehadiran engkau dalam hidupku adalah sebagai seorang sahabat,
Cuma adakala aku tersalah tafsir akan dirimu,
Aku seorang wanita yang selalu menyatakan rasa kasihnya pada insan yang dikasihi,
Aku juga wanita yang tidak lari dari emosi yang adakalanya tidak stabil,
Aku lah wanita yang perlu dibentuk dan dibimbing,
Tolong jangan salah tafsir akan diriku,
Sesungguhnya aku sangat malu dengan tindakanku,
Inginku jelaskan, tapi rasanya tak penting pun,

Cuma,
Aku dan kamu hanyalah sahabat..
Maaf sebab banyak menyusahkan dirimu selama menjadi sahabatku,
Aku terjerat dengan emosiku sendiri hingga lupa bahawa engkau adalah sahabtku,
Yang tidak selayaknya aku menyatakan perkara itu kepadamu,
Aku memang terlalu melayan emosi saat itu..

Aku sedar,
persahabatan ini belum tentu mampu bertahan selamanya,
Namun selagi ia mampu dipertahankan,
Aku siap mengalah dan semuanya bermula dengan kesilapan aku,
Aku terlalu banyak menyusahkan dirimu,
Sedangkan engkau selalu terpaksa mendengan kata hatiku..

Lastly,
Kita adalah kawan yang akan kekal sebagai kawan.
InsyaAllah dunia jua di akhirat.
^_^
Jangan simpan apa yang aku katakan selama ini.
Hakikatnya, aku sendiri tidak faham apa yang aku sampaikan.
Aku juga akan patuh pada ayahku, Aku sangat menyanginya,
Kebahagiaannya adalah kebahagiaanku..
Aku juga tidak akan menunggu lagi, aku akan mencari..
Doa tanpa usaha juga tidak bererti.
Nasihatmu, aku terima dengan lapang hati.
InsyaAllah, Kepada Allah ku mohon,
Bila tiba saat yang tepat, smg semuanya dipermudahkan. amin. 

No comments:

Post a Comment