Pages

Wednesday, August 29, 2012

Raya Lagi.. Hehe


Salam.......... =)

Sekarang tgh siapkan asgment PJ.. =)
Tpi, teringn sngt nak menulis dekat blog.. hehe..
Ne gambar semasa raya baru-baru ne.. ada bnyk lagi gambar, tpi ini adalah yg terpilih memandangkan ada adik Awim dlm gmbr tu. hehe..

Ne semasa beraya dekat rumah acik Midi.. Acik Midi la yang banyak membantu dan sentiasa bersama-sama dgn keluarga kami, masa susah dan senang. Kami rapat dengannya sejak beliau masih lagi bujang. Kini, da ada 3 orang anak..

Dekat gambar ne, tak da pun gambar acik, yg ada cuma gambar anak2nya.. hehe..
Yang barisan belakang tu, budak2 kampung.. kira saudara juga.. Mereka adalag pemain bola kanak-kanak yang baru shj berjaya mengalakan pasukan bola kampung seberang..  Nama pasukan bola mereka ialah ' Kota Mail Lambung' hehe..

Best tul budak2 ne,, selalu datang main bola dekat halaman rumah. Yg ke tiga dan ke kanan, itu anak buah, dan paling hujung pula, anak acik. 2 orang dekat hujung sebelah kiri tu pula, adik beradik. Yang da besar panjang tu pula, jiran yang selalu ikut dengan bapa.

Bapa sy yang kat tengah, duduk dengan kami. Sedang memangku adik Awim. Erm.. best la juga raya kali ne.. hehe..














Tuesday, August 21, 2012

Hari Rayaku.. =)

Assalamualaikum w.b.t...
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin..
Alhamdulillah, akhirnya berpeluang gak nak menulis dalam blog tntang aidilfitri tahun ne...

Pertama sekali, raya tahun ne alhamdulillah memang best walaupun sy x pi beraya pun dgn kwn. =(
Tpi, memang hmpir setiap tahun pun mcm ne.. Cuma, kdng2 shj ada kwn yg sudi dtng raya dkt rumah.. hehe..
Hari ne da masuk raya ke-4, semua org tgh prepair nak sambut kwn2 dtng beraya dan nak pergi beraya.. hanya sy yg tidak.. hehe.. Tpi, pun tidak mengapa. Sebab malam ne, sy pula nak p beraya di rumah seseorg. hehe..

Raya tahun ne, memang agak sebak bila ingat mak.. Pada Hari terakhir Ramadhan, sebelum nak berbuka puasa, sy sempat gak lawat kubur mak. Masa tu tak tahu pula yg da ada batu nisan bertulis nama mak.. huhu.. Memang sedih, rasa xlarat nak ingat.. Nasib baik, bapa dtng ambik dkt kubur, kalo x.. memang berbuka dkt kuburan la sy..hehe..

Esok pun, di pagi raya sy sempat menjenguk kubur mak. Tpi, x tahu kenapa kesedihan tahap umpama seperti baru sebentar tadi mak meninggalkan sy. Sy rasa, bnyk sngt perkara yg sy lakukan tanpa ada sokongan mak, dan merasakan yg mak terlalu awal meninggalkan sy. Macm2 yg sy nak ckp, nak marah pun ada gak, tak puas hati n mcm2 lagi... =(

Mak meninggalkan kmi 17 syawal yg lalu, kiranya da nak hampir setahun mak pergi.. Tpi, rasa mcm baru semalam mak pergi.. Kenangan raya tahun lepas, memang membuatkn sy sedih.. sebab tahun lepas, sy x dpt nak beraya, di sebabkan sy beraya sepenuh masa dgn menjaga mak. Hampir setiap saat, mak la yg sy jaga.. Saya sngt risau dgn mak, di pagi raya, kali terakhir memohon maaf dgn mak, sy memang da nangis sebab membayangkn andai itu raya yg terakhir dgn mak.. sebenarnya sy sngt takut kehilangan mak.. Tpi, hakikat itu akhirnya sy kena terima. Thun ne, alhamdulillah masih dpt beraya dgn gembira bersama bapa dan sanak saudara.. =)

Bila melawat kubur org2 yg terdekat dan tersayang, rasa macam tidak lama lagi, kita pun akan ke sana. Bila lawat kubur mak, sy akan ckp yng sy pun akan teman kn mak nanti. Tp, tidak tahu lagi bila. =)

erm.. Dya??
Yg misteri sngt tu.. akhirnya sy da jumpa..
Erm.... tak tahu nak describe org nya mcm mn..
Yg penting, ok je la..
ok.... =)
Tpi, x la seperti ap yg dibyngkan selama ne..
Angan2 itukn mainan syaitan..hehe..

erm... kakak sy yg nak.. =(
hehe...
best tul baca kad raya dri kwn2..huhu.. tq so much..
Thun depan nak buat kad raya la juga.. hehe
k la.. lastly, asgment jgn dilupa.. hehe.. k, slmt berhari raya semua.. =D


Thursday, August 16, 2012

Otw Balik Raya...

Dalam Bas..
Sempat lagi menaip.. =/

Soalan ...

Bapa : x takut ka sorang2??

Saya : kalo saya takut, alamatnya x balik raya la sy... hehe

Dlm hati, siapa x takut. memng takut pon.. malam ne bnyk sngt bas dan ramai sngt org yg memenuhi stesen bas..
mud raya terasa, cuma debaran dan persoalan smpai ke x, tu yg buat mud kurg sikit.. hehe..
Ap2 pun, doa xputus-putus moga2 perjalann ini dipermudahkan...
Ya Allah,, selamatkan lah kami sampai ke kampung halaman masing2..

X sabor nak jumpa bapa n adik beradik2.. =)

Wednesday, August 15, 2012

Sebuah Perjalanan..

Tajuk kali ne, hampir sama dgn tajuk yg sebelumnya, cuma kali ne, tajuk ne ialah berkaitan dgn sebuah perjalanan yang sy akan tempuh bermula malam ini hinggalah keesokkan harinya..

First of all, ceq nak habaq yg ceq balik naik bas. ^_^
hehe... nak kata naik bas ne best, memang best. Cuma kali ne, nak naik bas tpi sorang2.. Memang bukan first tym sorg2, cuma kali ne xtw kenapa rasa takut pula.huhu. Mungkin sebab kali ne nak berhenti kat Pudu. Pudu ne jalannya lebuh raya, saya xbiasa sgt mcm kat Duta. Kalo sebelum ne, ada saudara yg tunggu kat Pudu, tpi kali ne, sy sendiri2.huhu. Tambah2 lagi naik bas Mara.. X biasa. =(

Erm... Tpi xpe la.. mudah2an semuanya selamat. Allah kan ada. ^_^
Petang ne nak buka puasa dngn pakcik pula..huhu..
Packing barang pun xlagi.. aduh...

Ap2 pun,, sy hepy nak balik, tpi risau tu pun boleh tahan gak.
Takut xsampai airport.. hrp2 lah xtido mati kat dlm bas... hehe..
Erm.. xsabor nak jumpa bapa n adik beradik...
walaupum omwork bnyk sngt. =(
Erm.. lastly............ sy hepy sngt......
k... nak prepare untuk kelas pagi ne..
salam.. =)
...............................................................................................................................................


Sunday, August 12, 2012

Sahabat itu Membahagiakan... =)

Syukran jazillah kasiran buat sahabat ana, Aziathul Azreema dan Shukran yang sudi tumpang gembira dan bersama2 memuji illahi atas nikmat iman, islam dan hidayah yang Allah berikan buat sahabat yang ana sgt kasihi, Zaakirah. Moga Allah merahmati kalian. Walaupun ada jarak antara kita, itu bukan sebagai halangan untuk kita sama2 berkirim doa.

Status dan blog tulisan kalian, adalah sngt cukup untuk menggembirakan hati saudara baru kita. Ana sngt gembira, bila ada sahabat2 yang jauh sudi berkongsi kegembiraan yang tidak terkata ini. Tidak ana lupakan sahabat kelas ana yang tidak ubah seperti keluarga sendiri. Kini, kita berenam anak umi semuanya xubah mcm adik beradik.. Alangkah bahagianya hati, bila dapat berkumpul bersama-sama dan ambik gambar mcm tym raya..hehe.

Kepada Azie, yang selalu kirimkan doa dan sms ringkas yang bermanfaat, sgtlah menyentuh hati ana. Sahabat ana semuanya hebat. Ana kagum dan bersyukur dpt shabat sehebat antunna semua.

Kepada Shukran yang sudi berdoa dan bertanyakan bnyk hal tntang saudra baru kita, sgtlah mengharukn ana juga sbat ana yang lain. Meraikan saudara baru, iyanya satu nikmat yg Allah berikan. Cuma, ana sedikit berkecil hati dgn beberapa ikhwan di kelas ana, yg kurang sensetif dan meraikan. Kehadiran shbat jauh tpi seolah-olah dekat, benar2 buat ana rasa terharu dan terasa ukhuwah itu tertanam dalam persaudaraan dan persahabat.

Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasihnya buat sahabat2 ana dan terutamanya saudara baru kita. Moga Allahlah yang berada di hatinya buat selama-lamanya..
Kini, kita bersahabat di jalan Allah..

Thursday, August 9, 2012

Mawar Berduri

Ingin Menjadi Mawar Berduri..
>_<
Tersentuh dgn puisi indah ciptaan Fatimah Syarha dlm penulisannya,,,

........................................................................................................
Adikku,
Lihatlah mawar yang cantik,
semuanya menarik,
hingga kumbang tertarik,
durinya boleh mencarik.

Adikku,
kau mawar agama,
dicipta yang esa.
dengan tulus mulia,
hamba dan khalifahnya,

Adikku,
Allah sedang menjagamu,
untuk insan istimewa,
jangan perjudikan kesucianmu,
dengan menghampiri zina.

Adikku,
siapkan dirimu,
hunuskan durimu,
cinta remaja hanya palsu,
cintanya tidak menipu.

............................................................................................................

Subhannallah, indahnya kalam ne menyuntik kalbu. My persenol respon dripada pembacaan Novel Cinta High Class, ingin sy kongsikan dlm blog ini.

Pertama sekali, hari ini ramai wnita yg sudah tidak meletakkan sepenuh kepercayaan tentang jodoh urusan Allah. Ramai yg berusaha untuk mencari jodoh dgn jalan2 yang salah, sedangkan usaha yg sebenar ialah dgn mempersiapkan diri menjadi wanita ataupun muslim soleh/ah. Akarnya bermula dengan kepercayaan, sekiranya kita yakin bahawa dengan kita memelihara diri kita dri zina dan yakin bahawa Allah juga memelihara si dia untuk kita. Allah adalah apa yang kita sangkakan. Sanggupkah Allah untuk mengecewakan hamba2nya yang ikhlas bergantung harap kepadanya?. Sesungguhnya Allah maha kaya dan jauh dari prasangka yg buruk.

Kedua, wajarkah kita menerima budaya bercinta sebelum kahwin? jawabnya tidak. Itu pendapat sy, kerana kita tidak mampu untuk mengenalnya sepanjang berkawan meskipun usia persahabatan selama 20 tahun. Sebab, masing2 pastinya akan menyembunyikan aib sendiri. Bukan kah itu buang masa, malah lebih cenderung kepada berbuat bnyk dosa.
Kalo sebelum kahwin, kita sudah merasai bnyk nikmat yg sewajarnya dinikmati setelah kahwin, maka hilanglah kemanisan setelah kahwin yang lebih banyak membawa kpd pahala. Malah, suami/isteri kita yg sudi bermain cinta sebelum kahwin, akan memberi kecurigaan setelah kahwin. Berkemungkinan besar, pasangan kita hilang kepercayaan kepada kita walaupun telah berkahwin dengannya. Kerana, dia merasakan bhw isteri/suaminya boleh bermain sms dengan orang lain sebagaimana ia tidak mampu memeliahara dirinya sebelum kahwin.

Ketiga, untuk menjamin sebuah keluarga yang bahagia dan diberkahi Allah, ianya bermula dengan bagaimana pasangan suami isteri itu mula melangkah ke alam perkahwina. Jika, banyak perbuatan yang terlarang dilakukan sebelum kahwin, ianya akan memberi impak setelah kahwin. Oleh itu, sama2lah kita menjaga diri daripada hubungan yang terlarang, agar Allah memberi kebahagiaan kepada hubungan yang halal disisinya.

Cinta yang suci, berhak untuk dimiliki pemilik cinta yang suci..
secara jujurnya, bagi seseorang yang tidak pernah bercinta, kalo boleh memang nak kan suami yang tak pernah bercinta. Bagi saya, antara kriteria suami pilihn ialah yang baik agama dan aklaknya serta terjaga pergaulannya. Sukar untuk sy menerima lelaki yang gemar bergaul dengan ramai wanita juga lelaki yang pernah bercinta sebelum kahwin. Memang susah untuk sy terima lelaki2 yang tidak mempu menjaga dirinya sebelum kahwin, walaupun cinta mampu untuk menerima segala kekurangannya, namun kepercayaan dan kecurigaan pasti akan datang, dan ini akan menimbulkannya banyak permasalahan. ~ baru celik dari mimpi~
walaupun ada ayat yg kata, demi cinta aku sanggu berkorban. Kata2 ne, hanya valid untuk suami tercinta, bukan buaya fren tw.. kalo awal2  snggup memberikan seluruh cinta demi si dia, si dia belum pasti mampu memberi cinta hingga ke hujungnya.. =)

Mana mungkin aku mudah untuk memberi hati yang tdk pernah dimiliki untuk insan2 yang tidak pasti. Andai sebelum ini, aku pernah terlanjur memberi harapan ataupun perasaan, aku memohon maaf. Selagi aku tidak bersedia untuk membina sebuah mahligai, aku tidak akan melayan perasaan untuk mencipta angan2 yang menjadi kesukaan syaitan. Aku ingin terus memelihara diriku, agar lebih khas untuk si dia yg tepat untuk ku. Meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah s.w.t. Meyakini soal jodoh dan maut. Tidak mudah terpengaruh dgn propaganda dan pemikiran masyrkt hri ini meskipun daripada orng tua sendiri. Biar seribu orang risau, diriku bergelar andartu, asal aku tidak risau akan janji Allah padaku. Tidak di dunia, di syurga ia pasti menanti .. : )




Monday, August 6, 2012

Sebuah Perjalanan

Tetiba rasa nak cerita, mcm mn ak menjadi dewasa.. mungkin ingin mengimbau kembali, akan masa lalu..
Dari aku sekolah rendah sampai sek. men, sebenarnya ak rasa diri ak cukup matang. ak suka belajar dan meniliti kisah hidup org dan berazam untuk tidak melakukannya. semasa ak kecil, ak tak suka dibuat mcm kanak2. ak rasa, fikiran ak da mampu berfikir seperti org dewasa sejak ak tahun 4.

Mungkin sebab, mak ak selalu berkongsi cerita dan masalahnya dgn kami. kesusahan dan kepayahannya membuatkan ak faham dan rasa xnak menyusahkan mak. aku juga seorang yang skema. Ak hidup dengan aturan keluarga. Ak sngt akur pada perintah bapa, mak dan kakak. Tiga insan ne la yg ak hormat.

Semakin lama, aku rasa ak semakin kebudak-budakkan. Aku mula sedar yg hidupku tidak sama seperti remaja lain. Ak banyak ketinggalan dengan mereka. Terutama semasa sek.men. Hidup ak skema. Kwn xramai, asyik fikir pelajaran dan pelajaran. Keputusan peperiksaan itulah segalanya. Sepanjang 5 tahun sek. berasrama, ak langsung x keluar outing ke bandar dengan kawan2. Bila keluar dgn keluarga pula, ak akan pegang tangan mak atau bapa. Semasa F1 samapi F3, walaupun ak nakal, tpi ak tetap skema. Pergaulan pun xbebas, kwn2 aku semua perempuan. Lelaki adalah makhluk Allah yang sangat aku takut untuk kenal waktu itu. Bila F4, aku jadi bertambah fokus pada pelajaran, dan ak tinggalkan dunia main2. Bertambah lagi skema, tapi masa tu ak sedar yg ak mampu mengubah diriku.

Masa tu, ak agak matang berurusan dgn lelaki dan da pandai bergaul. Sebab, aku da kena tolong ajar2 dorng. Mengajar itu hobiku. waktu tu, bagiku dalam kelas dan dorm sahajalah duniaku yg paling indah. Kat luar ak memang da berubah jdi serius. Tp, kwn2 ak tak pernah tinggalkan ak.

Aku ingat aku da cukup matang, tapi bila aku mula keluar dari dunia asrama, barulah aku sedar yang aku selama ne, hidup terkongkong dan terpelihara. Aku rasa, Allah betul2 pelihara aku. Bila aku sambung pengajian dekat UiTM Puncak Alam, barulah hidup remajaku seolah-olah baru bermula. Perjalanan dari Puncak Alam ke Mid Valley, betul2 mengajarku untuk berjalan sendiri dan berdikari, xda da bapa untuk pegang tangan. Kmi naik bas dua, tiga kali, naik monorel dan train.. Fuh, masa tu rsa mcm ak sorang je yg kwn2 jg sngt. Nampak sngt ak mcm budak kecil.

Bila ak nak pindah ke IPDA pula, ak kena stay rumah makcik dan berurusan sendiri untuk pendaftaran. Ak betul2 menyerahkan semuanya kepada Allah. Msa tu, xda yg nak hantar ak ke Kedah, mak risau sngt. Ak pula, tetap yakin yg pasti ada jalannya. Akhirnya, tnpaku pinta, pakcikku dengan sendiri ingin menghantarku.. huhu... Alhamdulillah ak pun berjaya mendftrkn diri.

pertama kali smpi di asrama, ak rasa seolah-olah itu la rumahku. Ak sangat gembira dan bersyukur. Sehingga hari ini, aku sngt cintakan bumi kedah. Selama 2 tahun di sini, Aku semakin banyak belajar. Di sebabkan hal2 tertentu, ak banyak lakukan benda sendiri2. Contohnya, Pergi KL sorang diri naik bas untuk kali pertama sehinggalah seterusnya. Sekejap aku berhenti di Pudu, kalo x dekat Duta. Mula2, ak memang takut, tawakal ak sngt tinggi. Sebab itu shj jln yg ak ada.

Ak tak suka bergantung dgn org lain, bagi ak, selagi ak boleh buat, selagi itu ak akan buat. Kalo orng, selalu cari teman untuk melakukan sesuatu bersama2, bagi aku pula, jika ak nak sesuatu, ak tak perlu ajak orng lain untuk temankan, melainkan org itu sendiri yg nak turut sama. Melalui semua ini, banyak pengalaman yg ak belajr,dan banyak keajaibab2 yg Allah tunjukkan sepanjang perjalanan. Semua itu, membuatkan ak lebih yakin akan ada Allah yang sentiasa menjaga dan merancang yg terbaik untukku. Budaya ikut orang, itu rasanya bukan ak.

Kini, barulah aku rasa aku semakin dewasa. Satu lagi sikap aku yg menakutkan..hehe. Ak suka meneliti sikap orng.. Dan yang salah itu yg selalu ak tekankan untuk ak tidak lakukan.. Jadi hati2 la.. haha.. ak suka belajar dri sesuatu.. bila ak tak minat akan sesuatu, jgn harap ak nak kn benda itu. Belajar pun ak tak nak.  Sebab tu, jgn hairan kalo dkt kelas, ak buat kerja lain saat itu.. hehe. Ak cintakan ilmu, tapi sayangnya hanya ilmu yang mengingatkan kepada Allah shj yg mudah untuk ak hadap. Bab teori2, susah sikit nak msuk. mungkin, ak tak ikhlaskan belajar krn Allah..

Ak cintakan buku dan majlis ilmu, cuma adakala bila aku rasa jauh dari itu, ianya membuatkan ak tdk tenang.. Sebenarnya, aku sngt suka buku dan rindu untuk membacanya..huhu...

Bagi adik2 yg bersekolah, duduk lah asrama penuh.. Sains Sabah.. Terjaga, terkwal.. Agamapun ok.. pendek kata, sek tu sgt berjasa memelihara ak. Cuma, ianya membuatkan ak hilang dunia remaja ckit la.. hehe..
Hari ne, Ak da dewasa.. skip remaja.. haha..

Friday, August 3, 2012

2008,2009,2010,2011 n 2012...
Lamanya.........
huhu....

Sentuhan Ramadhan

..................................... Sentuhan Ramadhan................................
Ya Allah,
Engkau hadirkan 10 hari yang penuh rahmat didalamnya,
Lalu engkau buka pintu2 syurga dan menutup bahang api neraka,
Engkau hadirkan sejumlah ganjaran, seumpama discount tahunan,
Setiap amalan, engkau ganjarkan pahala pukalan.

Ya Allah,
Telinga kami masih pekak, mata kami masih buta,
Hati kami masih berkudis, jiwa kami masih berkarat,
Dan engkau hadirkan 10 hari penuh keampunan,
Untuk membasuh hati dan jiwa kami,

Ya Allah,
Engkau Pancarkan hidayah dan ketenangan dengan mengingatimu,
Mengulit setiap langkah kami, untuk setia mendamba keampunanmu,

Ya Allah,
Ampunkah lah dosa2 lalu kami,
Dosa ibu bapa kami,
Dosa saudara2 kami,
dan dosa orang2 mukmin yang engkau kasihi.
Amin.
...................................................................................................................................................................