Tetiba rasa nak cerita, mcm mn ak menjadi dewasa.. mungkin ingin mengimbau kembali, akan masa lalu..
Dari aku sekolah rendah sampai sek. men, sebenarnya ak rasa diri ak cukup matang. ak suka belajar dan meniliti kisah hidup org dan berazam untuk tidak melakukannya. semasa ak kecil, ak tak suka dibuat mcm kanak2. ak rasa, fikiran ak da mampu berfikir seperti org dewasa sejak ak tahun 4.
Mungkin sebab, mak ak selalu berkongsi cerita dan masalahnya dgn kami. kesusahan dan kepayahannya membuatkan ak faham dan rasa xnak menyusahkan mak. aku juga seorang yang skema. Ak hidup dengan aturan keluarga. Ak sngt akur pada perintah bapa, mak dan kakak. Tiga insan ne la yg ak hormat.
Semakin lama, aku rasa ak semakin kebudak-budakkan. Aku mula sedar yg hidupku tidak sama seperti remaja lain. Ak banyak ketinggalan dengan mereka. Terutama semasa sek.men. Hidup ak skema. Kwn xramai, asyik fikir pelajaran dan pelajaran. Keputusan peperiksaan itulah segalanya. Sepanjang 5 tahun sek. berasrama, ak langsung x keluar outing ke bandar dengan kawan2. Bila keluar dgn keluarga pula, ak akan pegang tangan mak atau bapa. Semasa F1 samapi F3, walaupun ak nakal, tpi ak tetap skema. Pergaulan pun xbebas, kwn2 aku semua perempuan. Lelaki adalah makhluk Allah yang sangat aku takut untuk kenal waktu itu. Bila F4, aku jadi bertambah fokus pada pelajaran, dan ak tinggalkan dunia main2. Bertambah lagi skema, tapi masa tu ak sedar yg ak mampu mengubah diriku.
Masa tu, ak agak matang berurusan dgn lelaki dan da pandai bergaul. Sebab, aku da kena tolong ajar2 dorng. Mengajar itu hobiku. waktu tu, bagiku dalam kelas dan dorm sahajalah duniaku yg paling indah. Kat luar ak memang da berubah jdi serius. Tp, kwn2 ak tak pernah tinggalkan ak.
Aku ingat aku da cukup matang, tapi bila aku mula keluar dari dunia asrama, barulah aku sedar yang aku selama ne, hidup terkongkong dan terpelihara. Aku rasa, Allah betul2 pelihara aku. Bila aku sambung pengajian dekat UiTM Puncak Alam, barulah hidup remajaku seolah-olah baru bermula. Perjalanan dari Puncak Alam ke Mid Valley, betul2 mengajarku untuk berjalan sendiri dan berdikari, xda da bapa untuk pegang tangan. Kmi naik bas dua, tiga kali, naik monorel dan train.. Fuh, masa tu rsa mcm ak sorang je yg kwn2 jg sngt. Nampak sngt ak mcm budak kecil.
Bila ak nak pindah ke IPDA pula, ak kena stay rumah makcik dan berurusan sendiri untuk pendaftaran. Ak betul2 menyerahkan semuanya kepada Allah. Msa tu, xda yg nak hantar ak ke Kedah, mak risau sngt. Ak pula, tetap yakin yg pasti ada jalannya. Akhirnya, tnpaku pinta, pakcikku dengan sendiri ingin menghantarku.. huhu... Alhamdulillah ak pun berjaya mendftrkn diri.
pertama kali smpi di asrama, ak rasa seolah-olah itu la rumahku. Ak sangat gembira dan bersyukur. Sehingga hari ini, aku sngt cintakan bumi kedah. Selama 2 tahun di sini, Aku semakin banyak belajar. Di sebabkan hal2 tertentu, ak banyak lakukan benda sendiri2. Contohnya, Pergi KL sorang diri naik bas untuk kali pertama sehinggalah seterusnya. Sekejap aku berhenti di Pudu, kalo x dekat Duta. Mula2, ak memang takut, tawakal ak sngt tinggi. Sebab itu shj jln yg ak ada.
Ak tak suka bergantung dgn org lain, bagi ak, selagi ak boleh buat, selagi itu ak akan buat. Kalo orng, selalu cari teman untuk melakukan sesuatu bersama2, bagi aku pula, jika ak nak sesuatu, ak tak perlu ajak orng lain untuk temankan, melainkan org itu sendiri yg nak turut sama. Melalui semua ini, banyak pengalaman yg ak belajr,dan banyak keajaibab2 yg Allah tunjukkan sepanjang perjalanan. Semua itu, membuatkan ak lebih yakin akan ada Allah yang sentiasa menjaga dan merancang yg terbaik untukku. Budaya ikut orang, itu rasanya bukan ak.
Kini, barulah aku rasa aku semakin dewasa. Satu lagi sikap aku yg menakutkan..hehe. Ak suka meneliti sikap orng.. Dan yang salah itu yg selalu ak tekankan untuk ak tidak lakukan.. Jadi hati2 la.. haha.. ak suka belajar dri sesuatu.. bila ak tak minat akan sesuatu, jgn harap ak nak kn benda itu. Belajar pun ak tak nak. Sebab tu, jgn hairan kalo dkt kelas, ak buat kerja lain saat itu.. hehe. Ak cintakan ilmu, tapi sayangnya hanya ilmu yang mengingatkan kepada Allah shj yg mudah untuk ak hadap. Bab teori2, susah sikit nak msuk. mungkin, ak tak ikhlaskan belajar krn Allah..
Ak cintakan buku dan majlis ilmu, cuma adakala bila aku rasa jauh dari itu, ianya membuatkan ak tdk tenang.. Sebenarnya, aku sngt suka buku dan rindu untuk membacanya..huhu...
Bagi adik2 yg bersekolah, duduk lah asrama penuh.. Sains Sabah.. Terjaga, terkwal.. Agamapun ok.. pendek kata, sek tu sgt berjasa memelihara ak. Cuma, ianya membuatkan ak hilang dunia remaja ckit la.. hehe..
Hari ne, Ak da dewasa.. skip remaja.. haha..
No comments:
Post a Comment