Pages

Monday, October 8, 2012

Buat Sahabat Yang Tercinta..

Aku rindu untuk bersama-sama denganmu,
mengharungi pahit getir bersamamu,
saling menasihati bersamamu,
saling menguatkan dan mengingatkan..

Aku ingin terus menyokongmu,
Berkongsi kesakitan dengan dirimu..
Ketahuilah, betapa aku menyayangimu..
Tidak mudah untuk ku ungkapkan,
melainkan melalui kata2 ini..

Wahai sahabatku,
aku ingin engkau kuat selalu,
Tersenyum selalu,
ceria selalu,
seperti kita dahulu,
Sentiasa tersenyum walaupun pahit..
Aku tidak mampu untuk berada di sisimu,
Tapi, aku ingin doaku, sampai kepadamu..

Kuatkan imanmu, yakinlah Allah selalu ada bersamamu,
Allah itu sangat dekat,
Allah suka mendengar rintihan hambanya kepada NYA,
Aku yakin akan cinta Allah kepadamu,
Kuatkan pergantunganmu kepadanya,

Aku tak da kata2 lain untukmu,
yang pasti,
aku terlalu risau berjauhan denganmu..
aku ingin setia di sisimu,
membantumu,
berkongsi masaalahmu,
menjadi teman menangismu...
walauku tahu, bahawa kau lah teman yang paling kuat dan tabah pernah aku temui..
Semoga Allah menjagamu wahai sahabatku..
Ana uhibbukifillah ya ukhti..

No comments:

Post a Comment