Pages

Sunday, February 24, 2013

Jadilah Ikan yang Cerdik

Assalamualaikum...
Jom lapangkan dada dan bersikap terbuka..
Selama ne, kita suka pancing ikan dan mengharapkan ikan itu terpancing.
Hanya dengan umpankan seekor cacing, jika terpancing, yang untung bukan ikan, tetapi tukang pancing.

Sama lah dengan isu kewangan akhir2 ini..
mentang2 da nak PRU 13, semua pun sibuk memancing..
sebagai rakyat jelata yang dok memerhati..
mungkin apa yang kita lihat selama ini sudah tepat..
Contohnya, seekor ikan yang tahu bahawa ada manusia jahat yg akan memancing mereka.

Tetapi, pandangan dan pendirian kita jadi kabur dan boleh jadi, kita lupa setiap kesilapan dan strategi mereka, hanya kerana BR1M yang diberikan.. seolah-olah mereka lah sumber rezeki.. mereka datang saat kita memerlukan.. kerana ini juga satu teknik untuk memancing..

Bayangkan, bila seekor ikan yang sangat lapar terjumpa dengan umpan.. pasti tak nampak mata kailnya..
ye x??
asyik ingat perut sampai lupa da terjerat..
Xsalah makan duit BR1M.. sebab, memang duit rakyat pun.. cuma kita kena ingat.. itu semua memang rezeki kita yang Allah nak bagi dekat kita yang tumpang kat bumi Allah ne.. dorang perantara je... Tapi, dorang buat diri macam wira penyelamat pula.. hehe.. maka, befikirlah dalam2..  adakah pemimpin yang menawarkan harta kepada kita sebagai bekalan adalah sebaik-baik pemimpin?? ataupun, pemimpin yang memberikan bekalan akhirat kpd kita..

Rasulullah s.a.w juga pernah ditawarkan dengan kemewahan, dunia, pangkat dan wanita, tetapi Baginda lebih memilih jalan yang sukar, payah dan penat.. kerana nak bagi kita dapat masuk Syurga dekat akhirat sana..
Besarkn perjuangan Rasulullah s.a.w kepada kita. Kita bagaimana?? bersyukur x?? ada selawat tak untuk baginda??

Sempena PRU yang tak lama lagi.. sama2 lah kita berdoa, semoga pemimpin yang dipilih bukanlah dikalangan orang yang jahil imu agamanya..

No comments:

Post a Comment