Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah diberi kelapangan waktu untuk mencoret lagi,
Tajuk yang ingin dikongsikan pada hari ini hanyalah sekadar pandangan dan coretan diri sendiri terhadap erti cinta dan nikah khitbah yang sering menjadi topik anak muda hari ini.
Pada pandangan diri sendri, berdasarkan ilmu yang tak seberapa banyak. jadi, kiranya pandangan ini bersifat peribadi, pertama nikah kitbah adalah satu alternatif untuk mengatasi masalah anak muda hari ini yang terlalu terdedah kepada maksiat dan kes zina. masyarakat perlu faham, nikah khitbah hukumnya diharuskan dan wajib sekiranya pasangan yang tersebut memang tidak mampu menghindari zina lagi. Namun, tidak cukup mampu dari sudut material.
Nikah khitbah, sesuai untuk pasangan yang kerap bersama-sama dan cenderung berhubung sehingga khuatir mengudang fitnah dan zina. Pada perspektif pandangan masyarakat, nikah khitbah nampak seperti suatu yang negetif, nampak seperti anak-anak mereka terlalu gatal nak bernikah, tapi mereka terlupa untuk khuatir ketika melihat anak mereka berdua-duaan. sehingga, anak terlanjur, baru lah nak nikah kan anak. Bukan kah itu suatu yang lebih memalukan??
Sebenarnya perkahwinan ini sangat baik dan digalakkan sebagaimana Allah berfirman :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32).
Maksunya, perkahwinan ini juga membuka rezeki seseorang seperti mendapat zuriat. Bila mana Allah memberikan zuriat, Allah akan berikan rezeki dalam pelbagai arah yang tidak di sangkakan.. Jadi, tidak menjado masalah untuk melakukan nikah kitbah jika itulah satu2nya jalan untuk mengelakkan daripada zina.
Seterusnya, dari sudut erti cinta. Bila kita tengok nikah khitbah, sebab utama ke arah pernikahan ialah untuk mencegah daripada maksiat dan perkahwinan yang di bina tidak memerlukan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
Pada pandangan saya, selagi mana mampu menjaga diri, tidak terlibat dengan couple, jadi tak perlu lah nikah khitbah. sebabnya, matlamat perkahwinan sebenar adalah untuk meraih Cinta Allah. Bila kita menjalankan tanggungjawab dalam rumahtangga, kita akan mendapat banyak pahala. Sehingga perkara yang sekecil2nya iaitu meminta maaf dengan suami, senyum dengan suami itu pun di kira pahala. Manakala suami pula, setiap nafkah dan keringat yang diperuntukkan untuk isteri di kira pahala sedekah. pahala mengalir ibarat air. Tapi, jika nikah khitbah, motifnya hanya membenarkan yang halal.
Kemudian, andai perkahwinan tidak atas dasar cinta pun tidak akan memberi makna dalam rumahtangga. Rumahtangga, penguatnya adalah cinta antara 2 insan yang dicampakkan oleh Allah s.w.t, dan cinta itu menjadi lebih kuat andai kedua-dua cinta ini bertunjangkan cinta illahi. Perkahwinan di mata wanita dan lelaki berbeza, wanita inginkan perkahwinan untuk memiliki suami yang mampu memberi perlindungan dan membimbing. Lelaki pula matlamat utama lebih kepada menjaga pandangan dan menghalalkan yang haram. Ini melalui satu ceramah yang pernah di ikuti.. Dan kedua-dua matlamat ini akan kukuh bila kedua-duanya bermatlamat untuk mengejar cinta illahi.
Oleh itu, sekiranya nikah khitbah antara 2 insan yang tidak bercinta hanya sekadar kenal, belum tentu perempuan itu sudi. Sebab, perempuan tidak akan semudah-mudah memberikan benda yang paling berharga untuk orang yang tidak dikenali apa lagi tanpa perasaan cinta. Contohnya, sekiranya lah ada seseorang yang hadir melamar diri ini pada saat ini dan ajak nikah khitbah. sedangkan antara kami tidak pernah bercinta, itu adalah mustahil objektif untuk menghalalkan yang haram. Sebab, tak kan lah berlaku hubungan yang akrab tanpa rasa cinta.
Cinta itu ertinya pada memberi. Bila kita ada rasa cinta, kita akan berusaha untuk membuat orang yang kita sayang rasa senang dan bahagia. Walaupun istilah 'mampu' bukan lah dari sudut material, tetapi berapa ramai wanita yang faham dengan ini. Wanita itu bersifat kebudak2an dan banyak kemahuan. Lelaki kena ambik perhatian juga dalam hal ini. Ok la, kalo saya sendiri, saya berharap untuk hidup dengan seorang suami yang berkehidupan sederhana, tapi bukanlah bererti keperluan makan dan minum tidak mampu untuk ditanggung. Sehinggakan setelah kahwin, perempuan masih minta duit dari bapa. Itu menyedihkan. Kalo boleh, saya nak kahwin nanti, nak guna duit saya sendiri, jadi kiranya hari itu lebih bermakna.
Seorang lelaki yang hebat akan berusaha untuk bekerja keras untuk kekasih hatinya. Untuk meminang seseorang, banyak yang perlu dipersiapkan. Kata arwa mak, kalo kita nak tengok lelaki itu ikhlas nak kan kita, dia akan berusaha sendiri cari duit untuk hantaran. Ini lah pada awal sekali kita nak tengok lelaki itu bertanggungjawab atau tidak. Lelaki itu hebat di mata wanita, bila dia mampu menunjukkan yang dia mampu untuk berdikari sendiri dalam apa jua hal. Barulah perempuan rasa diri mampu dipimpin.
Bab hantaran pula, sebaik-baik wanita yang paling murah maharnya. Betul. Sebab, wanita itu tidak menjual dirinya, tetapi mengharap dirinya ada yang mampu memimpin ke jalan yang benar. Tapi, hak memberi hantaran adalah hak ibu bapa perempuan. Lelaki tiada hak untuk meminta di murahkan dengan cara yang tak terhormat. Kita kena faham, membesarkan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki, sepenuh penjagaan ibu bapa terhadap anak perempuan. Setiap malam mengundang kerisauan di hati ibu bapa. Tak tidur malam tw? .. =) .. Jadi, bagi lah hak kepada walinya untuk menentukan. Itu juga tanda penghormatan wanita itu terhadap orang tuanya yang penat menjaganya. Contohnya, bapa saya kata, kamu nanti kalo dah kahwin kena ikut suami. keluarga perempuan da tak boleh masuk campur dalam rumah tangga kamu. Masa tu, mula kn lah hidup dengan suami mu, ikut lah perintah dia, dia yang berhak untuk kamu.. huh.. sebak bila ingat balik.. tengok lah macam mn besarnya pengorbanan seorang bapa, menyerahkan anaknya pada seorang yang bergelar lelaki. Dan membiarkan dirinya dipinggirkan. Jadi, apakah salahnya, andai hak penentuan mahar itu diberikan kepada wali. kadangkala, dia lebih tahu berapa berharganya anaknya. bapa pernah kata, kalo dapat lelaki yang soleh pilihan bapa, Al-quran sebagai mahar pun tak pa.. hehe.. tapi, main2 je kot.. Bapa sy sayang saya.. saya tahu.. sebab tu, adik2 dan termasuk kakak sy jeles.. hehe.. sampai sy duduk jauh pun, adik saya bila merajuk, jual nama saya, untuk pujuk bapa.. saya pun sayang bapa.. jadi, nak pilih bab jodoh ne, tak mudah.. saya cerewet sangat.. bnyk yang yang saya tengok.. Tapi, buat masa ne, pilhan bapa sy lah yang palin tepat.. Cuma, saya hanya mampu doa je la.. huhu.. Mohon doa, rasa tak layak.. Tapi, bapa kata baru2 ne, dia kata tak kesah siapa pun, yang penting baik agamanya..
Cinta ne, luarbiasa sebenarnya, sebab tu jangan bermain cinta kalo tak tahu arah tuju cinta. Kita memang nak cinta selepas kahwin, tapi rasa cinta itu sudah wujud sebelum nikah. Dan penzahiran rasa cinta itu lah yang selepas kahwin. Kalo tak da rasa cinta, macam mn kita nak kahwin dengan orang yang kita tak cinta. betul tak? lain lah kalo kahwin paksa.. Tapi, tak nak lah kahwin paksa. nanti ada wujud rasa tak puas hati dan menyesal terhadap perkahwinan. Bila perkahwinan di bina atas dasar rasa cinta, segala kekuarangan mampu untuk diterima dengan seadanya. Itulah nikmat cinta dan perkawinan. pada hari perkahwinan, terhurailah segala rasa cinta dan rindu yang dipendam. baru lah nikmat. Bukannya setakat menghalalkan yang haram. Lelaki perlu menghormati wanita dengan melihat wanita sebagai seorang yang dikasihi bukan sekadar tempat melepaskan nafsu dan pergi tanpa memberi penanggungjawapan.
Erm. sebab tu kita kena jaga diri dari perkara2 zina seperti couple sebelum kita rasa mampu untuk memberikan cinta. perempuan tidak perlukan nafkah batin semata-mata, perempuan lebih nak kan lelaki yang bertanggungjawab dan mampu dari zahir dan batin. Konsep cinta itu terlalu luas maknanya, kalo kita nak kahwin dalam keadaan tak kaya pun tak jadi masalah, yang penting jangan meyusahkan keluarga. Perempuan yang baik dia tak kesah hidup susah dengan suaminya, asalkan ada cinta. Cinta ajar erti pengorbanan. Sebab cinta diagungkan dan cinta yang paling agung, adalh cinta pada illahi. Bila pasangan itu bercinta kerana Allah, lagi lah kehidupan diberkati. ( sedang membayangkan pahala yang banyak.. hehe)
Nak kata kat sini, jaga cinta dengan Allah dulu, jadi semua akan terjaga. Dan kalo kita tak nak nikah kithbah, jangan pandai2 couple dulu.. nanti khuatir mendekati zina.. Susah bagi muslimin yang benar2 nak jaga hati. tapi, kalo nak cari muslimat yang solehah untuk nikah khitbah, erm cari la.. tapi kalo saya, nikah kithbah bukanlah solusi pada diri ini. Sebab, nikah kithbah tak bagi banyak pahala sebab tak da rasa tanggungjawab seoarang suami pada isteri. =)
Erm.. ini semua sekadar pandangan sy sebagai wanita terhadap erti cinta sebenar dan nikat kithbah itu sendiri. Erm, sy ne cerewet sngt dalam memilih sebab sy takut salah pilih. tapi, dalam hati ne, ada juga yang menjadi pilihan. Cuma, tak berani nak menyatakan hasrat. huhu.. Lagipun belum tiba masanya. Bersabarlah.. Nak tahu ciri2 lelaki yang hebat di mata ini?? hehe..
Pertama : Agamanya diyakini..
Ke dua : Akhlaknya terpuji.. huhu..
Antara akhlak dan ilmu, sy akan tengok kedua-duanya. Tapi, lebih berat kepada akhlak. sebab, ilmu yang baik akan terserlah pada akhlak. =)
Ke tiga : Hormat orang tua
Ke empat : Berdikari, baik bicara, lemah lembut dan pemalu.
Ke lima : Berkepimpinan dan tegas pada prinsip.
Paling last, sy suka lelaki yang pergaulannya sangat terjaga dan pandai bermasyarakat.. ^^ + rajin ke masjid.. hehe
Huh.. cukup lah kot.. ^^
Ya Allah, diri ini memilih, dan yang memilih itu adalah Allah.. Kata ust. Azhar Idrus, lelaki tak perlu cerewet sngt dalam cari jodoh, kalo kuat agama, tapi perempuan kena cerewet cari jodoh, sebab kena cari lelaki yang betul2 soleh.. ^^
Pendek kata, Pilihan ayahku, itu lah pilihan ku. tapi bapa ku pemalu.. dia suruh cari dan usaha sendiri.. erm.. panjang pula ceritanya.. hehe.. k la.. sekadar berkongsi.. ^^
No comments:
Post a Comment