Pages

Monday, September 30, 2013

Mimpi lebih Indah Dari Realiti

Dream.. Dream.. Dream...
" Aku memilih tidur,kerana di alam tidur ada mimpi "
Mimpi yang lebih indah daripada realiti.
 hehe..

Ayat ne copy paste dari seorang sahabat..
ya, memang tak dinafikan hidup tak selalu indah,
dan ramai sahaja yang masih merasakan dunia ibarat neraka,
dan lebih ramai pula yang merasakan dunia itu ibarat syurga,

what you think, and what you expect about world,
will create your mind in how to face this world,
hehe,
sekali lagi, trip speaking.. maaf ye..
kalo grammar berterabur.. :)
baik..ya, memang hidup di dunia, Allah tak janji keindahan,
kerana indah itu bukan di dunia, yang azalinya indah adalah syurga,
bagaimana kita melihat keindahan dunia,
ialah dengan mengembalikan semuanya kepada yang menciptakannya..

Tahu kan, siapa cipta dunia?
of course la semua da tahu..
Allah who create this word and let we sing Maher Zain song..
Open My Eyes..
hihi..

Dunia bukan lah zalim, tapi di dunia ini,
Allah berikan kepada kita anugerah dan musibah,
musibah itu berbentuk ujian, dan ujian itu adalah aras keimanan,
bagaimana Allah menilai makhlukNya yang beriman dan yang kufur,
sebab, dari awal kejadian lagi,
Allah dah janjikan Syurga, dan berikan amaran Neraka,
Kemudia, di dunia juga Allah berikan anugerah,
Cinta,
Cinta yang diturunkan dari syurga ke dunia,
everythings need love,
without it,
manusia akan hilang kemanusiaan,
manusia terlalu rakus dan mementingkan diri,
tapi, dengan cinta,
ia mampu melembutkan hati yang keras,
menjadikan kelembutan dalam pergaulan,
mementingkan nilai-nilai kemanusiaan,
Begitulah hebatnya anugerah cinta yang Allah berikan,

dan
dan
the best love
is when you love who gets the love,
faham dok?
hehe..
kalo kita belajar untuk mengenal yang Maha Pencinta,
kita akan jatuh cinta kepadaNya,
dan cinta itulah yang diperlukan dalam diri setiap makhluk Allah,
cinta kepadaNya, cinta keranaNya, cinta untukNya,
dan yang seangkatan dengannya,
pasti akan membawa ke syurga..
:)

Love actually is not blind,
if our hearts know,
whose Allah..

Then, don't even try to love someone,
if you don't even try to love Allah first..

Herm.. ye..
dan jangan lupa..
hidup ini Allah hadirkan seseorang yang sangat mencintai kita,
dan orang itu, selalu mendoakan kita,
orang itu, yang bekerja keras semata-mata untuk membesarkan kita,
dan orang itu lah yang paling banyak menangis kerana kita,
orang itu adalah ibu kita..
:)
so, sesiapa yang masih ada ibu,
please tolong jumpa ibu kita,
dan minta doa, supaya kita jadi anak2 yang soleh/ah.
selamat dunia akhirat..

ada tak yang sudi nak tumpang kan ibu, untuk saya??

hehe

gurau je la..

;)

Sunday, September 29, 2013

Jodoh Itu Pilihan

Allah tak janji..
Perempuan yang gemuk untuk lelaki yang gemuk,
Perempuan yang cantik dengan lelaki yang hensem,
Perempuan yang miskin dengan lelaki yang miskin,
Perempuan yang pendek dengan lelaki yang pendek,

Tapi Allah janji perempuan2 yang baik, pasangannya lelaki2 yang baik.
dan begitulah disebaliknya..

Jadi untuk dapat jodoh yang baik, kita kena utamakan hati kita, akhlak kita, agama kita supaya jadi yang terbaik. Tapi, niat kena lah kerana Allah.
Sekarang lebih ramai yang utamakan persiapan fizikal  berbanding persiapan rohani/spritual.. =) ..

But anyway, orng perempuan memang perlu jaga kecantikan.. kecantikan dalam dan luar itu sangat berharga.. ;)

Hadapi Ujian Dengan Meraih Senyuman


:)  

satu senyuman untuk saya, please..
:)
orait
untuk saya dan sesiapa  yang sedang mengalami masalah,
apa pun masalah,
terus lah yakin, bahawa sesungguhnya,
setiap apa yang berlaku,
sudah dirancang, ia hadir bersama hikmah,
dan beruntunglah bagi mereka yang melihat setiap perkara dengan berhikmah,
i still wonder,
why should be me?
hehe, ayat yang macam dapat ujian maha dasyat..
hehe..
tapi sebenarnya, dasyat ke tak ujian itu sebenarnya,
ia bergantung dengan individu tersebut,
pernah ada satu kisah,
seorang sahabat Rasulullah bertanya kepada Baginda s.a.w,
mereka bertanya, siapa kah orang yang paling kuat ujiannya?
Rasulullah menjawab, Para Nabi lah yang paling banyat dan berat ujiannya,
seterusnya ialah orang-orang yang mengikut Para Nabi,
orang-orang soleh-solehin,
maksudnya, ujian itu sesuai dengan tingkatan iman dalam diri individu itu,

Dengan itu,
jelas lah ujian yang tidak seberapa ini, terasa berat untuk diri yang tidak hebat imannya,
Ya Allah, terasa hina diri in..
:(
but, don't be sad,
ujian ini juga, mungkin tanda Allah nak tingkatkan lagi tahap keimanan hambaNya.

Ok.. please smile again..
:)
I give you, 3 smile..
:) :) :)
hehe

Rasa terhimpit, tersepit dan tertekan,
itu lumrah kehidupan,
semua orang sedang diuji,
and how to face it, it's depends on you,
erm.. tak pandai speaking pun, speaking je la..
hihi,,
Hidup biar sempoi..
Ye ke??
ok.. cuma macam mana nak berhadapan dengan ujian itu,
ia berbeza setiap orang,
dan sebaik-baiknya,
bergantunglah kepada Allah,
jangan bergantung dengan syaitan,
nanti syaitan biarkan kita hanyut dan menyalahkan taqdir,
lalu memilih jalan yang dimurkai Allah,
Na'uzubillah..

Ok...
Sehebat manapun kita,
ingat lah yang Allah lebih Hebat, Maha Hebat,
sekuat manapun kita,
ingat lah yang Allah lebih kuat,
ingat lah yang kita dilahirkan bersama kelebihan dan kelemahan,
kelebihan itu mengajar kita bersyukur,
dan kelemahan itu, menyuruh kita mengingat yang maha Pencipta,
kerana kita hambaNya,
dan kepadaNya lah sebaik-baik tempat kembali,
bergantung dan berharaplah kepadaNya selalu..

:) :) :) :) :)

Friday, September 27, 2013

Aku Tak Marah, Tapi Aku Sedih

.......................................
Just a word, Sad..
Nak merajuk, pasti tak dipujuk,
Nak marah, belum tentu aku betul,
Nak Mengalah, tapi hati tetap sakit,
Nak nangis, itu antara ubatnya,,

Lebih rela menangis,
daripada meluahkan segalanya,
bukan ingin dipendam,
namun malas mengusutkan masalah,
bukan tak mahu diluah,
namun khuatir akan menambah sakit,

sedih,
satu perasaan yang hadir sendiri,
telah ku cuba mempositifkan keadaan,
tak sangka hakikatnya adalah negetif,
sebab itu, aku bertambah sedih,

aku nak menjauh,
nak pergi, dan nak lari,
jauh disudut hati, ingin melupakan segala yang diimpi,
tapi, aku pasti,
hati yang rapuh akan bertambah rapuh,
jangan menambah kesakitan yg sedia ada,
aku hanya perlu bersabar,
dan perlahan-lahan untuk melupakan..

aku tak perlu berharap,
dan tak perlu,
tak perlu,
aku cuma perlu doa,
dan doa,
doa,
sakit ini pasti akan pulih,
biarlah ku rawat sendiri,
kerana aku yang mencalarnya,
aku takut untuk menambah luka,
satu sms yg tidak berbalas,
ia mampu menambah kelukaan,
ia membuatkan aku serik.. =(
dan membuatkan aku merasakan,
yang aku cuma kenalan biasa,
yg boleh diabaikan..
Ya...
Mungkin Ya..

Thursday, September 26, 2013

Pemergian

Assalamualaikum. =)

Alhmdulillah da banyak asaimen yang berjaya disiapkan,
sekarang ne, memang da tak berapa sibuk..
tinggal tunggu exam ja,
tp, big tak settle lagi.. huhu..

erm..
nak cerita yang baru2 ne, dikejutkan dengan berita pemergian Ust. Azizan Abd Razak,
Bekas menteri besar Kedah. Beliau seorang yang hebat, sehebat akhlaknya,
tegas tapi lembut. seorang pemimpin Pas yang sangat dikagumi,
rasa sebak atas pemergiannya.. huhu.
walaupun tidak berpeluang bersua muka,
namun melihat wajahnya diposter2 dan kaca tv,
sudah cukup untuk menyuburkan rasa kasih,
begitulah aura orng2 yg beriman,

Segala gerak kerjanya, semuanya bersebab,
tindakannya mengikut keadaan dan arwah juga seorang yang berjiwa rakyat,
contohny, masa majlis perkahwinan anaknya,
arwah tak jemu melayan tetamu yg ramai,
tidak ingin duduk di tempat yang tinggi,
sehingga rumah kediaman menteri besar sendiri dijaadikan sebagai pusat pengajian ilmu,
masyaAllah,,
sangat hebat... dan seronok sngt dapat merasa duduk dibawah pemerintahan beliau...
Bersyukur, walau tidak lama..

Alhamdulillah,
diberi peluang untuk turun masa pengebumian almarhum ust. Azizan di muassasah Darululum semalam, walaupun jalan raya terlalu sesak dan jem.. perjalanan yang sepatutnya boleh sampai kurang dri 1 jam, menjadi 2 jam.. Namun, tetap bersyukur sebab diberi kesempatan.. kami tiba di kawasan perkuburan, iaitu kawasan yang sama dengan perkuburan Almarhum ust. Fadzil Nor, sampai sahaja kami, saya berpeluang untuk melihat wajah tuan guru Dr.Haron Din secara dekat. wajah itu ibarat bulan purnama.. sangat indah.. dan da lama teringin dan rindu untuk melihat wajah itu.. tak sangka yang hari itu saya berpeluang.. huhu.. sblum ini pernah jumpa, tapi dari jarak yang jauh.. namun kali ini, saya beruntung dpt lihat dekat.

selain itu, saya juga berpeluang melihat wajah dr. Mahathir dan isterinya serta anaknya Dato Mukhriz yang turut hadir pada petang tu.. sedikit teruja dengan kehadiran Dr. Mahathir.. setelah 21 tahun, baru berpeluang untuk melihat wajah itu.. =)
seorang pemimpin yang turut dikagumi pada waktu dahulu..

Dan pagi ne, tahu pula yang pakcik jiran sebelah rumah da pergi juga.. =( .. Ajal maut ditangan Allah.. semuanya da tertulis.. diri ini pun pasti akan pergi jua suatu hari nanti.. dan bila masanya, itu semua masih menjadi rahsiah Allah.. mudah2an bila saat itu tiba, itu adalah di saat iman sangat kuat. Aamiin. ingin mati dalam keadaan yang baik dan terpuji.. Husnul khotimah..

Sunday, September 22, 2013

Titipan Buat Hati Yang Sakit


Wahai hati,
tidak kah engkau sudi bermuhasabah,
setelah saban hari engkau berbuat dosa,
Menjamah maksiat dihadapan mata,
membuka pintu2 noda,
menjadi rangkaian fitnah,
di dunia yang sementara..

Adakah engkau buta,
tidak mampu mebezakan antara kaca dan permata,
memilih rangkaian penghidup nafsu seraka,
menutup pintu taman2 syurga,
Demi keseronokkan yang sementara,

Wahai hati,
Bukankah kau ibarat pelita,
sebagai nakhoda jasad melayari bahtera,
penentu syurga mahupun neraka,
namun engkau masih sakit,
Lazat ibadah tiada terasa,
manisnya iman engkau terlupa,
mainan syaitan engkau jadikan boneka..

Wahai hati,
Adakah engkau sudah sedia untuk berbicara?
Berbicara kepada Tuhan Mu atas segala derita,
derita yang engkau cipta saat di dunia,
Saat engkau memilih dunia,
tanpa memikirkan balasa akhirat..

Wahai hati,
belum cukup lagi kah engkau berbuat zalim,
zalim pada diri mu sendiri,
membiarkan diri mu hanyut tanpa peringatan,
membiarkan hidup dalam kenistaan,
membiarkan buta tanpa petunjuk jalan..

Wahai hati,
cari lah hati mu yang rindukan fitrah berTuhan,
Menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman,
Tidak sekadar hidup membuta jalan,
Mengikut telunjuk bertuhankan Syaitan yang di Rejam.

Kembali Lah Hati.

Saturday, September 21, 2013

Buat mu Kawan.. =)

Kawan,
saat kita mengatakan ia,
pada satu perjanjian yang membutuhkan kesetiaan,
saat itu ujian sudah terbentang,
duri-durinya mungkin tidak kelihatan,
namun ia wujud di atas jalan..

Kawan,
saat kita mengatakan tidak,
pada perhubungan yang melalaikan,
saat itu syaitan sedang gelakkan,
mentertawakan kita yang sedang berjuang,
bertarung melawan perasaan,

Kawan,
saat kita berjauhan tanpa sepatah kata,
hasutan iblis menjengah,
saat itu, ia berbisik menghasut hati,
mengajak kita saling mengingati,
seolah-olah, hari esok akan pergi,

Kawan,
Bukan mudah menongkah arus,
melawan naluri yang bergolak,
mengatakan tidak pada yang ia,
dan mengatakan ia pada yang tidak,
kerana hakikat cinta itu pasti membutakan,

Kawan,
Jangan pernah tunduk pada nafsu,
hidupkan mata hati untuk menilai dengan iman,
Pegang dan pimpinlah diri ku,
dalam pelayaran cinta mu,
aku ingin belayar di bahtera mu,
Yang sedang engkau persiapkan,
dengan sinergi keimanan yang unggul,

Kawan,
jelas aku wanita yang lemah,
penuh impian dan dambaan perhatian,
lagi boleh memesongkan,
sebagaimana Hawa mengajak Adam,
demi merasa buah yang diidamkan,

Kawan,
tidak akan terbina sebuah rumah yang indah,
tanpa pekerja yang bijaksana,
dan tidak akan bertahan sebuah rumah,
tanpa asas yang kukuh dalam binaan,
Sesungguhnya, binaan untuk keluarga islam itu,
ia berasaskan keTaqwaan penghuninya
dan hati yang sentiasa mengingati Nya..

* Selamat mempersiapkan diri sahabat2 yang ingin membina Baitul Jannati.. =)


Friday, September 20, 2013

Himpunan Kata2 FB Mun Irah Jr.. ^_^

Cinta itu ada kuasa, kuasa membina ataupun kuasa membinasakan.
Cinta itu asal dari syurga, dilemparkan ke dunia, untuk di uji.
Hukum cinta : Siapa yang besar cintanya, maka besarlah pemberiannya.

* Maka, Cinta Allah lah Yang Paling Besar.. 

By : Ust. Pahrol Juoi

AL Quran suruh MENJAUHI Zina. Nabi Pesan, kalau mampu, teruslah bernikah.
Malangnya, masyarakat kita terbalik. Sepatutnya, pintu pintu ke arah zina ditutup serapat rapatnya. Pintu pintu ke arah nikah dibuka seluas luasnya. Kita menterjemahkan 'Mampu' itu dengan pekerjaan tetap, gaji 2K ke atas, kereta sebijik, rumah paling koman sewa, majlis walimah mesti ikut yang ada kat dalam rancangan Nona. 
-Katanya mengikut perkembangan zaman. Tak sedar, itu seolah olah menyerlah susahnya Islam. Walhal Islam itu sangat mudah-

- Imam Muda Fattah-

Kegagalan demi kegagalan...
Mungkin, sebab kejayaan itu semakin hampir..,
Maka, bersabarlah~~~
Kejayaan demi kejayaan,
Belum tentu pengakhirnya kemenangan...

Bawa tasbih = Nur, Bawa hp = Nar ,

Selalu la membiasakn diri membawa tasbih dan Al-Quran di sisi.. Macam kita selalu bw hp ke sana sini.. ^^

Nota : Jangan hairan andai suatu hari nanti anda dibangkitkan bersama2 dgn artis2, sebab Allah da kata, yg di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama-sama dengan orng2 yang kita cintai..


Lapangnya waktu, membunuh jiwa..
Kebahagiaan yang hakiki, adalah ketenangan Hati..
dan Nikmat yang sebenar adalah kemanisan dalam beribadat..

Dan kegersangan yang sebenar adalah saat hati merasa jauh dari Nya..
Ya Allah.......... Hati ini Sayu.............


Saat rasa itu menyapa, saat itu juga amanah menjengah.
Nampaknya cinta dan amanah jalan seiring...
Ya Allah... andai saatnya tiba, permudahkan lah.. seronok sembang lama2 dengan bapa..
da lama xrasa sebahagia ini..
Yang jauh dirindui, yang dekat disayangi...



"Jika aku ingin bercinta, itu adalah saat aku ingin bernikah" . Jangan nodai hati dengan cinta yang tidak pasti.. kerana Allah memiliki cinta yang lebih baik dari seluruh isi langit dan Bumi..peliharalah dirimu wahai wanita.. sungguh dirimu begitu berharga.. ^_*


Senyum lah walaupun, mungkin kurang manis...
Anda dikira sedang berjihad melawan perasaan duka..
Untunglah orang yg sukar untuk senyum,
Berusaha untuk senyum, di kira satu pahala jihad.. 

Jom senyum... 



Sedang Mendengar Ceramah Rumah Tangga bersama Ummi yang disayangi.. ^__^

Kata Umi, " Nak kahwin bukan benda yang mudah.. Berdoalah dapat suami yang soleh, sama matlamat dan perjuangan. Jika tersalah pilih, mungkin syurga yang diimpi xdiperolehi, tapi api neraka pula yang dapat"..

Seorang wanita yang kahwin, hidupnya sudah menjadi milik suaminya.. Bercintalah dengan agama, bercintalah dengan Allah.. InsyaAllah, Allah bagi orang yang cinta padanya untuk mencintainya.. 



Sabda Rasulullah :
"Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya ataupun mensia-siakannya."


Ia telah mengambil seluruh cintaku..
Ia lambang Cintaku..
Aku ada pada dirinya..
Jika engkau ingin cintaku.. Ambillah cintaku daripada dirinya..
Kerna, ia telah memiliki seluruhnya..
Rasulullah s.a.w adalah lambang cintaku..

Cintailah baginda Rasulullah s.a.w.. 
dengan mencintainya...
anda akan mencintaku, Yakni Allah s.w.t.


andai hati ini... sudah terpaut kepadanya.. pahatkan lah.. kerana takut andai ia lari dan pergi dari diri.. kerana cintanya lah yang paling mahal sekali...

Menabung Untuk Duit Hantaran

Menabung untuk masa hadapan, itu baik dan terpuji..
Tetapi menabung untuk sesuatu yang sia-sia, itu suatu pembaziran.

Contohnya : Seorang lelaki yang hidup sederhana, mengumpul duit bertahun-tahun untuk cukupkan RM 10 ribu dan ke atas, semata2 untuk hantaran kahwin.

dan 10 ribu yang dikumpul dalam susah payah, hanya dihabiskan dalam masa 1 hari 1 malam.
1 hari = Memperagakan kecantikan (Kenangan hanya tinggal dlm kamera)
1 hari = Kad jemputan yang canggih ( Masuk dalam Bakul sampah)
1 hari = Pelamin yang mahal ( Kenangan hanya tinggal dlm kamera )
dll..
selepas hari perkahwinan,
anak perempuan ikut pengantin lelaki..
Mereka menempuh hidup yang susah dan sukar, kerana semua duit yang di simpan untuk masa hadapan, sudah habis dalam masa 1 hari.. dan mereka sama2 kumpul duit semula..

Mungkin kita terlalu mengejar dunia, ingin pandangan masayarakat, tp tidak pada masa hadapan di akhirat.. Duit hantaran yang dikumpul susah payah, kan baik kalo dpt guna duit tu untuk buat umrah atau buat haji.
*Usrah bersama Ummi yang menyentak perasaan. ( Berdoalah mudah2an dapat buat majlis kahwin yg sederhana) Allah Redha, Keluarga yang terbina juga bahagia, di dunia jua akhirat..