Pages

Sunday, October 27, 2013

Menuju Gerbang Pernikahan 1

Kebahagiaan itu perlu dicipta,
bukan dinanti,
dan jodoh itu perlu dicari,
Pastinya tidak datang bergolek,
kerana ia ibarat rezeki,
rezeki itu dicari dan rezeki yang baik,
pastinya rezeki yang dicari dengan jalan yang halal..

Maknanya jodoh yang baik,
adalah jodoh yang dicari dengan cara yang baik dan diredhai,
..............................
it's just a beginning
^ ^
Bagi yang bujang, dan masih tiada pasangan,
mesti buntuh dan risau dalam mencari jodoh yang baik,
sebagai nasihat,
jika da berminat untuk mencari pasangan hidup,
apa kata mulakan langkah,
cari lah orang yang terpercaya untuk mencarikan ataupun menasihatkan
tentang bab ini,
berfikiran terbuka itu penting kerana kita sedang dalam posisi tidak tahu,
dan mereka yang makan garam pasti lebih tahu,
untuk selidik perangai pasangan,
boleh tanya sahabat baiknya, 
sekiranya orang itu akrab dengan keluarga,
itu lebih mudah untuk mengenali latar belakangnya,
most important thing is,
agamanya..
kerana agamanya adalah pilihan utama.

Memang tidak semua yang berlatarbelakang agama itu soleh,
maksudnya yang berpend. agama adakalanya menconteng arang dalam agama,
tapi, pastinya si soleh yang dimaksudkan ialah yang soleh pada amalan dan akhlaknya,
yang sentiasa berusaha mencari agama dan beramal,
tidak ramai yang mampu berilmu dan beramal,
itulah permata dalam kaca.
^ ^

Andai permata itu sudah ditemui,
kenapa tidak mulakan dengan ta'aruf,
yang penting hati kena pasti dalam memilih,
jangan mainkan perasaan si dia,
sekiranya langkah mendekati sedang dijalankan,
memang muslimat ada hak untuk memilih,
rasanya tidak salah untuk memulahkan langkah,
tapi, 
pastikan kesolehan, kelembutan dan sifat malu,
terus kekal dalam diri,
biar mengambil masa yang lama, 
kerana si soleh yang diimpi pasti tidak ingin salah memilih..
Dorongan ini, kerana pastinya ramai wanita yang tidak kahwin lagi pada usia yang sepatutnya,
Kerana keberkatan wanita itu ialah wanita yang awal dinikahi dan banyak zuriatnya..
ini daripada sepotong hadis yang pernah dibaca.

Orait..
Bila da ada calon..
sebaiknya ikat lah tali pertunangan,
dengan menetapkan tarikh perkahwinan, 
agar matlamat dihadapan adalah lebih jelas dan langkah selanjutnya lebih pasti,
jangan buang masa dengan percintaan yang tidak pasti penghujungnya,
jangan jadi wanita yang mudah dibelek-belek lelaki, lalu tidak dibeli,
kerana dirimu begitu berharga.
^ ^
Saat pertunangan,
itu bukan jalan menghalalkan perhubungan terlarang,
yang haram tetap haram,
tapi Allah menyuruh antara lelaki dan perempuan untuk saling berkenalan,
ini di ambil dari satu ayat dalam Al-Quran,
Tempoh pertunangan adalah saat yang tepat untuk berkenalan,
berkenalan dengan cara yang baik,
ialah dengan memastikan perhubungan tidak melalaikan,
sehingga kedua2nya akhirnya hanyut dalam cinta,
berkenalan yang dimaksudkan 
ialah berbincang tentang matlamat diri,
minat, apa yang dimahu,
letakkan benteng antara anda dan tunang agar tidak lari dari matlamat,
kerana sejauh mana kelalaian dalam perhubungan 
akan menghilang keberkatan dalam perhubungan berkeluarga yang bakal dicipta,
Rasanya dengan menghantar sms itu sudah cukup untuk memastikan hubungan tidak terputus,
sebagaimana yang disyorkan kepada para sahabat,
untuk berhubung dengan isteri Rasulullah,
gunakanlah hijab sebagai benteng pemisah ( beralaskan langsir)
Maknanya tidak perlu bersua muka
Berjumpa-jumpa dan bertelefon bukan la tidak baik,
tapi, terlalu dikhuatiri terjebak kepada yang teralarang.
Bukankah Allah melarang kita mendekati Zina??
^ ^

Tempoh pertunangan adaah saat yang genting dalam perhubungan,
Boleh putus dijalanan dan boleh berakhir dengan perkahwinan,
Oleh itu, 
pasangan bertunang janganlah pandang kebelakan,
setelah kedua-duanya yakin dengan tujuang,
kerana syaitan pasti menjadi penghalang untuk kedua-duanya menuju jalan yang diredhai,
Bukan kah syaita menangis bila melihat anak adam berkahwin?
Jadi, tempoh pertunangan,
adalah saat yang tepat untuk kedua-duanya menjaga perhubungan dengan masyarakat sekitar,
jauhi pergaulan bebas,
bagi perempuan elakkan berhubung dengan lelaki yang sekadar kawan dengan secara berlebihan.
begitu juga dengan lelaki.
Lelaki boleh lah tutup mata untuk melihat wanita lain..
penjagaan ini perlu untuk kelangsungan perkahwinan yang mendatang..
Sekiranya putus kerana keduanya tiada keserasian,
itu tidak mengapalah kerana proses berkenalan ini bertujuan untuk mencari keserasian,
sekiranya tidak ada, jangan teruskan kepada perkahwinan,
kerana nanti lebih menderita.

Perkongsian ini merujuk kepada beberapa bahan bacaan,
bukan pandangan peribadi,
sebab, sya pun masih pujang..
^ ^
Untuk tempoh perkahwinan nanti sembang lagi ya..
;)

Jangan cemburu dengan kebahagiaan orang lain,
kerana anda sendiri yang gagal mencipta kebahagiaan sendiri..
Let's start our Journey
^ ^




Monday, October 21, 2013

Personaliti hari ini, adalah sebab Semalam...

Pengalaman masa lalu, akan membentuk personaliti hari ini...

Kanak-Kanak ibarat kain yang putih,
Berteduh kasih dan belas dari seorang ibu dan seorang ayah,
Tidak mengenal apa itu susah dan penat,
kerana baru belajar mengenal apa itu dunia,

Anak-anak dikurniakan mata dan hati untuk melihat dan menilai,
Ibu dan Bapa ibarat suri teladan,
Bapa diumpamakan seperti Power rangers, dan ibu ibarat Barney,
Namun,
Sejauh manakah seorang ayah menjadi pelindung yang dikagumi seorang anak seperti kagumnya anak dengan power rangers dan sejauh manakah si ibu seorang yang penyayang menjalankan tugas seperti Barney..

Sehingga ada anak yang melabelkan ayah sebagai dinasour dan ibu sebagai raksasa,
membina perspektif yang negetif dari awal pembesaran kanak-kanak,
akan menimbulkan kebencian dalam diri, dan emosi yang terpendam yang
tidak dapat diluahkan, akan membentuk personaliti yang negetif dalam diri anak2..

Sejauh mana kita bersedia untuk menggalas tanggungjawab seorang ibu dan ayah, ialah sejauh mana kita bersedia untuk membentuk dan membina generasi yang berakhlak mulia.. Nabi suka pada umatnya yang ramai, namun adakah dengan bilangan anak2 yang ramai itu, semuanya berjaya menjadi umat nabi? Khuatir andai kita melahirkan generasi di mana, Nabi sendiri tidak mengaku kita sebagai umatnya.. na'u zu billa min zallik...

Aku & Dia

Assalamualaikum..
Aku selalu lemah bab ini,
ada masa, aku rasa ingin menjauhi,
Tapi aku sangat takut rugi dan kehilangannya,
Aku selalu memerlukannya,
Namun, kemalasan dan kelalaian selalu membuatkan aku malas untuk berdamping dengannya,
Aku khuatir pada diriku.
Aku takut Allah membiarkan aku menjauh,
Aku tidak ingin menjauh,
Aku ingin setia bersamanya,
Dia yang sentiasa bersama ku,
pasti di dunia ia perih, yakni di akhirat ia kunci kebahagiaan abadi,
Aku ingin cintanya sentiasa mekar,
Bersama perjalanan hidup yang penghujungnya tidak pasti,
Aku ingin mati bersamanya dalam kesegaran iman dan keikhlasan.
Meski Ikhlas itu terlalu mahal untuk diungkap,
Aku dan Dia, tidak ingin terpisah kerana lemahnya iman,
tidak ingin terpisah kerana lemahnya ukhuwah,
Aku ingin ikhlas dan keyakinan berjalan di jalanNya,
Aku dan Dia tidak ingin terpisah..

Aku dan Perjuangan..
Adakala berat kaki melangkah,
Banyak usikan dan keseronokkan melambai.
Namun, aku ingin setia dan gagah,
untuk terus bersama dengannya hingga ke syurga.

Cinta itu luarbiasa,
kerananya, sanggup mereda lautan gelisah,
Kerananya, sanggup berhadapan dengan taufan yang bisa kunjung tiba,
dan cinta itu, adakah masih mekar antara aku dan dia??
Aku hanya ingin setia,
tanpa cinta aku pasti lelah,
Ya Allah, titipkan cinta kepadanya dalam hati ku.
agar dengan cinta itu, terus mekar dan segar perjalanan aku bersama dia....

Sunday, October 6, 2013

My Target

Berjaya..
Di Dunia & Akhirat

Habis belajar
Lulus dan pointer 3.5 ke atas

kerja sementara tunggu posting ( in shaa Allah kalo dapat posting)
* Jadi casher
*Guru Ganti
*pembantu rumah
*operator
*Ajar tuisyen
ok..ada banyak lagi ^ ^

Posting jadi cikgu.. ( In Shaa Allah ^ ^ )

Kumpul duit..
untuk
Kahwin 
( Erm... kalo nak kahwin sebelum jd cikgu, ok juga. =) )
umrah,
kereta..

Kemudian..lepas kahwin
kumpul duit, budget..
Nak duduk rumah sewa dgn suami..
(xnak duduk rumah keluarga.. erm.. Boleh Tak?? huhu)
kumpul duit untuk...
Beli kereta,
Beli rumah,
Untuk Haji,
untuk masa hadapan
( bila ada anak2 dan untuk melancong..hehe)

Erm.. 
nak sambung belajar..
Tp, tengok keadaan..
=)

Untuk keluarga,
pastikn ada ruang solat,
mengaji, dan libry..
=)

* Bila da kahwin..

sy nak ucapkan sayang selalu..
tiap2 hari, sebelum tidur dan selepas selesai solat.. =)

hehe..
dan saya tahu, selepas kahwin,
tak semua bahagia, pasti banyak ujian akan datang,
saya tahu, laut pasti bergelora,
jadi, kena pandai mendayung..
sy tahu, yg sy tak kahwin dengan malaikat,,
jadi,
cukup untuk buat awak bahagia,
sebab hadir dengan awak saat susah dan senang nanti,
saya tak impi mahligai,
cukup pada pondok yang usang,
dan mahligai itu, kita akan bina bersama-sama.
=)
ha,, ne la akibatnya bila stress,,
terpaksa berangan..
maaf kawan..

= (

i'm so stress....
sy tahu sy slah...
sy tahu sy yg tak bijak..
jadi, ini semua slh sy..
sy stress, kerana sikap sy sendiri.. huhuhu...

rindu mak..
masa ne pula rindu dtng...
huhu....
love you ma...