Kebahagiaan itu perlu dicipta,
bukan dinanti,
dan jodoh itu perlu dicari,
Pastinya tidak datang bergolek,
kerana ia ibarat rezeki,
rezeki itu dicari dan rezeki yang baik,
pastinya rezeki yang dicari dengan jalan yang halal..
Maknanya jodoh yang baik,
adalah jodoh yang dicari dengan cara yang baik dan diredhai,
..............................
it's just a beginning
^ ^
Bagi yang bujang, dan masih tiada pasangan,
mesti buntuh dan risau dalam mencari jodoh yang baik,
sebagai nasihat,
jika da berminat untuk mencari pasangan hidup,
apa kata mulakan langkah,
cari lah orang yang terpercaya untuk mencarikan ataupun menasihatkan
tentang bab ini,
berfikiran terbuka itu penting kerana kita sedang dalam posisi tidak tahu,
dan mereka yang makan garam pasti lebih tahu,
untuk selidik perangai pasangan,
boleh tanya sahabat baiknya,
sekiranya orang itu akrab dengan keluarga,
itu lebih mudah untuk mengenali latar belakangnya,
most important thing is,
agamanya..
kerana agamanya adalah pilihan utama.
Memang tidak semua yang berlatarbelakang agama itu soleh,
maksudnya yang berpend. agama adakalanya menconteng arang dalam agama,
tapi, pastinya si soleh yang dimaksudkan ialah yang soleh pada amalan dan akhlaknya,
yang sentiasa berusaha mencari agama dan beramal,
tidak ramai yang mampu berilmu dan beramal,
itulah permata dalam kaca.
^ ^
Andai permata itu sudah ditemui,
kenapa tidak mulakan dengan ta'aruf,
yang penting hati kena pasti dalam memilih,
jangan mainkan perasaan si dia,
sekiranya langkah mendekati sedang dijalankan,
memang muslimat ada hak untuk memilih,
rasanya tidak salah untuk memulahkan langkah,
tapi,
pastikan kesolehan, kelembutan dan sifat malu,
terus kekal dalam diri,
biar mengambil masa yang lama,
kerana si soleh yang diimpi pasti tidak ingin salah memilih..
Dorongan ini, kerana pastinya ramai wanita yang tidak kahwin lagi pada usia yang sepatutnya,
Kerana keberkatan wanita itu ialah wanita yang awal dinikahi dan banyak zuriatnya..
ini daripada sepotong hadis yang pernah dibaca.
Orait..
Bila da ada calon..
sebaiknya ikat lah tali pertunangan,
dengan menetapkan tarikh perkahwinan,
agar matlamat dihadapan adalah lebih jelas dan langkah selanjutnya lebih pasti,
jangan buang masa dengan percintaan yang tidak pasti penghujungnya,
jangan jadi wanita yang mudah dibelek-belek lelaki, lalu tidak dibeli,
kerana dirimu begitu berharga.
^ ^
Saat pertunangan,
itu bukan jalan menghalalkan perhubungan terlarang,
yang haram tetap haram,
tapi Allah menyuruh antara lelaki dan perempuan untuk saling berkenalan,
ini di ambil dari satu ayat dalam Al-Quran,
Tempoh pertunangan adalah saat yang tepat untuk berkenalan,
berkenalan dengan cara yang baik,
ialah dengan memastikan perhubungan tidak melalaikan,
sehingga kedua2nya akhirnya hanyut dalam cinta,
berkenalan yang dimaksudkan
ialah berbincang tentang matlamat diri,
minat, apa yang dimahu,
letakkan benteng antara anda dan tunang agar tidak lari dari matlamat,
kerana sejauh mana kelalaian dalam perhubungan
akan menghilang keberkatan dalam perhubungan berkeluarga yang bakal dicipta,
Rasanya dengan menghantar sms itu sudah cukup untuk memastikan hubungan tidak terputus,
sebagaimana yang disyorkan kepada para sahabat,
untuk berhubung dengan isteri Rasulullah,
gunakanlah hijab sebagai benteng pemisah ( beralaskan langsir)
Maknanya tidak perlu bersua muka
Berjumpa-jumpa dan bertelefon bukan la tidak baik,
tapi, terlalu dikhuatiri terjebak kepada yang teralarang.
Bukankah Allah melarang kita mendekati Zina??
^ ^
Tempoh pertunangan adaah saat yang genting dalam perhubungan,
Boleh putus dijalanan dan boleh berakhir dengan perkahwinan,
Oleh itu,
pasangan bertunang janganlah pandang kebelakan,
setelah kedua-duanya yakin dengan tujuang,
kerana syaitan pasti menjadi penghalang untuk kedua-duanya menuju jalan yang diredhai,
Bukan kah syaita menangis bila melihat anak adam berkahwin?
Jadi, tempoh pertunangan,
adalah saat yang tepat untuk kedua-duanya menjaga perhubungan dengan masyarakat sekitar,
jauhi pergaulan bebas,
bagi perempuan elakkan berhubung dengan lelaki yang sekadar kawan dengan secara berlebihan.
begitu juga dengan lelaki.
Lelaki boleh lah tutup mata untuk melihat wanita lain..
penjagaan ini perlu untuk kelangsungan perkahwinan yang mendatang..
Sekiranya putus kerana keduanya tiada keserasian,
itu tidak mengapalah kerana proses berkenalan ini bertujuan untuk mencari keserasian,
sekiranya tidak ada, jangan teruskan kepada perkahwinan,
kerana nanti lebih menderita.
Perkongsian ini merujuk kepada beberapa bahan bacaan,
bukan pandangan peribadi,
sebab, sya pun masih pujang..
^ ^
Untuk tempoh perkahwinan nanti sembang lagi ya..
;)
Jangan cemburu dengan kebahagiaan orang lain,
kerana anda sendiri yang gagal mencipta kebahagiaan sendiri..
Let's start our Journey
^ ^
No comments:
Post a Comment