Pages

Thursday, March 6, 2014

Kreatif Dalam Pengurusan Kewangan

Salam...
 :) :) :)
sementara line internet ada.. boleh la nak update blog. :)

Ok.. Tajuk yang simple untuk dikongsikan ialah tentang kewangan...
Suka untuk dikongsikan..
Kita hidup di dunia ne pun, da banyak pinjaman yang Allah berikan termasuk benda yg sangat bernilai iaitu akal.
Akal melebihkan kita daripada mahluk yang lain seperti Haiwan.
Namun, seberapa banyak daripada kita yang tidak menghargai akal, dan bersikap kehaiwanan..
kita mendapat pinjaman anggota badan yang berjuta-juta harganya, namun berapa banyak antara kita yang bersyukur dengan nikmat ini. Banyak yang menggunakan tangan untuk berjudi, menyentuh benda yang haram dan banyak lagi.

Seterusnya, Allah berikan kita pinjaman yang berharga iaitu keluarga. Allah berikan ibu yang mengalirkan kasihnya buat kita sewaktu lemah. Dan itu semua adalah Kasih Sayang Allah kepada kita. Namun, kita terlupa kepada pemberi kasih itu.

Termasuklah duit yang kita dapat. Itu semua rezeki yang Allah berikan buat kita untu digunakan di jalanNya. Sayang duti Kan? lebih dari anak yatim, lebih dari si fakir miskin, lebih dari segalanya. Buta hati mengejar harta dunia untuk kebaikan dunia.

Kita lalai.. itu la kita..
Dunia sudah dipenghujung, tapi kita masih lagi ghairah mengejar dunia. Kiranya, kita ingin  bersama-sama dengan dunia. Bila dunia pergi, kita pun pergi.

Kewangan.. itulah yang selalu menghimpit jiwa pelajar..
Bijak2 lah dalam mengurus kewangan.
Tunjukkan kematangan menerusi pengedalian kewangan..
Bukan boros dan membeli barang2 keperluan mengikut kemahuan seperti kanak2 yang baru mengenal dunia.
Didiklah hati untuk melawan kehendak nafsu..
Kasihanilah keluarga yang berusaha mencari duit untuk kita.
Ingatlah, bukan kita sahaja yang perlu disara.
Adik2 kita, Kakak kita dan keperluan lain.

22..
bukanlah angka yang terlalu muda untuk dikatakan.
22 tahun adalah usia yang sudah cukup untuk belajar dari kesilapan.
Anda bijak?
Belajar lah dari kesilapan sendiri dan kesilapan orang lain.
Jangan mengulang kesilapan mereka yang lalu.
Jadilah pemuda yang berjiwa cerdas..
PTPTN Vs Elaun,
bijaksanalah dalam mengurusnya..

^_^

* My Nasihat : Jangan Membazir atas keperluan yang sia-sia.. :)

No comments:

Post a Comment