Bismilllahirrohmanirrohim... ^ ^
Alhamdulillah.. terbuka juga hati untuk update blog..hehe..
makin sibuk sekarang, sehingga penulisan pun makin teruk.. huhu.
Sekarang ne dekat sekolah. kebetulan kelas xada..
Oh Ya.. Semester ne seperti yang disebutkan sebelum ini,
sangat sibuk.. sehingga tak rasa homesick lagi nak balik.
Sedangkan semester ne pertama kali xbalik bulan 3..huhu..
Ok.. Nak cerita tentang sekolah..hehe..
sekolah ne sngt best.. kakitangan sekolah sangat baik dan selesa.
Cuma yang xbest lagi. Tak dapat lagi rentak belajar murid..
Penat layan murid sorang2, sebab semua nak perhatian..
Lain pula dengan ABM dan RPH yang kena siapkan setiap hari,
dan bertambah lgi penat sebab kena memandu selalu untuk ke sekolah dan ke maktab.
Terlalu banyak urusan.. Kadang2 pensyarah tiba2 nak jumpa..
terpaksa balik ke maktab.
Kereta pula tayar da tak da bunga..
Bila hujan, takut sngt bawa kereta,
Tapi, sekrang ne hujan pula ..
dekat rumah sewa pula, kipas xterasa.. Ya Allah bnyk tul ujian.
Penat, panas dan sibuk dengan kerja.
Sampaikn semalam, mimpi arwah mak.
Tengok banyak sngt buah2an dekat luar rumah.
petik buah2 semua, kemudian masuk dalam rumah tu,
sekali dalam rumah tu ada arwah mak.
mak sedang buat mcm jeruk buah2an. nampak sedap sangat.
Masa tu nampak mak, terus rasa macam lama sangat tak jumpa mak.
Nak peluk mak masa tu, tapi mak tengok biasa ja, mcm selalu jumpa ja,
mak nak suapkan buah tu, tapi masa tu ak da nangis da.
Sempat mengadu dekat mak, yang aku penat sangat.
Terus terjaga dari tidur, sebab terasa air mata mengalir..huhu..
Tak rasa lega lagi, sebab tak sempat nak nangis puas2..huhu..
Sebenarnya, best sngt jadi guru di sekolah ne,
banyak ilmu dpt terutama daripada guru2 sekolah,
tengok budak2 gembira pun seronok juga,
cuma, sebab xbiasa lagi dengan kesibukkan yang menekan macam ne,
Tambah lagi kn, sebelum ne sibuk pun setakat dengan asaimen,
beza dengan sekarang.. Hari2 sibuk..
Bila housemate bising, memang susah nak tidur, walaupun mata dah penat sngt.
Kadang2 baring da awal, target bangun jam 3. Tapi, bila baring xdapat tidur dan bangun awal pula,
memang sngt letih. Sabar Mun.. lama2 biasa la tu..
:)
ok la.. rehat da nak habis.. selepas ne kena masuk kelas ganti..hehe..salam. :)
No comments:
Post a Comment