Pages

Friday, September 9, 2011

Prinsip Hidup Ku

Aku..... Hari ini dan semalam tak pernah berubah.. Aku.. Hari ini dan semalam hanya yang itu Aku.. hari-hari kena tanya pasal prinsip hidupku.. bila assigment berada depan mataku.. dan hari-hari prinsipku seperti berubah di kertas itu.. tapi, tak bermaksud, prinsipku segoyah itu.. Prinsipku tegar dan keras, walau bibir berhujah seribu satu kali.. yang mampu menggugat hati.. aku tetap utuh berdiri.. kerna ku tahu rentak hati.. namun, prinsipku bisa menjadi selembut air, dari sekeras batu.. andai semuanya fakta dari wahyu illahi dan tepat dimindaku.. Ya, aku ego pada diriku.. terlalu sukar mengajak insan lain mengikutku.. aku lebih kepada penyelamat diriku.. tapi, aku ikhlas dalam nasihatku.. aku, terlalu sukar mengajak, kerana gusar diri ini sendiri tidak layak untuk diteladani.. Prinsipku sekeras batu, jua selembut air, usah ajakku kepada benda yang aku tidak gemari, kerana aku memang tidak sudi, Aku, insan yang ada turun naiknya, tapi, aku bukan mudah untuk dipengaruhi, Biar aku dimusuhi, asal aku berada pada tempat yang diredhai.. Namun, seperti hakikatnya itu semua hanya waktu dulu, kini, aku tak pernah tersisi, kawan sentiasa dekat di hati, mungkin sukar untukku bersendiri, tapi, tidak mustahil, andai suatu saat nanti aku di sisih.. dan, aku tegaskan, andai ak berada pada tempat yang ku rasa benar, ak akan terus teguh berdiri.. namun, sedarkan aku, andai silap ada padaku.. kerna ak, sedia berkongsi, itulah nilai yang ad pada diri.. aku impi, cinta kasih seperti yang dimiliki isteri para nabi, namun, jauh disudut hati, aku sangat tidak layak, walauku pinta beribu kali, kerna kuyakin, sikapku tidak sehebat wanita yang terpuji, meskipun sahabat muslimah yang ku lihat dihari ini. aku hanya insan biasa, kuat disaat iman memuncak, dan layu, disaat iman tidak bisa mengawal diri.. namun, aku masih wanita yang tidak pernah memberi kasih kepada insan yang sudi.. namun, aku masih tidak layak untuk dimiliki insan yang soleh, kerna aku masih tidak sesoleha yang diimpi para solehin.. namun, salahkah aku, untuk mengimpi dan berdoa di siang dan malam hari, agar dapat bertemu, insan yang mampu menegakkan yang bengkok dalam kehidupanku, kerna aku sangat merindui, dunia islamic yang dimiliki oleh insan yang terpilih dalam menyelami kehidupan baituluslim yang diredhai illahi..

Tuesday, August 23, 2011

Satu perjalanan, satu perjuangan..

Alhamdulillah, hari-hari yang dilalui dpt di jalani dengan tenang dan gembira. n hari ne, ak akn menjalani suatu perjalanan yang bakal bermula. ak hany insan biasa yang mampu untuk berkata-kata dilubuk hati. ad saatnya, terlalu sukar untuk dikongsi. Namun, ak sngt bersyukur krn hati dan diri ini masi mampu untuk melawan arus gejolak hati. Pelbagai kekhuatiran yang jauh bermain disudut hati. tp, terlalu sukar untuk dikatakan. Hanya doa dan harapan serta keyakinan kepada Allah sahaja yg mampu menenangkan rentak hati. ak sanggup mereda segalanya andai demi orang yang sangat ku cinta. inginku katakan, bahawa orang yg sangt ku cinta, sentiasa merasa kesakitan yg tak mampu untuk ak katakan. ak ingin pergi bersamanya, merasai derita. Tp, ak sendiri x pasti, andai ak mampu mnjadi sepertinya. Ya Allah, hanya mu tempatku bermohon.dan hanya engkau shj yg mengetahui ap yang terbaik buat hamba2 mu.. amin..

Saturday, August 13, 2011

Hari ini dan Selamanya...

Alhamdulillah........... semuanya berjalan lancar.. tiada word yang laen ak nak kata pada hari.. malainkan ak sayang mama n baba hari ini n selamanya.. ak sanggup meredah ap jua rintangan selepas ini demi korang.. percayalah..ak pasti boleh.. di hati ak, hanya ad korang. percaya la.. ak pasti pulang. doakan ak..ma,ba...

Tuesday, July 26, 2011

Tak Lama Lagi Ramadhan.......^_^

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian di panjatkan kepada Alllah S.W.T, krn atas limpah kurnianya..dlm beberapa hari lagi kt akan melangkah ke bulan yg penuh barakah..
semoga bulan ini, sentiasa diisi dgn perkara bermanfaat untuk memperolehi pahala berganda. bulan ini lah yg mengangkat pahala umat di akhir zaman melebihi umat2 terhadulu. jadi,janganlah kita sekali-kali gagal memanfaatkannya. bulan penuh barakah, isilah setiap saat dgn kalimah tauhid serta taranum2 alunan kitab suci Al-Quran.

hiasilah bulan ini, dengan penuh berhikmah. Menjadi bulan amalan buat seluruh umat islam di setiap pelusuk dunia berlumba-lumba mengejar pahala. Serta,melatih diri untuk melawan nafsu halobah. Bulan Ramadhan satu tarbiah untuk kita terus menjaga amalan kita pada bulan-bulan lain.Agar,setiap tahun kita di dunia ini, sentiasa terpelihara pada jalan Ya Rabb.

Dalam bulan yang baik, terdapat satu malam, yang lebih baik daripada seribu bulan. Iaitu malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan serta keampunan. tempat pertama daripada 7 malam lain yg disebut sebagai malam yang berkat.Inilah malam, yang menjadi penantian bagi setiap org2 yang beriman.berlatihlah untuk bangun disepertiga malam mulai ketika ini, agar dapat bersiap sedia untuk bangkit dimalam yang lebih baik daripada seribu malam. InsyaAllah, kita semua diizinkan untuk bertemu dengan malam ini.

Ikhwan dan akhwat yang turut sama berjuang, jangan lupa jadikan bulan Ramadhan sebagai ladang amal dan dakwah. semogasetiap amal dan ma'ruf diangkat oleh para malaikat ke sisi Allah Azza Wa Jalla. sama-sama lah kita meraih dan menyambut bulan yang penuh barakah. salam mambruk ya akhi wa ukhti.Selamat beramal. salam imtihan.

Wednesday, June 29, 2011

Bicara Soal hati...

Assalammualaikum...
hari ne nak bicara sikit soal hati.. bukan nak kata reti, tp ad yg nak dikongsi..
sebenarnya kita selalu mengaitkan perasaan kita dengan hati.. bila kita seronok kita kata yg kita senang hati n bila kita sedih, kita kata hati kita terluka dan bila ad org ckp pasal kita, kita kecik hati la dan sakit hatilah..macam2 lagi la.. tp, syangnya kita tak tahu hati kita sebenarnya perlukan perhatian bukan memberi perhatian kpd kita semata-mata. Kita selalu memenatkan hati dgn pelbagai gejolak jiwa yg berpunca daripada diri kita sendiri.. sepatutnya, kepentingan hati dlm soal perasaan sudah cukup disedari oleh kita. Oleh itu, kita hendaklah selalu menjaganya. Bukankah Allah sendiri telah menyatakan kpd kt bahawa, hanya dengan mengingatinya hati kita akan menjadi tenteram. jika kita tidak mampu, Allah juga telah menurunkan ayat-ayatnya dalam kitab al-Quran untuk kita membaca dan memahaminya. sesungguhnya setiap titik-titik hitam yang ad pada hati kita, InsyaAllah dapat dibersihkan dgn membaca kitab suci tersbut.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah, antara sakit hati yang zahir dan batin, yang mana satu kita pilih? contoh penyakit hati yg zahir, seperti cancer hati. Manakala, yg batin, seprti hati kita yg gersang dan rasanya tak tenteram la..erm.. secara realitinya, mesti yg zahir lebih jelaskan.. tp, cuba kita fikir, bila hati kita di jangkiti penyakit yg berbahaya seperti cancer, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengubatnya, kadangkala menjadi satu advantage kpd pesakit2 ini, krana mereka sekaligus dapat kesedaran untuk membersihkan hati nurani mereka sekali yg perlukan makanan rohani. BUT, bagaimana dgn orag yg memiliki penyakit hati yg tak nampak dr mata kita. Bukankah Allah telah menjelaskan bahawa hati kita boleh tumbuh titik2 hitam apabila kita melakukan dosa. Namun, setebal apakah titik2 hitam itu? adakah sudah menutup seluruh hati?? jika Ya.. mungkin iyanya sudah di tahap ke 4, yg sukar untuk diubati. Tp, perkara inilah yg kita tidak dpt lihat. Sayangkan?? cuba kita fikir sejenak, berapa bnyk da dosa yg telah kita buat.. then, letak setompok dakwat hitam dkt sehelai kertas mengikut seberapa jumlah dosa yg kita rasa kita telah lakukan. Mungkin, bru kita tahu, bahawa hati kita sebenarnya sedang sakit.
kawan-kawan, bila kita rasa hati kt tak tenang, mungkin sebab diri kita sendiri,walau sekalipun bukan kita, tp, kita tetap boleh tenangkan hati kita bukan? erm.. cuma kita lihat peribadi Rasulullah s.a.w, baginda merupakan pesuruh Allah yang ujian yang dihadapinya lebih besar daripada kita, namun baginda juga merupak hamba Allah yang paling tenteram jiwanya. sesiapa yg dapat melihat wajahnya, pasti akan berasa tenang kerana ketenangan dan sinar pada wajahnya yg memancar daripada hatinya yg bersih. Hal ini, semestinya kerana dihati baginda hanya ada Allah S.W.T.. sebagaimana yg di firman kn Allah, hanya dgn mengingatinya hati menjadi tenteram.. kawan2.. jom muhasabah diri.. kita perlu bersyukur atas nikmat sihat namun kita juga jangan menjadi khilaf sehingga buta dgn nikmat yg diberi semata-mata. Kadang2 nikmat sihat juga merupakan ujian buat kita. Maka, beruntung lah orang yang merasa dirinya diuji terutama apabila ditimpa sakit yg merbahaya. sesungguhnya, sakit itu adalah ujian dan boleh mengikis dosa2 kecil. Oleh itu, sebagai hamba Allah dimuka bumi ini, seharusnya walau bagaimana sekalipun ujian yg melanda diri kita, selalulah kita berprasangka baik terhadap Allah, kerana pasti tidak ada perkataan sengaja dalam setiap takdirnya dan pasti setiapnya memberi satu hikmah yang baik buat kehidupan kita. Sesungguhnya Allah itu lg maha penyayang dan maha pengasihani..

Thursday, May 26, 2011

AkhiR nYa... Sem 2 Dah Pun berLalu..

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah..tinggi-tinggi pujian buat Allah S.W.T yg maha esa..
akhirnya tamat juga perjuangan sem2.. mcm buat penghargaan plak..hehe.. tp, cam x sngk kan sekejap ja da tamat satu sem.. tak lm g,, masuk sem 3.. wah3..semakin besar ak nmpk..hehe.. erm.. jom cite2 pasal sem ne. pd awalnya..sy rasa sem ne lngsung tdk mmbuatkn sy tertekan.. especially sbb pnsyrh dya kebnyakan tak berubah jd, x la tertekan sngt nak masuk kelas..

then, assigment pun tak terasa sngt.. haha.. x tw la knp.. then, mcm x caya je..yg sy pernah sm2 group fairy math.. pian yg dilihat serius, azmi yg agk matang.. zawawi yg agk serius.. erm sume la..haha.. kecuali naqi yg agak ngada2..haha.. rupa2nya suma ok n baik..hehe.. pastu sem ne.. dpt knl kak na.. hepy la ad family angkat kat kedah.. kt dah seronok da dpt spend weekend kat rumah kak na.. tp, x tw knp.. dorg naqi n de geng skali join jd ank angkt..haha.. asyik2 tgk muka dorg.. waktu pagi,kat kelas, waktu malam, kat masjid n tym p langkawi pun ad muka dorg..haha.. mmng tak bg peluang lngsung tuk kt knl org lain.. asyik muka dorg ja.. tp, ok la.. skurg2nya dgn drng tak de la perasaan..haha..

pastu,,sem ne..kt belajar bnyak yg baru..kita hepy.. soal agama paling penting.. walaupun sukar tuk mengubah diri, tp sekurang-kurangnya kita berusaha.. ukhuwah pada sem ini sngat baik.. sy dpt berkawan dg ramai shbt baru dr kos yg berlainan.. dgn jiran2 dan shbt2 roomate sy.. rasanya ukhuwah itulah yg paling indah.. bila berada di jauhan rasanya shbt la insan yg pnting dan bermakna buat kita.. betulkan??

sy jg nak ucp terima kasih kat kwn2 yg sudi nak berkawan dgn sy.. n mohon jika ad salah dan silap.. sy tahu,, sy tak lari dr buat salah.. kpd kwn2 kelas terutama.. korang mmng the best la.. kat ena yg selalu tmankn sy.. dan pendgr yg baik.. E'a.. roomate ku yg terbaik.. agie, bnyk mendidik, ana n zat..juga michel..sayang la korang.. sumalah klassmate..koo yg ajar math..rita lawat sy kat bilik..haha.. bnyk sngt bila di ingat.. harap ukhuwah kita bertambah2 slpas ne..amin..

exam pun dah berlalu.. mmng mantap lah soalannya.. balik ipda nnt ..dgn dup dap... tp, insyaAllah kt dah berusaha.. moga Allah berikan ap yg terbaik buat kita.. sem ne.. sng bermkna buat sy.. sbb hasrat sy tuk jumpa ustaz kazim akhirnya tercapai.. 3 kali tuk sem ne.. syukur sngt2.. then, sy jg dpt jln2 kat langkawi bersama kwn2. alhamdulillah sbb kak na sekeluarga berbaik hati untuk mmbawa km.. semoga sem depan menjadi lebih baik dan moga dipermudahkan lg sgl urusan..amin.. kawan2..hepy holiday..^_^

Monday, May 16, 2011

AnTaRa ExaM dan BaLik RumaH??

Assalammualaikum penghuni blog......
hari ne nak pos tntng ap yg ku fikirkan... skrg adalah minggu exam bagi pljar maktab.
dan aku begitu tak sabar nak mnghadapi peperiksaan.. adakah sebab terlalu bersedIA??
haha..jawapannya tIdak.. tp.. ak sedang melihat sesuatu yg jauh di hadapan.. iaITU..

Ohhh..Balik Kampung.. hahaha.. nampaknya kali ni ak betul2 rindu.. rasa tak sabar sngat nak balik rumah.. yer la kat kn.. first tyme duk jauh 5 bulan tak balik.. mestilah camtu.. dulu.. 1 bulan pun kalo boleh nak balik stiap minggu..skrg ne.. Airoplane.. betul2 memisahkan..huhu..
sepatutnya ku salahkan laut..haha.. kesian kapal sebagai peghubung... ish3..tak baeknya ak.. menyalahkan ciptaan Tuhan..think positif la.. ini lah ujian anak muda.. hoho.. berlagak mcm anak muda yg berwawasan..haha.. per la..

tp, ap2 pun..ak memang sangat2 hepy n tak sabar.. smpai tak tahu nak pakai ap.. tuk jumpa dorang.. muka ne..kalo bole.. nak yg terbaik..tak nak gelap sngat..badan tak yah kurus sngt.. n.. nak yg terbaik la..haha.. baru ak dpt rasa perasaan org yang bercinta kot. haha.. nak jumpa org tercinta..rasa macam semua nak perfect.. Yes..rupa2nya ak begitu cinta akan familyku.. hoho.. wait for me..SABAH... ko Gunung Kinabalu.. sudah sekian lama aku tidak melihatmu... nnt ak nak lihat kamu... RINDUNYA AKU..

tadidah exam bi.. ap yg ak tahu.. ak da jawab.. dan ak da usaha..so.. ak pulangkan semuanya kpd yg maha esa... hehe.. slps ne bm.. rmi org takut.. tp,, rasanya ak sngt bersemangat ne.. hoho.. sebabnya sudahpun ku jelaskan..haha.. Ak tak tw nak kata ap.. ak takut ja kalo ada aral melintang sebab terlalu hepy ne.. hrp x de pa2 la kan.. smg semua berjalan lancar.. aih.. kalo ikut hati..tak larat ak nak tunggu 28 hb tu.. tp, x pa.. sobarul minal iman.. sabar mun!!

ahaa... sempena hari guru ne gak ad cerita lawak..haha.. ak tak sngk ad org nak wish ak slmt hari guru.. haha.. ak lupa yg ak bkl cikgu.. ish2 ap la ak ne..ketara sngt x da jiwa cgu.. jam 12.07 pula tu... (Allah Maha Besar..) lagu Opich..mesejku berbunyi.. erm.. someone mesej..haha.. ak dah wish cgu ak pagi td kat fb.. sbb tgk bnyk post hari guru.. so,, ak ingat org yg mesej ak tu da terlewat lah.haha.. dgn selamba ku katakan.. da 17hb da.. dgn nada agak kecwa..hoho.. rupanya.. aku tlh memalukan diriku..huu.. ap2 pun ak sngt bertrm kasih atas ingatan yg tulus..walaupun ak tak pernah ajar org tu..haha.. org tu special taw..:D

ak ingat.. ari ne..ak bahagia.. then.. ak sdg menunggu jus manggis Xango..untuk menjadi pengiringku balik nanti..hehe.. ne hadiah terbesar buat ibu ku yang tercinta.. lastly.. TUNGGULAH kePulanGanKu.. AnakMu Yg baik PUnya..hehe..amin3..