Buat Sahabat Yang Tercinta..
Aku rindu untuk bersama-sama denganmu,
mengharungi pahit getir bersamamu,
saling menasihati bersamamu,
saling menguatkan dan mengingatkan..
Aku ingin terus menyokongmu,
Berkongsi kesakitan dengan dirimu..
Ketahuilah, betapa aku menyayangimu..
Tidak mudah untuk ku ungkapkan,
melainkan melalui kata2 ini..
Wahai sahabatku,
aku ingin engkau kuat selalu,
Tersenyum selalu,
ceria selalu,
seperti kita dahulu,
Sentiasa tersenyum walaupun pahit..
Aku tidak mampu untuk berada di sisimu,
Tapi, aku ingin doaku, sampai kepadamu..
Kuatkan imanmu, yakinlah Allah selalu ada bersamamu,
Allah itu sangat dekat,
Allah suka mendengar rintihan hambanya kepada NYA,
Aku yakin akan cinta Allah kepadamu,
Kuatkan pergantunganmu kepadanya,
Aku tak da kata2 lain untukmu,
yang pasti,
aku terlalu risau berjauhan denganmu..
aku ingin setia di sisimu,
membantumu,
berkongsi masaalahmu,
menjadi teman menangismu...
walauku tahu, bahawa kau lah teman yang paling kuat dan tabah pernah aku temui..
Semoga Allah menjagamu wahai sahabatku..
Ana uhibbukifillah ya ukhti..
Monday, October 8, 2012
Friday, October 5, 2012
Kisah Si Penjual Nasi Lemak
Ilmuku cetek, perjalananku pendek,
Aku ingin melangkah jauh,
Seiring dengan sahabat seusia ku,
Meski hidupku, tidak seindah sang pelangi,
Yang memiliki 7 warna yang indah,
Namun, aku ingin menjadi sepertinya,
Ceria dan indah.. =)
Sejak peninggalan arwah abah dan ibu, aku lah yang mewarisi segalanya. memandangkan aku sahaja anak tunggal mereka. Namun, harta yang ditinggalkan kepadaku, tidaklah sebesar mana, hanya sebuah rumah kayu yang usang dan sebiji motosikal. Aku tidak hairan, kerana Abahku hanyalahseorang penjual nasi lemak dan ibu pula bekerja sebagai penjahit kain. Hidup kami tidaklah mewah, dan aku juga sudah biasa dengan cara hidup sebegitu. Abah dan ibu meninggalkan aku sendirian seawal usiaku 12 tahun. Saat itu, aku seperti melukut di tepi gantang. Tiada siapa yang aku mampu harapkan untuk bergantung, hanya Pakcik Lim sahaja yang sudi menziarah dan bertanyakan khabarku. Pakcik Lim adalah kawan rapat Abah, dia selalu temankan Abah menjual nasi lemak.
Kini, aku telah mewarisi pekerjaan abah. Aku tinggalkan dunia belajarku, memandangkan aku tidak ada wang untuk menyambung kembali pelajaran. Namun, aku tetap berazam untuk menggapai cita-citaku. Cita-citaku ibarat air yang akan terus mengalir, andai ada sebuah batu besar menghalangnya, aku pasti akan membesarkan airku untuk menenggelamkan batu itu. Air itu ibarat cita-citaku...
Pendapatan dengan menjual nasi lemak, pada awalnya agak menguntungkan. Tambahan pula, aku tidak memiliki tanggungan untuk dilunaskan. Hanya memerlukan modal untuk jualan harian. Oleh itu, aku rasa selesa dan senang dengan pekerjaanku itu. Namun, ianya tidak lama, memandangkan sebuah lagi gerai nasi lemak di buka berdekatan dengan geraiku. Gerai tersebut menawarkan harga yang jauh lebih murah dan kuantiti nasi lemaknya juga boleh tahan. Aku tidak mampu untuk menawarkan harga serendah itu, memandangkan hasil jualan itulah yang menjadi periuk nasiku. Hari demi hari, pelangganku semakin sepi dan jualanku sama sekali tidak ada yang membeli.
Aku memilih untuk berhijrah ke Ibu kota. Di sana aku yakin, pasti ramai yang sudi membeli nasi lemakku, memandangkan semua sibuk untuk bekerja, pasti tidak ada masa untuk menyediakan sarapan. Sangkaanku tepat, setiap hari pelangganku bertambah-tambah. Keuntunganku berlipatganda berbanding sewaktu aku berniaga di kampung dahulu. Namun begitu, sara hidupku terlalu tinggi. Keuntungan yang aku perolehi hanyalah cukup untuk menampung bayaran rumah sewa ku.
Aku yang masih usia setahun jagung, terasa sangat diremehkan oleh masyarakat ketika itu. Memandangkan aku berada di negeri orang, aku kelihatan seperti anak muda yang merempat. Ke sana sini aku mencari peluang pekerjaan, namun tidak ada sesiapa yang sudi menerimaku. Sehinggalah aku bertemu dengan seorang nelayan tua. Ketika melihatnya sedang memunggah ikan-ikan untuk di bawa ke pasar raya, aku lalu datang kepadanya untuk memohon jawatan dijadikan sebagai pembantu. Pakcik itu menolak permintaanku, kerana tidak mampu untuk memberikan bayaran yang lumayan sebagi gajiku. Namun, aku tetap tidak berputus asa memujuknya untuk menerimaku. Akhirnya, ia bersetuju tanpa menetapkan berapa gajiku sebulan. Aku redha berapa jua pendapatan yang aku perolehi, bagiku asal ada itu sudah memadai.
Hari-hariku menjadi lebih sibuk dan memenatkan. Awal pagi aku kena bangun untuk menyiapkan jualan nasi lemak, kemudian setelah selesai berniaga, aku akan turun ke laut untuk mengambil ikan-ikan untuk di jual di pasar raya pula. Biasanya, aku akan dapat balik ke rumah untuk berehat hanyalah pada waktu malam. Aktivit harian ku ini sudahpun berjalan selama 3 bulan. Badanku seolah-olah sudah terbiasa dengan kepenatan. Keuntungan berniaga dan memunggah ikan-ikan memang cukup untuk menyara kehidupan ku kini. Malah, aku juga sudah mampu untuk menyimpan wang simpanan.
Pada suatu hari, pakcik nelayan tesebut mengajak ku untuk sama-sama mencari ikan di lautan. Katanya, dia sudah tidak larat untuk menangkap ikan memandangkan usianya yang sudah tua. Aku berasa kasihan melihatnya dan bersetuju untuk menemaninya belayar di lautan. Aku juga mulai meninggalkan pekerjaan ku sebagai si penjual nasi lemak. Aku mulai belajar banyak perkara daripada pakcik itu tentang cara-cara untuk menguruskan pelayaran, mengawal ombak, kawasan yang strategik dan kawasan yang paling banyak ikan. Kemahiran-kemahiran tersebut memudahkan lagi pekerjaanku. Memandangkan aku masih muda dan bertenaga, hasil ikan yang kami perolehi adalah jauh lebih banyak berbanding dahulu, malah keuntungan juga semakin lumayan.
Sehinggalah ke satu saat di mana, pakcik tua itu menyatakan hasratnya kepada ku untuk aku mengawini puterinya dan mengambil tugasnya sebagai nelayan dan menjadi usahawan yang berjaya. Kini, aku sudahpun memiliki sebuah keluarga dan pusat perniagaan sendiri. Aku berasa sangat bersyukur dan bertuah. Cita-citaku untuk menjadi seorang usahawan akhirnya berjaya. Berdasarkan pengalaman dan kemasyuran pusat perniagaan ku, aku ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian dalan bidang perniagaan dan keusahawanan. Walaupun aku sudah banyak ketinggalan, tapi aku tetap tidak melepaskan peluang ini untuk menyambung pelajaran. Berbekalkan dorangan isteri dan tunjuk ajarnya, aku yakin yang aku mampu untuk berjaya dalam pengajian tersebut.
P/s : Idea cerita ini muncul ketika penulis sedang makan nasi lemak. =D

Thursday, October 4, 2012
Buku Pop-up dah siap
=)
Senyum ..........
Bahagianya malam ne...
Tenangkan fikiran setelah buku Pop up berjaya dihasilkan
Alhamdulillah, semuanya Allah permudahkan..
Kerja 6 minggu, hanya dibuat dlm 4 hari,
Setiap hari, ada perancangan dan matlamat yang hendak dicapai,
dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..
Pada hari ke 5, buku folio dpt disiapkan,..
dan da dpt rehat da. =)
Cuti ne, bolehlah bernafas kelegaan. =D
kenangan buat Pop up memang banyak..
sekejap jdi artistic dan sekejap menjadi engineer dan sekejap jadi kilang buat buku..
haha..
sebenarnya, sy sngt berpuas hati dengan hasil kerja ataupun usaha membuat buku ini..
memandangkan projek ini dilaksanakan oleh dua orang,
kawan sy telah menguruskan tentang skrip cerita, adegan2 yg dipilih, dan pewarna buku cerita.. =D.
kami saling bekerjasama dan lengkap melengkapi. Saya hanya berfokus kepada lukisan, teknik2, dan pembuatan buku..
bab cerita, semua tu sy tak tahu.. dah siap buku, barulah saya tahu jalan ceritanya.. hehe..
Pendek kata,, sy gembira.. =D

Tuesday, October 2, 2012
Alhamdulillah
=.=
Letihnya untuk beberapa hari ne...
Ap2 pun,
Yg penting...
Ucaplah alhamdulillah...
=)
Letihnya untuk beberapa hari ne...
Ap2 pun,
Yg penting...
Ucaplah alhamdulillah...
=)
Friday, September 28, 2012
Hati Rasa Nak Kahwin
Kahwin Lagi...
Balik2 dengar cerita kawan nak kahwin.. hehe..
Rasa pun, mcm nak kahwin juga..
haha
Kawan2 yg da berkahwin,
Untunglah dapat publish kan kata2 cinta buat insan yg halal,
dapat bagi cerita indah2 yg kitaorg ne tak pernah rasa, hehe
Ye la.. nak kata dlm hidup ne..
xrasa lagi la cinta-cinta ne..
yg pernahnya, baca kisah org bercinta dan tgk org yng bercinta sakan..
sana-sini berteman, walaupun xda ikatan yg sah.. huh..
Bagi teman-teman yg da sampai tahap sebegitu,
maka kahwin la cepat2 yer..
Kalo kena tanya nak kahwin ke tak, rasanya ramai yang cakap nak..
Tapi, cuba tanya kali ke dua, dengan nada serius..
Betul2 kah nak kahwin??
pasti, hanya tinggal sedikit sahaja lagi yang mengatakan iya..
Kahwin bukan benda yang mudah..
kita nak kahwin, bukan untuk sehari dua,
tapi untuk selama-lamanya,
selagi ilmu mendidik anak takda, ilmu rumahtangga xda,
lebih baik, lupakan dulu hasrat nak kahwin..
Kalo hasrat nak kahwin xda lagi, jangan pula dah pandai-pandai nak mencari-cari,
Kasihan si dia nanti, kalo xmenjadi. =)
wanita semuanya sama..
muliakan lah mereka untuk dijadikan bakal isteri,
bukannya sekadar dijadikan penghibur semata.
Mungkin, ramai wanita yang buta menilai harga diri.
Tapi, buat lelaki yang berakal 9,
kasihilah wanita..
jangan dicuri hatinya, saat engkau tidak bersedia untuk memilikinya.. =)
Tapi, kalo rasa kahwin itu jalan terbaik..
dapat menundukkan pandangan..
Ada jaminan syurga dihadapan..
Apa lagi.. jom la pakat2 kahwin.. hehe
Tapi, kalo rasa tak mampu..
kahwin hanya sekadar ikut nafsu..
bawa sabar2 dulu naa...
Banyakkan ilmu agama,
banyakkan berpuasa..
Tundukkan pandangan..
Jaga hati..
Doa jgn henti2..
Allah lah yang Maha mengetahui..
Remaja hari ini... Jihad Nafsu kena lebih..
Kerana kita lahir, dalam persekitaran yang sudah dikotori..
Jom BERSIH.. =D

Thursday, September 27, 2012
Mencintaimu Kerana Allah
Setiap daripada kita merupakan hamba kepada fulan si fulan dan fulan kepada si fulan dan seterusnya..
Begitulah setiap manusia yang hidup di dunia,
Pendek kata, kita ini sememangnya suka memperhambakan diri..
Ada yang sedar, dan ada yang tidak sedar,
Bahawa dirinya seorang hamba.
Mungkin seorang perdana menteri berasa bangga menaiki takhta,
Tapi, ia tetap hamba kepada manusia,
Mungkin seorang ayah, bangga mengetuai sebuah keluarga,
Tapi, ia tetap hamba kepada anak-anaknya,
Pendek kata, sebesar manapun kita di dunia,
kita tetaplah seorang hamba..
Kita hambakan diri pada dunia, manusia dan lain-lain..
Sedarkah kita, bahawa..
Dunia,
Allah ciptakan,
Manusia,
Allah ciptakan,
Malah,
Seluruh isi langit dan bumi,
Allah lah yang ciptakan.
Maka, kepada siapakah yang sedang kita pertuankan?
Tanpa sedar, kita sendiri telah memperhambakan diri kita kepada Allah s.w.t.
Allah itu Maha kaya lagi Maha bijaksana,
Tidak dijadikan sesuatu itu,
melainkan ada hikmahnya..
Maka, berbaiklah dengan semua makhluknya,
Kerana Allah pasti memberi pahala,
Sebarkan kasih sayangmu pada sekalian makhluknya,
Agar kasih Allah juga melimpah ke atas dirimu,
Berlaku baiklah pada manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain,
Kerana mereka adalah lambang,
Cintamu kepada Allah s.w.t,
Sebagaimana,
Engkau menghargai sebuah hadiah yang diberikan oleh kekasihmu,
Hadiah itu,
Engkau jaga dan pelihara sebagai tanda kasih mu kepada kekasih.
Begitulah, dengan kasih pada Penciptamu,
Jika cinta kepadanya,
Engkau akan mencintai seluruh langit dan bumi yang mengingatkan dirimu pada pencintamu.
Maka. salinglah kita mengasihi antara satu sama lain, kerana Allah s.w.t.
Berbaiklah dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda hidup mahupun mati.
Kerana mereka semua milik Allah..
Mencintaimu kerana Allah penciptamu.. =)

Subscribe to:
Posts (Atom)