Pages

Sunday, October 21, 2012

Aku nak Sendiri

Aku cuma ingin bersendiri...
Buat masa ini..
Bagilah aku masa..
Untuk aku dengan diriku..
Aku seperti banyak kehilangan waktu untuk diriku sendiri..
Maafkan aku..
Untuk hari ini..
Aku ingin sendiri..
AKu kalo bole nak main jauh2 dari orang sekeliling..
Maafkan Aku..
Aku inginkan masa untuk aku..
Itu sahaja yang aku mahu..
Aku ingin mencari kembali diriku..
Tujuan ak.. cara aku..
Semua tentang diri aku..
Aku tak peduli orang tinggalkn aku..
tpi, jangan fikir teruk sangat tentang aku..
Aku cuma manusia, yg suka bermain dengan fikiranku sendiri..
Sehingga aku, xkenal siapa aku..
Bagi aku masa, untuk susun kembali.
Matlamat dan identiti diriku..
Tak payah nak masam muka atau marah aku..
Aku tak pernah masam muka atau marah bila aku ada masalah..
Aku hanya diam dan berlalu..
Mungkin, memang ada yg terasa..
Tapi, bila ditegur.. pasti nadaku seperti biasa..
Aku berusaha melawan perasaan.. saat aku terasa..
Buat masa ne,, aku tak suka orang masam muka..
Ak tak biasa di marah.. bukan aku tak nak di marah..
Ak da lama tak kena marah..
Sejak F1, mak aku tak pernah marah..
Aku pun xtak suka nak berdepan dengan orang yang marah...
Aku tak suka..
Pendek kata... aku tak suka..
huh..
bagi la aku bersendiri..
mungkin pilihan aku salah..
Tapi, cubalah faham aku, untuk setakat hari ini..
Aku tak mampu nak marah..
kalo aku marah..
Tak tahulah..
aku jarang marah.. kalo marah..
aku sendiri tak tahu macam mn kesudhnnya..
Tolong la...
aku cuma nak korang mengerti..
walau aku tahu.. xsemua orang akan mengerti sikap kita..
jadi.. maafkan lah aku.. atas tindakan ku..

Wednesday, October 17, 2012

Buat Para Mujahid

Buat Pemuda-Pemuda Islam,

Tulisan ini khas buat kalian..
Kalian adalah pemimpin ummah,
pemimpin para wanita,
Pemimpin yang menjadi tunjang kemenangan sesebuah negara islam..
Di mana kalian saat ini??
Adakah lagi yang masih ketagihan dengan dadah, berfoya-foya dengan para wanita,
Anda adalah panji kekuatan, anda adalah pemimpin berwibawa,
Anda memiliki akal yang sihat dan sempurna,
Anda memiliki kekuatan yang tidak dimiliki para wanita..

Jangan layu pada kelemahan wanita,
Jangan tertunduk pada godaan nafsu dunia,
Wahai mujahid yang kuat.. jangan kau hakis kelebihan yang Allah berikan,
Bersabarlah.. bidadari akan hadir buat mujahid yang ikhlas berjuang,
Semoga imanmu terus terpelihara..
Peliharalah hatimu... 
Jagalah imanmu..
Kuatkan hatimu..
Bangkitlah para mujahid..
Yakinlah.. Bidadarimu sedang menanti di dunia juga di syurga Allah yang indah..
Jangan pernah berasa lemah..
Ingat, Nabi Muhammad juga adalah insan bergelar lelaki..
Islam datang dengan dagang, Islam kembali dengan dagang.. Jangan lupa perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan Umat islam terdahulu, yang berkorban jiwa dan raga demi mengembangkan islam.. 
Adakah kita umat akhir zaman, hanya duduk bersenang lenang menikmati kesusahan yang mereka lalui dahulu dengan nikmat islam..
Adakah itu sudah cukup buat kita untuk medapatkan nikmat Syurga Allah di akhirat sana nanti??

Wednesday, October 10, 2012

Taubat : Lilin Harapan

Salam...
Tahukah anda tentang 4 batang lilin yang pernah menerangi anda??
Setiap daripada kita, memiliki 4 batang lilin . =)

Lilin pertama, iaitu lilin ketenangan dan kedamaian..
Sayangnya, lilin ketenangan tidak mampu untuk bertahan lama. Memandangkan kita hari ini lebih suka porak-poranda, salin dengki mendengki dan bergaduh sesama sendiri. Lilin ini berkata ' aku lebih baik mati, memandangkan orang tidak memerlukan aku lagi'.
Lalu mati lah lilin pertama.

Lilin ke dua, iaitu lilin cinta..
' Akulah lilin cinta. Kerana aku, ramai yang buta menilai cinta. Sehingga mereka tidak tahu apa itu cinta. Kini, anak sendiri sanggup membunuh ibunya, ibu pula sanggup membuang anaknya. Aku sudah tidak diperlukan dalam hidup mereka dan lebih baik untuk aku mati' Lalu, matilah lilin cinta.

Lilin ke tiga, iaitu lilin iman..
Lilin iman juga tidak mampu untuk terus hidup, memandangkan ramainya kita yang tidak merasakan adanya iman lagi. Remaja bebas bergaul tanpa ada segan dan silu. Anak dara berkeliaran dengan mendedahkan auratnya. Ibu bapa membiarkan anaknya bebas, dan hanya mementingkan harta dan pangat. Lilin iman berasa sedih dan tidak mampu untuk terus hidup. Lalu, lilin ke tiga pun mati.

Kini, hanya tinggal satu lilin sahaja lagi. Mungkin, kita akan mula menangis ketakutan dalam kegelapan. Kita mulai rasa kesorangan dan kehilangan sesuatu. Lalu lilin ke empat berkata, ' Akulah lilin harapan. Selagi aku masih menyala, kamu masih ada harapan untuk memiliki ketenangan, cinta dan iman. Gunakanlah aku, untuk menyalakan ketiga-tiga lilin tersebut'.

Begitulah dalam hidup kita, selagi hiudp selagi itulah kita masih ada harapan untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan sia-siakan ruang waktu yang Allah berikan. Tiada siapa yang tahu, bila ajal akan memanggilnya. Jadi, jangan pernah kita malu untuk memohon ampun dan taubat kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  Sesunguhnya, Allah sangat cinta kepada orang yang suka bertaubat. =)

Monday, October 8, 2012

Buat Sahabat Yang Tercinta..

Aku rindu untuk bersama-sama denganmu,
mengharungi pahit getir bersamamu,
saling menasihati bersamamu,
saling menguatkan dan mengingatkan..

Aku ingin terus menyokongmu,
Berkongsi kesakitan dengan dirimu..
Ketahuilah, betapa aku menyayangimu..
Tidak mudah untuk ku ungkapkan,
melainkan melalui kata2 ini..

Wahai sahabatku,
aku ingin engkau kuat selalu,
Tersenyum selalu,
ceria selalu,
seperti kita dahulu,
Sentiasa tersenyum walaupun pahit..
Aku tidak mampu untuk berada di sisimu,
Tapi, aku ingin doaku, sampai kepadamu..

Kuatkan imanmu, yakinlah Allah selalu ada bersamamu,
Allah itu sangat dekat,
Allah suka mendengar rintihan hambanya kepada NYA,
Aku yakin akan cinta Allah kepadamu,
Kuatkan pergantunganmu kepadanya,

Aku tak da kata2 lain untukmu,
yang pasti,
aku terlalu risau berjauhan denganmu..
aku ingin setia di sisimu,
membantumu,
berkongsi masaalahmu,
menjadi teman menangismu...
walauku tahu, bahawa kau lah teman yang paling kuat dan tabah pernah aku temui..
Semoga Allah menjagamu wahai sahabatku..
Ana uhibbukifillah ya ukhti..

Friday, October 5, 2012

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Ilmuku cetek, perjalananku pendek,
Aku ingin melangkah jauh,
Seiring dengan sahabat seusia ku,
Meski hidupku, tidak seindah sang pelangi,
Yang memiliki 7 warna yang indah,
Namun, aku ingin menjadi sepertinya,
Ceria dan indah.. =)

Sejak peninggalan arwah abah dan ibu, aku lah yang mewarisi segalanya. memandangkan aku sahaja anak tunggal mereka. Namun, harta yang ditinggalkan kepadaku, tidaklah sebesar mana, hanya sebuah rumah kayu yang usang dan sebiji motosikal. Aku tidak hairan, kerana Abahku hanyalahseorang penjual nasi lemak dan ibu pula bekerja sebagai penjahit kain. Hidup kami tidaklah mewah, dan aku juga sudah biasa dengan cara hidup sebegitu. Abah dan ibu meninggalkan aku sendirian seawal usiaku 12 tahun. Saat itu, aku seperti melukut di tepi gantang. Tiada siapa yang aku mampu harapkan untuk bergantung, hanya Pakcik Lim sahaja yang sudi menziarah dan bertanyakan khabarku. Pakcik Lim adalah kawan rapat Abah, dia selalu temankan Abah menjual nasi lemak.

Kini, aku telah mewarisi pekerjaan abah. Aku tinggalkan dunia belajarku, memandangkan aku tidak ada wang untuk menyambung kembali pelajaran. Namun, aku tetap berazam untuk menggapai cita-citaku. Cita-citaku ibarat air yang akan terus mengalir, andai ada sebuah batu besar menghalangnya, aku pasti akan membesarkan airku untuk menenggelamkan batu itu. Air itu ibarat cita-citaku...

Pendapatan dengan menjual nasi lemak, pada awalnya agak menguntungkan. Tambahan pula, aku tidak memiliki tanggungan untuk dilunaskan. Hanya memerlukan modal untuk jualan harian. Oleh itu, aku rasa selesa dan senang dengan pekerjaanku itu. Namun, ianya tidak lama, memandangkan sebuah lagi gerai nasi lemak di buka berdekatan dengan geraiku.  Gerai tersebut menawarkan harga yang jauh lebih murah dan kuantiti nasi lemaknya juga boleh tahan. Aku tidak mampu untuk menawarkan harga serendah itu, memandangkan hasil jualan itulah yang menjadi periuk nasiku. Hari demi hari, pelangganku semakin sepi dan jualanku sama sekali tidak ada yang membeli.

Aku memilih untuk berhijrah ke Ibu kota. Di sana aku yakin, pasti ramai yang sudi membeli nasi lemakku, memandangkan semua sibuk untuk bekerja, pasti tidak ada masa untuk menyediakan sarapan. Sangkaanku tepat, setiap hari pelangganku bertambah-tambah. Keuntunganku berlipatganda berbanding sewaktu aku berniaga di kampung dahulu. Namun begitu, sara hidupku terlalu tinggi. Keuntungan yang aku perolehi hanyalah cukup untuk menampung bayaran rumah sewa ku.

Aku yang masih usia setahun jagung, terasa sangat diremehkan oleh masyarakat ketika itu. Memandangkan aku berada di negeri orang, aku kelihatan seperti anak muda yang merempat. Ke sana sini aku mencari peluang pekerjaan, namun tidak ada sesiapa yang sudi menerimaku. Sehinggalah aku bertemu dengan seorang nelayan tua. Ketika melihatnya sedang memunggah ikan-ikan untuk di bawa ke pasar raya, aku lalu datang kepadanya untuk memohon jawatan dijadikan sebagai pembantu. Pakcik itu menolak permintaanku, kerana tidak mampu untuk memberikan bayaran yang lumayan sebagi gajiku. Namun, aku tetap tidak berputus asa memujuknya untuk menerimaku. Akhirnya, ia bersetuju tanpa menetapkan berapa gajiku sebulan. Aku redha berapa jua pendapatan yang aku perolehi, bagiku asal ada itu sudah memadai.

Hari-hariku menjadi lebih sibuk dan memenatkan. Awal pagi aku kena bangun untuk menyiapkan jualan nasi lemak, kemudian setelah selesai berniaga, aku akan turun ke laut untuk mengambil ikan-ikan untuk di jual di pasar raya pula. Biasanya, aku akan dapat balik ke rumah untuk berehat hanyalah pada waktu malam. Aktivit harian ku ini sudahpun berjalan selama 3 bulan. Badanku seolah-olah sudah terbiasa dengan kepenatan. Keuntungan berniaga dan memunggah ikan-ikan memang cukup untuk menyara kehidupan ku kini. Malah, aku juga sudah mampu untuk menyimpan wang simpanan.

Pada suatu hari, pakcik nelayan tesebut mengajak ku untuk sama-sama mencari ikan di lautan. Katanya, dia sudah tidak larat untuk menangkap ikan memandangkan usianya yang sudah tua. Aku berasa kasihan melihatnya dan bersetuju untuk menemaninya belayar di lautan. Aku juga mulai meninggalkan pekerjaan ku sebagai si penjual nasi lemak. Aku mulai belajar banyak perkara daripada pakcik itu tentang cara-cara untuk menguruskan pelayaran, mengawal ombak, kawasan yang strategik dan kawasan yang paling banyak ikan. Kemahiran-kemahiran tersebut memudahkan lagi pekerjaanku. Memandangkan aku masih muda dan bertenaga, hasil ikan yang kami perolehi adalah jauh lebih banyak berbanding dahulu, malah keuntungan juga semakin lumayan.

Sehinggalah ke satu saat di mana, pakcik tua itu menyatakan hasratnya kepada ku untuk aku mengawini puterinya dan mengambil tugasnya sebagai nelayan dan menjadi  usahawan yang berjaya. Kini, aku sudahpun memiliki sebuah keluarga dan pusat perniagaan sendiri. Aku berasa sangat bersyukur dan bertuah.  Cita-citaku untuk menjadi seorang usahawan akhirnya berjaya. Berdasarkan pengalaman dan kemasyuran pusat perniagaan ku, aku ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian dalan bidang perniagaan dan keusahawanan. Walaupun aku sudah banyak ketinggalan, tapi aku tetap tidak melepaskan peluang ini untuk menyambung pelajaran. Berbekalkan dorangan isteri dan tunjuk ajarnya, aku yakin yang aku mampu untuk berjaya dalam pengajian tersebut.

P/s : Idea cerita ini muncul ketika penulis sedang makan nasi lemak. =D

Thursday, October 4, 2012

Buku Pop-up dah siap

=)
Senyum ..........
Bahagianya malam ne...
Tenangkan fikiran setelah buku Pop up berjaya dihasilkan
Alhamdulillah, semuanya Allah permudahkan..
Kerja 6 minggu, hanya dibuat dlm 4 hari,
Setiap hari, ada perancangan dan matlamat yang hendak dicapai,
dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..
Pada hari ke 5, buku folio dpt disiapkan,..
dan da dpt rehat da. =)

Cuti ne, bolehlah bernafas kelegaan. =D
kenangan buat Pop up memang banyak..
sekejap jdi artistic dan sekejap menjadi engineer dan sekejap jadi kilang buat buku..
haha..
sebenarnya, sy sngt berpuas hati dengan hasil kerja ataupun usaha membuat buku ini..
memandangkan projek ini dilaksanakan oleh dua orang,
kawan sy telah menguruskan tentang skrip cerita, adegan2 yg dipilih, dan pewarna buku cerita.. =D.
kami saling bekerjasama dan lengkap melengkapi. Saya hanya berfokus kepada lukisan, teknik2, dan pembuatan buku..
bab cerita, semua tu sy tak tahu.. dah siap buku, barulah saya tahu jalan ceritanya.. hehe..

Pendek kata,, sy gembira.. =D

Tuesday, October 2, 2012

Alhamdulillah

=.=
Letihnya untuk beberapa hari ne...
Ap2 pun,
Yg penting...
Ucaplah alhamdulillah...
=)