Friday, January 28, 2011
CiNtA terLARANG......
1. Kami tidak berzina!
- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.
2. Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menhampiri zina ?
- Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.
3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu ….
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engakau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( H Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
4. Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!
- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??
5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?takkan sms pun tak boleh?
- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hari Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.Sms ialah satu jalan halus yang digunakan syaitan untuk menyesatkan anak adam tanpa disedari.
6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?
7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”
- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja. Kalau ya pun, carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu dihabiskan dengan fantasi cinta!
8. Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.
-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.
9. Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi..
- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.
10. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri ini tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa dinudang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/ nafsu.
11. Tentu ada cinta secara Islam.
- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku stelah ijab dan qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( hari Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.
12. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?
Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.
13. Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji..
-Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang
14. Jadi manusia itu tak tahan di uji??
-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan Satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan Nya, manusia tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka,jalan kerah penzinaan itu juga di larang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
15. Tetapi cinta selepas kahwin banyak maslah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin.
-Bolehkah kita percaya dengan perwtakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk aka nada yang pujuk. Banyak orang dah kecewa kerna tertipu dengan kepribadian semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,penyabar. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit.
16. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
-Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya??
17. Tanya sedikit..adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke ? ganti bercinta…
- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru,kulitnya Nampak berlainan,tetapi isinya tetap sama. Adik angkat,kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke akhirnya akan bertemu dengan zina.
18. Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
- mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan oaring yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh Allah.
19. Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadai maruahnya kerana mereka mengahmpiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan peremoaun yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman” ( Surah An Nur:3) Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuia untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Tuhan ??
20. Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
- Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
21. Kami telahpun berjanji sehidup semati…
-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.
22. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab..
- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
23. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempaun seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan sgelas sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..
24. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?
- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada pasangannya. Firman Allah:
“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)
25. Bagaimana kami ?
- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon kemapunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA.
26. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?
- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:
a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putusakanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slepas ijab qabul.
Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilah dosa-dosa hamba Mu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan ahklak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan,hamba Mu berdosa.
Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana!!
Friday, January 21, 2011
"TaMan IlMu... "
Suka kah seseorang itu untuk menjadi JAHIL??... agar mereka dapat lari dari segala perintah dan kewajipan yang telah di gariskan dalam syariat. Islam kah mereka..??hanya atas dasar agama yang diperturunkan mengikut generasi ibu dan ayahnya,semata-mata..
Tidakkah mereka sedar!!! islam itu nikmat serta pembuka kunci keimanan.. sedarkah mereka bukan mudah untuk mandapat nikmat islam..ISLAM merupakan nikmat yang paling besar.. tapi sayang..ramai sekali yang masih lalai dan lupa.. mereka tidak faham apa sebenarnya islam.. dan hanya mampu berbangga terhadapnya tanpa sedar akan apa yang dibanggakan.. kerana tiada setitik pun perjuangannya dalam mensyariatkan ajaran islam.. dan tidak habis-habis menyatakan kejahilannya terhadap agama yang dianutinya dengan harapan agar Allah mengampunkan dirinya kerana tidak tahu.
Ohh Alasan apakah ini????
bukankah Al-Quran dan Al-Sunnah sudah diturunkan kepada mereka.. untuk apakah itu??
adakah sekadar disebut?? tidak sahabat seagamaku.. ianya adalah untuk dipelajari,dilihat ,dihayati,difahami dan diamalkan...
kejahilan apakah yang sungguh pelik ini.. KENAPA PELIK??
mestilah pelik..sebab kemajuan ICT dan media semasa begitu celik sekali dimata anak mudi hari ini, namun masalah dan ilmu agama yang sejak zaman berzaman masih tidak celik-celik lagi. bukankah pelik tu??
siapalah saya untuk menyatakan kejahilan kita hari ini.. namun kesedaran terhadap benda inilah yang membuatkan hati ini tergerak untuk mengajak sahabat-sahabat lain untuk bersama-sama menghayati setiap bait-bait ajaran rasulullah dan berpandukan Al-Quran sebagai pendamping sejati...
Jadikanlah iman dan ilmu sebagai taman-taman syurga kita... semoga harumnya menhimpunkan kita dimahligai Allah yakni syurga al-firdaus.. marilah kita berlumba-lumba mengejar ilmunya serta saling menyayangi kerananya... ukhuwah itu manis andai dasarnya adalah iman... Nahnu Jindullah....
Monday, December 27, 2010
Untukmu Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
Wednesday, December 15, 2010
sOb2....HatI INi....
berdepan dengan keadaan yang tidak dapat dirungkaikan..
asyik inginku bela perasaan..walaupun ak di tempat yg tidak benar..
ak sedar..ilmu tdak akan mengubah sesuatu umat jika hidayah tidak datang kepadanya..
ak khuatir kerana hati ini terlalu gersang..hingga lupa segala pesan dan ap yng pernah ku dengar ataupun ap yg pernah ku baca.. ad ketika..aku ingin berlari..ke suatu era yg semua org pasti ingin kn iaitu kebebasan..
Ya Allah..kenapa la dengan diriku ini..kenapa tidak ko tetapkan hatiku ini dijalanmu.. Maha Suci Allah.. tiap kali aku leka dia pasti mengejarku dan mengajakku kembali kepadanya.. dan sekali lagi aku terus terleka..hingga aku takut untuk mengenal segala hukum dan kehendaknya.. kerana gusar.. andai hati ini akan terjatuh lagi..dan tidak dapat menegakkan urusan dakwah islamiah yang pernah ditekan kn kepadaku.
Ya Allah..ak tahu akan cintamu padaku..dan ak mohon janganlah jemu membimbingku kejalanmu kerna..hatiku lemah dan kosong tanpa cintamu..
cinta dihatiku ini gersang buat insan yang bergelar lelaki.. mungkinkah ini satu pertolongan darimu..agar ak dapat mengisinya dengan cintaku kepadamu serta para nabi utusanmu.. Ya Allah.. hati ini selalu berbisik perkara yg tidak patut untuk ak turuti.. jiwa ini terlalu berat untuk berubah atas landasanmu.. kenapa Ya Allah.. larikah hidayahmu padaku.. atwka..hambamu yang hina ini sudah mulai menjauhimu.. ya Ya Allah.. ampunkanlah diri ini...sekali hamba telah diuji kehadratmu Ya Allah.. engkau menakdirkan hamba sekelas dengan semua kaum Adam.. hamba bingung.. kerna tiada persahabatan yg pernah ana dgr antara berlainan jantina tersebut dalam salah satu usrah yg pernah didegar.. namun..tidak dpt diri ini menghindarkan persahabatan pada waktu itu.. hingga kini diri ini masih tidak dapat melupakan sahabat2 itu.. namun masi perlukah persahabat dengan mereka ats dasar mengenang jasa baik mereka yg sudi menjaga dan berteman dgn pd saat itu.. hoho.. lemahnya diri ini.mungkin tidak seharusnya lagi..ermm Ya Allah.... jauhkan lah hambamu dari semua yg tidak benar ini dan berikanlah kekuatan pada ketika ini.. semoga dengan rahmatmu..terpeliharalah jiwa yang mudah dikotori ini...amin ya Rabbilalamin..
asyik inginku bela perasaan..walaupun ak di tempat yg tidak benar..
ak sedar..ilmu tdak akan mengubah sesuatu umat jika hidayah tidak datang kepadanya..
ak khuatir kerana hati ini terlalu gersang..hingga lupa segala pesan dan ap yng pernah ku dengar ataupun ap yg pernah ku baca.. ad ketika..aku ingin berlari..ke suatu era yg semua org pasti ingin kn iaitu kebebasan..
Ya Allah..kenapa la dengan diriku ini..kenapa tidak ko tetapkan hatiku ini dijalanmu.. Maha Suci Allah.. tiap kali aku leka dia pasti mengejarku dan mengajakku kembali kepadanya.. dan sekali lagi aku terus terleka..hingga aku takut untuk mengenal segala hukum dan kehendaknya.. kerana gusar.. andai hati ini akan terjatuh lagi..dan tidak dapat menegakkan urusan dakwah islamiah yang pernah ditekan kn kepadaku.
Ya Allah..ak tahu akan cintamu padaku..dan ak mohon janganlah jemu membimbingku kejalanmu kerna..hatiku lemah dan kosong tanpa cintamu..
cinta dihatiku ini gersang buat insan yang bergelar lelaki.. mungkinkah ini satu pertolongan darimu..agar ak dapat mengisinya dengan cintaku kepadamu serta para nabi utusanmu.. Ya Allah.. hati ini selalu berbisik perkara yg tidak patut untuk ak turuti.. jiwa ini terlalu berat untuk berubah atas landasanmu.. kenapa Ya Allah.. larikah hidayahmu padaku.. atwka..hambamu yang hina ini sudah mulai menjauhimu.. ya Ya Allah.. ampunkanlah diri ini...sekali hamba telah diuji kehadratmu Ya Allah.. engkau menakdirkan hamba sekelas dengan semua kaum Adam.. hamba bingung.. kerna tiada persahabatan yg pernah ana dgr antara berlainan jantina tersebut dalam salah satu usrah yg pernah didegar.. namun..tidak dpt diri ini menghindarkan persahabatan pada waktu itu.. hingga kini diri ini masih tidak dapat melupakan sahabat2 itu.. namun masi perlukah persahabat dengan mereka ats dasar mengenang jasa baik mereka yg sudi menjaga dan berteman dgn pd saat itu.. hoho.. lemahnya diri ini.mungkin tidak seharusnya lagi..ermm Ya Allah.... jauhkan lah hambamu dari semua yg tidak benar ini dan berikanlah kekuatan pada ketika ini.. semoga dengan rahmatmu..terpeliharalah jiwa yang mudah dikotori ini...amin ya Rabbilalamin..
Monday, November 15, 2010
cuti2....mALAM selepas tamat exam...
salam..
yups...exam da tamat..hehe.. x sabar nak balik.. dlm fikiran tu mcm2 da plan..
malah sem 1 pun dah berakhir.. sy rs hepi gak sepnjng sem ne.. erm.. sebenarnya nak luah perasaan, tp nnt kalo ad org baca malu gak.. x pe la.. cuma.. nak minta maaf kat kwn yg tersa kalo sy ne agak kurng memahami. sbb tu sy tak suka kwn rapat rmi2.. bkn senang nak jg hati org. hati sendiri pun belum psti.. kwn ramai tu mmng senang dpt.. tp, yg bnyk nya ketawa ja.. kalo join sedih pun x kn lama.. sy da rasa da.. sori la kalo sy agk sombong.. kalo ngan boys bukan sombong, tp malu ja nak tegur dulu..
erm.. tahun depan tu bkn la ada misi nak rpt tp, kalo ble friendly la ckit.. kdg2 sy rs cam budak2 btul. tp, mmng budak kot.. hehe..sy gak x sngk dpt kwn perempuan yg baik2 belaka.. rajin dtng ceriakn bilik sy.. smpi rs kehilangn bila x da yg dtng.. kalo dulu sy lg suka sndiri.. kwn bkn la satu prkr utama, tp skrg tanpa kwn susah gak.. hehe.. so..thank u so much..
bagi ena, yg sudi temankn sy hampir 24 jam..thanks la.. join sy dengar ceramh ustaz tercinta n bersembang tgh2 mlm.. hehe.. kalo lampu tutup jam 2, confem tidur jam 3.. ne cita punya psl la. sepnjng exam sudi study sm2.. huhu.. esok ena da nak balik da... x de la kwn sy kat bilik.. erm.. x tw knp, rs senang dan rapat mcm da lm sngt kenal.. thank u sngt2 krn sudi jd kwn sy.. then, tym cuti jan nakal2.. hehe
pastu.. sya hrp cpt2 la smpi sabah.. x sbr nak balik ne..hehe.. kat cne gak sy dpt tgk cam2 rgm manusia.. erm..ad yg bole jd teladan dan ad yg bole d jd iktibar.. dan, satu lagi sy suka duduk kat kedah.. da rs mcm negeri sndiri..haha.. setiap ptng kuar jln kaki.. mcm la kg. sendiri.. tp, insyaAllah x kn ad ap2.. k.. la da lewat tul da ne.. esok kena bangun awal..huhu.. k..la..salam.
yups...exam da tamat..hehe.. x sabar nak balik.. dlm fikiran tu mcm2 da plan..
malah sem 1 pun dah berakhir.. sy rs hepi gak sepnjng sem ne.. erm.. sebenarnya nak luah perasaan, tp nnt kalo ad org baca malu gak.. x pe la.. cuma.. nak minta maaf kat kwn yg tersa kalo sy ne agak kurng memahami. sbb tu sy tak suka kwn rapat rmi2.. bkn senang nak jg hati org. hati sendiri pun belum psti.. kwn ramai tu mmng senang dpt.. tp, yg bnyk nya ketawa ja.. kalo join sedih pun x kn lama.. sy da rasa da.. sori la kalo sy agk sombong.. kalo ngan boys bukan sombong, tp malu ja nak tegur dulu..
erm.. tahun depan tu bkn la ada misi nak rpt tp, kalo ble friendly la ckit.. kdg2 sy rs cam budak2 btul. tp, mmng budak kot.. hehe..sy gak x sngk dpt kwn perempuan yg baik2 belaka.. rajin dtng ceriakn bilik sy.. smpi rs kehilangn bila x da yg dtng.. kalo dulu sy lg suka sndiri.. kwn bkn la satu prkr utama, tp skrg tanpa kwn susah gak.. hehe.. so..thank u so much..
bagi ena, yg sudi temankn sy hampir 24 jam..thanks la.. join sy dengar ceramh ustaz tercinta n bersembang tgh2 mlm.. hehe.. kalo lampu tutup jam 2, confem tidur jam 3.. ne cita punya psl la. sepnjng exam sudi study sm2.. huhu.. esok ena da nak balik da... x de la kwn sy kat bilik.. erm.. x tw knp, rs senang dan rapat mcm da lm sngt kenal.. thank u sngt2 krn sudi jd kwn sy.. then, tym cuti jan nakal2.. hehe
pastu.. sya hrp cpt2 la smpi sabah.. x sbr nak balik ne..hehe.. kat cne gak sy dpt tgk cam2 rgm manusia.. erm..ad yg bole jd teladan dan ad yg bole d jd iktibar.. dan, satu lagi sy suka duduk kat kedah.. da rs mcm negeri sndiri..haha.. setiap ptng kuar jln kaki.. mcm la kg. sendiri.. tp, insyaAllah x kn ad ap2.. k.. la da lewat tul da ne.. esok kena bangun awal..huhu.. k..la..salam.
Sunday, October 24, 2010
exam just around the corner.....
- tidur x lena
- mandi basah
- makan x lalu
- terkenang-kenang
- termimpi-mimpi
bm study group tp,lum hbis bincang lg..
tp, apa yang mencuit hati sy, sy telah membuat conclusion bhw sbg bdk course math sy perlu mmpelajari 3M iaitu:-
- M= mengira bagi math
- M= menghafal bagi BM
- M= membantai bagi Bi
Subscribe to:
Posts (Atom)