Pages

Sunday, April 29, 2012

Bila Benci

Sebenarnya hati ini tidak layak untuk membenci. tapi, itula yang selalu berlaku dalam kehidupan kita. ada ja tak kena, mesti nak membenci.

Iman : knp ko benci sangat dekat dya.

Hati  : ak kenal dya. ak tahu perangai dya. perangai dya, xlah seindah apa yg ko lihat.

Iman : Ye ke, ko kenal dya? ko yakin ka, ko kenal dya.

Hati  : kenal la, da la jumpa setiap hari, baca status fb dya lagi. xcukup tu, baca blog dya lagi.

Iman : dari itu, ko benci dya?

Hati  : Ia. ak hilang respect kat dya.
Iman :
tapi ak tengok, dya ne la org yang selalu g masjid, selalu senyum, selalu mengaji, selalu hadir majlis ilmu.

Hati  : ye la. kn tu luaran. hati dya, siapa yg tahu.

Iman :
Allah lah yg lebih tahu. tak semua org dipilih Allah untuk pergi ke masjid, hadir majlis ilmu dan selalu berpeluang untuk berbuat amal. Allah sayang ja kat dya. knp kamu nak benci dya. mungkin, kamu sendiri tak settle lagi hubungan dengan Allah, kot sebab tu la hati kamu cepat sgt benci orang. ada masalah sikit ja, da nak membenci. kita sebagai saudara seislam, xelok saling benci-membenci. lebih dari tiga hari tak tegur, silap2 tak cium bau syurga kita nanti.



erm... muhasabah la ya. sebenarnya, kita cepat sngt membenci orang hanya dengan sebab yg sikit. sebenarnya, dalam diri kita yg ada masalah. masalah iri hati, kecik hati dan lain2. meskipun kita di tempat yg betul, tetap shj kita bersalah jika kita membenci saudara kita yang seagama. Mungkin org yang kita benci, Allah lebih sayang dekat dya berbanding dengan diri kita sendiri. salam muhasabah..


Friday, April 27, 2012

Ingin Berhijrah

..............................................
sy teringin nak berhijrah..
berhijrah kerana Allah dan Rasul.
Sy sayang Allah dan Rasul,
Sebaknya mendengar ceramah tadi.
smpi, satu nota pun tak tercatat, bila ustaz tu bercakap.
sebab, mata cam tak berkedip.

..............................................
kepada pakcik,
sy faham, atas nasihat pakcik,
tapi, ketahuilah,
yg itu semua tak pentingpun,
sy ne, berhati bebas,
tak perlu risau, anak buahmu memang suka perasan. =P

Biar Hati BerBicara



Thursday, April 26, 2012

Sesi Taaruf

Nama : Munirah Binti Marjoh
Panggilan : mun
warna kegemaran : warna biru
Makanan kegemaran : semua yg halal, tiada elergik
Minuman kegemaran : tak tahu
buah kegemaran : oren
hobi : baca buku
Tentang diri :
 seorang yang ceria, peramah, hormat org, taat, jujur, setia, xsuka ikut org,
 tegas dgn pendirian, diam dlm bnyk hal yang tidak disuka, diam ketika marah,
 serius ketika berurusan dgn berlainan jantina, ringn tulng dan tabah.

Negatif tentang diri:
           
malas buat sesuatu yang tak diminati, penakut, nakal, suka buat lawak, jahat jgk, tak suka peraturan yg xda objektif jelas, malas nak fikir masalah orang lain, pentingkan diri dan banyak lagi kot.


salam perkenalan. =)


Tuesday, April 24, 2012

^__________^

I got the hint..
Even a simple hint,
i felt very3 happy............
^----------------------^
hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu, betapa bahagianya Hati ini.........
Allahuakbar.......
Alangkah bahagianya andai ap yg ku faham ini, itulah hakikat yg sebenarnya.
tapi, andai tak benar..
biarlah ak tidak tahu,
kerana aku ingin terus merasakan kebahagiaan ini..


Mujahidah Anak Muda Episod 2

............sambungan dari kisah lalu.......................
setelah diperhatikan pada buku nota itu, rupa-rupanya ada terselit satu surat.
surat itu tertera nama Ali dia atasnya. lalu, tanpa berfikir panjang.
Ali pun membaca isi kandung surat itu.

Buat Sahabat Perjuangan Ana,
Ali yang dirahmati Allah selalu, InsyaAllah..
Ana, memohon maaf atas segala kesilapan ana sekirannya selama ini ana pernah menyakiti hati enta ketika bekerja. Tujuan ana tulis surat ne, adalah untuk memberitahu enta yang ana akan berpindah ke Jordan tidak lama lagi. keluarga ana da persiapkan semuanya. keberangkatan ana mungkin agak mengejutkan dan pasti tidak sempat untuk memberi salam terakhir dan sedikit taujihad buat adik-adik kampus, memandangkan hanya ada masa 2 hari sahaja lagi ana akan bertolak.

oleh itu, ana meletakkan harapan kepada enta untuk terus menggerakkan daulah islam di bumi kampus yang tercinta. semoga dihadirkan sahabat-sahabat yang mampu untuk turun sama2 berfikir tentang islam. Ana doakan kalian semua berjaya dalam membawa islam sebgai ad-din di kampus yang ana pasti rindui.

Akhir kalam dari ana, syukran jazilla khairan buat enta yang mengenali ana sejak di bangku sekolah dan sudi bersama-sama bergerak membawa islam ke menara gading yang menjadi impian. semoga bertemu di suatu masa jika di izinkan Allah s.w.t.

Sekian, wasalam..
.............................................................................
Ali agak terkesima, berita itu agak memeranjatkan.
namun, qada dan qadar haruslah di terima,
pemergian Amirah pasti akan terasa,
namun, itulah adat berjuang, bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t.


Sunday, April 22, 2012

Kebahagiaan Adalah Ancaman Umat Islam

Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
sesungguhnya, kita hari ini dalam kerugian,
kita hari ne, syok dibuai kebahagiaan,
syok hidup, tanpa ancaman gempa bumi dan sebgainya..
meskipun, sekeliling kita dipenuhi makanan syaitan.
hari ini, kita syok tengok rancangan jalan-jalan cari makan,
resepi-resepi luar negara, rekaan fesyen, rancangan raja lawak..
macam2 lagi..

SEMUANYA untuk KESERONOKKAN..
nak hilangkan ketensyonan..
Al-Quran sudah tidak pandang,
para ulama sudah diketepikan,
artis menjadi pujaan..
tak cukup artis malaysia, p minat artis korea, jepun, english dan lain-lain..
artis malaysia tak best, nak artis luar negara lagi best..
maknanya, makin dasyat tahap keseronokkan dan kelalaian yang kita nak kn.
nikmat hiburan sentiasa cuba dipertingkatkan.
namun, amalan dan ibadat tidak pernah kemanisannya untuk kita cuba pertingkatkan.


Bersyukur Hidup Di Malaysia,
Allah sayang kita, xda bala kena bagi dekat kita.
sedangkan, tidak semua bala adalah tanda kemurkaan Allah,
\adakala kita melihat ianya sebagai bala, sedangkan ianya adalah satu ujian.
dan ujian Allah itu akan diberikan kepada hamba-hambanya untuk meningkatkan lagi keimanan mereka.
sedangkan kita di Malaysia, sentiasa berasa hidup selesa..
keselesaan dan kebahagiaan di dunia, hanya akan menempa api neraka,
dn kebahagiaan yang hakiki adalah bila hti kita dekat kepada Allah.

kita, selalu tension.
nak hiburan sebagai penawar..
erm... rasa mcm tugas kita lagi berat dari seorang Nabi,
sedangkan nabi sendiri tidak pernah kita mendengar  tension..
kita ne, umat nabi yang manja.
manja sebab tak ikut sunnah nabi.
kita syok hidup di dunia.
suka ketawa yang terbahak-bahak,
suka tengok hiburan secara marathon,
tak nak hidup susah payah,
nak tidur atas tilam yang empuk..

Apa Yang Kita Suka Sangat Hari ne,
Semuanya Syok,
Dan Semua Yang Syok,
Semuanya adalah Milik Neraka..
Neraka Itu diselimuti dengan kebahagiaan,
Yang disukai semua manusia yang suka kelalaian..

Allah,
besarnya ancaman untuk kita hari ini,
hampir semua yang ada disekeliling kita adalah berupa ancaman,
musuh ataupun senjata yang syaitan gunakan untuk menjadikan kita,
sebagai temannya...

kawan2.. da2 la tu hiburan... hentikanlah...
Jom sama2 kita turun berjuang,
saling ingat-mengingatkan,
bekerjalah untuk islam,
bermujahadah lah kita melawan nafsu haiwani..
berusahalah kita menjadi orang islam yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa kepada Allah s.w.t.
insyaAllah.