............sambungan dari kisah lalu.......................
setelah diperhatikan pada buku nota itu, rupa-rupanya ada terselit satu surat.
surat itu tertera nama Ali dia atasnya. lalu, tanpa berfikir panjang.
Ali pun membaca isi kandung surat itu.
Buat Sahabat Perjuangan Ana,
Ali yang dirahmati Allah selalu, InsyaAllah..
Ana, memohon maaf atas segala kesilapan ana sekirannya selama ini ana pernah menyakiti hati enta ketika bekerja. Tujuan ana tulis surat ne, adalah untuk memberitahu enta yang ana akan berpindah ke Jordan tidak lama lagi. keluarga ana da persiapkan semuanya. keberangkatan ana mungkin agak mengejutkan dan pasti tidak sempat untuk memberi salam terakhir dan sedikit taujihad buat adik-adik kampus, memandangkan hanya ada masa 2 hari sahaja lagi ana akan bertolak.
oleh itu, ana meletakkan harapan kepada enta untuk terus menggerakkan daulah islam di bumi kampus yang tercinta. semoga dihadirkan sahabat-sahabat yang mampu untuk turun sama2 berfikir tentang islam. Ana doakan kalian semua berjaya dalam membawa islam sebgai ad-din di kampus yang ana pasti rindui.
Akhir kalam dari ana, syukran jazilla khairan buat enta yang mengenali ana sejak di bangku sekolah dan sudi bersama-sama bergerak membawa islam ke menara gading yang menjadi impian. semoga bertemu di suatu masa jika di izinkan Allah s.w.t.
Sekian, wasalam..
.............................................................................
Ali agak terkesima, berita itu agak memeranjatkan.
namun, qada dan qadar haruslah di terima,
pemergian Amirah pasti akan terasa,
namun, itulah adat berjuang, bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment