Pages

Wednesday, April 18, 2012

Bawa Hatimu Kepada Tuhan

Alhamdulillah,
segala puji ana panjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana masih memberi rezeki dan rahmatnya dalam hidup ana.
walaupun hari2 sangat menghimpit dengan kerja duniawi, tapi tetap sahaja ada pengisian yang hadir mengisi hati.
semalam, ana berpeluang mendengar ceramah ust.Shamsuri meskipun benda itu ana tidak rancang.
mungkin Allah da tuliskan nama ana dalam majlis ilmu.
dalam majlis tersebut, ana dpt ilmu tentang ciri2 org sombong. bayangkan, andai ada sebesar sebiji sawi sekalipun rasa sombong dalam hati kita, kita tidak akan dimasukkan ke dalam syurga. Allah hu akbar.
rasa2nya selama dlm hidup kita ne, betul kah kita tak pernah sombong?
rasa diri kita hebat, memperlekehkan org lain..
Allahualam, sama2 la kita muhasabah diri.
bila tibanya disuatu masa, di saat 7 anggota memberi keterangan tentang apa yang kita perbuatkan semasa di dunia, dan pada saat itu, hanyalah rahmat dan pertolongan Allah sahaja yang boleh kita harapkan.
semoga kita juga tidak lupa untuk berselawat dan mencintai rasulullah s.a.w iaitu nabi yang menjadi kecintaan Allah s.w.t. moga2 kita beroleh syafaatnya.

Pening2 dengan asgment yg berlambak nak kena hntr, tpi alhamdulillah. coz hati ini tidak menjadikan itu sebagai satu beban, mala seperti masa itu membuka ruang2 untuk ana. pada petang ini pula, sekali lagi ana mendapat pengisian rohani tentang hati manusia. manusia hendaklah menjaga hati dan melihat dengan hati nurani bukan sanubari. ana juga rasa bersemangat, apabila mendengar satu kisah yang diceritakan tentang kata-kata Allah s.w.t kepada kekasihnya nabi Muhammad s.a.w bahawa, janganlah kamu tension, tapi bangunlah semula untuk bangkit bekerja. kerana Allah bersama-sama dengannya.

Ya Allah,
sesunguhnya, engkau terlalu dekat dengan diriku.
semoga, dengan dekatnya dirimu,
aku hanya perlu mengadu dan memohon pertolongan darimu.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
itu sahaja ucapan yang ana dpt katakn buat masa ini, kerana merasakan bahawa Allah tidak meninggalkan diri ana pada saat ini, meskipun banyak perkara yang perlu ana settlekn. semoga Allah permudahkan segala-galanya. sama2 la kita berdoa kepadanya.
Ana yg terlalu cetek ilmu agama, insyaAllah akan berusaha untuk memperbaiki lagi dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment