Pages

Thursday, September 17, 2015

Semester 8

Perpisahan itu...
yang mana suatu ketika dulu, ia ibarat mimpi ngeri untuk kami..
Namun ada masanya..kami tidak sabar menanti waktu itu..
Kami sedar, betapa sedihnya andai saat itu tiba.. satu persatu janji bersemi..mengharapkan pertemuan di lain hari.. Meski, jauh di sudut hati.. saat itu pasti tidak sama lagi seperti kita hari ini.. Mungkin dia yang dulu sahabat karib kita..jalan berpegang tangan, tapi pada hari itu mungkin ada tangan lain yang memegangnya.. Kita berharap, untuk kembali bertemu agar dapat bermanja dengan sahabat lama kita, namun disebaliknya kita hanya mampu mencuri sedikit perhatian dari sahabat kita.. masa yang singkat dan pendek..ternyata semuanya sudah tidak sama lagi...
Hari ini, hati kita terlalu berat untuk melepaskan sahabat kita..sebab kita tahu, masa tidak akan kembali seperti dulu.. kau, aku dan dia pasti memiliki kehidupan yang baru.. Namun.. tetap membina harapan dalam pertemuan yang singkat.. kerana aku cuma ingin tahu..adakah sahabat2 aku yang dahulu sedang bahagia atau disebaliknya.. jarak antara kita, membuatkan hati menjadi risau.. adakah dia sedang bahagi?? bersama siapa? siap kawannya hari ini? dan pelbagai lagi persoalan..  Apa yang ingin aku tahu.. adalah.. sahabat ku yg dahulu ceria kini masih ceria dan bahagia.. aku akan terus berdoa.. selepas perpisahan ini.. semua kita diberi kebahagiaan dalam hidup. Sungguh singkat masa berjalan, satu persatu episod cerita menjadi lipatan sejarah.. sejarah itu menjadikan kita yang hari ini, yang lebih erat, lebih rapat.. kerana itu, terlalu sakit rasa ini untuk berpisah.. Kau, dia dan kamu...menjadi insan2 yang terlalu istimewa dalam diari hidup ini.. Kenangan antara kita, tidak akan ppernah terpadam dalam hati.. engkau mengambil sekeping rasa cinta dalam hati ini.. sehingga mampu melahirkan air mata kepedihan kerana rasa cinta itu.. rasa itu yang membuatkan si pencinta takut kehilangan yang dicinta..
sahabat... hadir mu adalah anugerah dari Allah.. sungguh aku sangat menyayangi kalian.. maafkan kesilapan ku sepanjang perkenalan kita.. halalkan segala kekuraangan. semoga dipanjangkan usia dan bertemu lagi di masa hadapan. in shaa Allah..  =)

Tuesday, September 8, 2015

perpisahan makin hampir..trowback..with my bestfreind ever

Tak dapat tutup mata.. huhu
trowback kisah lama..

My beautiful freinds @ena_zaakirah , kami mula rapat sejak ppismp sem 1.. saat mula rapat bila terjumpa nak pergi kafe asrama jam 6 ptg. sejak itu, kami sentiasa date sama2 pergi kafe asrama dan paling menarik.. sama2 jenis tepati masa. hehe. susah nak rapat dgn budak ne masa mula2, maklum la sangat pendiam..aku je bertuah kenal dia.. lama2 dia pula yg over bercakap skrg ne.hahaha.. kemudian kami start minat dgn ceramah ust. kazim.. alim kami masa mula2 masuk ipda.heheh.. ena xislam lg masa ne, tp dia lagi alim dri aku.hahaha. kami ne masa mula2 rapat kira boleh pula sweet2, tidur satu katil.cerita sampai jam 3 pagi.. tapi..lama2 kami jadi rock.hahah..but still rapat gtu. kami tambah rapat lagi bila dpt bercerita sambil jalan2 kaki pergi yawata, tanah merah.. nasib baik xsampai jitra. haha
Tambah lagi kami pernah serumah, sebilik.. dlm kelas pula sentiasa sekumpulan. rasa mcm xpernah la xsama2..orang pun tahu.. pn.rohaya pun tahu.. kamu tiga ne da lama kawan rapat.. yes.. alhamdulillah.. Allah jaga hubungan kami.. the pick time yg kami rasa sangat seronok.. bila ena masuk islam.. aku dan ana memang gembira sangat.. aku suka juga ana hadir antara kami dua.. sebab budak ne sweet dgn ena.  aku lama2 da rock.hahaha.. at least ana ne pandai bermanja2.. ena ne seorng yg sangat penyabar.. cuma kalo bab kerja dia memang xsabar.haha.. dia xboleh buat kerja yg sama, pasti dia main gigi.. geram la kot.haha.. aku pula bab kerja ne memang sabar.. relax n cool.. sbb malas guna otak.hahha.. Bila fikir semula.. memang banyak sangat kenangan bersama..pahit manis.. semuanya indah untuk dikenang.. pandai juga terasa hati dengan ena.. tapi.  xpernah la nak luah.. sbb benda tu dtg sekejap ja..lepas tu ok.. lagipun normal la kn..  yg penting kita tahu dia banyak da bersama2 dgn kita..saat susah mahupun senang.. sbnrnya bukan ena jak.. semua pun banyak sangay berjasa.. ana yg sngt memahami kalo ad kesusahan.. agie yg betul2 mcm keluarga.. zati yg betul2 ambik berat.. huhu.. xtw la..kalo nak tulis untuk setiap orang memang xhabis la.  hhuhu
 dan yg pasti dirindui.. my classmate.. semuanya ada gaya masing2 dan suasana tu yg akan dikenang sampai bila2..

#awat awal sangat nak touching2 ne..hahaha

Thursday, September 3, 2015

Wanna find a new friend

Salam..
My dear blog.. Apa khabar?? :)
Sekarang ne, cuma menghitung hari untuk meninggal alam belajar di persekolahan, dan pengajian tinggi. Selepas ne, mula la dunia baru iaitu alam pekerjaan.

Memang banyak sangat yang ditakuti..
pertama, siapa kawan baru? best ka kerja daripada belajar?
ok..
jawapannya pun, seperti da terjawab..
memang belajar lebih best dari kerja..
tapi... soalan pertama masih pertanyaan..

Ya Allah..
kirimkan aku seorang sahabat yang sesuai dengan diri ku.
yang boleh jadikan aku lebih baik..
dan saling menerima..
aku inginkan sahabat yang baru..
mungkin belum pernah ku kenali sebelum ini..

entah kenapa itu yg aku harapkan ketika ini.. :(
dalam diari hidup ku.. aku cuma simpan satu nama sahabat karib untuk setiap tempat yang ak pergi.. sek.rendah, menengah dan IPG..
dan sebb itu, aku harap ada rakan karib baru untuk di alam pekerjaan nanti...

Please.. i want a new friend...
friends till the end :D


Saturday, August 29, 2015

Emas

Masa itu ibarat emas..
disebabkan emas itu tidak nampak,
masa nampak macam sampah,
murah dan tak berharga..
dibazirkan begitu saja...

ya... nampaknya aku kena beli emas.. hahaah

Thursday, August 20, 2015

‘GURU PENYULUH KEHIDUPAN’


“Lalu  menjadi penerang bagi mereka di alam kubur nanti”

“ Cikgu, Irfan tiada duit”, adu sahabat baiknya Riduan sewaktu sesi rehat. Irfan murid darjah 4 yang sering tiada wang saku ke sekolah. Kadang-kadang duitnya sengaja disimpan untuk keesokan harinya dan kelihatan sangat berjimat cermat. Sikap Irfan yang sopan dan sentiasa memberi salam ketika bertemu, berjaya menarik perhatian saya sebagai guru praktikum yang baru seminggu menjejakkan kaki ke sekolah itu. Saya seringkali mendapat jadual kelas ganti di kelas Irfan belajar, dan setiap kali itu saya cuba berkenalan dengan lebih akrab lagi dengan mereka.
Sebagai guru praktikum, sikap suka memerhati sudah menjadi sinonim kerana budaya sekolah dan persekitarannya hendak disebatikan dalam diri. Menjiwai profesion perguruan iaitu dengan membiasakan diri dengan watak-watak yang wujud di sekolah, kadang-kadang membuatkan saya tersenyum nipis melihat karenah murid-murid dan perbicaraan guru-guru di sekolah yang sering bercakap tentang murid mereka. Malah apa  yang lebih mengagumkan guru-guru bercakap tentang murid mereka seolah-olah bercakap tentang anak mereka sendiri yang sangat mereka kenali.
Saya menjalani praktikum berfasa dan kesemuanya sebanyak 3 fasa. Setiap fasa praktikum, saya jalani di sekolah-sekolah yang berlainan dan mendapat pengalaman yang berbeza bagi setiap sekolah. Namun begitu, tetap ada persamaan dalam beberapa aspek dan juga beberapa perbezaan yang ketara. Oleh itu, saya menyimpulkan bahawa setiap sekolah memiliki corak pimpinan yang berbeza dan memberi pengalaman yang berbeza. Saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai beberapa pengalaman yang berharga ini.
Mengenang kembali peristiwa pahit manis semasa menjalani praktikum, salah sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar telah menggamit satu kenangan indah dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Sekolah yang terletak di tengah jelapang padi ini benar-benar memberi ketenangan bagi sesiapa yang datang ke sana. Murid-murid juga kelihatan sangat seronok menyambut kehadiran kami sebagai guru praktikum di sekolah ini.
Sekolah ini juga berjaya melahirkan murid-murid yang cerdas dan berbakat walaupun bilangan mereka hanyalah sedikit berbanding sekolah-sekolah di bandar. Saya yakin bahawa kejayaan murid-murid bermula dengan kehebatan guru-gurunya mendidik. Kak Ana, yang merupakan seorang guru Bahasa Melayu tahun 4 Fathonah sering menarik perhatian saya, sudah menjadi rutin hariannya turun naik ke kelas yang terletak di tingkat 3. Kak Ana yang berpersonaliti menawan seringkali mendapat perhatian murid-murid, hampir setiap pagi ada sahaja murid yang memuji penampilan Kak Ana . Wajah Kak Ana yang hampir seiras dengan pelakon Indonesia itu bertambah anggun lagi dengan perwatakannya yang lemah lebut dan juga tidak kedekut menghulurkan senyuman.
Memandangkan Kak Ana sudi menjadi guru pembimbing saya semasa menjalani praktikum di sekolah itu, saya berpeluang mengenali Kak Ana dengan lebih dekat lagi. Saya mendapat tahu bahawa Kak Ana mengajar dan menjaga dua buah kelas yang tercorot dan sangat terkenal dengan murid yang agresif dan aktif. Hampir semua guru yang mengajar kelas tersebut, turut mengeluh setiap kali balik dari mengajar kelas tersebut. Malah ada segelintir guru yang seolah-olah menakutkan kami untuk masuk mengajar di kelas tersebut.
Namun begitu, berbeza sekali bagi Kak Ana yang sentiasa berfikiran positif terhadap murid-muridnya. Kami bertemu dengan Kak Ana untuk membincangkan silibus pengajaran dan juga bertanyakan sikap murid-murid di kelas tersebut, dan jelas Kak Ana tidak memberikan sebarang pandangan negetif tetapi memberikan dorangan kepada kami. Malah, Kak Ana juga turut sudi memberi tunjuk ajar dengan menunjukkan kepada saya bagaimana cara mengawal kelas tersebut. Peribadi Kak Ana yang sentiasa komited dengan tugasnya dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa itu sangatlah terpuji.
Selain itu, kelembutan dan kasih sayang Kak Ana sangat terserlah dan menyentuh hati sesiapa yang melihatnya. Irfan yang merupakan salah seorang murid Kak Ana dan merupakan anak pertama daripada dua beradik itu bukan lah anak-anak yang bernasib baik. Irfan dan adiknya kini dibawah jagaan neneknya yang sudah tua namun tetap gigih menghantar cucu-cucunya ke sekolah. Ibu Irfan telah pun meninggal dunia manakala ayah mereka pula telah pun meninggalkan mereka sejak mereka masih kecil lagi. Saya sering melihat Kak Ana bertemu dengan Irfan dengan memberikan sesuatu kepada budak kecil itu. Kadang-kadang Kak Ana berikan belanja untuk rehat dan adakala membelikan mereka set pakaian sekolah. Jauh disudut hati, saya kagum dengan kemuliaan hati dan keprihatinan Kak Ana terhadap murid-muridnya.
Kasih sayang merupakan keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Ia diletakkan sama penting dengan keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan. Apatah lagi untuk seorang kanak-kanak seawal usia seperti Irfan. Kekurangan belaian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan penjaga akan memberikan kesan negetif dalam perkembangan emosi anak kecil. Rasulullah juga menyelar golongan yang tidak menyayangi anak-anak sebagaimana maksud hadis, “ Tidaklah termasuk golongan kami, orang-orang yang tidak mengasihi anak kecil di antara kami dan tidak mengetahui hak orang besar di antara kami” riwayat Abu Daud dan Tarmizi.
Selain daripada memberi kasih sayang, seorang guru juga perlu amanah dalam menjalankan tanggungjawab mendidik murid-murid iaitu dengan memberikan ilmu pendidikan yang benar. Ilmu ibarat cahaya yang mampu menyuluh kehidupan murid di masa hadapan. Justeru itu, peranan guru adalah sangat besar dalam mencorak anak bangsa. Meskipun perjalanan saya masih terlalu singkat dalam bidang ini, saya dapat merasai bebanan kerja yang ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Guru bukan sahaja memberi ilmu pendidikan tetapi guru juga mendidik murid dengan membentuk akhlak yang mulia.
Pernah saya mengeluh sewaktu mengajar murid tahun 4 Fathonah yang sangat terkenal dengan sikap suka bermain di kelas. Saya merasakan bahawa saya sudah melakukan sehabis baik untuk mereka belajar, namun sikap mereka sahaja yang tidak mahu berubah. Saya berusaha untuk muhasabah diri supaya tidak berlaku kejam terhadap mereka iaitu dengan mengabaikan tanggungjawab saya supaya mendidik mereka untuk terus berubah. Namun begitu, ada satu hari ketika saya melintas kelas mereka, saya melihat Kak Ana sedang mengajar di kelas tersebut dan melihat suasana yang berbeza. Saya berasa sangat pelik kerana mereka semua belajar dengan tekun walaupun Kak Ana mengajar dengan lembut tanpa meninggikan suara.
Sejak itu, saya mula menyalahkan diri kerana tidak mampu mengawal mereka dan tertanya-tanya apakah yang Kak Ana lakukan sehingga berjaya membuatkan mereka mahu belajar dengan tekun. Oleh itu, saya dengan rendah hati telah bertemu dengan Kak Ana untuk bertanyakan pendapat Kak Ana tentang cara mengawal murid di kelas itu. Kak Ana seorang yang sangatlah merendahkan diri, namun tidak pernah mengecewakan saya setiap kali bertemu dengannya untuk mendapatkan pendapat. Kak Ana memberitahu saya bahawa seorang pendidik perlu peka dengan tahap pembelajaran anak murid di sekolah kerana ada sebilangan murid yang mempunyai keupayaan kognitif yang lemah dan ada di antara mereka yang mempunyai masalah membaca, menulis, mengira dan sebagainya.
Antara cara untuk mendidik murid yang lemah dalam pembelajaran adalah dengan memberikan motivasi kepada mereka. Motivasi berbentuk ekstrinsik dan intrinsik boleh diberikan untuk menggalakan murid-murid ini untuk terus berusaha mengejar impian. Motivasi ekstrinsik ialah berbentuk pujian, markah yang baik, hadiah dan sebagainya. Manakala, motivasi intrinsik ialah dengan memberikan peluang kepada murid untuk mengendalikan sesuatu yang boleh membuatkan mereka gembira, puas hati dan ingin berjaya.
Abdullah Nasih Ulwan menyebutkan bahawa generasi islam terdahulu bersungguh-sungguh berusaha untuk menyerahkan anak mereka kepada guru yang dipercayai. Mereka juga selalu mengadakan pertemuan dengan para guru anak mereka itu. Antara pesanan mereka kepada guru tersebut adalah, “ Janganlah kamu keluarkan mereka daripada satu ilmu kepada ilmu yang lain hingga mereka betul-betul menguasai ilmu tersebut.’’ Oleh itu, sebagai seorang guru sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk memberikan ilmu kepada murid-murid di sekolah dengan ikhlas dan sabar.
Setiap nasihat yang Kak Ana sampaikan ianya lahir dari hati yang jelas terpancar keikhlasan dalam mendidik. Kata-kata Kak Ana juga ibarat peluru yang menembak diri ini supaya sedar akan kepentingan seorang guru dalam mendidik murid-murid. Tanggungjawab seorang guru perlu dijalankan dengan sebaik mungkin bukan hanya seperti melepaskan batuk di tepi tangga tetapi hendaklah seperti menatang minyak yang penuh.
Selain itu, seorang guru juga perlu sentiasa bertaubat dan memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t supaya dengan itu dia dapat menghadapi kesibukan tugasnya dan berhadapan dengan para pelajarnya dengan baik. Guru juga perlu ikhlas dalam melaksanakan pekerjaannya, bersifat kasih sayang dan menunjukkan akhlak yang baik untuk menjadi ikutan para pelajar. Sememangnya bukan mudah untuk menjadi seorang guru dengan kesibukan seorang guru itu sendiri. Namun, itu bukanlah alasan untuk guru melepaskan terus peranan tersebut tanpa mencubanya.
Justeru itu, sebagai seorang bakal guru kepada anak bangsa, saya sangatlah teruja untuk mencontohi sikap kak Ana dalam profesion perguruan beliau. Kak Ana boleh menjadi suri teladan buat saya untuk memiliki nilai-nilai murni dalam profesion perguruan ini. Selain menjadi suri teladan, kata-kata kak Ana yang memberi bekas dalam hati, seolah-olah membakar lagi semangat saya untuk menjadi seorang pendidik yang ikhlas dan sabar dalam mendidik anak bangsa. Saya tidak menafikan Kak Ana sebagai salah seorang guru yang berjaya memberi inspirasi dalam hidup saya untuk terus bertapak dalam bidang perguruan ini.
Akhir sekali, sekalung jutaan terima kasih buat Kak Ana yang banyak membuka mata hati saya untuk melihat bidang perguruan ini diperspektif yang jauh lebih mulia. Semoga saya berjaya mencontohi para guru yang telah berjaya melahirkan murid-murid yang berjaya di dunia dan di akhirat sana.
“ Sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka ia mendapat pahala sama seperti orang yang mengamalkan ilmu tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkan ilmu tersebut.” Riwayat Ibnu Majah.

-Tamat-