Pages

Wednesday, February 29, 2012

Wahai Diri

Andai kata, mebuat luka, jangan simpan di dalam hati,
andai diri, mulai leka tak serupa bicara, jangan dikata di balik tabir,
andai maaf, sudah tidak terbuka, jangan lupa diri pernah berdosa,
andai angan, membuat ronah, jangan biar realiti menjadi ladang tak berbuah.

pena yang tak seberapa, buat peringatan untuk diri ana.
hari seperti mengajar, akan dunia yang mula tidak tentu hala,
namun kita masih leka, mencipta angan-angan yang belum tentu dapat dicipta,
setiap saat hilang entah ke mana, pergi lesap di buai mimpi yang lena,
hidup seperti mati dan mula tidak bererti,
makanan rohani, merentih-rintih minta di isi,
wahai diri, janganlah lupa diri, meminjam jasad dari ilahi,
episod hidup mulai mencorak personaliti diri,
tarbiyah Allah, memberi kekuatan dalam diri,
mohon hidayah jangan pernah berhenti,
setiap saat, berzikirlah di dalam hati.

wahai mata, melihatlah dengan mata hati,
jangan kau termakan hasutan nafsu dalam diri,
membawa diri lari dari jalan ilahi,
hari ini pasti akan pergi, esok sudah tentu belum pasti,
andai ajal ana hari ini, adakah syurga atau neraka yang sedang menanti?

Allah, Allah,Allah..

pegang daku, ikatlah daku,
ana ingin setia dipegang dirimu,
jangan pernah lepaskan ana,
ana takut terpesong dari jalan mu..



Thursday, February 23, 2012

Buat Bapa ku Yang di kasihi......

Bapa ku seorang yang hebat,
aku cinta akan ia,
Orang nya tabah juga sabar,
hari ini, ia bergembira,
semoga esok jua,
ibu pasti tahu segalanya,
Ya Allah, khabarkan berita gembira ini buat ibuku,
kini, bapaku sudah berjaya,
semua atas usaha dan jasa baikmu,

Ya Allah,
aku cinta kedua-dua orang tua ku,
moga engkau lebih mengasihi mereka daripadaku,
semoga kami dihimpun dlm jannah firdausmu..

amin ya rabbal alamin..

Thursday, February 9, 2012

Fitrah manusia perspektif agama



     Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci(fitrah-islami). Ayah dan ibunyalah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). Hadis Riwayat Bukhari.
Berdasarkan daripada hadis di atas, agama islam melihat setiap manusia memiliki fitrah islam ketika mereka bayi lagi. Lalu, ayah dan ibu merekalah yang menjadikan mereka penganut agama lain selain islam.
Justeru, fitrah manusia dalam perspektif agama juga melihat kepada potensi diri dan perkembangan intelek setiap individu. Di mana, potensi pertama yang Allah berikan adalah “al-gharizah” yang berupa tangisan. Tangisan merupakan hidayah pertama Allah kepada kita. Ketika seorang bayi itu tidak lahir dalam keadaan menangis, maka itu merupakan tanda bahawa tidak ada kehidupan buatnya. Oleh itu, “al-gahzirah adalah satu tanda kehidupan bagi bayi tersebut.
Di samping itu, Allah memberikan indera kepada manusia sejak dari lahir. Terdapat lima indera manusia yang boleh diperkembangkan potensinya. Seterusnya, Allah menganugerahkan akal kepada manusia sebagai makhluk yang termulia di alam semesta  yang dapat membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Sebagaimana  Rasulullah S.A.W telah bersabda, “…Dan alat bagi orang mukmin adalah akal.. dan tiang agama adalah islam. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan yang menyeruh orang-orang beribadat ialah akal.
Allah juga mencipta manusia dengan adanya hati. Hati merupakan sebuah institusi yang ada dalam diri manusia dan tidak pernah berbohong. Oleh sebab itulah, orang beriman harus dengan hati, kerana indera sering berbohong. Sebagaimana Rasulullah menyatakan bahawa Allah tidak melihat mukamu, bukan melihat bentuk tubuhmu, tetapi yang dilihat adalah hatimu.
Akhir sekali, Allah menyediakan agama sebagai ad-din atau jalan hidup bagi manusia dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan. Lalu, agama lah yang menjadi hakim kepada manusia di akhirat kelak dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman. Sehubungan dengan itu, islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Berbekalkan lima potensi diri ataupun hidayah yang Allah kurniakan kepada kita, maka menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk mencorak potensi-potensi tersebut.



Manakala, perkembangan intelek dari sudut agama juga adalah sangat penting sebagaimana yang di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w iaitu  “ilmu tanpa iman bencana, iman tanpa ilmu gelap”. Begitulah gambaran ataupun perumpamaan yang melihat hubungan iman dan ilmu sangat akrab dan tidak boleh dipisahkan.
        Menurut perspektif agama islam sendiri, daya intelek yang dipunyai oleh individu adalah saling berkait dengan sifat-sifat Allah yang diberi kepada manusia dalam bentuk yang amat terbatas. Dari sudut perkembangan pula, daya intelek boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu potensi intelek, skim ilmu dan amal yang soleh. Walaubagaimanapun, daya intelek hakikatnya bukan hak individu secara mutlak tetapi ianya adalah hak milik Allah. Setiap individu diamanahkan dengan daya intelek sebagai ujian daripada Allah dan individu yang Berjaya menggunakan daya tersebut mengikut peranturan, dia akan mendapat kebahagiaan.
       Setiap manusia juga memiliki potensi kekuatan semula jadi untuk bertambah dan berkembang menjadi insan yang mulia.potensi kekuatan dikenali sebagai intelek bahan yang mengandungi bahan tulin iaitu pelbagai bentuk keintelektualan mengikut keupayaan terpendam yang ada padanya. Keupayaan terpendam ini berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.
    Oleh itu, wajar untuk setiap individu menggunakan nikmat kemahiran berfikir sesuai dengan petunjuk Allah. Malahan, agama Buddha juga memberi penghormatan yang tinggi terhadap keintelektualan ataupun kebijaksanaan manusia. Di samping, menggalakkan penganutnya untuk memperkembangkan potensi dengan memiliki keyakinan pada kebolehan diri sendiri. Individu yang dapat mengalami, memahami, menyedari dan menyucikan mindanya, kebijaksanaan akan diperoleh. Tahap ini ialah penyempurnaan yang tertinggi.
       Kesimpulannya, perkembangan intelek dan potensi diri individu dalam perspektif agama merupakan satu nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada hamba-hambanya. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah An-Nahl 16:97 .
“ sesiapa yang beramal soleh baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan”.




Wednesday, February 1, 2012

Maafkan Daku............

assalammualaikum...
rasa da lama sngt tak menulis blog.. smpi rasa rindu dan malas berbaur..hehe.. erm..knp tajuk hari ne cam pelik jer?? haha.. 


sebenarnya..da lama ana nak minx maaf dekat kawan2 ana.. rasa selama ne ana bnyk ikut hati ana ja. kerana banyak benda yg ana buat dan penting, ana terpaksa menolak banyak ajakan dari teman2 semua.

mungkin kalian belum faham ana, sebagaimana ana juga tidak faham kalian secara keseluruhannya. dulu ana lain, sekarang ana ada perkara yg jauh lebih penting untuk ana fokuskan. mungkin keseronokan remaja nak bercuti dan mengeratkan ukhuwah semata-mata bukan lagi masa untuk ana.masa lapang dan kehendak 3f bukan lagi milik ana. kerna ana sedang berada dlm satu medan perjuangan yg memerlukan penjagaan dr setiap sudut.

bukan bermaksud ana rasa tak bebas dgn ini semua, tp ini lah kebebasan yg sebenarnya. jiwa ana lapang dan gembira. bertemu dgn shbt2 yg sntiasa menghadiahkan senyuman pertemuan kerana Allah.. ana sedar, mungkin masih ada sikap ana yg tidak seindah mata memandang. namun, hati ana juga tidak dpt menipu. terlalu banyak benda yg menyakitkan jiwa ana untuk melakukan. first, ana memang bukan peminat muvie, melepak juga melancong. tp, bukan bermaksud benda itu tidak baik. semuanya baik. cuma, da ana yg tak minat sngt, memang hati ana menolak benda2 tu. sebab itulah ana nak minx maaf. 

ana suka berkawan degn shbt ana yg nmnya ena. meskipun dia memiliki minat yg berbeza dgn ana, namun dia sgt memahami ana. dia tak pernah nak ajak benda yg dia tahu ana tak minat. dan sentiasa sudi berkongsi fahaman dgn ana. 

mungkin ana terlalu ego untuk org memahami, tp hati ana juga terluka bila sahabat semua sudah mula menjauhi ana. walaupun, ana tahu yg itu semua silap ana. tp, ana sgt2 nak minx maaf sebab bukan hati, tp seluruh jiwa dan anggota ana seperti bersatu padu untuk menolak perkara2 yg ana memang x suka. jd, ana hny mampu menolak dgn cara yg baik, tp, tolng jgn marah ana untuk perkara lain.

selain itu, ana juga tak suka bila terasa ukhuwah tak baik dan tak bertegur dgn shbt2 yg dahulunya rapat. tp kini nak tegur pun payah. pertama sekali, ana nak minta maaf. sebab memang ana tak tegur sebab ana rasa takut sangat. ana takut tersalah kata. sebab ana memang suka buat lawak tak jadi kot..huhu.. tp, sejujurnya.. ana sngt rindu persahabatan yg lalu.. maafkn daku sahabatku.. but.. i really miss u.

untuk selanjutnya, buat shbt ana yg sorg ne pula.. ana memng x suka sgt lah tgk perangai dya yg memang suka menunjuk-nunjuk.. mudah-mudahan Allah buka hati dia nnt untuk berubah amin..

k.. lastly... ana nak mohon dekat Allah mudah2an mereka semua bukankan hati untuk maafkan ana.. amin..