Pages

Wednesday, January 29, 2014

Banjir

salam..
Hari ne,, satu kelas nyanyi lagu tentang banjir..
ish2...
mcm2 ja.. haha..
lucu, malu dan lain2..

erm.. setakat ne..
alhamdulillah.. Buku Aku Terima Nikah Nya.. Penulisan Ust Hasrizal sudah bertukar tangan..
dan penulisan yang sngt baik.. menjadi rujukan dalam perhubungan yang diredhai..
kdg2 berlaku kekhilafan dlm perhubungan.. sbb itu perlu rujukan..
memang pelik bila memilih tanpa mengenal terlebih dahulu..
Tapi, bila ad persamaan.. terasa sngt bersyukur..
Alhamdulillah...

Allah sngt baik dan tak menzalimi hambanya..
Bersederhana lah.. jaga la.. dan bnyk lagi..
sebelum pilih, cek juga dari shbtnya keluarganya..
agar jgn salah pilih..
bila slh pilih.. kita akan ikut pemimpin yang salah..
pemimpin yg xtahu membawa hubungan ke jalanNya..
maka cepatlah sesuatu hubungan itu rosak dan xdiredhai..
peliharalah di awalnya agar pengakhirannya baik.. :)

Monday, January 20, 2014

Keep smile

Salam.. :)

Banyak kerja, tapi tak tahu nak mula mana satu...
Bahagia sebentar dapat berkumpul jumpa sahabt2 yang ibarat ubat..
senyuman mereka telatah meraka..
i just want to keep smile..

aku ingin sentiasa senyum.
sebenarnya aku sedih sikit hari ne..
sebabnya... 
tidak ditemui lagi.. haha..
any way.. tq sahabat...


Saturday, January 11, 2014

Conteng malam..

Assalamualaikum. :)

Malam ne, dan sepanjang hari ne..alhamdulillah..
Nak bagitahu yang sem ne, akan sangat sibuk.. Terasa dari permulaannya lagi..
Housemate pun pening tgk sy, yang sekejap keluar dan balik rumah, kemudian keluar lagi..
Rasa macam da bekerjaya pula.. hehe..
Tapi, alhamdulillah, dapat juga isi2 masa dgn perkara manfaat..
at least petang td sempat juga kemas2 bilik dan berehat secukupnya..
esok pula, da mula seminggu untuk berkuliah..
musim kuliah memang musim yang memenatkan dan masa yg padat.
next week juga, waktu cuti sudah penuh terisi dgn mcm2 program.. 
oh ya, nasib ahad minggu depan cuti, jadi boleh la dapat extra rehat... hehe...

Alhamdulillah, tadi berpeluang pergi menjagi dekat pondok gajah teriak..
tempat nya sangat cantik.. Subhanallah memang sgt cantik..
dengan suasana hutan yang mendamaikan..hehe..
tak sangka dalam kwasan seperti itu, ada satu tempat pengajian agama yang dikunjungi ramai orang,
susasana pengajian juga sangat selesa dan dihidupkan dengan al-asma al-husna.
Penghayatan terhadap nama2 Allah, in shaa Allah dapat membuatkan kita lebih dekat dan tahu yang Allah sebenarnya sentiasa dekat dengan kita.

Sekarang ne, sedang berusaha untuk belajar ilmu ne..
dalam masa yg sama, sedang memikirkan macam mn nak bawa balik ke sabah,
barang2 yang da terlalu banyak dekat kedah ne.
bukan setakat buku2, pakaian dan bantal2 yang comel2 pun semakin bertambah.
nampaknya, tahun ne kena mula angkat barang balik rumah..
sikit2 lama2 kosong lah juga bilik ne.. hehe.
sebelum ne, bawa balik buku ja...
itu pun, xbanyak..
sebab tak beli luggage.. selepas ne, memang kena beli la..hehe
ok la.. tu ja untuk malam ne..
selamat malam..
Assalam.. :)

Monday, January 6, 2014

Bagaimana itu cinta...

Cinta..
dulu aku.. sngt elergik dengan orng bercinta..
couple yang suka jumpa2..
bagi2 hadiah, call selalu..
dan apa lagi yang berdua-duaan..
Sampai aku, betul2 xnak bercinta selagi belum nikah...

aku baca buku2 cinta, dan mula faham apa batas2 dan kehendak cinta,
menyampaikan kefahaman tentang cinta tanpa pernah merasa apa itu cinta,
aku xpernah bercinta kerana aku xpernah ingin bercinta,
pernah aku mencinta dalam diam, tapi jauh sekali aku menyatakan..
aku pernah menangis kerana dicintai..
kerana aku takut menanggung dosa menyembabkan seseorang jatuh cinta..

Sebab itu, aku hanya faham cinta dari sudut logik..
aku menghukum sesiapa shj yang bercinta tanpa memahami persaan orng bercinta..

Kini.. aku mulai faham apa itu cinta yang boleh membuat ramai yang buta,
sehingga sanggup buang kredit, sanggup lawan ibu bapa dan ada yang pergi jauh kerana cinta..
cinta itu sememangnya luarbiasa, bila ada seseorang yang hadir dan sangat menghargai kita.
Tapi, kita salah andai kita hanya cinta kepada dia yang mencintai kita tapi tidak mencinta Tuhan kita.

Bila cinta yang utama telah diketepikan, maka berjalanlah kita dengan cinta yang sudah dibutakan syaitan..
Aku percaya, yang aku juga sama seperti wanita2 lain,
yang pastinya inginkan seorang yang sangat menyayangi kita,
kadang2 kita ingin dia menunjukkan sepenuh kasih sayang, sedangkan masih belum bernikah,
alasannya untuk mendapatkan keyakinan dan kepastian sblm bernikah..
itu lah kelemahan ramai wanita yang suka kan perhatian dan kasih sayang..

Tapi..
percayalah..bila kita menjaga apa yang Allah suruh jaga,
Allah akan jaga juga hubungan kita,
kita xcouple, Allah bagi pasangan yang xpernah couple,
kita jaga solat, Allah bagi yang menjaga solat..
Pendek kata, Allah bagi jodoh yang kita perlukan,
Baiki niat kita...
bukan cari jodoh untuk mendapat nikmat dan cinta semata,
tapi..cari lah jodoh untuk mendapatkan redha Allah..

Aku..
tidak juga kuat untuk melawan perasaan,
tapi.. aku percaya pada perasaan sediri..
manusia itu tenteram pada kebaikan dan gelisah pada kejahatan.
bila hati mula rasa gelisah pada perhubungan,
maka peliharalah..

Aku..
takut untuk menasihati, kerana khuatir andai diri sendiri melakukannya,
tapi.. dengan pena ini..
aku sebenarnya sedang menasihatkan diri ku sendiri..

aku sebenarnya, sangat bersyukur sebab dapat mengenali seseorang yang ikhlas dan menjaga ku
saat hati ku buta, seseorang yang tegas, tapi lembut dalam nasihat, menasihatiku tanpa menyakiti persaan ku.. ikhlas dengan ku, dengan menemui wali ku.. sentiasa memohon maaf kepada ku, sedang aku yang bersalah...

Aku sangat bersyukur..
tapi, aku sedih memikirkan waktu yang panjang..
aku bersyukur pada jarak yang memisahkan..
dan aku tahu,
andai sekat sekalipu, dia pasti tidak ingin bertemu..
kerana itu, aku bersyukur sbb ada malu yang menjadi perisai perhubungan.

aku pinta cepat,
andai ia baik, percepatkan lah,
kerana aku khuatir pada masa yang panjang,
aku takut hati yg celik menjadi buta..

aku takut
tidak mampu menghadapi ujian mendatang..
Andai masih panjang waktu,
mudah2an aku dapat mndekatkan diri lebih dekat dengan Nya..

kerana bila mana aku menjaga, Allah juga akan menjaganya...

Jaga hubungan dengan Allah, in shaa Allah.. Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia.. :)
Demam datang lagi.. :(

Entah kenapa sejak akhir2 di bumi kedah ne,
da selalu da kena demam..
bila demam di tempat orang, memang berbeza dengan demam di tempat sendiri..

di rumah, ada bapa dan adik2 atau kakak yang akan jaga dan sangat dpt perhatian..
bila diperantauan... kena banyak berdikari..
pandai jaga diri dan jangan manja sangat.. hehe...

Erm.. sem ne... kawan2 plan mcm2..
nak jalan sana, jalan sini..situ..
fuh...
tp, aku macam malas nak jalan..
Ak nak budget duit betul2..
aku segan nak boros dengan duit yang bapa bagi..
aku da terlalu bnyk terhutang budi..
aku xnak menyusahkan orng tua..
Tapi, itu lah hakikatnya bila bergelar seorang pelajar..
serba serbi xcukup..

Aku kadang2 fikir untuk jaga hati kawan, ikut gaya hidup kawan..
Tapi, aku tidak sm dengan mereka..
mungkin dorang senang ataupun family kurang tanggungan..
Tapi, aku hanya ada seorang bapa..
dan 4 orng lagi adik beradik yg perlu di sara.
ada adik yg kerja untuk sambung belajar...

Aku mana boleh egois..
lagipun aku sngt sayang dengan adik2 aku..
dan entah la...
maafkan aku kawan2..
bukan sebab xsuka meluangkan waktu bersama-sama,
tapi...
aku ada benda lain yang lebih penting untuk difikirkan..


Thursday, January 2, 2014

Pinta Hati Baru di Tahun Baru ^ ^

Ahlan wa sahlan 2014...

Terasa seperti baru sebentar menuju 2013,
Belum puas pena menulis angka itu,
muncul sudah angka baru..
terasa terlalu pantas masa meninggalkan kita,
terasa terlalu pendek dan sekejap kisah2 kehidupan yang kita paparkan
dalam slot kehidupan di dunia,
apatah lagi yang bernilai untuk dibawa ke akhirat sana..

Baru sekejap terasa kaki teruja melangkah masuk ke sekolah,
mendapat keputusan yang sekejap gempak, dan adakala menjunam,
jatuh bangun dalam kehidupan,
rasa tidak terkira,
namun yang paling pahit dan terkesan,
akan sentiasa dikenang sepanjang kehidupan..

Fasa kehidupan tidak tahu di mana penghujung perhentian,
merancang matlamat hidup, seolah tiada penghujung jalan,
Namun janji Allah sentiasa dalam ingatan,
Ajal maut itu suratan kehidupan,
bagaimana untuk diri terus leka membina angan,
dengan meninggalkan segala suruhan..

Kerana tujuan hidup telah jelas Allah turunkan dalam Al-Quran,
mencari kerdehaan Allah sebagai keutamaan,
terus lah hidup dalam nafas keimanan,
sentiasa tunduk kepada Tuhan,
walau dalam kelekaan,

Kerana, pengakhirnya kita,  pasti bertemu kepada Nya,
Tuhan Sekalian Alam..

Aku ingin jalan yang lebih indah dari sebelum,
jalan yang membuatkan aku yakin,
seandainya aku pergi bertemuNya lebih dahulu,
aku berada dalam RahmatNya,
Aku ingin mencorak kehidupan yang bermanfaat untuk hari di sana,
yang aku tidak tahu bagaimana rupanya,
cuma mampu membayangkan perasaan yang pasti menggerunkan di Api Neraka,
dan Lazatnya andai terpilih melihat wajah Allah Azza Wa Jalla..

Aku terfikir..
dalam kehidupan yang serba pendek namun terasa panjangnya,
hanya sedikit sahaja mereka yang celik untuk menuai amalan untuk di bawa ke hari akhirnya,
aku sedar pada teruknya media dan persekitaran yang menggoyahkan keimanan,
namun aku hairan pada sekelompok yang masih utuh dengan nilai keislaman,
Aku terasa berada dipertengahan,
sekejap condong ke kanan, dan sekejap condong ke kiri.
aku seronok pada hiburan, namun aku sakit saat berdamping dengan kemungkaran,
Aku berusaha menolak kemungkaran,
sedang aku menikmati kelazatannya..
Namun, tiada kelazatan dalam keingkaran,
melainkan hati yang mati, dan telah ditutupnya pintu hati dari ketukan hidayah.
Ya Allah..

Bagilah kami mata2 yang celik dan hati yang celik..
Untuk merasai sakitnya kemungkaran dan lazatnya merasai kemanisan iman,
Jauhi kami dari segala kemaksiatan,
yang akhirnya memakan diri kami ke dalam Api Neraka yang menggerunkan..

Kerana aku insan biasa,
bercita-cita menjadi insan luar biasa,
kerana ingin berdamping dengan mereka2 yang luar biasa..
Di singgahsana yang indah,
Syurga Allah yang pasti Ter Indah..

Allah humma Amiin..