Ahlan wa sahlan 2014...
Terasa seperti baru sebentar menuju 2013,
Belum puas pena menulis angka itu,
muncul sudah angka baru..
terasa terlalu pantas masa meninggalkan kita,
terasa terlalu pendek dan sekejap kisah2 kehidupan yang kita paparkan
dalam slot kehidupan di dunia,
apatah lagi yang bernilai untuk dibawa ke akhirat sana..
Baru sekejap terasa kaki teruja melangkah masuk ke sekolah,
mendapat keputusan yang sekejap gempak, dan adakala menjunam,
jatuh bangun dalam kehidupan,
rasa tidak terkira,
namun yang paling pahit dan terkesan,
akan sentiasa dikenang sepanjang kehidupan..
Fasa kehidupan tidak tahu di mana penghujung perhentian,
merancang matlamat hidup, seolah tiada penghujung jalan,
Namun janji Allah sentiasa dalam ingatan,
Ajal maut itu suratan kehidupan,
bagaimana untuk diri terus leka membina angan,
dengan meninggalkan segala suruhan..
Kerana tujuan hidup telah jelas Allah turunkan dalam Al-Quran,
mencari kerdehaan Allah sebagai keutamaan,
terus lah hidup dalam nafas keimanan,
sentiasa tunduk kepada Tuhan,
walau dalam kelekaan,
Kerana, pengakhirnya kita, pasti bertemu kepada Nya,
Tuhan Sekalian Alam..
Aku ingin jalan yang lebih indah dari sebelum,
jalan yang membuatkan aku yakin,
seandainya aku pergi bertemuNya lebih dahulu,
aku berada dalam RahmatNya,
Aku ingin mencorak kehidupan yang bermanfaat untuk hari di sana,
yang aku tidak tahu bagaimana rupanya,
cuma mampu membayangkan perasaan yang pasti menggerunkan di Api Neraka,
dan Lazatnya andai terpilih melihat wajah Allah Azza Wa Jalla..
Aku terfikir..
dalam kehidupan yang serba pendek namun terasa panjangnya,
hanya sedikit sahaja mereka yang celik untuk menuai amalan untuk di bawa ke hari akhirnya,
aku sedar pada teruknya media dan persekitaran yang menggoyahkan keimanan,
namun aku hairan pada sekelompok yang masih utuh dengan nilai keislaman,
Aku terasa berada dipertengahan,
sekejap condong ke kanan, dan sekejap condong ke kiri.
aku seronok pada hiburan, namun aku sakit saat berdamping dengan kemungkaran,
Aku berusaha menolak kemungkaran,
sedang aku menikmati kelazatannya..
Namun, tiada kelazatan dalam keingkaran,
melainkan hati yang mati, dan telah ditutupnya pintu hati dari ketukan hidayah.
Ya Allah..
Bagilah kami mata2 yang celik dan hati yang celik..
Untuk merasai sakitnya kemungkaran dan lazatnya merasai kemanisan iman,
Jauhi kami dari segala kemaksiatan,
yang akhirnya memakan diri kami ke dalam Api Neraka yang menggerunkan..
Kerana aku insan biasa,
bercita-cita menjadi insan luar biasa,
kerana ingin berdamping dengan mereka2 yang luar biasa..
Di singgahsana yang indah,
Syurga Allah yang pasti Ter Indah..
Allah humma Amiin..
No comments:
Post a Comment