Pages

Monday, January 6, 2014

Bagaimana itu cinta...

Cinta..
dulu aku.. sngt elergik dengan orng bercinta..
couple yang suka jumpa2..
bagi2 hadiah, call selalu..
dan apa lagi yang berdua-duaan..
Sampai aku, betul2 xnak bercinta selagi belum nikah...

aku baca buku2 cinta, dan mula faham apa batas2 dan kehendak cinta,
menyampaikan kefahaman tentang cinta tanpa pernah merasa apa itu cinta,
aku xpernah bercinta kerana aku xpernah ingin bercinta,
pernah aku mencinta dalam diam, tapi jauh sekali aku menyatakan..
aku pernah menangis kerana dicintai..
kerana aku takut menanggung dosa menyembabkan seseorang jatuh cinta..

Sebab itu, aku hanya faham cinta dari sudut logik..
aku menghukum sesiapa shj yang bercinta tanpa memahami persaan orng bercinta..

Kini.. aku mulai faham apa itu cinta yang boleh membuat ramai yang buta,
sehingga sanggup buang kredit, sanggup lawan ibu bapa dan ada yang pergi jauh kerana cinta..
cinta itu sememangnya luarbiasa, bila ada seseorang yang hadir dan sangat menghargai kita.
Tapi, kita salah andai kita hanya cinta kepada dia yang mencintai kita tapi tidak mencinta Tuhan kita.

Bila cinta yang utama telah diketepikan, maka berjalanlah kita dengan cinta yang sudah dibutakan syaitan..
Aku percaya, yang aku juga sama seperti wanita2 lain,
yang pastinya inginkan seorang yang sangat menyayangi kita,
kadang2 kita ingin dia menunjukkan sepenuh kasih sayang, sedangkan masih belum bernikah,
alasannya untuk mendapatkan keyakinan dan kepastian sblm bernikah..
itu lah kelemahan ramai wanita yang suka kan perhatian dan kasih sayang..

Tapi..
percayalah..bila kita menjaga apa yang Allah suruh jaga,
Allah akan jaga juga hubungan kita,
kita xcouple, Allah bagi pasangan yang xpernah couple,
kita jaga solat, Allah bagi yang menjaga solat..
Pendek kata, Allah bagi jodoh yang kita perlukan,
Baiki niat kita...
bukan cari jodoh untuk mendapat nikmat dan cinta semata,
tapi..cari lah jodoh untuk mendapatkan redha Allah..

Aku..
tidak juga kuat untuk melawan perasaan,
tapi.. aku percaya pada perasaan sediri..
manusia itu tenteram pada kebaikan dan gelisah pada kejahatan.
bila hati mula rasa gelisah pada perhubungan,
maka peliharalah..

Aku..
takut untuk menasihati, kerana khuatir andai diri sendiri melakukannya,
tapi.. dengan pena ini..
aku sebenarnya sedang menasihatkan diri ku sendiri..

aku sebenarnya, sangat bersyukur sebab dapat mengenali seseorang yang ikhlas dan menjaga ku
saat hati ku buta, seseorang yang tegas, tapi lembut dalam nasihat, menasihatiku tanpa menyakiti persaan ku.. ikhlas dengan ku, dengan menemui wali ku.. sentiasa memohon maaf kepada ku, sedang aku yang bersalah...

Aku sangat bersyukur..
tapi, aku sedih memikirkan waktu yang panjang..
aku bersyukur pada jarak yang memisahkan..
dan aku tahu,
andai sekat sekalipu, dia pasti tidak ingin bertemu..
kerana itu, aku bersyukur sbb ada malu yang menjadi perisai perhubungan.

aku pinta cepat,
andai ia baik, percepatkan lah,
kerana aku khuatir pada masa yang panjang,
aku takut hati yg celik menjadi buta..

aku takut
tidak mampu menghadapi ujian mendatang..
Andai masih panjang waktu,
mudah2an aku dapat mndekatkan diri lebih dekat dengan Nya..

kerana bila mana aku menjaga, Allah juga akan menjaganya...

Jaga hubungan dengan Allah, in shaa Allah.. Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia.. :)

No comments:

Post a Comment