Persahabatan merupakan elemen penting dalam kehidupan. Manusia diciptakan bukan bersendirian tetapi berpasangan, berpasukan, berkeluarga dan dalam jumlah yang sangat ramai. Manusia sentiasa saling memerlukan dan berurusan dalam segenap aspek kehidupan. Sahabat merupakan insan yang hadir dalam hidup seseorang dan menjadi insan yang penting meski tiada pertalian darah. Sahabat juga sering hadir secara silih berganti dan sering membantu melengkapi urusan hidup seseorang. Kita juga sudah tentu meliki sahabat ataupun pernah memiliki sahabat dalam hidup kita. Kita juga sudah ada definisi tentang erti sebuah persahabatan.
Ramai yang mendefinisikan sahabat secara perspektif positif dan tidak kurang juga ada yang mendefinisikan sahabat secara negetif. Namun begitu, tiada definisi yang tepat bagi seorang sahabat kerana ramai yang mencari definisi berdasarkan pengalaman individu sendiri. Islam telah mengajar umatnya untuk bijak dalam memilih sahabat kerana ramai yang terseret ke neraka kerana salah dalam memilih sahabat. Sahabat yang baik sudah tentu mendekatkan diri kita kepada ajaran agama dan tidak menjadikan kita termasuk dalam golongan yang lalai.
Bagaimana cara mendapatkan SAHABAT yang BAIK?
Sebelum kita mencari siapa yang layak menjadi sahabat baik kita, kita kenalah terlebih dahulu memahami apa erti BAIK itu sendiri. Setiap manusia memiliki kebaikan dalam menjadi sahabat, contoh baik sebagai rakan ponteng sekolah, kawan baik sebagai gengster di sekolah dan kawan baik melepak serta banyak lagi. Oleh itu, sebelum kita mencari kawan baik kita kenalah senaraikan ciri-ciri kawan baik yang kita mahu. Contonya, tidak tinggal solat, taat kepada ibu bapa, rajin menimba ilmu, hormat orang tua dan sopan santun bahasa.
Setelah mengenalpasti ciri-ciri yang baik tersebut, maka jadikan lah diri kita terlebih dahulu yang memiliki ciri-ciri tersebut. Menjadi anak yang soleh/ah, taat pada agama, sopan santun dan cintakan ilmu. Dengan izin Nya, kita akan dipertemukan dengan insan-insan yang memiliki peribadi yang sama seperti kita, Justeru, kita akan menjadi lebih kuat dan sentiasa bersemangat dalam menjadi seorang manusia yang baik.
Menjelang era ini, terlalu banyak gejala sosial yang makin tidak terbendung. Ibu bapa dan guru digesah memainkan peranan mendidik anak bangsa dengan lebih tekun. Di samping itu, masyarakat juga perlu membantu dalam mencorakkan anak bangsa kita hari ini. Ibu bapa disarankan supaya lebih prihatin dalam perkembangan anak-anak mereka. Pemilihan rakan anak mereka juga perlu diperhatikan. Jangan biarkan anak membesar tanpa bimbingan yang benar dari ibu bapa dan guru-guru di sekolah.
Selain itu, ramai ibu bapa muda juga yang masih tidak cukup matang dalam menggalas tanggungjawab berkeluarga. Ramai ibu bapa mudah yang kurang ilmu agama da gemar hidup berfoya-foya. Hasilnya, pendidikan ilmu agama anak-anak kian terabai. Generasi yang lahir tidak mampu dibina dengan akhlak yang mulia. Bahkan, permasalahan kepada ummah kerana masyarakat makin buta agama.
Kepesatan peluang pendidikan agama di Malaysia tidak dapat dinafikan makin berkembang luas. Namun begitu, turut tidak dinafikan pelbagai gejala sosial dan budaya barat yang turut berkembang luas dan tidak dapat dibendung lagi telah mempengaruhi minda masyarakat kita. Pada hari ini, warga kampung juga sudah turut menjadikan budaya luar seperti menari dikhalayak ramai sebagai hiburan wajib dalam majlis keramaian. Unsur-unsur malu dan sopan santun dalam masyarakat kampung juga makin terhakis seiring dengan waktu. Masyarakat mengejar kemodenan dengan mengikuti budaya luar yang tidak bermoral.
Masalah yang dihadapi pada hari ini, memerlukan banyak tenaga dan usaha untuk ke arah membaik pulih. Bukan hanya golongan pendakwah sahaja yang berperanan untuk mencegah maksiat kerana terlalu banyak maksiat yang sudah berlaku sehingga tidak cukup tangan. Sehubungan dengan itu, sebagai insan yang masih diberi kesedaran ini, marilah kita sama-sama dalam membendung gejala sosial yang makin menghancurkan anak bangsa kita sendiri. Mulakan dengan diri kita dan orang disekeliling kita. Menjadi manusia yang prihatin dan sensetif terhadap perkembangan moral manusia. Sebagai ibu bapa kita perhatikanlah dengan siapa anak-anak kita bergaul dan didiklah anak kita dari kecil dengan ajaran agama agar menjadi penyuluh dihari depannya.
No comments:
Post a Comment