Ya, semua orang tidak suka bila ada yang jaga tepi kain dia. Tapi, tanpa sedar dia sendiri membiarkan orang menjaga tepi kain dia. Dia membuka ruang-ruang untuk orang melihat dan mengenal dirinya. Tidak menjadi kesalahan menceritakan perihal diri sendiri andai cerita itu mampu menjadi inspirasi kepada orang lain.
Namun, apa yang menyedihkan pada hari ini ialah bila ramai yang berkongsi hidupnya dengan menceritakan peihal dirinya yang tidak mendatangkan faedah pada orang lain. Tetapi, hanya membuka ruang-ruang negetif yang menyebabkan orang secara tidak langsung suka untuk menjaga tepi kainnya.
.........................................
STATUS
12.10 p.m
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas cinta hati yang engkau kirimkan kepada ku.
13.10 p.m
awak.. saya suka jam itu. Terima kasih awak.
(.......)
Hari ini saya bahagia bersama dia. Biar jauh di mata dekat di hati.
................................
Sebagai pembaca, akan wujud pelbagai perspektif.. Mungkin ada yang suka, dan juga ada yang tidak suka. Tapi, sudah tentu banyak persoalan mucul bagi setiap individu yang membaca status-status tersebut.
A : Dapat jam pun nak bagitahu seluruh dunia. Aku dapat kereta dari husband, senyap2 da la.
B: Untungnya.. Aku nak pakwe yang macam tu juga.huhu
C: Minta puji
seandainya kita tahu apa yang difikirkan oleh pembaca post kita, mungkin kita akan delete semula status itu. Tetapi, ramai manusia hari ini yang tidak alert dengan tanggapan orang lain, kerana baginya apa yang dia mahu tercapai dan puas.
13.10
Terima kasih bagi jam tangan awak !!
Dalam hati, yes.. nanti semua mesti tahu yang aku dapat jam tangan dari si dia.
atau pun.
Yes, mesti dia gembira. sebab aku hargai pemberian dia dengan bagithu satu dunia.
Pemikiran-pemikiran yang berbeza bagi setiap individu memang di luar kawalan kita. Kerana itu hak dan cara seseorang berfikir. Kita tidak mampu menghalang mereka yang berfikiran negetif dan menyuruh semua berfikiran positif.
Namun, apa yang kita mampu ialah mengelakkan diri daripada menjadi bahan kontroversi atau menjadikan cerita peribadi kita sebagai bahan bacaan harian masyarakat. Ia ibarat menjemur kain di jalan raya atau tempat tebuka. Semua yang lalu lalang akan melihat kain jemuran kita.
Sememangnya kita sukar untuk lari dari berkongsi kisah kita kepada khalayak ramai. Tambahan pula, media elektronik yang makin canggih memudahkan hasrat kita untuk berkongsi cerita. Oleh tu, sebagai manusia yang diciptakan dengan akal, berusahalah menapis setiap status yang hendak di "post" dan lihat dalam perspektif yang positif dan negatif sekiranya status tersebut di tayangkan kepada umum. Sekiranya status tersebut bersifat membina dan memberi makna teruskan berkongsi. Manakala, jika disebaliknya tahanlah dulu.
Pengalaman banyak mengajar saya dalam berkongsi status di alam maya, malah status-status yang meloyakan daripada rakan-rakan yang melahirkan prasangka membuatkan saya mengambil iktibar. Kerana ada masa , kita tidak sedar post kita juga telah meloyakan pembaca kita. Ramai yang bercinta menggunakan kod-kod rahsiah di status alam maya juga tidak kurang menambah lagi kontroversi. Bahkan mereka yang sudah berkahwin sekalipun, sebaiknya tidaklah terlalu memaparkan kebahagiaan di alam maya. Kebahagiaan yang kita miliki, haruslah disyukuri. Jangan terlalu dipaparkan kerana khuatir menjadi riak.
No comments:
Post a Comment