Pages

Monday, November 11, 2024

Fasa Kehidupan Hari Ne

 Assalamualaikum semua. Lamaaanya tak menulis kan.. kita pun da 30 series. masuk. Bila tulis blog ne feeling dia macam 20 series pula. haha. ok.. apa pun.kita masih jiwa muda ok!

Alhamdulillah life goes like how many people wish. Thanks to Allah for everything. Allah give me a lot of things must be greatfull. Allah bagi suami yang menyenangkan hati, ringan tulang, sedap mata memandang. tak sia-sia minat Fattah..dapat juga suami sejuk mata memandang versi Fattah ku. Lelaki impian ku. Yang selalu ku doaku. Cinta pertama dan akhir ku. Semoga Allah pelihara selalu dan dapat bercinta sampai syurga Allah. Amiiin.

Ok. next pula what make me feel so greatfull.. Alhamdulillah Allah bagi dua hero yang sangat comel cerdas dan bijak. Allah yang Maha Baik. Semoga anak-anak ku membesar dengan sihat dan kuat. Jadi orang soleh pejuang agama Allah. i dont think anything more important than this. we stay in our own house. Near our family house. Alhamdulillah.

Ok. jom cerita bab pekerjaan pula. Ok yang ne macam tak berapa best. Enta kenapa dulu zaman belajar rasa tak da la jumpa perangai-perangai manusia berpenyakit hati ne.Kali sebab zaman belajar, semua orang hati bersih, niat cari ilmu macam tu kan. Beza la bila da kerja ne. Makin lama makin kita risau, berhati-hati paling penting makin takut pula mahu percaya orang. Scary juga bila fikir. Mudah-mudahan Allah bagi kawan-kawan yang baik di tempat kerja macam zaman belajar dulu. Amin. 

Rindu kawan yang boleh berkongsi ilmu, cerita-cerita yang membina. Asyik kawan-kawan membawang, gosip kawan kerja ja ramai. macam diri sendiri perfect la pula kan. mula-mula join macam seronok. lama- lama rasa macam kita pun da rosak sangat da. huuu.. rindu hati yang dulu.

ok. Tapi apa yang best. Now da ada bilik sendiri da. bilik yang selesa. Bole bawa murid masuk belajar. Ada LCD juga. Jadi boleh la kita berkurung sini. mengelak sikit dari gosip-gosip sia2. Tapi tu la.. kawan-kawan ne kadang pandai cari pula.. susah benor la nak taubat kalo macam ne.haha

Hurm. Mahu cerita apa lagi ya. Mahu cerita yang sebelum ne aktif dalam status ja. tapi tu pun tak ramai kawan yang view. sebab aku jenis xsave no contact. Tapi, rasa macam tak selamat da share personal dalam tu. Sebab tu kita rasa nak buat comeback menulis blog. Rasa dekat blog ne lebih safe la. 

Sejak da kerja. circle tu memang kecil sangat. Kawan lepak tu memang tiada. selalu memang balik kerja pergi rumah. lepak jauh pun dekat rumah keluarga ja. paling meriah kupi-kupi dengan adik beradik ja. best friend ofcos la suami sendiri. Hiburan anak-anak. Kawan kerja asalnya aku buat macam family. Tapi, rupa2nya dorang not a safe place to share something. dan aku faham da. kawan kerja hanya di tempat kerja. itu lebih baik.

ok cerita pula bab murid-murid. setiap sekolah tu memang murid-murid berbeza la kan. murid kali ne sangat mencabar. sebab dorang keras hati. tak cukup lagi ilmu di dada untuk lembutkan hati dorang. sebab tu rasa macam tak best. Tapi mostly sebab tak best di sekolah lebih kepada sistem sekolah tu sendiri. bila tiada sistem. dan tiada keharmonian dalam kebersemaan tuk pendidikan murid. tu yang tak best. 

Ok la.. Rasanya da cerita semua da ne perkembangan terkini. hehe. Nanti saya menulis lagi ya. Rindu betul sharing dalam blog ne. 

No comments:

Post a Comment