Pages

Wednesday, December 18, 2013

Harus Bagaimana.....

Adakah aku memang sudah dewasa untuk berhadapan dengan pilihan hidup yg paling besar..
kenapa tidak mudah untuk kamu mengerti..
yang hati ku sudah di miliki.....
kenapa perlu mencari ruang dan peluang...

tidak mudah menasihati tanpa menyakiti...
kerna kau saudara ku...
antara kita ada talian silaturrahim yg harus dijaga..
kerna itu, engkau masih seprti seorng abg yg ak hormat..

Pemuda rahsia itu, masih tetap menjadi pilihan...
Kerna ia menjaga, apa yang harus dijaga,
kerana dalam dirinya,
ada nilai akhlak yg indah..
meski xbeharta,
ia tetap mulia...


Saturday, November 16, 2013

Kisah Kepulangan Ku...

Alhamdulillah...
sekarang sudah pun berada di LCCT..
Malam ne baru flight ke sabah tanah air ku.. ^^
Allah..penat yang tak terhingga..
mata da nak terkulai layu da...
bayangkan bas dari kedah jam 11 malam semalam,
dan in shaa Allah dijangka tiba ke sabah, jam 11 malam ne..

bermusafir sendiri sebentar dan seorng diri,
sebenarnya memang bahaya,
Tapi, sebab da biasa.. saya pun da yakin da..
selalunya memang tak melencong ke mana-mana..

Tapi,
kali ne lain kisah..
bertemu dengan pakcik teksi yang sangat ramah,
tujuan destinasi awal ke kl central..
Tapi, pakcik tu cadang suruh pergi Mid Valley,
mungkin, pakcik tu kesian dengan saya sebab akan menunggu lama dekat LCCT,
dan mungkin juga pakcik tu ingat saya suka beli belah...
banyak alasan diberikan,
tapi pakcik tu sngk sy xpercaya dengan keihklsannya..
disebabkan itu, saya pun terima candangan itu...

Maka,
berjalan la saya sorng2 dekat Mid Valley...
Erm.. besar.. dan cantik..
cuci mata ja la..
sebab memang xda duit da..
kebetulan juga, saya memang jenis yang cuci mata ja..
hehe.
nak beli belah, memang jarang...

Dan...
sedih.. sebab..
ada orang marah..
mungkin xmarah.. tapi rasa mcm kena marah.. :(
saya tahu..saya salah..
sebab tidak bagitahu bapa, yg salah jalan dekat sn..
sebab, sya takut bapa risau..
ya la, bagasi tinggalkan dalam teksi,
kalo pakcik teksi tu tak amanah,
memang habis lah saya kena leter...

Memang patut pun saya kena marah atau ditegur...
tapi, saya sedih..
sebab, masa tu.. saya percaya dia ja..
sebab tu saya bagitahu dia...
nasib juga dia cepat faham reaksi mesej yg saya balas...
pandai betul org tu memujuk..
aisy...
sejuk terus hati ne.. :)
erm... tapi lepas ne..
kalo ada ap2 lagi.. sy akan fikir 2, 3 kali..
baru akan bagitahu dia.. hehehe
nanti kena marah lagi... Sedih tw kalo kena marah...
^ ^

Apa2pun, alhamdulillah smpi juga ke airport dgn bekalan yg cukup2..
mudah2an perjalanan selepas ne lebih selamat..
balik cuti kali ne, doa saya..
Ya Allah, murahkan la rezeki ku,
dan pelihara lah hati ku.. Huhu... ^^
Jaga la iman ku.. :)

ok... selamat bercuti semua bagi yang bercuti.. ;)

Thursday, November 14, 2013

Perginya semester 4

ALhamdulillah selesai semester 4..
Menuju ke semester 5...

Cuti panjang da bermula.
tapi, masih tak tahu arah tuju..
ap nak buat sepanjang cuti ne,
nak cari kerja,
bapa mcm tak green light..

erm...
belajar masak..
dan habis kn berapa buah buku yg xbaca lg..
\sem 4 ne,
pengurusan kewangn yg...
erm...
selalu rasa sempit..
kalo kira budget..
memang lebih baik dri sebelum ne,
tpi, sebabkan duit simpan dekat orng tua,
memang segan sangat setiap kali nak minta,
akibatnya..
rasa la, betapa bestnya rasa sempit..hehe..

Alhamdulillah la,
masa da berlalu..
semuanya pun hanya tinggal kenangan..

Sahabat...
memang hebat...
Hanya Allah sahaja yg akan membalas jasa mereka..
Ya Allah..
didik lah hati ini untuk jadi lebih baik.
adakah aku seorang sahabat yang baik, sedang ak mengharap mereka baik dengan ku...
Allah..
Aku terlalu teruk berbanding mereka,
aku memang bukan seorang yg petah berbicara,
kata-kata ku sentiasa terhenti di kerongkong..
aku hanya seorang pemonolog yang petah berbicara dengan hati..
sebab itu, lajunya pena menulis bicara hati...

Aku bukan ingin sendiri,
tidak ingin berteman,
tidak..
tapi, kenangan itu yang mengubah perspektif hidup ku,
aku salah sebab meletak benteng dalam berukhuwah,
aku bukan seorang yang suka ber Geng,
dan berkongsi masalah dengan semua orng mahupun cerita,
aku serik dengan persahabatan sedemikian,
aku cuma perlukan seorng teman yang benar2 setia bersama saat susah dan senang,
mendengar di kala aku perlukan pendengar,

Tapi, adakah aku sendiri sudah menjadi sahabat seperti itu?

Allah hu Robbi...
Sahabat itu sangat indah dan manis,
mereka sentiasa hadir saat kita memerlukan...


Sunday, October 27, 2013

Menuju Gerbang Pernikahan 1

Kebahagiaan itu perlu dicipta,
bukan dinanti,
dan jodoh itu perlu dicari,
Pastinya tidak datang bergolek,
kerana ia ibarat rezeki,
rezeki itu dicari dan rezeki yang baik,
pastinya rezeki yang dicari dengan jalan yang halal..

Maknanya jodoh yang baik,
adalah jodoh yang dicari dengan cara yang baik dan diredhai,
..............................
it's just a beginning
^ ^
Bagi yang bujang, dan masih tiada pasangan,
mesti buntuh dan risau dalam mencari jodoh yang baik,
sebagai nasihat,
jika da berminat untuk mencari pasangan hidup,
apa kata mulakan langkah,
cari lah orang yang terpercaya untuk mencarikan ataupun menasihatkan
tentang bab ini,
berfikiran terbuka itu penting kerana kita sedang dalam posisi tidak tahu,
dan mereka yang makan garam pasti lebih tahu,
untuk selidik perangai pasangan,
boleh tanya sahabat baiknya, 
sekiranya orang itu akrab dengan keluarga,
itu lebih mudah untuk mengenali latar belakangnya,
most important thing is,
agamanya..
kerana agamanya adalah pilihan utama.

Memang tidak semua yang berlatarbelakang agama itu soleh,
maksudnya yang berpend. agama adakalanya menconteng arang dalam agama,
tapi, pastinya si soleh yang dimaksudkan ialah yang soleh pada amalan dan akhlaknya,
yang sentiasa berusaha mencari agama dan beramal,
tidak ramai yang mampu berilmu dan beramal,
itulah permata dalam kaca.
^ ^

Andai permata itu sudah ditemui,
kenapa tidak mulakan dengan ta'aruf,
yang penting hati kena pasti dalam memilih,
jangan mainkan perasaan si dia,
sekiranya langkah mendekati sedang dijalankan,
memang muslimat ada hak untuk memilih,
rasanya tidak salah untuk memulahkan langkah,
tapi, 
pastikan kesolehan, kelembutan dan sifat malu,
terus kekal dalam diri,
biar mengambil masa yang lama, 
kerana si soleh yang diimpi pasti tidak ingin salah memilih..
Dorongan ini, kerana pastinya ramai wanita yang tidak kahwin lagi pada usia yang sepatutnya,
Kerana keberkatan wanita itu ialah wanita yang awal dinikahi dan banyak zuriatnya..
ini daripada sepotong hadis yang pernah dibaca.

Orait..
Bila da ada calon..
sebaiknya ikat lah tali pertunangan,
dengan menetapkan tarikh perkahwinan, 
agar matlamat dihadapan adalah lebih jelas dan langkah selanjutnya lebih pasti,
jangan buang masa dengan percintaan yang tidak pasti penghujungnya,
jangan jadi wanita yang mudah dibelek-belek lelaki, lalu tidak dibeli,
kerana dirimu begitu berharga.
^ ^
Saat pertunangan,
itu bukan jalan menghalalkan perhubungan terlarang,
yang haram tetap haram,
tapi Allah menyuruh antara lelaki dan perempuan untuk saling berkenalan,
ini di ambil dari satu ayat dalam Al-Quran,
Tempoh pertunangan adalah saat yang tepat untuk berkenalan,
berkenalan dengan cara yang baik,
ialah dengan memastikan perhubungan tidak melalaikan,
sehingga kedua2nya akhirnya hanyut dalam cinta,
berkenalan yang dimaksudkan 
ialah berbincang tentang matlamat diri,
minat, apa yang dimahu,
letakkan benteng antara anda dan tunang agar tidak lari dari matlamat,
kerana sejauh mana kelalaian dalam perhubungan 
akan menghilang keberkatan dalam perhubungan berkeluarga yang bakal dicipta,
Rasanya dengan menghantar sms itu sudah cukup untuk memastikan hubungan tidak terputus,
sebagaimana yang disyorkan kepada para sahabat,
untuk berhubung dengan isteri Rasulullah,
gunakanlah hijab sebagai benteng pemisah ( beralaskan langsir)
Maknanya tidak perlu bersua muka
Berjumpa-jumpa dan bertelefon bukan la tidak baik,
tapi, terlalu dikhuatiri terjebak kepada yang teralarang.
Bukankah Allah melarang kita mendekati Zina??
^ ^

Tempoh pertunangan adaah saat yang genting dalam perhubungan,
Boleh putus dijalanan dan boleh berakhir dengan perkahwinan,
Oleh itu, 
pasangan bertunang janganlah pandang kebelakan,
setelah kedua-duanya yakin dengan tujuang,
kerana syaitan pasti menjadi penghalang untuk kedua-duanya menuju jalan yang diredhai,
Bukan kah syaita menangis bila melihat anak adam berkahwin?
Jadi, tempoh pertunangan,
adalah saat yang tepat untuk kedua-duanya menjaga perhubungan dengan masyarakat sekitar,
jauhi pergaulan bebas,
bagi perempuan elakkan berhubung dengan lelaki yang sekadar kawan dengan secara berlebihan.
begitu juga dengan lelaki.
Lelaki boleh lah tutup mata untuk melihat wanita lain..
penjagaan ini perlu untuk kelangsungan perkahwinan yang mendatang..
Sekiranya putus kerana keduanya tiada keserasian,
itu tidak mengapalah kerana proses berkenalan ini bertujuan untuk mencari keserasian,
sekiranya tidak ada, jangan teruskan kepada perkahwinan,
kerana nanti lebih menderita.

Perkongsian ini merujuk kepada beberapa bahan bacaan,
bukan pandangan peribadi,
sebab, sya pun masih pujang..
^ ^
Untuk tempoh perkahwinan nanti sembang lagi ya..
;)

Jangan cemburu dengan kebahagiaan orang lain,
kerana anda sendiri yang gagal mencipta kebahagiaan sendiri..
Let's start our Journey
^ ^




Monday, October 21, 2013

Personaliti hari ini, adalah sebab Semalam...

Pengalaman masa lalu, akan membentuk personaliti hari ini...

Kanak-Kanak ibarat kain yang putih,
Berteduh kasih dan belas dari seorang ibu dan seorang ayah,
Tidak mengenal apa itu susah dan penat,
kerana baru belajar mengenal apa itu dunia,

Anak-anak dikurniakan mata dan hati untuk melihat dan menilai,
Ibu dan Bapa ibarat suri teladan,
Bapa diumpamakan seperti Power rangers, dan ibu ibarat Barney,
Namun,
Sejauh manakah seorang ayah menjadi pelindung yang dikagumi seorang anak seperti kagumnya anak dengan power rangers dan sejauh manakah si ibu seorang yang penyayang menjalankan tugas seperti Barney..

Sehingga ada anak yang melabelkan ayah sebagai dinasour dan ibu sebagai raksasa,
membina perspektif yang negetif dari awal pembesaran kanak-kanak,
akan menimbulkan kebencian dalam diri, dan emosi yang terpendam yang
tidak dapat diluahkan, akan membentuk personaliti yang negetif dalam diri anak2..

Sejauh mana kita bersedia untuk menggalas tanggungjawab seorang ibu dan ayah, ialah sejauh mana kita bersedia untuk membentuk dan membina generasi yang berakhlak mulia.. Nabi suka pada umatnya yang ramai, namun adakah dengan bilangan anak2 yang ramai itu, semuanya berjaya menjadi umat nabi? Khuatir andai kita melahirkan generasi di mana, Nabi sendiri tidak mengaku kita sebagai umatnya.. na'u zu billa min zallik...

Aku & Dia

Assalamualaikum..
Aku selalu lemah bab ini,
ada masa, aku rasa ingin menjauhi,
Tapi aku sangat takut rugi dan kehilangannya,
Aku selalu memerlukannya,
Namun, kemalasan dan kelalaian selalu membuatkan aku malas untuk berdamping dengannya,
Aku khuatir pada diriku.
Aku takut Allah membiarkan aku menjauh,
Aku tidak ingin menjauh,
Aku ingin setia bersamanya,
Dia yang sentiasa bersama ku,
pasti di dunia ia perih, yakni di akhirat ia kunci kebahagiaan abadi,
Aku ingin cintanya sentiasa mekar,
Bersama perjalanan hidup yang penghujungnya tidak pasti,
Aku ingin mati bersamanya dalam kesegaran iman dan keikhlasan.
Meski Ikhlas itu terlalu mahal untuk diungkap,
Aku dan Dia, tidak ingin terpisah kerana lemahnya iman,
tidak ingin terpisah kerana lemahnya ukhuwah,
Aku ingin ikhlas dan keyakinan berjalan di jalanNya,
Aku dan Dia tidak ingin terpisah..

Aku dan Perjuangan..
Adakala berat kaki melangkah,
Banyak usikan dan keseronokkan melambai.
Namun, aku ingin setia dan gagah,
untuk terus bersama dengannya hingga ke syurga.

Cinta itu luarbiasa,
kerananya, sanggup mereda lautan gelisah,
Kerananya, sanggup berhadapan dengan taufan yang bisa kunjung tiba,
dan cinta itu, adakah masih mekar antara aku dan dia??
Aku hanya ingin setia,
tanpa cinta aku pasti lelah,
Ya Allah, titipkan cinta kepadanya dalam hati ku.
agar dengan cinta itu, terus mekar dan segar perjalanan aku bersama dia....

Sunday, October 6, 2013

My Target

Berjaya..
Di Dunia & Akhirat

Habis belajar
Lulus dan pointer 3.5 ke atas

kerja sementara tunggu posting ( in shaa Allah kalo dapat posting)
* Jadi casher
*Guru Ganti
*pembantu rumah
*operator
*Ajar tuisyen
ok..ada banyak lagi ^ ^

Posting jadi cikgu.. ( In Shaa Allah ^ ^ )

Kumpul duit..
untuk
Kahwin 
( Erm... kalo nak kahwin sebelum jd cikgu, ok juga. =) )
umrah,
kereta..

Kemudian..lepas kahwin
kumpul duit, budget..
Nak duduk rumah sewa dgn suami..
(xnak duduk rumah keluarga.. erm.. Boleh Tak?? huhu)
kumpul duit untuk...
Beli kereta,
Beli rumah,
Untuk Haji,
untuk masa hadapan
( bila ada anak2 dan untuk melancong..hehe)

Erm.. 
nak sambung belajar..
Tp, tengok keadaan..
=)

Untuk keluarga,
pastikn ada ruang solat,
mengaji, dan libry..
=)

* Bila da kahwin..

sy nak ucapkan sayang selalu..
tiap2 hari, sebelum tidur dan selepas selesai solat.. =)

hehe..
dan saya tahu, selepas kahwin,
tak semua bahagia, pasti banyak ujian akan datang,
saya tahu, laut pasti bergelora,
jadi, kena pandai mendayung..
sy tahu, yg sy tak kahwin dengan malaikat,,
jadi,
cukup untuk buat awak bahagia,
sebab hadir dengan awak saat susah dan senang nanti,
saya tak impi mahligai,
cukup pada pondok yang usang,
dan mahligai itu, kita akan bina bersama-sama.
=)
ha,, ne la akibatnya bila stress,,
terpaksa berangan..
maaf kawan..

= (

i'm so stress....
sy tahu sy slah...
sy tahu sy yg tak bijak..
jadi, ini semua slh sy..
sy stress, kerana sikap sy sendiri.. huhuhu...

rindu mak..
masa ne pula rindu dtng...
huhu....
love you ma...

Monday, September 30, 2013

Mimpi lebih Indah Dari Realiti

Dream.. Dream.. Dream...
" Aku memilih tidur,kerana di alam tidur ada mimpi "
Mimpi yang lebih indah daripada realiti.
 hehe..

Ayat ne copy paste dari seorang sahabat..
ya, memang tak dinafikan hidup tak selalu indah,
dan ramai sahaja yang masih merasakan dunia ibarat neraka,
dan lebih ramai pula yang merasakan dunia itu ibarat syurga,

what you think, and what you expect about world,
will create your mind in how to face this world,
hehe,
sekali lagi, trip speaking.. maaf ye..
kalo grammar berterabur.. :)
baik..ya, memang hidup di dunia, Allah tak janji keindahan,
kerana indah itu bukan di dunia, yang azalinya indah adalah syurga,
bagaimana kita melihat keindahan dunia,
ialah dengan mengembalikan semuanya kepada yang menciptakannya..

Tahu kan, siapa cipta dunia?
of course la semua da tahu..
Allah who create this word and let we sing Maher Zain song..
Open My Eyes..
hihi..

Dunia bukan lah zalim, tapi di dunia ini,
Allah berikan kepada kita anugerah dan musibah,
musibah itu berbentuk ujian, dan ujian itu adalah aras keimanan,
bagaimana Allah menilai makhlukNya yang beriman dan yang kufur,
sebab, dari awal kejadian lagi,
Allah dah janjikan Syurga, dan berikan amaran Neraka,
Kemudia, di dunia juga Allah berikan anugerah,
Cinta,
Cinta yang diturunkan dari syurga ke dunia,
everythings need love,
without it,
manusia akan hilang kemanusiaan,
manusia terlalu rakus dan mementingkan diri,
tapi, dengan cinta,
ia mampu melembutkan hati yang keras,
menjadikan kelembutan dalam pergaulan,
mementingkan nilai-nilai kemanusiaan,
Begitulah hebatnya anugerah cinta yang Allah berikan,

dan
dan
the best love
is when you love who gets the love,
faham dok?
hehe..
kalo kita belajar untuk mengenal yang Maha Pencinta,
kita akan jatuh cinta kepadaNya,
dan cinta itulah yang diperlukan dalam diri setiap makhluk Allah,
cinta kepadaNya, cinta keranaNya, cinta untukNya,
dan yang seangkatan dengannya,
pasti akan membawa ke syurga..
:)

Love actually is not blind,
if our hearts know,
whose Allah..

Then, don't even try to love someone,
if you don't even try to love Allah first..

Herm.. ye..
dan jangan lupa..
hidup ini Allah hadirkan seseorang yang sangat mencintai kita,
dan orang itu, selalu mendoakan kita,
orang itu, yang bekerja keras semata-mata untuk membesarkan kita,
dan orang itu lah yang paling banyak menangis kerana kita,
orang itu adalah ibu kita..
:)
so, sesiapa yang masih ada ibu,
please tolong jumpa ibu kita,
dan minta doa, supaya kita jadi anak2 yang soleh/ah.
selamat dunia akhirat..

ada tak yang sudi nak tumpang kan ibu, untuk saya??

hehe

gurau je la..

;)

Sunday, September 29, 2013

Jodoh Itu Pilihan

Allah tak janji..
Perempuan yang gemuk untuk lelaki yang gemuk,
Perempuan yang cantik dengan lelaki yang hensem,
Perempuan yang miskin dengan lelaki yang miskin,
Perempuan yang pendek dengan lelaki yang pendek,

Tapi Allah janji perempuan2 yang baik, pasangannya lelaki2 yang baik.
dan begitulah disebaliknya..

Jadi untuk dapat jodoh yang baik, kita kena utamakan hati kita, akhlak kita, agama kita supaya jadi yang terbaik. Tapi, niat kena lah kerana Allah.
Sekarang lebih ramai yang utamakan persiapan fizikal  berbanding persiapan rohani/spritual.. =) ..

But anyway, orng perempuan memang perlu jaga kecantikan.. kecantikan dalam dan luar itu sangat berharga.. ;)

Hadapi Ujian Dengan Meraih Senyuman


:)  

satu senyuman untuk saya, please..
:)
orait
untuk saya dan sesiapa  yang sedang mengalami masalah,
apa pun masalah,
terus lah yakin, bahawa sesungguhnya,
setiap apa yang berlaku,
sudah dirancang, ia hadir bersama hikmah,
dan beruntunglah bagi mereka yang melihat setiap perkara dengan berhikmah,
i still wonder,
why should be me?
hehe, ayat yang macam dapat ujian maha dasyat..
hehe..
tapi sebenarnya, dasyat ke tak ujian itu sebenarnya,
ia bergantung dengan individu tersebut,
pernah ada satu kisah,
seorang sahabat Rasulullah bertanya kepada Baginda s.a.w,
mereka bertanya, siapa kah orang yang paling kuat ujiannya?
Rasulullah menjawab, Para Nabi lah yang paling banyat dan berat ujiannya,
seterusnya ialah orang-orang yang mengikut Para Nabi,
orang-orang soleh-solehin,
maksudnya, ujian itu sesuai dengan tingkatan iman dalam diri individu itu,

Dengan itu,
jelas lah ujian yang tidak seberapa ini, terasa berat untuk diri yang tidak hebat imannya,
Ya Allah, terasa hina diri in..
:(
but, don't be sad,
ujian ini juga, mungkin tanda Allah nak tingkatkan lagi tahap keimanan hambaNya.

Ok.. please smile again..
:)
I give you, 3 smile..
:) :) :)
hehe

Rasa terhimpit, tersepit dan tertekan,
itu lumrah kehidupan,
semua orang sedang diuji,
and how to face it, it's depends on you,
erm.. tak pandai speaking pun, speaking je la..
hihi,,
Hidup biar sempoi..
Ye ke??
ok.. cuma macam mana nak berhadapan dengan ujian itu,
ia berbeza setiap orang,
dan sebaik-baiknya,
bergantunglah kepada Allah,
jangan bergantung dengan syaitan,
nanti syaitan biarkan kita hanyut dan menyalahkan taqdir,
lalu memilih jalan yang dimurkai Allah,
Na'uzubillah..

Ok...
Sehebat manapun kita,
ingat lah yang Allah lebih Hebat, Maha Hebat,
sekuat manapun kita,
ingat lah yang Allah lebih kuat,
ingat lah yang kita dilahirkan bersama kelebihan dan kelemahan,
kelebihan itu mengajar kita bersyukur,
dan kelemahan itu, menyuruh kita mengingat yang maha Pencipta,
kerana kita hambaNya,
dan kepadaNya lah sebaik-baik tempat kembali,
bergantung dan berharaplah kepadaNya selalu..

:) :) :) :) :)

Friday, September 27, 2013

Aku Tak Marah, Tapi Aku Sedih

.......................................
Just a word, Sad..
Nak merajuk, pasti tak dipujuk,
Nak marah, belum tentu aku betul,
Nak Mengalah, tapi hati tetap sakit,
Nak nangis, itu antara ubatnya,,

Lebih rela menangis,
daripada meluahkan segalanya,
bukan ingin dipendam,
namun malas mengusutkan masalah,
bukan tak mahu diluah,
namun khuatir akan menambah sakit,

sedih,
satu perasaan yang hadir sendiri,
telah ku cuba mempositifkan keadaan,
tak sangka hakikatnya adalah negetif,
sebab itu, aku bertambah sedih,

aku nak menjauh,
nak pergi, dan nak lari,
jauh disudut hati, ingin melupakan segala yang diimpi,
tapi, aku pasti,
hati yang rapuh akan bertambah rapuh,
jangan menambah kesakitan yg sedia ada,
aku hanya perlu bersabar,
dan perlahan-lahan untuk melupakan..

aku tak perlu berharap,
dan tak perlu,
tak perlu,
aku cuma perlu doa,
dan doa,
doa,
sakit ini pasti akan pulih,
biarlah ku rawat sendiri,
kerana aku yang mencalarnya,
aku takut untuk menambah luka,
satu sms yg tidak berbalas,
ia mampu menambah kelukaan,
ia membuatkan aku serik.. =(
dan membuatkan aku merasakan,
yang aku cuma kenalan biasa,
yg boleh diabaikan..
Ya...
Mungkin Ya..

Thursday, September 26, 2013

Pemergian

Assalamualaikum. =)

Alhmdulillah da banyak asaimen yang berjaya disiapkan,
sekarang ne, memang da tak berapa sibuk..
tinggal tunggu exam ja,
tp, big tak settle lagi.. huhu..

erm..
nak cerita yang baru2 ne, dikejutkan dengan berita pemergian Ust. Azizan Abd Razak,
Bekas menteri besar Kedah. Beliau seorang yang hebat, sehebat akhlaknya,
tegas tapi lembut. seorang pemimpin Pas yang sangat dikagumi,
rasa sebak atas pemergiannya.. huhu.
walaupun tidak berpeluang bersua muka,
namun melihat wajahnya diposter2 dan kaca tv,
sudah cukup untuk menyuburkan rasa kasih,
begitulah aura orng2 yg beriman,

Segala gerak kerjanya, semuanya bersebab,
tindakannya mengikut keadaan dan arwah juga seorang yang berjiwa rakyat,
contohny, masa majlis perkahwinan anaknya,
arwah tak jemu melayan tetamu yg ramai,
tidak ingin duduk di tempat yang tinggi,
sehingga rumah kediaman menteri besar sendiri dijaadikan sebagai pusat pengajian ilmu,
masyaAllah,,
sangat hebat... dan seronok sngt dapat merasa duduk dibawah pemerintahan beliau...
Bersyukur, walau tidak lama..

Alhamdulillah,
diberi peluang untuk turun masa pengebumian almarhum ust. Azizan di muassasah Darululum semalam, walaupun jalan raya terlalu sesak dan jem.. perjalanan yang sepatutnya boleh sampai kurang dri 1 jam, menjadi 2 jam.. Namun, tetap bersyukur sebab diberi kesempatan.. kami tiba di kawasan perkuburan, iaitu kawasan yang sama dengan perkuburan Almarhum ust. Fadzil Nor, sampai sahaja kami, saya berpeluang untuk melihat wajah tuan guru Dr.Haron Din secara dekat. wajah itu ibarat bulan purnama.. sangat indah.. dan da lama teringin dan rindu untuk melihat wajah itu.. tak sangka yang hari itu saya berpeluang.. huhu.. sblum ini pernah jumpa, tapi dari jarak yang jauh.. namun kali ini, saya beruntung dpt lihat dekat.

selain itu, saya juga berpeluang melihat wajah dr. Mahathir dan isterinya serta anaknya Dato Mukhriz yang turut hadir pada petang tu.. sedikit teruja dengan kehadiran Dr. Mahathir.. setelah 21 tahun, baru berpeluang untuk melihat wajah itu.. =)
seorang pemimpin yang turut dikagumi pada waktu dahulu..

Dan pagi ne, tahu pula yang pakcik jiran sebelah rumah da pergi juga.. =( .. Ajal maut ditangan Allah.. semuanya da tertulis.. diri ini pun pasti akan pergi jua suatu hari nanti.. dan bila masanya, itu semua masih menjadi rahsiah Allah.. mudah2an bila saat itu tiba, itu adalah di saat iman sangat kuat. Aamiin. ingin mati dalam keadaan yang baik dan terpuji.. Husnul khotimah..

Sunday, September 22, 2013

Titipan Buat Hati Yang Sakit


Wahai hati,
tidak kah engkau sudi bermuhasabah,
setelah saban hari engkau berbuat dosa,
Menjamah maksiat dihadapan mata,
membuka pintu2 noda,
menjadi rangkaian fitnah,
di dunia yang sementara..

Adakah engkau buta,
tidak mampu mebezakan antara kaca dan permata,
memilih rangkaian penghidup nafsu seraka,
menutup pintu taman2 syurga,
Demi keseronokkan yang sementara,

Wahai hati,
Bukankah kau ibarat pelita,
sebagai nakhoda jasad melayari bahtera,
penentu syurga mahupun neraka,
namun engkau masih sakit,
Lazat ibadah tiada terasa,
manisnya iman engkau terlupa,
mainan syaitan engkau jadikan boneka..

Wahai hati,
Adakah engkau sudah sedia untuk berbicara?
Berbicara kepada Tuhan Mu atas segala derita,
derita yang engkau cipta saat di dunia,
Saat engkau memilih dunia,
tanpa memikirkan balasa akhirat..

Wahai hati,
belum cukup lagi kah engkau berbuat zalim,
zalim pada diri mu sendiri,
membiarkan diri mu hanyut tanpa peringatan,
membiarkan hidup dalam kenistaan,
membiarkan buta tanpa petunjuk jalan..

Wahai hati,
cari lah hati mu yang rindukan fitrah berTuhan,
Menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman,
Tidak sekadar hidup membuta jalan,
Mengikut telunjuk bertuhankan Syaitan yang di Rejam.

Kembali Lah Hati.

Saturday, September 21, 2013

Buat mu Kawan.. =)

Kawan,
saat kita mengatakan ia,
pada satu perjanjian yang membutuhkan kesetiaan,
saat itu ujian sudah terbentang,
duri-durinya mungkin tidak kelihatan,
namun ia wujud di atas jalan..

Kawan,
saat kita mengatakan tidak,
pada perhubungan yang melalaikan,
saat itu syaitan sedang gelakkan,
mentertawakan kita yang sedang berjuang,
bertarung melawan perasaan,

Kawan,
saat kita berjauhan tanpa sepatah kata,
hasutan iblis menjengah,
saat itu, ia berbisik menghasut hati,
mengajak kita saling mengingati,
seolah-olah, hari esok akan pergi,

Kawan,
Bukan mudah menongkah arus,
melawan naluri yang bergolak,
mengatakan tidak pada yang ia,
dan mengatakan ia pada yang tidak,
kerana hakikat cinta itu pasti membutakan,

Kawan,
Jangan pernah tunduk pada nafsu,
hidupkan mata hati untuk menilai dengan iman,
Pegang dan pimpinlah diri ku,
dalam pelayaran cinta mu,
aku ingin belayar di bahtera mu,
Yang sedang engkau persiapkan,
dengan sinergi keimanan yang unggul,

Kawan,
jelas aku wanita yang lemah,
penuh impian dan dambaan perhatian,
lagi boleh memesongkan,
sebagaimana Hawa mengajak Adam,
demi merasa buah yang diidamkan,

Kawan,
tidak akan terbina sebuah rumah yang indah,
tanpa pekerja yang bijaksana,
dan tidak akan bertahan sebuah rumah,
tanpa asas yang kukuh dalam binaan,
Sesungguhnya, binaan untuk keluarga islam itu,
ia berasaskan keTaqwaan penghuninya
dan hati yang sentiasa mengingati Nya..

* Selamat mempersiapkan diri sahabat2 yang ingin membina Baitul Jannati.. =)


Friday, September 20, 2013

Himpunan Kata2 FB Mun Irah Jr.. ^_^

Cinta itu ada kuasa, kuasa membina ataupun kuasa membinasakan.
Cinta itu asal dari syurga, dilemparkan ke dunia, untuk di uji.
Hukum cinta : Siapa yang besar cintanya, maka besarlah pemberiannya.

* Maka, Cinta Allah lah Yang Paling Besar.. 

By : Ust. Pahrol Juoi

AL Quran suruh MENJAUHI Zina. Nabi Pesan, kalau mampu, teruslah bernikah.
Malangnya, masyarakat kita terbalik. Sepatutnya, pintu pintu ke arah zina ditutup serapat rapatnya. Pintu pintu ke arah nikah dibuka seluas luasnya. Kita menterjemahkan 'Mampu' itu dengan pekerjaan tetap, gaji 2K ke atas, kereta sebijik, rumah paling koman sewa, majlis walimah mesti ikut yang ada kat dalam rancangan Nona. 
-Katanya mengikut perkembangan zaman. Tak sedar, itu seolah olah menyerlah susahnya Islam. Walhal Islam itu sangat mudah-

- Imam Muda Fattah-

Kegagalan demi kegagalan...
Mungkin, sebab kejayaan itu semakin hampir..,
Maka, bersabarlah~~~
Kejayaan demi kejayaan,
Belum tentu pengakhirnya kemenangan...

Bawa tasbih = Nur, Bawa hp = Nar ,

Selalu la membiasakn diri membawa tasbih dan Al-Quran di sisi.. Macam kita selalu bw hp ke sana sini.. ^^

Nota : Jangan hairan andai suatu hari nanti anda dibangkitkan bersama2 dgn artis2, sebab Allah da kata, yg di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama-sama dengan orng2 yang kita cintai..


Lapangnya waktu, membunuh jiwa..
Kebahagiaan yang hakiki, adalah ketenangan Hati..
dan Nikmat yang sebenar adalah kemanisan dalam beribadat..

Dan kegersangan yang sebenar adalah saat hati merasa jauh dari Nya..
Ya Allah.......... Hati ini Sayu.............


Saat rasa itu menyapa, saat itu juga amanah menjengah.
Nampaknya cinta dan amanah jalan seiring...
Ya Allah... andai saatnya tiba, permudahkan lah.. seronok sembang lama2 dengan bapa..
da lama xrasa sebahagia ini..
Yang jauh dirindui, yang dekat disayangi...



"Jika aku ingin bercinta, itu adalah saat aku ingin bernikah" . Jangan nodai hati dengan cinta yang tidak pasti.. kerana Allah memiliki cinta yang lebih baik dari seluruh isi langit dan Bumi..peliharalah dirimu wahai wanita.. sungguh dirimu begitu berharga.. ^_*


Senyum lah walaupun, mungkin kurang manis...
Anda dikira sedang berjihad melawan perasaan duka..
Untunglah orang yg sukar untuk senyum,
Berusaha untuk senyum, di kira satu pahala jihad.. 

Jom senyum... 



Sedang Mendengar Ceramah Rumah Tangga bersama Ummi yang disayangi.. ^__^

Kata Umi, " Nak kahwin bukan benda yang mudah.. Berdoalah dapat suami yang soleh, sama matlamat dan perjuangan. Jika tersalah pilih, mungkin syurga yang diimpi xdiperolehi, tapi api neraka pula yang dapat"..

Seorang wanita yang kahwin, hidupnya sudah menjadi milik suaminya.. Bercintalah dengan agama, bercintalah dengan Allah.. InsyaAllah, Allah bagi orang yang cinta padanya untuk mencintainya.. 



Sabda Rasulullah :
"Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya ataupun mensia-siakannya."


Ia telah mengambil seluruh cintaku..
Ia lambang Cintaku..
Aku ada pada dirinya..
Jika engkau ingin cintaku.. Ambillah cintaku daripada dirinya..
Kerna, ia telah memiliki seluruhnya..
Rasulullah s.a.w adalah lambang cintaku..

Cintailah baginda Rasulullah s.a.w.. 
dengan mencintainya...
anda akan mencintaku, Yakni Allah s.w.t.


andai hati ini... sudah terpaut kepadanya.. pahatkan lah.. kerana takut andai ia lari dan pergi dari diri.. kerana cintanya lah yang paling mahal sekali...

Menabung Untuk Duit Hantaran

Menabung untuk masa hadapan, itu baik dan terpuji..
Tetapi menabung untuk sesuatu yang sia-sia, itu suatu pembaziran.

Contohnya : Seorang lelaki yang hidup sederhana, mengumpul duit bertahun-tahun untuk cukupkan RM 10 ribu dan ke atas, semata2 untuk hantaran kahwin.

dan 10 ribu yang dikumpul dalam susah payah, hanya dihabiskan dalam masa 1 hari 1 malam.
1 hari = Memperagakan kecantikan (Kenangan hanya tinggal dlm kamera)
1 hari = Kad jemputan yang canggih ( Masuk dalam Bakul sampah)
1 hari = Pelamin yang mahal ( Kenangan hanya tinggal dlm kamera )
dll..
selepas hari perkahwinan,
anak perempuan ikut pengantin lelaki..
Mereka menempuh hidup yang susah dan sukar, kerana semua duit yang di simpan untuk masa hadapan, sudah habis dalam masa 1 hari.. dan mereka sama2 kumpul duit semula..

Mungkin kita terlalu mengejar dunia, ingin pandangan masayarakat, tp tidak pada masa hadapan di akhirat.. Duit hantaran yang dikumpul susah payah, kan baik kalo dpt guna duit tu untuk buat umrah atau buat haji.
*Usrah bersama Ummi yang menyentak perasaan. ( Berdoalah mudah2an dapat buat majlis kahwin yg sederhana) Allah Redha, Keluarga yang terbina juga bahagia, di dunia jua akhirat..  

Thursday, August 22, 2013

Model ASSURE boleh tak, awak tolong taipkannn sendiri.. siapa awak sebenarnya???
Kalo boleh sila hantar dalam keadaan yang kemas, at least 10 m/s...
Erm.. terangkan sekali, kenapa kami kena tulis tentang awak..
awak ne siapa? siapa yang buat awak??
Heinich????????????

Sunday, August 18, 2013

Last PBS ^_^

Assalamualaikum...
lama tak menulis kan.. =)
Oh.. setiap kali pbs sempat menconteng, nampak sngt suka curi tulang.. hehe..
Bukan macam tu, tp memang tak banyak kerja pun..
cuma kalau boleh, memang nak ambik peluang untuk pbs kali ne, belajar betul2..
tengok mcm mn guru2 mengajar.. =)

Rasa semangat nak jadi guru.. hehe..
erm.. tpi, sy ada cita2 baru..
in shaa Allah... sy nak sambung lagi..
kalau boleh, nak jadi guru cemerlang. dan kalo dpt jdi pensyarah ok juga..
hehe..
ish2... tak layaknya diri yg pemalas ne, bercita2 besar..hehe..
jadi, kena rajin2 la..
tiba2 pula bersemangat...
=D

Tahu tak??
saya suka seseorang...tapi, biarlah rasiah ya..
sya bahagia la.. sebabnya.... dia soleh..
ermm...
sya kalau tak cukup soleha, memang tak layak untuk orng ne.
jadi dalam proses nak jadi soleha la juga.. hehe...

Oh ya...
asaimen masih banyak.. tak tahu nak start mcm mn...
=(
Oh ya...
saya rasa, saya suka sangat main dgn adik2 dekat rumah..
huhu..sy mesti rindu dorang nanti...
lastly...
saya rindu dekat blog ne..
rasa lamaaa sangat tak mencnteng..
kan3??
salam rindu.. ;)
tak ketinggalan untuk mengucapkan selamat hari raya,
maaf salah silap...
saya cuma manusia biasa, tak lari dari dosa...
=)

Wednesday, July 31, 2013

23 Ramadhan

Ya Allah permudahkah lah hari esok...
Penat... memang xdapat nak nafikan..
berturut-turut rasa penat.. huhu...
xpa la, mudah2an dengan mempermudahkan urusan orng lain,
Allah permudahkan juga urusan diri ini,
dan ganjarkan pahala..

satu2 persatu kawan2 akan balik..
sedih pulak...
perasaan nak balik tu ada juga,
tapi, tak semangat sangat..
sebab, kalo balik...
esaimen banyak nak kena siap,
masalah pun banyak juga, maklumlah urus keperlun adik2, rumah dan mcm2 lg la..
kalo balik juga, mula la rasa berdebar2.. huhu...
Bunyi macam tak best ja balik kn?
haha.. bukan lah macam tu..
mesti la best balik..
cuma, boleh tahan juga penat kalo balik..
hehe.. rasa lebih besar tanggungjawab dekat rumah..
cuma, bahagia tu pun tak dinafikan juga lah,
bersama-sama keluarga.. =)
cuma, asaimen banyak sangaaat.. =(
betul2 banyak...
huh..
xpala, yg penting doakan malam ne..
nak hantar kwn p airport,
mudah2an slmt pergi dan sampai..
takut juga pandu jauh2 dan tgh malam..
bukan la jauh sngt pun, cuma first tym.. hehe..
ok la...
oh ya, tak tahu nak bagi suprise apa dekat seorng sahabat yg tahun ne first tyme nak sambut raya,
mesti dia excited.. hehe.. bila kawan dapat bnyk duit raya, sy tumpang gembira..
teringat zaman sekolah, maklumlah mula2 puasa, mesti nak dapat duit raya ja.. hehe..
seronok meraihkan kebahagian sahabat.. sahabat ne, tahun ne la puasa fullnya yg pertama... sebab masuk islam hari tu, da 20 ramadhan da.. hehe.. Apa ya?? nak bagi kejutan apa ya?? ermm... O-O...

Thursday, July 18, 2013

Sembang Kosong

Assalamualaikum...
Oh my blog.. da lama tak sembang santai kan??
da lama kita tak bermesra.. hehe...
erm.. ap ya nak cerita...
sebenarnya tak ada ap nak cerita..
just nak menconteng...
Alhamdulillah,
selesai membayar hampir semua bayaran..
tiket, rumah sewa, dan lain2..
erm....
balik raya ne...
tak tahu lagi, nak beli apa..
untuk diri sendri, tak perlu sngt la..
kali ne, sederhana ja la..
memandangkan next sem nak praktikum,
jadi perlu simpan duit siap2.
huh...
takut pula nak praktikum nanti.. huhu..
Tpi, tak sabar pula nak tamat belajar.. hehe...
erm
ap lagi ya..
oh ya..
sepanjang ramadhan dan duduk di kedah ne, memang banyk murah rezeki..
contohnya, masuk musim buah..
dapat makan buah2an scr percuma, banyak kali pulak tu.. hehe.
durian, manggis dan lain2.. best kn?? hehe..
kemudian, masa ramadhan pula..
belum ada lagi keluarkan duit untuk berbuka puasa dan sahur..
sebbnya, sy duduk dekat rumah mak angkat.. hehe.
setiap hari ada buka puasa dekat masjid.
then, dapat hadiah baju raya la, dari kakak, bapa dan pensyarah...
jadi, tahun ne.. rasanya sy tak perlulah risau tentang baju raya.. hehe..
dan semalam selesai menjahit 4 helai tudung labuh sekaligus..
fuhh..
lega3.. hehe..
erm
oh ya.. tulis2, tak sangka da nak zuhur.. k la..
selamat memanfaatkan 20 hari lagi dalam bulan Ramadhan.. salam jumaat juga.. ;)

Tuesday, July 9, 2013

First Ramadhan.. =)

Alhamdulillah..
sebak hati melangkah ke bulan mulia..
Ya Allah, mampukan lah untuk ku memanfaatkn bulan Ramadhan tahun ne,
lebih baik dari Ramadhan sebelum2 ne.. Aamiin...

Hari ne,
hampir satu hari jaga baby..
baby duduk dalam bilik dngn sya.. hehe..
da macam mak baby tu la pula..
bagi tidur, bagi tukar lampin.. hoho..
smpi termimpi2 smbil tidurkan baby..
skrg ne duduk rumah mak angkat..
keluarga angkat ambik anak angkat..
baby lelaki.. namanya Anas..
sebab tu la, belajar jadi ibu dekat rumah ummi ne.. hehe..

Maklumlah, nak juga belajar jadi ibu..
untuk..
in shaa Allah,
nak lahir kan anak yg soleh dan solehah,
bakal hafiz dan hafizah..
Aamiin..
besarnya cita2, nak lahir kn anak hebat agama,
kena jadi ibu bapa yg taat pada agama terlebih dahulu..
dan ini bukan task yg mudah..
kena banyak mengaji ilmu..
ilmu pula kena manfaat,
akhlak pula kena juga..
susah kn??
hehe,,, tp in shaa Allah.. kita nak lahirkn para pejuang agama,
yang bertaqwa.. maklum lah dunia dah akhir zaman..

skrg ne, wahai munirah bt marjoh..
persiapkan lah diri mu..
jgn malas2..
hasrat hati umah, keluarga dan yg paling penting suami,
kena laksana..
aisyh.. mcm orng nak kahwin la pula.. hehe..
lama lagi la..
tpi, persiapan itu kn ambik waktu..
tambah2 lagi, aura baby ne la pula.. hehe...
Tadi, sikit lagi batal puasa,
gara2 nak try susu baby,panas ke tak..
hehe... nasib baik baby ne tak boleh makan lagi..
kalo da boleh makan, konfem nak try rasa makanan baby pula.. hehe..

buat mak,
selamat hari lahir..
moga bahagia selalu di sana,
suatu hari nanti kita pasti bertemu jua.. =)

Monday, July 8, 2013

Kerinduan Mengajar kesabaran

Allah humma solli ala saidina muhammad
Selawat dan salam ke atas jujungan Baginda Rasullah s.a.w..
Ya Rasulullah, sungguh aku mencintaimu,
Merasai kerinduan yang sentiasa segar dan mekar,
Ya Rasulullah, kecintaan kepada mu,
membutakan ku, melalaikan hati ku,
membuatkan aku menangis dan tersenyum tanpa tersedar,
Ya Rasulullah, saat cinta manusia memasuki hati ku,
cinta kepada mu meraih rasa ku,
menenteramkan gelora perasaan ku,
membuatkan aku bersabar dan yakin,
cinta mu telah mengambil jiwa ku..

Namun, tetap ada rasa khuatir yang mengganggu rasa,
saat ingin bertemu di bulan Ramadhan yang Barakah,
Ya Rasulullah, aku merindui arwah ibu ku,
sungguh aku rindu kepadanya,
Ya Allah,
Aku mencintai ibu ku,
ibu ku ratu hati ku, pengubat jiwa ku,
merawat luka ku,
Ya Allah,
Aku rindu pada ibu ku,
sungguh aku sedang merindu..
Ya Allah,
10 julai bersamaan 1 Ramdhan jatuh pada tarikh ulang tahun hari lahir ibu ku,
Tarikh yang sentiasa ku tunggu2 saban tahun,
Ya Allah,
Aku bermimpi menemui ibu ku,
ibu ku mendoakan ku, dan bergelak tawa bersama ku,
Ya Allah,
kapan aku bisa bertemu ibu ku,
Ya Allah,
Sampaikan salam rindu ku, buat ibu tercinta,
pertemukan kami dalam rahmat dan ehsan mu,
di syurga mu yang penuh nikmat nan terindah,
meski tidak layak untuk kaki melangkah...

Buat ibunda yang jauh di sana,
Bulan Ramadhan, bulan mulia,
engkau pasti bebas melihat diri ku,
doa kn kebaikan ku,
Wahai ibu ku,
Ibu..
aku menemui seorng insan,
dan mulai mencintai,
ia mengajar aku kematangn,
ia membawa aku belajar doa untuk kesetiaan,
ibu ku, aku mohon restu mu...
aku berharap agar Allah menjaga diri ku jua diri nya,
Ibu ku,
aku pasti kamu pasti gembira, andai kamu tahu siapa dirinya,
kerana ibu juga pernah mengenalinya,
ibu,
mimpi itu nampak  mustahil, tapi hakikatnya,
tiada yang mustahil bilamana Allah izinkan,
ibu..
aku terlalu berharap,
dan takut andai aku kecewa, aku takut tersalah langkah,
kerana ini lah langkah pertama ku,
mengenali dan menerima seorng insan,
yang bakal menemani seluruh kehidupan..
Aku yakin pada janji Allah,
aku percaya dan bersyukur..
Mudah2an ia yg terbaik untuk ku jua agama ku..
Aku tidak berani untuk melangkah lebih jauh,
aku takut kecundang dan kecewa,
aku harapkan ikatan yang pasti..
sungguh, percayalah aku mampu setia..
Ya Allah...
aku ingin meraih nikmat iman dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba,
aku ingin belajar menjadi wanita, isteri dan ibu soleha,
aku ingin belajar meraih syurga,
aku ingin belajar besabar dari mendambakan cinta manusia,
cukuplah sederhana,
Andai benar, masih terlalu panjang waktu,
untuk saling mengenali,
biarlah cinta itu di raih, setelah akad nikah..
Ya Allah ajar lah aku untuk bersabar...
lastly, aku sayang baba, sangat sayang..
terima kasih ba, ats segala2nya,
sngguh aku menyayangi mu..bahkan mencintaimu,
selalu mendoakan mu, =)

Kawan2 ku, juga sama.. selamat menyambut bulan Ramadhan yang barakah..
Moga kita insan terpilih untuk bertemu malam yang terbaik dalam seribu malam.. Aamiin..
Mengejar malam2 yang barakah.. ;)

Thursday, July 4, 2013

Tali persaudaraan Umat islam se dunia

Bismillahirrohmanirrohim
Ya Allah...
Terasa semakin besar dan berat medan perjuangan,
semua umat islam mulai celik dan turun berjuang,
meski dalam bilangan yang sedikit,
namun dengan yang sedikit,
mampu memiliki kekuatan yang banyak,
kerana keimanan yang jitu dan mereka bersama-sama dengan pertolongon Allah..
Melihat keaadaan Palestin, Afghanistan, Syria, Mesir dan banyak lagi negara islam yang tak henti2
di uji dengan peperangan dan kezaliman orng2 yang jahil dan keji.
mereka turun berperang, mereka mempersiapkan diri dengan ketaqwaan yang tinggi..
Bagaimana dgn umat islam di Malaysia,
yang mana orang islam sendiri menjadi musuh kepada agama islam...
Orang islam sendiri yang menentang ajaran islam,
orang islam sendiri yang mempertikaikan hukum islam..
Allah hu Akbar...
Mampukah islam yang syumul tertegak di bumi Malaysia,
Mampu kah orang2 Malaysia turun berjihad memegang senjata dan menghantar nyawa untuk syahid dalam medan perang...
Allah..
Mungkin skrg kita mudah berkata2.. menang dalam bicara.
andai ada laungan menyeru turun berperang,
ada kah kita siap sedia?
Ataupun lutut terketar2 dan mula nak larikan diri...
Kita kena cek semula keyakinan dan akidah kita...
Umat islam Malaysia,
jangan kita tutup mata melihat kesusahan saudara2 se islam kita yang dalam kesusahan...
Kirim kn doa, dan berusahalah kita sama2 mempersiapkan diri...
Ya Allah...
Alangkah berdosanya diri ini............
Terlalu banyak dosa yang tidak mampu untuk dihuraikan,
mampu tersenyum saat ada yang menangis,
mampu kenyang saat ada yang berlapar..
Ampuni lah kami Ya Allah...

Friday, June 28, 2013

Allah Maha Mendengar

Ketahuilah, sesungguhnya Allah itu dekat..
First tyme rasanya, menghadapi satu masalh,
dan bertanyakan masalah itu dengan Allah,
dan bersungguh2 meminta jawapan..
sebenarnya, sy sendiri tidak tahu kenapa masalah itu membuatkan hati sangat tersentuh,
walaupun jika diikutkan, bukan lah sepenuh jiwa telah sy hamparkan,
malah, semuanya dipandang dengan serius,,
tak sangka, kerana satu perkara yang seolah2 memutuskn segala2nya,
air mata sendiri yang mengalir tanpa henti..
seprti terlalu murah untuk ia menitis...

Lalu, masalah yg tdk dpt dikongsikn kepada sesiapa pun,
akhirnya, seluruh penyerahan hanya lah kepadaNya,
cukup 3 malam melakukan istikharah,
dan hari ke 3, ke dua2 jawapan terjawab..
andai bukan Allah sendiri ilhamkan dalam mimpi,
pasti subuh itu akan keruh dan pergi tanpa salam kemaafan,
meski ego kita setinggi gunung, belum tentu apa yang kita pertahankan adalah benar,
kita tidak tahu situasi sebelah pihak,
Ternyata ia lebih benar dari ku.
dan aku sangat mencintainya...

Thursday, June 27, 2013

My Result..

Alhamdulillah..
memang tak sangka..
sebab, sem lepas boleh kata mcm tak study...
herm...
da macam2 dlm fikirn.. semangt PRU, masa tu juga dok layan perasaan. haha..
dan masa tu juga feeling khatam kn buku2 agama,
masa belajar pula, dengar muzik..
huh...
sebenarnya, memang masa tu,
minat tak da nak study,
tpi, last min tu study juga la..
kawan, memang study sngt, kalo nak banding beza,
memang jauh..
kawan, sanggup baca buku bnyk2 dan ulang2,
tidur lewat..
sy pula, tidur awal, baca sekali ja..
dalam hati, ilmu ne dunia ja..
sebelum tidur, baca buku agama lagi..
saya ingat, agama dan ilmu dunia kena seiring..
jadi, bila kawan dapat result lagi tinggi..
saya rasa bersyukur la, dan memang patut..
kalo tak, mesti sy rasa serbah salah,
sebab macam tak adil, mn kn sama usaha yg sedikit dengan usaha yang banyak.
Tapi, Allah betul2 tak kedekut..
bagi juga saya dpt banyak..
sy rasa sangat bersyukur..
tak tahu nak kata apa..
gembira sebab semua kwn rapat sy yg bw imej muslimah,
dapat keputusan yg sangt mantap..
jadi, ini juga satu perkara yg boleh dibanggakan,
dan boleh jadi satu dakwah kepada yg lain..
mengahdiri majlis ilmu agama, dan menjadi muslimah yg terbatas pakaian dan pergaulan,
bukan lah menghalang kejayaan...
pendek kata, mungkin, result sy kalo nak banding dengan usaha,
memang tak layak, kalo nak banding dengan kwan2 rapat, memang sy paling sedikt,
Tapi kalo dilihat secara umum, sya sudah sngt beruntung...
bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang rasanya tak layak...
Alhamdulillah...

Tuesday, June 25, 2013

Hari ini..

Assalamualaikum my blog..
Ap khabar??
hehe..
macam malas pula nak menulis akhir2 ne kan..
erm...
nak cerita ap ya...
sebenarnya, tak lama lagi result nak keluar..
harap2 ok la kn?
skrg ne jaminan posting tu in shaa Allah..
Antara lambat atau cepat..
harap2 dapat la resul yg baik..
boleh posting awal..
kalo tak pun, memang da rancang nak cari kerja dulu..
hehe..

oh ya..
hujung tahun ne, cadang nak balik lewat..
rasa macam malas pula nak balik skrng ne,, hehe..
rasa mcm nak melancong pula.. hehe..
kawan satu rumah, ada yang nak kahwin cuti hujung tahun ne,
tu yang ingat nak p kenduri kahwin kawan..
dekat johor plk tu.. hehe...

erm...
berdebar pula nak tunggu balik raya ne..
huhu..
tapi, tak sabar pun ada juga.. hehe..
hanya Tuhan shj yang tahu...
Betapa................
haha...
ok la... nak out dulu..
mudah2an ramadhan yang bakal tiba ne,
mampu dimanfaatkan sebaik mungkin.. Aamiin...

Tuesday, May 21, 2013

Penutup Sem 3 Pismp

Alhamdulillah..
da tutup da.. hehe..
Malas nak cerita, sem ne..
semua pun ok je...
tak tahun nak kongsi ap... 
Alhamdulillah je la... hehe..

Monday, May 20, 2013

Nikah Kitbah Dan Erti Cinta

Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah diberi kelapangan waktu untuk mencoret lagi,
Tajuk yang ingin dikongsikan pada hari ini hanyalah sekadar pandangan dan coretan diri sendiri terhadap erti cinta dan nikah khitbah yang sering menjadi topik anak muda hari ini.
Pada pandangan diri sendri, berdasarkan ilmu yang tak seberapa banyak. jadi, kiranya pandangan ini bersifat peribadi, pertama nikah kitbah adalah satu alternatif untuk mengatasi masalah anak muda hari ini yang terlalu terdedah kepada maksiat dan kes zina. masyarakat perlu faham, nikah khitbah hukumnya diharuskan dan wajib sekiranya pasangan yang tersebut memang tidak mampu menghindari zina lagi. Namun, tidak cukup mampu dari sudut material.

Nikah khitbah, sesuai untuk pasangan yang kerap bersama-sama dan cenderung berhubung sehingga khuatir mengudang fitnah dan zina. Pada perspektif pandangan masyarakat, nikah khitbah nampak seperti suatu yang negetif, nampak seperti anak-anak mereka terlalu gatal nak bernikah, tapi mereka terlupa untuk khuatir ketika melihat anak mereka berdua-duaan. sehingga, anak terlanjur, baru lah nak nikah kan anak. Bukan kah itu suatu yang lebih memalukan??

Sebenarnya perkahwinan ini sangat baik dan digalakkan sebagaimana Allah berfirman :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32).
Maksunya, perkahwinan ini juga membuka rezeki seseorang seperti mendapat zuriat. Bila mana Allah memberikan zuriat, Allah akan berikan rezeki dalam pelbagai arah yang tidak di sangkakan.. Jadi, tidak menjado masalah untuk melakukan nikah kitbah jika itulah satu2nya jalan untuk mengelakkan daripada zina.


Seterusnya, dari sudut erti cinta. Bila kita tengok nikah khitbah, sebab utama ke arah pernikahan ialah untuk mencegah daripada maksiat dan perkahwinan yang di bina tidak memerlukan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. 
Pada pandangan saya, selagi mana mampu menjaga diri, tidak terlibat dengan couple, jadi tak perlu lah nikah khitbah. sebabnya, matlamat perkahwinan sebenar adalah untuk meraih Cinta Allah. Bila kita menjalankan tanggungjawab dalam rumahtangga, kita akan mendapat banyak pahala. Sehingga perkara yang sekecil2nya iaitu meminta maaf dengan suami, senyum dengan suami itu pun di kira pahala. Manakala suami pula, setiap nafkah dan keringat yang diperuntukkan untuk isteri di kira pahala sedekah. pahala mengalir ibarat air. Tapi, jika nikah khitbah, motifnya hanya membenarkan yang halal. 


Kemudian, andai perkahwinan tidak atas dasar cinta pun tidak akan memberi makna dalam rumahtangga. Rumahtangga, penguatnya adalah cinta antara 2 insan yang dicampakkan oleh Allah s.w.t, dan cinta itu menjadi lebih kuat andai kedua-dua cinta ini bertunjangkan cinta illahi. Perkahwinan di mata wanita dan lelaki berbeza, wanita inginkan perkahwinan untuk memiliki suami yang mampu memberi perlindungan dan membimbing. Lelaki pula matlamat utama lebih kepada menjaga pandangan dan menghalalkan yang haram. Ini melalui satu ceramah yang pernah di ikuti.. Dan kedua-dua matlamat ini akan kukuh bila kedua-duanya bermatlamat untuk mengejar cinta illahi. 


Oleh itu, sekiranya nikah khitbah antara 2 insan yang tidak bercinta hanya sekadar kenal, belum tentu perempuan itu sudi. Sebab, perempuan tidak akan semudah-mudah memberikan benda yang paling berharga untuk orang yang tidak dikenali apa lagi tanpa perasaan cinta. Contohnya, sekiranya lah ada seseorang yang hadir melamar diri ini pada saat ini dan ajak nikah khitbah. sedangkan antara kami tidak pernah bercinta, itu adalah mustahil objektif untuk menghalalkan yang haram. Sebab, tak kan lah berlaku hubungan yang akrab tanpa rasa cinta. 


Cinta itu ertinya pada memberi. Bila kita ada rasa cinta, kita akan berusaha untuk membuat orang yang kita sayang rasa senang dan bahagia. Walaupun istilah 'mampu' bukan lah dari sudut material, tetapi berapa ramai wanita yang faham dengan ini. Wanita itu bersifat kebudak2an dan banyak kemahuan. Lelaki kena ambik perhatian juga dalam hal ini. Ok la, kalo saya sendiri, saya berharap untuk hidup dengan seorang suami yang berkehidupan sederhana, tapi bukanlah bererti keperluan makan dan minum tidak mampu untuk ditanggung. Sehinggakan setelah kahwin, perempuan masih minta duit dari bapa. Itu menyedihkan. Kalo boleh, saya nak kahwin nanti, nak guna duit saya sendiri, jadi kiranya hari itu lebih bermakna.


Seorang lelaki yang hebat akan berusaha untuk bekerja keras untuk kekasih hatinya. Untuk meminang seseorang, banyak yang perlu dipersiapkan. Kata arwa mak, kalo kita nak tengok lelaki itu ikhlas nak kan kita, dia akan berusaha sendiri cari duit untuk hantaran. Ini lah pada awal sekali kita nak tengok lelaki itu bertanggungjawab atau tidak. Lelaki itu hebat di mata wanita, bila dia mampu menunjukkan yang dia mampu untuk berdikari sendiri dalam apa jua hal. Barulah perempuan rasa diri mampu dipimpin.


Bab hantaran pula, sebaik-baik wanita yang paling murah maharnya. Betul. Sebab, wanita itu tidak menjual dirinya, tetapi mengharap dirinya ada yang mampu memimpin ke jalan yang benar. Tapi, hak memberi hantaran adalah hak ibu bapa perempuan. Lelaki tiada hak untuk meminta di murahkan dengan cara yang tak terhormat. Kita kena faham, membesarkan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki, sepenuh penjagaan ibu bapa terhadap anak perempuan. Setiap malam mengundang kerisauan di hati ibu bapa. Tak tidur malam tw? .. =) .. Jadi, bagi lah hak kepada walinya untuk menentukan. Itu juga tanda penghormatan wanita itu terhadap orang tuanya yang penat menjaganya. Contohnya, bapa saya kata, kamu nanti kalo dah kahwin kena ikut suami. keluarga perempuan da tak boleh masuk campur dalam rumah tangga kamu. Masa tu, mula kn lah hidup dengan suami mu, ikut lah perintah dia, dia yang berhak untuk kamu.. huh.. sebak bila ingat balik.. tengok lah macam mn besarnya pengorbanan seorang bapa, menyerahkan anaknya pada seorang yang bergelar lelaki. Dan membiarkan dirinya dipinggirkan. Jadi, apakah salahnya, andai hak penentuan mahar itu diberikan kepada wali. kadangkala, dia lebih tahu berapa berharganya anaknya. bapa pernah kata, kalo dapat lelaki yang soleh pilihan bapa, Al-quran sebagai mahar pun tak pa.. hehe.. tapi, main2 je kot.. Bapa sy sayang saya.. saya tahu.. sebab tu, adik2 dan termasuk kakak sy jeles.. hehe.. sampai sy duduk jauh pun, adik saya bila merajuk, jual nama saya, untuk pujuk bapa.. saya pun sayang bapa.. jadi, nak pilih bab jodoh ne, tak mudah.. saya cerewet sangat.. bnyk yang yang saya tengok.. Tapi, buat masa ne, pilhan bapa sy lah yang palin tepat.. Cuma, saya hanya mampu doa je la.. huhu.. Mohon doa, rasa tak layak.. Tapi, bapa kata baru2 ne, dia kata tak kesah siapa pun, yang penting baik agamanya.. 


Cinta ne, luarbiasa sebenarnya, sebab tu jangan bermain cinta kalo tak tahu arah tuju cinta. Kita memang nak cinta selepas kahwin, tapi rasa cinta itu sudah wujud sebelum nikah. Dan penzahiran rasa cinta itu lah yang selepas kahwin. Kalo tak da rasa cinta, macam mn kita nak kahwin dengan orang yang kita tak cinta. betul tak? lain lah kalo kahwin paksa.. Tapi, tak nak lah kahwin paksa. nanti ada wujud rasa tak puas hati dan menyesal terhadap perkahwinan. Bila perkahwinan di bina atas dasar rasa cinta, segala kekuarangan mampu untuk diterima dengan seadanya. Itulah nikmat cinta dan perkawinan. pada hari perkahwinan, terhurailah segala rasa cinta dan rindu yang dipendam. baru lah nikmat. Bukannya setakat menghalalkan yang haram. Lelaki perlu menghormati wanita dengan melihat wanita sebagai seorang yang dikasihi bukan sekadar tempat melepaskan nafsu dan pergi tanpa memberi penanggungjawapan.


Erm. sebab tu kita kena jaga diri dari perkara2 zina seperti couple sebelum kita rasa mampu untuk memberikan cinta. perempuan tidak perlukan nafkah batin semata-mata, perempuan lebih nak kan lelaki yang bertanggungjawab dan mampu dari zahir dan batin. Konsep cinta itu terlalu luas maknanya, kalo kita nak kahwin dalam keadaan tak kaya pun tak jadi masalah, yang penting jangan meyusahkan keluarga. Perempuan yang baik dia tak kesah hidup susah dengan suaminya, asalkan ada cinta. Cinta ajar erti pengorbanan. Sebab cinta diagungkan dan cinta yang paling agung, adalh cinta pada illahi. Bila pasangan itu bercinta kerana Allah, lagi lah kehidupan diberkati. ( sedang membayangkan pahala yang banyak.. hehe)
Nak kata kat sini, jaga cinta dengan Allah dulu, jadi semua akan terjaga. Dan kalo kita tak nak nikah kithbah, jangan pandai2 couple dulu.. nanti khuatir mendekati zina.. Susah bagi muslimin yang benar2 nak jaga hati. tapi, kalo nak cari muslimat yang solehah untuk nikah khitbah, erm cari la.. tapi kalo saya, nikah kithbah bukanlah solusi pada diri ini. Sebab, nikah kithbah tak bagi banyak pahala sebab tak da rasa tanggungjawab seoarang suami pada isteri. =)


Erm.. ini semua sekadar pandangan sy sebagai wanita terhadap erti cinta sebenar dan nikat kithbah itu sendiri. Erm, sy ne cerewet sngt dalam memilih sebab sy takut salah pilih. tapi, dalam hati ne, ada juga yang menjadi pilihan. Cuma, tak berani nak menyatakan hasrat.  huhu.. Lagipun belum tiba masanya.  Bersabarlah.. Nak tahu ciri2 lelaki yang hebat di mata ini?? hehe.. 
Pertama : Agamanya diyakini.. 
Ke dua : Akhlaknya terpuji.. huhu.. 
Antara akhlak dan ilmu, sy akan tengok kedua-duanya. Tapi, lebih berat kepada akhlak. sebab, ilmu yang baik akan terserlah pada akhlak. =)
Ke tiga : Hormat orang tua 
Ke empat : Berdikari, baik bicara, lemah lembut dan pemalu.
Ke lima : Berkepimpinan dan tegas pada prinsip.
Paling last, sy suka lelaki yang pergaulannya sangat terjaga dan pandai bermasyarakat.. ^^ + rajin ke masjid.. hehe


Huh.. cukup lah kot.. ^^
Ya Allah, diri ini memilih, dan yang memilih itu adalah Allah.. Kata ust. Azhar Idrus, lelaki tak perlu cerewet sngt dalam cari jodoh, kalo kuat agama, tapi perempuan kena cerewet cari jodoh, sebab kena cari lelaki yang betul2 soleh.. ^^
Pendek kata, Pilihan ayahku, itu lah pilihan ku. tapi bapa ku pemalu.. dia suruh cari dan usaha sendiri.. erm.. panjang pula ceritanya.. hehe.. k la.. sekadar berkongsi.. ^^