Pages

Thursday, August 11, 2022

Belajar Untuk Menerima

 Bismillah...

Episod suka duka sebagai seorang isteri, ibu dan juga seorang guru, tidak banyak dapat dirakamkan dalam penulisan blog ini. Melalui dunia sebenar sebagai seorang insan yang dipenuhi pelbagai kehendak hidup, keperluan yang perlu dilengkapkan.. Jujur ianya satu kejutan dan penghijrahan yang mendewasakan.

Hari ini aku banyak belajar untuk mengenal lebih ramai orang yang hadir dengan pelbagai ragam. Hidup di dunia sememangnya penuh corak dan warna. Tapi bagaimana kita melihat setiap corak dan warna itu dari perspektif yang indah ataupun disebaliknya itu terpulang dengan diri sendiri. 

Hari ku sebagai seorang isteri dan ibu, merupakan hari-hari yang penuh nikmat dilalui.. meski cabarannya sama namun manisnya sangat terasa. Mempunya anugerah yang tidak terhingga kadang membuatkan diri lalai dan tidak mampu mengimbangi masa dari sudut yang lain. Perlahan masa berlalu, setiap kesukaran pasti ada jalannya.. jika jalan yang sukar ditempuh dengan sabar. Hari ini, aku belajar untuk mengenal dan bermasyarakat dengan lebih baik kerana aku seorang introvert. Menjadi diri sendiri itu lah aku. Namun, dalam menjadi diri sendiri aku juga perlu belajar untuk lebih menghargai orang sekeliling. Kerana hakikat hidup adalah untuk memberi pada yang lain. Bukan soal sendiri, kerana hadir insan2 lain membantu kita menjadi manusia yang lebih baik.

Harus aku menerima setiap apa yang hadir. Baik ataupun buruk ia pasti baik andai dilihat dari sudut yang baik. Kerana masa akan membawa semuanya pergi dan kita hanya perlu belajar menghargai pada waktu itu sahaja. Jika aku tewas mengendali emosi disaat yang sukar, pasti akan menyesal disaat sesudahnya.

Hidup ini bukan untuk memenuhi kehendak diri. Hakikatnya hidup ini adalah perjuangan untuk mencapai kehidupan yang indah ditempat abadi. Dunia selalu mengaburi ku, sehingga aku lupa hakikat hidup. Lalu aku menulis agar mampu mengingatkan diri sendiri. Usah terlalu merungut akan apa yang terjadi, tapi sentiasalah menerima dengan berlapang dada.

Coretan ringkas hari ini.. Setelah sekian lama tidak menulis ..

Sekian. :)

Saturday, July 6, 2019

TIADA SIRNA


Hari ini aku berjalan lagi meneruskan episod kehidupan yang tidak bertuju. Sepertinya aku tidak tahu lagi arah mana yang harus ditempuh. Tangan ku kosong, kaki ku lenguh melangkah. Tiada daya dan upaya yang memaksa aku menghayunkan langkah lagi. Aku bertungkuh, termanggu ditepian jalan sambil mengutip butir-butir batu dijalanan. Ku lontar batu-batu itu di tepi denai sambil merenung nasib kehidupan. Mata binar ku hanya mampu merenung kosong dan hambar. Hidup seperti terlalu menyakitkan jiwa raga ku. Aku binggung dalam mencari jalan keluar, meskipun sudah tiada jalan lagi yang ku  lihat di hadapan. Siapa aku yang layak untuk menyalahkan takdir illahi?? Iya, aku yang salah kerana salah memilih takdir sendiri ataupun sesungguhnya ini sudah tertulis untuk ku. Sakit! Itulah perasaan yang sedang mencucuk-cucuk jiwa raga ku. Aku tidak dapat menerima takdir ini.. Aku tidak suka takdir ini!!
Matahari dan bulan bersilih ganti menerangi bumi. Matahari yang bersinar seolah memberi harapan baru pada jiwa-jiwa manusia yang masih hidup, lalu di malam hari bulan muncul seolah menyuruh manusia berehat dari kepenatan di siang hari. Aku berfikir, sungguh hebat ciptaan Allah Azza Wa Jalla. Menciptakan matahari dan bulan yang bergerak dan berganti shift tanpa mengeluh. Tidak terbayang dimindaku bagaimana andai sesuatu ketika Matahari berdegil untuk tidak mahu muncul di siang hari dan bulan pula tidak mahu lagi bersilih ganti dengan Matahari. Langit pula protes tidak mahu turunkan hujan, laut pula mengamuk tidak membenarkan nelayan mencari ikan. Oh, tidak terbayang oleh dek akal.
Dunia juga mungkin pernah merasa sakit dan lelah seperti ku. Namun, ketaatan mereka kepada Sang Pencipta membuatkan mereka menafikan segala perasaan dan kelelahan mereka. Sedangkan jauh sekali dengan diri ku. Aku leka di saat semua yang aku mahu, aku dapati dengan mudah. Aku lupa pada Sang Pencipta, lupa kewajipanku terhadapnya, hilang ketaatanku sebagai seorang hamba. Lalu, saat dunia seperti membeci ku, hidupku menjadi sempit, manusia mulia mula memandang ku hina, aku seperti hilang dari radar. Aku masih lupa pada Sang Pencipta. Aku mendongak ke langit mendabik dada mempersoalkan segala kesusahan yang menimpaku. Seolah-olah aku lah insan termulia yang tidak selayaknya dihukum sedemikan rupa.
Kekosongan jiwa di saat ini, membuatkan aku berjalan longlai seperti insan yang lahir sebatang kara. Tiada lagi tempat berpaut, tiada lagi tempat mengadu. Ingin ku jerit sekuat hati ku, sehabis daya ku agar terlepas segala bebanan di jiwa raga ku. Namun, bukan itu kekuatan yang ku cari, bukan itu cara yang mampu melegakan dada ku yang seperti dihimpit sesuatu yang sangat menyakitkan.  Ranting-ranting kecil ku kutip dan ku himpunkan menjadi unggun api. Aku cukup teruja saat melihat api kecil mulai menyala dicelah-celah ranting lalu membesar memberi kehangatan dalam tubuh ku. Senyumanku tanpa sedar terukir, seolah terubat sedikit keresahan. Api yang menyala seperti memberi harapan pada diri, bahawa ada sinar di hadapan yang bakal menyinari.
Langit tak selamanya cerah, hujan tak selamanya turun. Dalam hidup tak semuanya indah, pasti adakalanya seperti diruntun badai. Namun, selagi hati masih hidup jiwa masih bernyawa, kehidupan ini tetap perlu diteruskan. Pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul” mengingatkan aku pada seorang wanita. Wanita ini merupakan ibu bagi lima orang anak yang masih kecil dan muda. Wanita ini sangat kuat dan tabah, 5 tahun bertarung dengan nyawa melawan kesakitan yang luar biasa. Beliau berdepan dengan penyakit yang seolah menjanjikan kematian dalam waktu yang singkat. Namun, wanita ini tetap kekal memberikan senyuman dan kasih sayang kepada semua orang yang melihatnya. Jarang sekali merungut, malah makin bersyukur atas segala yang diberikan. Nikmat yang ada, dihargai secukupnya. Selagi masih bernyawa selagi itu berbuat baik untuk keluarga. Kekuatan yang luarbiasa ini hanya mampu dirungkai dari mata luaran. Namun, kekuatan dalaman dari jiwa yang kuat dan hati yang besar, pasti tiada siapa yang mampu untuk selami.
Setiap insan yang lahir ke dunia punya kisah sendiri, pastinya mempunyai seribu satu kisah suka dan duka. Islam sendiri sangat suka menceritakan kisah-kisah terdahulu yang cukup menginspirasikan. Sepertimana kisah Nabi Ayyub yang diuji dengan kesakitan bertahun-tahun, kehilangan harta kekayaan serta isteri tersayang. Bagaimana dikisahkan tetang ketabahan dan kesabarannya saat diuji, malah baginda sentiasa bersyukur dan mengingati Tuhan. Kisah-kisah sebegini dipahatkan dalam pena untuk teladan manusia hingga ke akhir zaman agar kita manusia yang lemah sentiasa mendapat kekuatan daripada kisah-kisah ini. Terkenang pula kisah anakanda tersayang Rasulullah s.a.w yang bernama Saidatina Fatimah Az-zahra. Kisahnya sangat menyentuh hati, meskipun merupakan seorang anak kepada insan termulia, namun hidupnya tidak pernah bermewah-mewah. Tangan dan kudratnya digunakan sepenuhnya untuk menghidupkan keluarga dan perjuangan demi agama. Walaupun hidup susah, Saidatina Fatimah tidak pernah mengeluh kepada siapa-siapa bahkan ayahandanya sendiri .
Sampai satu ketika Rasulullah sendiri melihat kesusahan yang dilalui Saidatina Fatimah, ketika itu saidatina Fatimah baru sahaja mengesat air matanya daripada kelihatan oleh baginda s.a.w. Lalu, ayahandanya bertanya apakah yang membuatkan dirimu menangis wahai sang anak. Sedari penatnya Fatimah mengguli gandum, baginda lalu menghiburkan hati anakandanya dengan kata-kata yang menyenangkan. Sehingga Saidatina Fatimah tidak lagi bersedih hati dengan kesusahan dan kepenatannya mengurus rumahtangga.
Sungguh indah hidup dalam keimanan. Kesusahan di dunia hanya sementara, kesenangan di akhiratlah kekal abadi.  Sikap terpuji ini lah yang harus dicontohi oleh semua manusia hari ini.  Ramai hari ini, yang suka mengeluh dan menghebah-hebahkan keluhan. Perihal rumah tangga tidak lagi menjadi suatu aib yang dijaga rapi. Namun, lebih gemar untuk di kongsi kepada orang-orang sekeliling mahupun orang yang dikenali ataupun tidak dikenali. Makin pudar nilai malu dalam diri kita hari ini.
Aku terus menongkat dagu, masih merenung ke dalam api yang marak menyala. Cuba mencari kekuatan dari setiap relungan iktibar yang bermain diminda. Hati ku berdalih lagi, ya, aku tidak kuat lagi. Mencari kekuatan dalam kegelapan hati yang hitam seperti mecari cahaya yang tiada sumbernya. Hati ku sudah lama tenggelam dalam indahnya dunia. Mabuk dengan hiburan dan hawa nafsu yang membuak. Ku turuti jiwa mudaku, ku capai segala kemahuan ku. Sehingga satu saat, aku terdampar tidak berdaya. Satu ketukan ujian yang sangat besar, buat ku terngada seperti si buta yang tak bertongkat.
Kalam puitis meluahkan segala rasa, badai ombak di dada tiada surutnya. Hanya pemilik kata mampu menyalur rasa, meski dunia fana hanyalah persinggahan sementara, namun ianya dikejar seperti hilang separuh nyawa. Jelas terpahat dalam kalam mukjizat, dunia hanyalah ibarat separuh sayap nyamuk. Nilainya tiada, tidak pula dipandang manusia, tiada dipasaran, mahupun langsung tiada nilainya. Namun, manusia mengejarnya seperti mengejar gunung emas, demi membina sebuah mahligai. Meskipun, mahligai yang indah sudah dijanjikan di syurga sana bagi mereka yang mengejar kebahahagian di negeri abadi.
Sampai bila harus aku begini? Merenung nasib diri yang belum pasti. Membiarkan perasaan menguasai diri, minda kosong tak berisi, Jiwa bagai dilambung badai amukan diri.     Aku teruskan langkah ku lagi…


Monday, January 14, 2019

AFTER A YEAR..WELCOMING 2019

Assalamualaikum My blog.. and blogger yang masih kental dan tabah menulis blog masing-masing..
Selepas setahun tidak mencoret, tiba-tiba malam ini rindu pula dekat my blog.
Masih ingat suatu ketika dulu, saat FB, INSTA, WECHAT, TWITTER dan LAIN2 belum muncul.. Blog la sebagai peneman.. tempat meluah dan memahatkan kenangan.

Sekarang, masa berjalan dengan sangat pantas.. 2018 juga telah pergi meninggalkan banyak cerita serta mengubah banyak kisah. 2018 adalah tahun bersejarah sangat, sebab saya telah pun berjaya menamatkan zaman solo dengan seorang lelaki yang pernah saya impikan dan mimpikan suatu ketika dulu.. Mimpi dan impian itu telah sy coretkan dalam blog ini pada bulan mac 2012.. xsangka... rupanya dia lah jodoh sy yg sudah tertulis sejak azali lg.. kuasa naluri jarang menipu.. he is my first love and inshaAllah will be the lasting forever love till jannah.

Now.. im so happy woman.. i felt like im so lucky because i being loving so much by my husband.. even i dont want to show anyone in social media.. but in mw blog..i feel so easy and love to share it.. i dont know how to appreciate it.. even we also like pasangan lain jg akan sentiasa di uji dengan sesuatu yg berat.. but how we face it..itu yg akan membezakan setiap pasangan. semua orang berhak untuk mendapatkan cinta sejati dan berbahagia dengan pasangan masing-masing. walaupun kita bukan artis yang sentiasa dihujani dengan perhatian.. Cukuplah kita saja yang merasai dan mencipta rasa bahagia itu..All like us is being calling as netizen. Netizen kerjanya memerhati orang atas.. like no life.. Why not kita stop jadi nitezen yang suka memerhati kehidupan orng lain.. yg sentiasa melihat orng lain lebih beruntung dari kita mahupun mencari keburukan orang lain.. Then.. we just focus in ourself to improve ourself..

Sekarang ne , dunia sangat menakutkan.. dunia sangat luar dari jangkaan kita.. Banyak benda yang boleh berlaku sekelip mata..dan banyk juga yang hilang dengan sekelip mata.. But.. we dont realise it.. kita sangat leka dengan kemahuan kita. Kadang kita tidak sedar yang kita sudah lari jauh dari landasan agama. Kita sangat enjoy dengan hubungan alam maya yang makin erat dan makin akrab dengan hiburan. Kita terasa seperti mati itu suatu yang boleh dibawa bincang.. sedangkan..mati itu akan datang bila-bila sahaja.. Yes.. Kita Tahu.. tapi kita tidak mahu ambil tahu..

Life is so mahal.. Kadang rasa sangat rugi sebab terlalu bnyk membazirkan masa dan waktu.. Tapi, perasaan itu pergi dan datang.. Lalu kita lalai lagi.. Sampai Bila??
Sampai bila?
Xkan sampai kita sudah terlmbat untuk kembali ke pangkal jalan..we even dont know..

Ok.. last but not least.. i still want to put some of my pictures of MYDAY dalam blog kesayangan ne.. Mudahan2an rumahtangga yang dibina ini mendapat rahmat Mawaddah warahmah wa sakinah.. AMIN.. I LOV MY HUSBAND SO MUCH ...
















Wednesday, January 10, 2018

Nota untuk Guru

Assalamualaikum..
Cerita di hari ini yg sungguh sejuk dan gelap disebabkan cuaca yg xberapa ok. Laut dijangka bergelora, ombak tinggi dan hujan berterusan.

Sungguhpun hari dimulai dengan hujan, awan yg gelap.. itu tidak menghalang untuk murid2 hadir ke sekolah. Jelas mereka sgt bersemangat untuk ke sekolah..Meskipun ada di antara mereka yg xpasti niat sbnr dtg sek. Mungkin ada yg ingin bermain, dan ada yg betul2 ingin belajar. Apa2pun semangat ke sekolah itu harus dipuji. Kerana, sekolah itu saja sudah melambangkan ilmu. Mereka yg hadir ke sekolah pastinya mereka yg tidak takut dan suka akan ilmu. 😊

Sungguh Kasihanilah murid2 yg gigih hadir ke sekolah kerana rindukan ilmu dari guru mereka. Berilah apa yg harus diberikan untuk mereka jadikan pedoman untuk membesar jd insan yg mulia. Jujur perjalanan mereka masih jauh, namun masa terlalu singkat. Pejam celik, mereka juga akan dewasa seperti kita.

Oleh itu, hargailah masa yg ada untuk sama2 memberi dan mengajar anak2 kecil yg baru mengenal dunia.

Salam syg rindu cgu untuk murid tercinta.

Tuesday, January 9, 2018

My life is change

Assalamualaikum.. hye mw blog..hye yg membaca blog sy ne 😊😊

Long time sgt2 x menulis d blog yg dulunya sangat2 la jd teman. Kadang2 dlm sebulan ja boleh smpi 5 entry.hehe. Skrg ne da jarang sgt buat entry..

Since da makin dewasa ne, umur pun da xbrp remaja da.huhu..da nak masuk 26 da tahun ne..tetiba rasa mcm tua da.. woman da .hehe..dan diri pun rasa mcm bnyk benda da susah untuk di ceritakan ..hidup makin more private..

Terutama bgi sy dlm hubungan cinta, keluarga, kwn2 dan org sekeliling.. life be more sensetif.. kena jaga hati org sana, situ dan sini. Hidup xboleh terlalu menunjuk.. Kadang hati manusia kita x tahu.

Hidup makin menyendiri.. Dulu ramai kawan2, enjoy walaupun tunggu gaji dari parents.hehe. Skrg ne, hidup makin ad tujuan, makin memerlukan komitmen yg tinggi..keseriusan dalam kerjaya.. dan itu semua membuatkn sy rasa sy makin dewasa..

Mungkin ramai yg lebih berusia sudah melalui fasa saya ini.. Sy rasakn satu perubahan yg agak besar, agak asing dan berbeza sedikit dgn suatu ketika dahulu.. Namun, hari demi hari sy belajar untuk berdepan dgn mereka2 di sekeliling sy yg juga merupakan org2 yg lebih hebat dan berpengalaman.

Asalnya dulu sy sgt rasa ganjil bila bergaul sbgi rakan kerja dgn mereka2 yg lebih dewasa.. malah dgn jiran2 tertangga.. bergaul dgn kepelbagaian umur itu yg pastinya.. dan kdg sy rasa sy ckp bnyk sgt sampai salah cakap.huhu..

Sy akan cuba untuk belajar lg.. Tp hari2 makin lebih bermakna bersama keluarga.. Keluarga la yg hadir saat makin dewasa..  jd, syg la keluarga kita. 😊😊

Monday, June 12, 2017

Realiti tidak seindah Mimpi

Salam, hye my blog and My reader yg setia dan rindu entry blog ne. :)

Selepas beberapa bulan berlalu, hari ne sudah masuk bulan June 2017. Wah3 pantasnya masa berlalu..
Tahun ne, umur pun da bertambah, tugasan, tanggungjawab semua pun ikut bertambah seiring dengan usia.

Apapun, itu bukanlah sesuatu yang pelik untuk seorang manusia yang dilahirkan di dunia. Sememangnya kejadian manusia itu adalah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini.

Logik ka lagi mahu sebut tentang khalifah?
Manusia era ini bangkit dengan perspektif dan ideologi seiring dengan pembanggunan yang pesat membangun. Sehinggakan gelaran khalifah yg diagungkan zaman Rasulullah makin hilang dan tenggelam. Lalu digantikan dengan gelaran lain seperti presiden, pemimpin dan perdana menteri. Meski kelihatan sama namun hakikatnya peranan seorang presiden jauh dengan seorang khalifah.

Makanya, kita masih perlu sedar peranan hidup kita yg sebenar di muka bumi Allah ini adalah sebagai seorang khalifah.

Kesibukan hari demi hari mencondongkan hati kita ke arah sesuatu yang tanpa kita sedari. Condongan itu membuatkan kita menjurus diri kita lebih ke arah dunia mahupun akhirat. Jelas hari ini, lebih ramai yang condong mengejar dunia tanpa sedar. Nilai mata wang yang makin susut dan taraf hidup yang makin tinggi, membuatkan manusia tertekan dan terdorong untuk bersungguh2 mengumpul harta dunia. Lalu ramai yang tergelincir di saat asyik mengumpul harta dunia.

Wahai sahabat ku dan roh jiwa ku..
Marilah kita memimpin roh dan jiwa kita agar sentiasa terdorong untuk menjadikan diri kita sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini dengan menegakkan syariat Islam. Meski pahit tangan menulis tinta yg tidak selari dengan tindakan.. Namun, harus digagahi juga agar hati tercuit dan tersentuh untuk lebih istiqomah untuk berubah ke arah yg lebih baik.

Salam Ramadhan yang ke 17
Mohon Maaf Salah Silap :)

Friday, October 7, 2016

My New Status

Assalamualaikum
Hye my blog..
lama tak menuliskan.
alhamdulillah sekarang ne sudah mula mengajar dekat sek keb landung ayang, kudat.
Sek yang kecil tapi dekat pekan dan tepi laut.
Suasana lebih kurang macam pulau.
Pertama kali tengok, terus jatuh cinta.

Saya suka sekolah saya.
Nanti datang lah ke sekolah saya.
Murid-murid boleh tahan ramai, tapi perangai masih terkawal.
Kadang-kadang mereka buat saya marah sangat,
tapi selalu mereka yang buat saya tersenyum.

terima kasih atas nikmat ini.
Alhamdulillah.,
Nanti saya update lagi ya :)