Tuesday, July 26, 2011

Tak Lama Lagi Ramadhan.......^_^

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian di panjatkan kepada Alllah S.W.T, krn atas limpah kurnianya..dlm beberapa hari lagi kt akan melangkah ke bulan yg penuh barakah..
semoga bulan ini, sentiasa diisi dgn perkara bermanfaat untuk memperolehi pahala berganda. bulan ini lah yg mengangkat pahala umat di akhir zaman melebihi umat2 terhadulu. jadi,janganlah kita sekali-kali gagal memanfaatkannya. bulan penuh barakah, isilah setiap saat dgn kalimah tauhid serta taranum2 alunan kitab suci Al-Quran.

hiasilah bulan ini, dengan penuh berhikmah. Menjadi bulan amalan buat seluruh umat islam di setiap pelusuk dunia berlumba-lumba mengejar pahala. Serta,melatih diri untuk melawan nafsu halobah. Bulan Ramadhan satu tarbiah untuk kita terus menjaga amalan kita pada bulan-bulan lain.Agar,setiap tahun kita di dunia ini, sentiasa terpelihara pada jalan Ya Rabb.

Dalam bulan yang baik, terdapat satu malam, yang lebih baik daripada seribu bulan. Iaitu malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan serta keampunan. tempat pertama daripada 7 malam lain yg disebut sebagai malam yang berkat.Inilah malam, yang menjadi penantian bagi setiap org2 yang beriman.berlatihlah untuk bangun disepertiga malam mulai ketika ini, agar dapat bersiap sedia untuk bangkit dimalam yang lebih baik daripada seribu malam. InsyaAllah, kita semua diizinkan untuk bertemu dengan malam ini.

Ikhwan dan akhwat yang turut sama berjuang, jangan lupa jadikan bulan Ramadhan sebagai ladang amal dan dakwah. semogasetiap amal dan ma'ruf diangkat oleh para malaikat ke sisi Allah Azza Wa Jalla. sama-sama lah kita meraih dan menyambut bulan yang penuh barakah. salam mambruk ya akhi wa ukhti.Selamat beramal. salam imtihan.